Sunday, 15 March 2026

2026 UMRAH KE-7 BHG. 15 (Madinah - KL)

Februari 2026

ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar

Bahagian 15: Pulang
MADINAH - KUALA LUMPUR

Part 51: Ziarah Wada'
 
Saat yang paling menyedihkan dalam setiap perjalanan Umrah kami akhirnya tiba. Kami perlu membuat Ziarah Wada' kepada Rasullullah SAW kerana dah tiba masa untuk kami meninggalkan bumi Madinah dan seterusnya meninggalkan Tanah Haram untuk kembali ke Malaysia.
 
Berjalan ke Masjid Nabawi untuk menunaikan Solat Zohor berjemaah yang terakhir pada kali ini
Payung di perkarangan Masjid Nabawi
Pintu masuk untuk wanita di sebelah Barat Masjid Nabawi
Kami dijadual berlepas pulang dari Airport Madinah dengan penerbangan Saudia Airlines pada pukul 2.30 pagi esok. Oleh demikian, bas akan membawa kami dari hotel ke lapangan terbang pada pukul 8.45 malam ini. Bagi kemudahan urusan, Jemaah kumpulan kami diminta untuk mengumpulkan semua bagasi di Lobi Aras 11 sebelum pukul 6 petang.

Awal-awal lagi kami dah letak beg kat Lobi Aras 11 Hotel Al Ritz Al Madina
Kami membuat Ziarah Wada' kepada Rasullullah SAW selepas Solat Asar. Memang sayu sewaktu mengucapkan selamat tinggal kepada Baginda. Semoga Allah tidak menjadikan kunjungan ini sebagai kunjungan kami yang terakhir ke Tanah Suci. Berikanlah kami rezeki dan kesempatan untuk berkunjung dan beribadah di Tanah Suci ini berkali-kali lagi di sepanjang hayat kami. Semoga kunjungan yang akan datang Insyaallah akan menjadi kunjungan yang lebih baik bagi kami semua.

Berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk membuat Ziarah Wada'
Petunjuk arah untuk memberikan salam kepada Rasullullah SAW
Assalamu’Alaika, Ya Rasullullah. Ya Allah! Berilah selawat kepada Nabi Muhammad SAW dan seluruh keluarganya. 
 Ya Allah Ya Tuhanku, janganlah Engkau jadikan ziarah hamba-Mu ini di tempat yang mulia ini sebagai ziarah yang penghabisan.
 Kurniakanlah kepada hamba-Mu peluang-peluang untuk menziarahi kembali ke tempat-tempat ini dalam keadaan sihat dan ‘afiat.
Kenangan terakhir di Masjid Nabawi kali ini
Semoga Allah memberikan kami lagi rezeki dan berpeluang untuk datang beribadah lagi di Tanah Suci Makkah dan Madinah
Dengan perasaan sedih dan berat, kami melangkah pulang ke hotel untuk membuat persediaan pulang ke Tanah Air.

Sekumpulan Jemaah Indonesia sedang berkumpul di depan Masjid Nabawi sambil mendengar penerangan dari Mutawif mereka
Kumpulan ini sangat besar sehingga Mutawif mereka membuat penerangan secara live di social media untuk kemudahan ahli-ahli kumpulan mendengar penerangan dari beliau.
Gerai-gerai street food di Madinah

Part 52: Menuju ke Airport Madinah

Seperti yang diarahkan, Kumpulan Jemaah kami berkumpul di Lobi Hotel Al Ritz Al Madinah pada pukul 8 malam untuk bergerak ke Airport Madinah.

Bagasi-bagasi Jemaah yang dikumpul di lobi Hotel Al Ritz Al Madinah
Selfie di lobi hotel
Dalam bas nak menuju ke Airport Madinah
Pemandangan malam di kota Madinah berdekatan hotel kami
Kesibukan malam di Dataran Buddaah
Suasana kesibukan di depan Masjid Nabawi yang pasti sukar untuk dilupakan
Secara umumnya perjalanan Umrah Ketujuh kami berakhir sewaktu bas bergerak meninggalkan hotel menuju ke Airport Madinah. Dalam banyak-banyak perjalanan Umrah yang pernah kami lalui, Myself merasakan Umrah Ke-7 bersama Andalusia ini adalah Umrah yang kedua terbaik bagi kami dari segi pengisian. Myself masih merasakan Umrah Ke-5 bersama Mursyid Alharamain pada tahun 2017 lalu sebagai Umrah kami yang terbaik dari segi pengisian dan ilmu yang diperolehi.

Walau masih berada di bumi Madinah, Myself dan Husband dah mula memikirkan improvement yang perlu dibuat jika diizinkan Allah SWT datang berkunjung lagi ke Tanah Suci di masa hadapan.

Di sini Myself senaraikan perkara-perkara yang perlu kami lakukan untuk perjalanan akan datang, Insyaallah. Sengaja Myself paparkan di sini untuk ingatan dan kemudahan rujukan di masa depan:

🔴Pemilihan Pakej:
🔷Pilih pakej yang masuk terus ke Makkah dan selepas itu ke Madinah.
🔷Elak datang masa winter. Datang pada musim lain (preferably March/April) supaya waktu antara solat lebih panjang dan mudah untuk berjemaah setiap waktu di masjid.
🔷Pilih pakej hotel di Makkah Towers / Menara Jam sewaktu di Makkah & pilih hotel yang terletak betul-betul di tepi pagar Masjid Nabawi di Madinah.
🔷Pilih tarikh supaya dapat 2 kali Jumaat ~ sekali di Makkah & sekali di Madinah.
🔷Minta naik tren dari Makkah ke Madinah (Both Business / Economy class okay)
 
 🔴Things To Do Lepas Dah Dapat Pakej:
🔷Apply Nusuk awal untuk masuk Raudah
🔷Beli SIM Card Saudi untuk kemudahan booking Buggy untuk Tawaf & Saie.
🔷Tawaf Pertama kena buat berjalan kaki untuk melihat Kaabah dengan dekat. Saie baru naik Buggy.
🔷From itinerary, decide hari yang sesuai untuk membuat puasa sunat di Makkah & Madinah.
🔷Okay kalau nak skip Program Ziarah di Madinah for any reason sebab boleh ziarah sendiri dengan Bas HOHO.

🔴Kesihatan:
🔷Ambil suntikan 3 serangkai: Meningococcal, Pneumococcal & Influenza
🔷Register Insurans Al Khairi untuk kemudahan mendapat rawatan di klinik swasta Makkah & Madinah untuk kemudahan
🔷Walau ambil pakej dari agensi mana sekalipun, beli pack ubat ringan Umrah dari Farmasi Andalusia
🔷Bawa gula Equal

🔴Personal notes:
🔷Bawa air freshener untuk bilik & toilet
🔷Bawa slipper toilet
🔷Sedekah for considerations ~ Hadiyah, Nasi Arab etc. 
🔷Remember spots for Karak Tea ~ Kyan @ Makkah Towers (depan Panda Supermarket) & Dunkin' Donut
🔷Bawa teh uncang (kat sana selalu cuma ada teh serbuk) & cili sos paket
🔷Bawa sabun mandi buku

Part 52: Madinah Airport

Airport di Madinah bernama Prince Mohammad Bin Abdulaziz International Airport. Disebabkan bangunan airport ini agak kecil untuk menampung penumpang yang sangat ramai, kami diarahkan terlebih dahulu menunggu di Terminal Haji.

Terminal Haji di Airport Madinah
Suasana di dalam Terminal Haji dari luar
Pintu masuk ke Terminal Haji
Terminal Haji ini adalah tempat menunggu semata-mata. Cuma ada kerusi, tandas dan bilik solat sahaja di sini. Suasana agak havoc di sini, lebih-lebih lagi kerana kami terpaksa menunggu bersama Jemaah Turki yang kurang sabar dan tidak memikirkan keselesaan jemaah lain.
 
Suasana di dalam Terminal Haji
Kerusi tempat menunggu di dalam Terminal Haji
Ada ramai Jemaah Turki yang menunggu bersama kami
Bila kaunter Saudia untuk penerbangan kami dibuka, barulah kami dibenarkan masuk ke dalam bangunan Terminal.

Berjalan menuju ke bangunan Terminal untuk check-in di kaunter Saudia
Suasana sewaktu check-in di kaunter Saudia juga agak havoc kerana Andalusia mempunyai ramai Jemaah yang terbang menggunakan pesawat yang sama. Untuk kemudahan urusan, kami dikumpulkan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang rawak untuk check-in. Bila boarding dengan cara begitu, dah pasti tempat duduk juga akan bertaburan.

Proses check-in di kaunter Saudia di Madinah Airport
Maklumat penerbangan kami
Boarding Pass
Selepas dah check-in kami terus masuk ke boarding gate. Bila pegawai di tempat check-in melihat kita memegang passport Malaysia, terus kita diarahkan untuk menggunakan autogate. Alhamdulillah, memang smooth dan mudah menggunakan autogate.

Pemandangan di passenger area Madinah Airport
Burger King
Pesawat kami Saudia SV 834 akan berlepas pada pukul 2.25 pagi
Berjalan menuju ke Boarding Gate
Pesawat kami berlepas menerusi Gate 116. Syukurlah kerana kita tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan pintu ini.

Tiba di kawasan Boarding Gate
Posing dulu di Madinah Airport
Ada sebuah kedai minuman betul-betul di tepi Boarding Gate kami. Memandangkan masih ada masa lagi yang terluang sebelum boarding, kita duduk minum-minum dulu di sini.
 
Kedai minuman di sebelah Boarding Gate
Husband sedang membeli minuman
Kita minum dulu...

Part 53: Saudia Airlines (Madinah - Kuala Lumpur)

Penumpang Saudia Airlines SV 834 dipanggil masuk ke dalam pesawat pada pukul 1.40 pagi, kira-kira 40 minit sebelum waktu berlepas yang dijadualkan.

Pesawat Saudia yang akan membawa kami kembali ke Kuala Lumpur
Berjalan menuju ke pintu pesawat
Tiba di pintu pesawat
Berjalan mencari tempat duduk di dalam pesawat
Walaupun mendapat seat yang berterabur sewaktu check-in, syukur Alhamdulillah kerana Myself dan Husband dapat juga duduk bersama. Ketika mendapat seat yang berterabur ini, Myself teringat perjalanan Umrah kami yang lepas bersama Azzuha. Aturan perjalanan kami dengan Azzuha sangat smooth sewaktu di KLIA dan juga di Madinah. Happy sangat sebab pihak Azzuha memang dah atur seat kami mengikut kumpulan keluarga masing-masing.

Namun ini tidaklah bermakna pengurusan Andalusia tidak bagus. Walaupun mereka mempunyai bilangan jemaah yang sangat ramai, Andalusia memang cekap mengurus Jemaah mereka sewaktu di Makkah dan Madinah. Memang kita tak terasa ditinggalkan sewaktu di Tanah Suci. Cuma Myself rasa, jika dibandingkan sewaktu berurusan dengan Azzuha dulu, Andalusia perlu mempertingkatkan customer service bagi team mereka yang berada di Malaysia. Myself rasa ada kekurangan yang boleh diperbaiki terutama dalam personal touch dengan customer bagi permintaan-permintaan add-on. Myself cukup respect dengan cara Azzuha mengendalikan customer bagi permintaan-permintaan add-on dulu.

Di sebalik itu semua, Myself rasa Andalusia memang mempunyai banyak kelebihan dari segi hotel penginapan di Makkah dan Madinah. Lokasi hotel mereka di kedua-dua Makkah dan Madinah memang sangat strategik.

Dapat seat kat tepi tingkap
Pemandangan ke luar tingkap
Bersedia untuk berlepas
Bergerak menuju ke runway
Pesawat kami Saudia Airlines SV 834 berlepas dari Madinah menuju ke Kuala Lumpur pada pukul 2.25 pagi mengikut jadual. Seperti kedatangan kami ke Jeddah dulu, pesawat ini juga adalah Boeing 787-10 Dreamliner.

Peta perjalanan dari Madinah ke Kuala Lumpur
Berlepas dari Madinah
Penerbangan dari Madinah ke Kuala Lumpur mengambil masa 8 jam 40 minit. Ada 2 sajian makanan diberi dalam penerbangan ini. Sajian yang pertama dihidangkan kira-kira sejam selepas pesawat berlepas dari Madinah. Makanan yang dihidangkan adalah Stone Oven Baked Pizza.

Sajian penerbangan
Stone Oven Baked Pizza
Masih terbang di Arab Saudi sekarang
Pemandangan di luar pesawat
Subuh menjelma sewaktu kami masih berada di Semenanjung Arab. Ketika itu kami sedang terbang menghampiri bumi Oman. Teringat kenangan melawat ke negara ini bila melihat bandar Muscat pada peta.

Terbang di Oman
Sekejap lagi nak masuk waktu Solat Subuh
Fajar sadik di bumi Oman yang menandakan masuk waktu Solat Subuh
Tiba di Oman
Penerbangan kami agak lancar menuju ke Kuala Lumpur. Cuma ada beberapa turbulence yang dirasai sewaktu terbang di Laut Arab. Satu masa dahulu, Laut Arab adalah tempat yang sangat tenang bila kita terbang di sana. Kawasan yang terkenal dengan turbulence adalah Teluk Bengal. Cuma akhir-akhir ini Myself perasan bila terbang ke destinasi-destinasi di sebelah barat, banyak turbulence dirasai bila kita lalu di Laut Arab dan Teluk Bengal pula yang menjadi tenang. Mungkin penangan dari fenomena climate change.
  
Sedikit turbulence dirasai sewaktu terbang di Laut Arab
Menghampiri benua India
Pemandangan di dalam pesawat. Ramai yang terbatuk-batuk di dalam pesawat ini termasuklah kami berdua.
Terbang merentas India
Halfway home...
Pemandangan di luar pesawat. Tingkap pesawat ini menggunakan teknologi electrochromic.
Suatu yang menarik tentang pesawat model Boeing Dreamliner yang kami naiki ini ialah tingkapnya yang menggunakan teknologi electrochromic. Teknologi ini membolehkan tingkap digelap atau diterangkan dengan hanya menekan butang. Tak perlulah nak menarik shade tingkap turun kalau nak menggelapkan suasana. Main tekan-tekan butang saja.
 
Terbang di Teluk Bengal
Sajian penerbangan kedua dihidangkan sewaktu pesawat sedang terbang di Teluk Bengal. Ada pilihan makanan yang dihidangkan: Chicken With Rice ataupun Egg. Macam biasa, Myself akan memilih hidangan Nasi dan Husband pasti akan memilih Telur.

Sajian penerbangan kedua sedang dihidangkan
Chicken Stir Fried Pepper (Chicken With Rice)
Egg Shaksouka / Tomato Concasse
Lampu kabin dimalapkan semula selepas penumpang selesai menikmati hidangan sajian penerbangan kedua.

Menyambung tidur selepas makan
Selfie
Wefie
Tiba di Laut Andaman
Pemandangan sewaktu terbang di Laut Andaman
Menuju ke Kuala Lumpur
Lampu pesawat dinyalakan semula sewaktu pesawat terbang turun untuk mendarat di Kuala Lumpur.

Persediaan untuk mendarat
Selamat tiba di Malaysia
Ada empangan yang besar di bawah sana
Negaraku Malaysia
Pemandangan Selat Melaka dari udara
Alhamdulillah, mungkin disebabkan trafik udara yang tidak sibuk, pesawat kami terus dapat mendarat di KLIA. Tak perlulah nak berlegar-legar dulu di kawasan Port Dickson macam kebiasaan itu sambil menunggu kebenaran mendarat.
 
Membuat penerbangan turun ke KLIA
Menghampiri KLIA
Kawasan-kawasan perumahan berhampiran KLIA
Alhamdulillah, pesawat kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 3.40 petang. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan kami membuat perjalanan Umrah Ke-7 ini dengan selesa dan selamat. Semoga semua amalan kami diterima di sisi-Mu, Ya Allah. Berikanlah kami rezeki dan kesihatan tubuh badan untuk terus berkunjung ke Tanah Suci Makkah dan Madinah lagi serta melawat ke tempat-tempat lain di muka bumi ciptaan-Mu ini, Ya Allah. Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat mendarat di Kuala Lumpur
Peta perjalanan yang telah dilalui dari Madinah ke Kuala Lumpur
Selamat pulang ke Malaysia
Dua minggu selepas kami kembali ke Malaysia, seluruh dunia dikejutkan dengan serangan oleh Tentera Amerika Syarikat & Israel ke atas negara Iran. Seluruh ruang udara di Timur Tengah ditutup kerana serangan ini. Akibatnya ramai Jemaah Malaysia yang telah selesai Umrah terkandas tidak dapat pulang ke Malaysia disebabkan pembatalan penerbangan sehingga hampir 8 hari. Setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah SWT kerana Myself dan Husband dapat pergi ke Tanah Suci dan kembali ke Malaysia tanpa sebarang halangan dan masalah. 


CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :

CATATAN PERJALANAN UMRAH / HAJI LAIN :

No comments: