Wednesday, 11 March 2026

2026 UMRAH KE-7 BHG.13 (Buggy Ke Masjid Quba')

Februari 2026

ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar

Bahagian 13: Madinah
BUGGY TOUR KE MASJID QUBA'

Part 48: Naik Buggy Ke Masjid Quba'

Satu pengalaman baru yang kami cuba sewaktu di Madinah adalah naik Buggy dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba'. Tempat untuk menaiki Buggy yang sering dicadangkan adalah berhampiran Masjid Ghamamah. Namun demikian, kalau kita tinggal di hotel di bahagian utara Masjid Nabawi seperti di hotel penginapan kami Hotel Ritz Al Madina, ada sebuah lagi stesen Buggy ini yang terletak di Dataran Buddaah. Kami menaiki Buggy ke Masjid Quba' dari sini.

Stesen perkhidmatan Buggy ke Masjid Quba' di Dataran Buddaah (bahagian utara Masjid Nabawi)
Myself dan Husband menaiki Buggy ini pada malam terakhir kami di Madinah. Buggy ini akan bergerak bila penumpangnya penuh. Kebetulan ada sekumpulan Jemaah dari sebuah agensi Umrah Malaysia nak naik Buggy ini bersama Mutawif mereka. Jadi kami berdua menumpang saja dengan Group ini untuk memenuhkan Buggy. Bayaran yang dikenakan bagi menaiki Buggy ini dari Dataran Buddaah ke Masjid Quba' adalah SAR 20 seorang. 

Naik Buggy ke Masjid Quba'
Pemandangan dari dalam Buggy
Pada mulanya Buggy kami bergerak melalui walkway di bandar Madinah menuju ke arah Masjid Nabawi. Oleh kerana ia juga menggunakan enjin elektrik, pergerakannya sangat senyap sehingga ramai orang yang sedang berjalan di walkway tidak sedar dengan kehadirannya. Disebabkan Buggy juga tidak dilengkapi dengan hon, pemandu Buggy cuma akan menjerit-jerit meminta laluan dari pejalan kaki.
 
Pemandangan sewaktu Buggy bergerak di Dataran Buddaah
Sekali-sekala, Buggy kita akan turut menyeberang jalan raya untuk pergi ke walkway di bangunan yang di seberang sana
Bergerak di walkway menyusuri hotel-hotel di Madinah
Kadang-kala bila Buggy tersekat di walkway, akan adalah penjual-penjual jalanan yang datang mempromosi barang-barang jualan mereka seperti perfume. "Yalla! Yalla! (Jalan! Jalan!)" jerit kakak-kakak dalam Buggy beramai-ramai kepada pemandu kami. 😄
 
Bagasi-bagasi Jemaah yang sedang disusun di tepi jalan
Bagasi Jemaah yang sedang diisi ke dalam lori untuk diangkut ke destinasi yang seterusnya
Lalu di depan Hotel Concorde Dar Al Khair yang merupakan hotel penginapan kami di Madinah dalam perjalanan Umrah yang lalu
Bertemu dengan sebuah Buggy lain yang datang dari kawasan Masjid Ghamamah di selatan Masjid Nabawi.
Melalui Soqaifah Bani Saedah
Sebuah Buggy lain
Pada satu ketika, Buggy terpaksa bergerak berkongsi menggunakan jalan raya yang sibuk. Memang suspen bila Buggy kita bersaing-saing dengan kereta, teksi dan bas-bas besar. Pemandu Buggy terus bertukar character menjadi samseng jalan raya bila lalu di sini. Maklumlah pemandu-pemandu di Arab Saudi bukan macam pemandu di negara-negara Barat yang ever willing nak bagi laluan kepada kenderaan-kenderaan lain dan pejalan kaki.

Buggy berkongsi menggunakan jalan raya di sini
Tersekat dalam traffic jam
Laju je bergerak lepas keluar dari traffic jam...
Emaar Maktan Hotel
Lega bila akhirnya Buggy bergerak kembali masuk ke dalam walkway...
 
Gembira bila akhirnya Buggy masuk kembali ke walkway
Bergerak menyusuri walkway
Bertemu dengan Buggy lain
Masih bergerak menyusuri walkway
Walkway yang sibuk dengan pejalan kaki
Jarak dari Masjid Nabawi ke Masjid Quba' adalah 3 km. Di sepanjang jalan, ada beberapa checkpoint di mana Buggy akan berhenti untuk memberi laporan perjalanan dan kutipan tambang kepada petugas di sana.
 
Checkpoint Buggy di bawah sebuah jambatan
Ramai juga penumpang yang turun dan naik Buggy di sini. Mereka menggunakan Buggy dari hotel-hotel di kawasan ini untuk berulang-alik ke Masjid Nabawi.
Signboard nama tempat dalam Bahasa Arab
Satu pemandangan menarik yang dilihat dari Buggy adalah sebatang jalan pedestrian yang dinamakan Quba' Walk. Mengikut sejarahnya, inilah laluan yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berulang-alik ke Masjid Quba'. Jalan ini kini dipenuhi dengan kedai-kedai jualan dan restoran.

Permulaan Quba' Walk dari arah Madinah
Laluan ini sibuk dan meriah di malam-malam hari begini
Pemandangan Quba' Walk dari dalam Buggy
Quba' Walk sangat meriah dan sibuk pada waktu malam begini. Teringat cerita Mutawif kami sewaktu dia memberitahu tentang khidmat Buggy ke Masjid Quba' ini. Katanya memang ada orang yang tak sampai ke Masjid Quba' bila lalu di sini kerana 'tersangkut' dan tergoda dengan kedai-kedai di Quba' Walk ini. Oh ya, lupa nak bagitahu... bila naik Buggy, kita juga boleh turun di mana-mana tempat di tengah jalan. Cakap saja kepada pemandu Buggy untuk suruh dia berhenti.

Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Berdekatan Quba' Walk ini juga ada sebuah kawasan lapang. Orang Arab memang suka piknik malam-malam di taman. Maka ramailah kelihatan orang-orang Arab berpiknik di sana.

Kawasan lapang berhampiran Quba' Walk
Ramai Orang Arab sedang berpiknik di sini
Meneruskan perjalanan ke Masjid Quba'
Tiba di Masjid Quba'

Part 49: Melawat Masjid Quba'

Masjid Quba' adalah masjid yang pertama didirikan oleh Rasullullah SAW selepas berhijrah dari Makkah ke Madinah. Kami sekadar melawat ke perkarangan masjid sahaja pada malam itu. 

Masjid Quba'
Kawasan tempat perhentian Buggy di Masjid Quba' dinamakan Al Rihba Square. Pengunjung ke masjid diingatkan adab supaya tidak melepak atau berbaring di dalam masjid.
Tempat pertama yang menarik perhatian kami adalah Al Mustadal Garden, tempat di mana Nabi Muhammad SAW dengan ditemani Saidina Abu Bakar AS diberi sambutan oleh penduduk Madinah sebaik mereka tiba dari Makkah. Taman ini diberi nama Mustadal yang bermaksud Teduh sempena tindakan Abu Bakar yang menggunakan serbannya untuk meneduh Nabi dari kepanasan matahari. Hasrat kami nak melawat masuk ke dalam taman tidak dapat ditunaikan hari ini kerana hari telah pun agak lewat malam. Esok adalah hari terakhir kami di Madinah dan kami berhasrat nak bangun awal untuk pergi Solat Subuh berjemaah di Masjid Nabawi. Mungkin kami akan masuk melawat ke taman ini kalau Allah izinkan kami datang lagi ke Madinah.
 
Al Mustadal Garden
Keterangan mengenai Al Mustadal Garden
Kami juga dapat melawat dengan lebih dekat tapak Telaga Cincin (Bir'ul Khatam) di Masjid Quba' pada malam itu. 

Tapak Telaga Cincin (Bir'ul Khatam) tempat di mana cincin warisan Rasullullah SAW yang dipakai Saidina Usman Bin Affan jatuh ke dalam telaga yang menandakan bermulanya kekacauan di kalangan Umat Islam.
Masjid Quba' adalah sebuah ladang kurma sewaktu Nabi Muhammad SAW tiba di sini. Oleh yang demikian, ada pokok-pokok kurma yang ditanam di perkarangan masjid untuk mengenang keadaan pada masa itu.

Pokok-pokok kurma yang ditanam di perkarangan Masjid Quba'
Satu lagi pemandangan pokok-pokok kurma yang ditanam di Masjid Quba'
Turut ditandakan di perkarangan Masjid Quba' adalah tapak rumah Kalsom bin Al Hidam. Beliau adalah orang yang menumpangkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq di rumahnya sewaktu menunggu ketibaan Saidina Ali RA dari Makkah untuk bersama-sama bergerak menuju ke Madinah.

Tapak rumah Kalsom bin Al Hidam, tempat Nabi Muhammad SAW menumpang tinggal sewaktu di Quba'
Keterangan mengenai jasa Kalsom bin Al Hidam yang telah menumpangkan Nabi Muhammad SAW
Tapak rumah Kalsom Bin Hidam
Ada beberapa sudut taman yang menarik telah dibina di sekitar Masjid Quba'. Ramai kelihatan keluarga-keluarga Arab yang datang berehat dan bersantai di sini.

Sudut rehat yang menarik di Masjid Quba'
Ramai keluarga Arab yang datang berehat dan bersantai di sini
Kami kemudian berjalan balik di tepi bangunan Masjid Quba' untuk kembali ke tempat Buggy. Sewaktu berjalan di tepi bangunan masjid ini terjumpa sebuah lagi tapak bersejarah. Ia adalah bekas rumah kediaman seorang sahabat yang bernama Saad bin Khaytamah. Walaupun tinggal di rumah Kalsom bin Al Hidam, Nabi Muhammad SAW sering menggunakan rumah Saad bin Khaytamah untuk melayan tetamu yang ingin berjumpa dengan Baginda. Rumah ini juga menjadi tempat tumpangan beberapa orang rakan yang turut serta berhijrah dari Makkah ke Madinah bersama Nabi Muhammad SAW. Antara mereka termasuklah Hamzah bin Abdul Muthalib dan Zaid bin Harisah. Saad bin Khaytamah adalah juga salah seorang Syuhada di medan Perang Badar.

Menyusuri tembok masjid untuk kembali ke tempat Buggy
Di sinilah tapak rumah milik seorang Syuhada Badar yang bernama Saad bin Khaytamah
Papan keterangan mengenai rumah Saad bin Khaytamah
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke tempat Buggy
Di sana juga ada sebuah sudut santai yang disediakan
Meninggalkan Masjid Quba'

Part 50: Naik Buggy Kembali Ke Madinah

Selepas dah melawat sekitar Masjid Quba', kami kembali ke tempat Buggy untuk pulang. Kena beritahu yang kita nak ke Syamaliah (Utara) kepada pemandu Buggy. Kalau tidak kita akan dihantar ke kawasan Masjid Ghamamah di selatan Masjid Nabawi. Jauh nak kena jalan kaki balik ke hotel nanti. Tambang yang dikenakan sama seperti datang ke sini tadi ~ SAR 20 seorang.
 
Naik Buggy untuk pulang ke Madinah
Buggy lain yang baru tiba ke Masjid Quba'
Walkway ke Quba' Walk
Top Center Shopping Mall di Quba' Walk
Pintu masuk ke Top Center
Quba' Walk
Pemandangan malam yang tenang dan damai menuju ke Madinah
Di tengah jalan pulang ini kami ternampak sebuah bangunan lama di atas bukit. Di sinilah kami pernah diberitahu oleh Mutawif dalam perjalanan Umrah Ke-5 dulu yang ketibaan Nabi Muhammad SAW dari Makkah disedari oleh seorang Yahudi. Dia terlihat ketibaan Nabi Muhammad SAW sewaktu berada di atas bangunan ini lalu menjerit kepada penduduk Quba': "Wahai orang-orang Arab! Orang yang kamu tunggu-tunggu dah tiba!" Maka keluarlah penduduk Quba' beramai-ramai menyambut ketibaan Nabi dengan gembira.
 
Dari bangunan inilah ketibaan Nabi Muhammad SAW yang berhijrah dari Makkah ke Madinah disedari oleh seorang Yahudi
Pemandangan bangunan bersejarah dengan lebih dekat
Mungkin disebabkan cuaca yang lebih dingin berbanding di sebelah siang, orang-orang Arab memang aktif pada sebelah malam. Walaupun malam dah larut pada ketika itu, mereka masih ramai kelihatan beraktiviti di sekitar Quba' Walk.

Masih berpiknik di lewat malam begini
Quba' Walk
Quba' Walk
Naik scooter di Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Quba' Walk
Penghujung Quba' Walk
Seperti waktu kedatangan tadi, sebahagian perjalanan Buggy terpaksa berkongsi menggunakan jalan raya dengan kenderaan lain bila tiba di kota Madinah. Tetapi tidak seperti waktu pergi ke Masjid Quba' tadi, trafik tidaklah sibuk ketika ini.

Tiba di pinggir Madinah
Berkongsi jalan dengan kenderaan lain
Masuk ke walkway kembali ke Madinah
Hotel-hotel di Madinah
Nada Al Salam Hotel
Hayah Al Salam Al Fadi Hotel
Bosphorus Hotel
Menghampiri kawasan Masjid Nabawi
Kawasan pembinaan
Al Aqeeq Al Rawda Hotel
Masjid Ali Bin Abi Talib
Pemandangan dari dalam Buggy
Tiba di Masjid Nabawi
Masjid Nabawi
Emaar Elite Hotel
Elaf Taiba Hotel
Concorde Dar Al Khair Hotel
Penjaja di tepi jalan
Tiba kembali ke Dataran Buddaah
Husband bergambar kenangan dengan pemandu Buggy


 Bersambung ke Bahagian 14...


CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :

No comments: