Februari 2026
ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar
Bahagian 11: Badar
BIR AL RAWHA, BIR AL SYIFA & KHAIF AL HUZAMI
Part 40: Perjalanan Ke Badar
Alhamdulillah, ada sebuah tempat istimewa yang dapat Myself dan Husband ziarahi dalam perjalanan Umrah kami kali ini. Tempat tersebut adalah Badar yang merupakan lokasi peperangan pertama di dalam Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW. Program ini adalah lawatan tambahan dalam Pakej Umrah kami. Bila pelawaan untuk menyertai lawatan ini dibuka, Myself & Husband menjadi orang yang pertama mendaftar kerana kami memang dah lama menyimpan cita-cita nak melawat ke Badar.
 |
| Bas yang membawa kami membuat ziarah ke Badar |
 |
| Memulakan perjalanan ke Badar |
 |
| Kotak air minuman percuma yang diletakkan di tengah laluan pejalan kaki. Ramai pekedai di Madinah yang kami lihat bersedekah dengan menggunakan cara ini. |
 |
| Suasana sibuk di hadapan Hotel Hilton Madinah |
Lawatan ini diadakan pada sebelah petang Hari Kedua di Madinah. Pada sebelah pagi sebelum lawatan ini, ada Program Ziarah Sekitar Masjid Nabawi di mana kami telah dibawa melawat Soqaifah Bani Saedah dan Masjid Ghamamah. Program ziarah ke Badar ini diatur pada sebelah petang Hari Kedua oleh Mutawif kami untuk disesuaikan dengan waktu Ziarah Ke Raudah bagi ahli-ahli Jemaah kami yang banyak berlangsung pada Hari Keempat & Hari Kelima sewaktu kami di Madinah. Pada Hari Ketiga pula, ada Program Ziarah Luar Madinah ke Masjid Quba', Jabal Uhud dan Ladang Kurma yang diatur.
Dalam perjalanan keluar dari kota Madinah, kita dapat juga melihat Stesen Keretapi Anbariah yang merupakan stesen akhir laluan Hijaz Railway yang menghubungkan Damsyik sehingga ke kota Makkah di suatu masa dahulu. Ia dibina oleh Kesultanan Ottoman bertujuan untuk mengurangkan jarak perjalanan bagi Jemaah Haji dan Umrah di antara kedua kota ini kepada 5 hari sahaja. Malangnya, projek laluan keretapi ini hanya terhenti di Madinah dan tidak dapat disambung sehingga ke Makkah.
 |
| Dalam bas menuju ke Badar |
 |
| Perjalanan menuju ke Badar |
 |
| Pergunungan yang dilalui dalam perjalanan ke Badar |
 |
| Padang pasir |
Dalam perjalanan ke Badar, Mutawif kami Ustaz Herman Hazwan bercerita tentang sejarah Perang Badar. Perang Badar, atau turut dikenali dengan nama “Badar Al Kubra”, merupakan peperangan pertama umat Islam di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Pertempuran ini telah berlaku pada 17 Ramadan tahun 624 M. Ia bukanlah berlaku secara tiba-tiba, tetapi berlaku rentetan tindakan orang kafir Quraisy yang telah melampaui batas kemanusiaan.
Masyarakat kafir Quraisy pada waktu itu tidak dapat menerima perkembangan Islam yang semakin mendapat tempat di kalangan penduduk Madinah dan kawasan sekitarnya. Oleh itu, mereka berusaha menghalang penyebaran ajaran Islam dengan pelbagai cara, termasuk menyekat kafilah perdagangan umat Islam dan membunuh orang-orang Islam. Mereka turut merampas harta benda Umat Islam yang ditinggalkan di Makkah sewaktu berhijrah ke Madinah.
 |
| Perkampungan di kaki gunung |
 |
| Unta-unta liar |
 |
| Tumbuhan di tengah padang pasir |
 |
| Gurun yang berbatu |
 |
| Haiwan mencari makanan di tengah padang pasir |
Pada tahun 624 M, Nabi Muhammad SAW menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang, telah bertolak dari Syam (Syria) untuk kembali ke Makkah. Kafilah tersebut didana dengan harta yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah. Pihak Quraisy telah menjual kesemua barangan mereka dan menggunakan hasil jualan tersebut untuk menaja kafilah berkenaan bagi mempermainkan pihak Muslimin. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat merancang untuk memintas kafilah ini sebagai membalas tindakan kafir Quraisy yang merampas harta umat Islam ketika peristiwa hijrah ke Madinah.
Namun, strategi ini telah diketahui oleh Abu Sufyan, yang kemudian meminta bantuan tentera Quraisy untuk melindungi kafilah tersebut. Seribu orang dari kaum kafir Quraisy Makkah telah bersungguh menyertai perang ini. Mereka menuju ke Badar dengan angkatan yang besar dan penuh bersemangat untuk menentang Rasulullah dan tentera Muslim. Maka, bermulalah rentetan peperangan di antara Orang Islam dan Kafir Quraisy yang digelar sebagai Perang Yaumul Furqan (Hari Pembeza Kebatilan dan Kebenaran).
 |
| Perkampungan Badwi di tengah padang pasir |
 |
| Tanaman kurma di kaki gunung |
 |
| Ladang ternakan |
 |
| Unta |
 |
| Keldai |
 |
| Arah ke Badar |
Bilangan tentera yang mengikuti peperangan pertama pimpinan Rasullullah SAW ini adalah sangat sedikit berbanding pihak lawan. Seramai 313 sahaja tentera Islam yang menyertai Perang Badar manakala pihak lawan pula dianggarkan disertai lebih 1,000 tentera. Namun begitu, jumlah tentera yang kecil bukanlah bererti kekalahan.
Peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Islam dan ia juga merupakan kemenangan besar kerana hanya 14 orang sahaja daripada kalangan tentera Islam yang syahid ketika peperangan. Sebaliknya, 70 tentera Quraisy telah terbunuh dan 70 lagi menjadi tawanan perang. Antara tokoh penting dari pihak lawan yang terbunuh dalam peperangan ini ialah bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu Abu Jahal (Amr Ibn Hisham).
Kemenangan tentera Islam mengubah landskap politik dan sosial sehingga menjadikan Islam sebagai suatu kuasa besar di Semenanjung Arab. Ia juga membuktikan bahawa pertolongan Allah SWT tetap bersama orang beriman sehingga sekali gus meningkatkan keyakinan umat Islam walaupun jumlah tentera mereka adalah sedikit.
Kekalahan dalam Perang Badar turut memberi tamparan hebat kepada struktur kuasa musyrikin Quraisy di Makkah, terutamanya dengan terbunuhnya pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Abu Jahal. Ia juga memberi pengiktirafan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang berwibawa dan dihormati.
Part 41: Bir Al Rawha (Telaga Al Rawha)
Program ziarah kami turut membuat persinggahan di Bir Al Rawha dalam perjalanan menuju ke Badar. Telaga Rawha (Bir Al Rawha) ialah tapak bersejarah yang terletak kira-kira 80 km dari Madinah di laluan antara Makkah dan Badar. Di sinilah Rasullullah SAW pernah berhenti rehat dan memberi minum tunggangan dalam beberapa peristiwa besar semasa menuju ke Perang Badar, ketika Umrah Qadha’ dan juga dalam misi Hudaibiyah.
 |
| Keluar sebentar untuk singgah di Bir Al Rawha |
 |
| Pemandangan berhampiran Bir Al Rawha |
 |
| Bir Al Rawha |
 |
| Perhentian bas di Bir Al Rawha |
 |
| Masjid di Bir Al Rawha |
Telaga Rawha bukan sekadar laluan, tapi bumi suci yang pernah menyaksikan sujud dan doa para Nabi. Menurut riwayat, Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan bahawa 70 Nabi telah bersolat di masjid ini. Ia merupakan tempat di mana lebih dari 70 Nabi dan pengikut mereka singgah untuk mengisi air sebelum melanjutkan perjalanan menuju Ka’bah di Makkah. Hal ini menjadikan tempat ini memiliki nilai sejarah yang tinggi dalam konteks perjalanan spiritual para Nabi.
 |
| Pandangan lebih dekat Masjid Bir Al Rawha |
 |
| Masjid Bir Al Rawha |
Sebagai telaga yang pernah digunakan oleh Nabi Muhammad SAW, air dari Telaga Al Rawha dipercayai memiliki kelebihan sebagai sumber yang diberkati. Airnya juga dikatakan memiliki khasiat penyembuhan. Oleh itu, kami telah dipesan oleh Mutawif sejak dari di Madinah untuk membawa botol kosong jika berhasrat mengambil air dari telaga ini dan juga Telaga Al Syifa yang akan kami kunjungi selepas ini sebagai ikhtiar untuk mengubati sebarang penyakit yang dihadapi.
 |
| Telaga Al Rawha |
 |
| Pandangan Telaga Al Rawha dengan lebih dekat |
 |
| Papan keterangan mengenai Telaga Al Rawha |
Telaga Al Rawha ini telah ditutup untuk tujuan keselamatan. Namun begitu, ada pam yang dipasang untuk mengalirkan airnya ke paip-paip air yang dibina berhampiran.
 |
| Telaga Al Rawha telah ditutup dan airnya dipam untuk dialirkan ke paip-paip air berdekatan |
 |
| Pemandangan di dalam Bilik Pam Telaga Al Rawha |
 |
| Air dari Telaga Al Rawha dialirkan ke paip-paip di sekitarnya |
 |
| Paip air yang mengandungi air dari Telaga Al Rawha |
 |
| Mengambil air dari Telaga Al Rawha |
Telaga Rawha juga mempunyai kaitan dengan peristiwa akhir zaman. Nabi Isa AS akan melintasi Telaga Al Rawha setelah kembali ke bumi, dan akan melakukan talbiyah untuk haji atau umrah dari tempat ini. Hadis Nabi Muhammad SAW menyebut: “Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, putera Maryam pasti akan berihram di Lembah Ar-Rawha, sebagai jemaah haji atau umrah, atau keduanya.” [HR Muslim]
 |
| Pemandangan ke arah pintu masuk dari Telaga Al Rawha |
 |
| Berjalan keluar dari Telaga Al Rawha |
Al Rawha turut diriwayatkan di dalam sebuah Hadis Nabi yang lain yang mengatakan Syaitan akan lari sehingga ke sini apabila mendengar laungan Azan di Madinah. Dari Jabir RA, katanya: "Aku mendengar Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya apabila syaitan mendengar azan, dia lari hingga sampai ke Rawha'." [HR Muslim]
 |
| Berjalan beramai-ramai menuju ke bas untuk meneruskan perjalanan. |
Part 42: Bir Al Syifa (Telaga Syifa)
Setelah melawat Telaga Al Rawha, kami singgah ke lokasi bersejarah kedua ketika dalam perjalanan ke Lembah Badar iaitu Bir Al Syifa (Telaga Syifa) yang terletak lebih kurang 18km dari Telaga Al Rawha. Telaga Syifa yang juga dikenali sebagai Telaga Tol’ah, mempunyai kisah yang sangat menarik dan penuh makna dalam sejarah Islam. Perubahan air telaga ini berkait rapat dengan peristiwa penting yang melibatkan Nabi Muhammad SAW.
 |
| Perjalanan menuju ke Bir Al Syifa |
 |
| Meninggalkan Bir Al Rawha |
 |
| Greenhouse untuk pertanian |
 |
| Padang pasir |
 |
| Bangunan sekolah |
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, air di Telaga Syifa dikatakan sangat pahit dan beracun. Penduduk tempatan percaya bahawa sesiapa yang meminum air tersebut akan mati. Kepercayaan ini menyebabkan mereka melarang Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya untuk meminum air dari telaga tersebut.
 |
| Tiba di Bir Al Syifa |
 |
| Suasana di Bir Al Syifa |
 |
| Telaga Syifa terletak di sana |
Kisah perubahan air telaga ini bermula ketika Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya dalam perjalanan menuju ke medan perang Badar. Setelah dihalang untuk meminum air telaga, Nabi SAW meludah ke dalam telaga tersebut. Dengan izin Allah, air telaga yang sebelumnya pahit dan beracun itu berubah menjadi air yang segar dan bermanfaat.
Peristiwa ini bukan sahaja menunjukkan mukjizat Nabi SAW tetapi juga menjadi simbol keberkatan dan kekuasaan Allah SWT. Setelah perubahan ini, air Telaga Syifa dapat diminum dan dianggap sebagai penawar, memberikan harapan dan kesihatan kepada mereka yang menggunakannya. Menurut cerita Mutawif kami, selain air liur Nabi Muhammad SAW yang menjadi penawar di Telaga Al Syifa, ia juga pernah menjadi penawar kepada racun patukan ular yang dihadapi oleh Saidina Abu Bakar As Siddiq sewaktu bersembunyi di Gua Tsur dalam perjalanan hijrah ke Madinah.
 |
| Seperti juga Telaga Al Rawha, Telaga Al Syifa juga telah ditutup untuk keselamatan |
 |
| Air dari Telaga Syifa juga disalurkan ke paip air yang berdekatan untuk kegunaan umum |
 |
| Pandangan dekat Telaga Al Syifa |
 |
| Saluran air paip dari Telaga Syifa |
Semasa perjalanan pulang pula, Nabi SAW juga melalui kawasan ini setelah membahagikan harta rampasan perang Badar. Air telaga ini kini boleh diambil terus dari sumber asalnya melalui saluran paip yang telah disediakan bersebelahan telaga tersebut. Kami juga mengambil peluang untuk mengisi penuh air ke dalam botol setelah puas meminumnya di situ. Alhamdulillah.
Sekadar berkongsi pengalaman, Myself telah menyapu air dari kedua-dua Telaga Al Rawha dan Al Syifa ke atas kulit yang gatal-gatal kerana eczema. Alhamdulillah, walaupun kesannya tidaklah segera, kegatalan kulit yang dialami kini telah hilang.
 |
| Air dari Telaga Syifa dialirkan ke sini |
 |
| Paip air |
 |
| Mengambil air dari Telaga Syifa |
Ada ramai penjual yang menjaja makanan di sekitar Telaga Syifa. Kami turut membeli Cucur Bawang yang dijual untuk dimakan di dalam bas.
 |
| Penjaja makanan di Bir Al Syifa |
 |
| Penjual Cucur Bawang |
 |
| Membeli Cucur Bawang |
 |
| Cucur Bawang |
 |
| Makan Cucur Bawang di dalam bas |
Part 43: Khaif Al Huzami (Perkampungan Bani Al Ghifari)
Kami kemudian melalui sebuah kawasan yang bernama Khaif Al Huzami di mana terdapat sebuah runtuhan perkampungan lama di sini yang dimiliki oleh Bani Al Ghifari. Perkampungan ini mempunyai perkaitan dengan seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dzar Al-Ghifari.

|
| Tiba di Khaif Al Huzami |
 |
| Bekas perkampungan Bani Al Ghifari di Khaif Al Huzami |
Abu Dzar Al-Ghifari telah memeluk agama Islam sewaktu awal pengembangan Islam di Makkah. Kerana takut dia diapa-apakan oleh musuh, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan beliau supaya cepat-cepat balik dan jangan mengkhabarkan keislamannya di khalayak ramai. Tetapi Abu Dzar menjawab dengan berani: “Ya Rasullulah, aku bersumpah dengan nama Allah yang jiwaku di dalam tangan-Nya, bahawa aku akan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kafir-kafir musyrikin itu.”
Janjinya kepada Rasulullah SAW ditepati. Selepas Abu Dzar meninggalkan Baginda, dia melangkah ke Baitul Haram di hadapan kaum musyrikin dan dengan suara lantang dia mengucapkan dua kalimah syahadah: “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah.”
 |
| Perkampungan ini menjadi kediaman seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dzar Al-Ghifari |
Tatkala mendengar ucapan Abu Dzar itu, orang-orang kafir pun menyerbu lalu memukulnya. Kalau tidak kerana Abbas, bapa saudara Nabi yang ketika itu belum Islam, tentulah Abu Dzar menemui ajalnya di situ. Kata Abbas kepada orang-orang kafir musyrikin yang menyerang Abu Dzar: “Tahukah kamu siapa orang ini? Dia adalah keturunan Al Ghifar. Kafilah-kafilah kita yang pulang pergi ke Syam terpaksa melalui perkampungan mereka. Kalaulah dia dibunuh, sudah tentu mereka menghalangi perniagaan kita dengan Syam.”
Pada hari berikutnya, Abu Dzar sekali lagi mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy dan pada kali ini juga dia telah diselamatkan oleh Abbas.
 |
| Perkampungan ini terletak di laluan perdagangan Orang Quraisy yang berniaga sehingga ke Syam (Syria) |
 |
| Perkampungan ini sangat luas sehingga ke kawasan pergunungan |
Bersambung ke Bahagian 12...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :
No comments:
New comments are not allowed.