 |
| Kawasan kediaman berhampiran Masjid Qiblatain |
 |
| Bangunan Mahkamah |
 |
| Lorong basikal di Makkah |
 |
| Bangunan-bangunan moden di Madinah |
Kami turut ditunjukkan Masjid Tujuh yang merupakan tapak Perang Khandaq. Kawasan ini hanya boleh dilihat dari kejauhan pada masa sekarang memandangkan ia sedang ditutup untuk pelaksanaan projek pembangunan.
Dalam sejarah peperangan Islam, pada tahun 5 Hijrah "Khandaq" yang bermaksud "Parit" telah digali sebagai benteng pertahanan untuk persediaan melawan kaum kafir Quraisy bersama sekutu-sekutu mereka yang hendak menyerang Madinah. Parit ini digali atas cadangan dari seorang sahabat yang bernama Salman Al-Farisi. Salman berasal dari Parsi dan dia telah memberitahu Nabi dan para sahabat bahawa begitulah cara orang Parsi membuat pertahanan bila berdepan dengan peperangan.
Cadangan Salman dipersetujui oleh Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian Baginda dan para sahabat bergotong-royong menggali parit yang bertujuan untuk menghalang dan menggagalkan cadangan tentera kafir Quraisy yang seramai 10 ribu orang untuk masuk ke kawasan kota Madinah. Parit sepanjang 5.5 kilometer itu dibina dengan kedalaman 3.2 meter dengan kelebaran 4.6 meter.
Sebagai mengenang peristiwa peperangan Khandaq, ada 7 buah masjid kecil yang telah dibina di lokasi-lokasi yang menjadi tempat pertahanan para sahabat. Sebuah masjid besar yang dinamakan Masjid Tujuh kemudiannya dibina bagi menggabungkan kesemua masjid ini.
 |
| Masjid Tujuh yang menandakan tapak Perang Khandaq di zaman Rasullullah SAW |
 |
| Pergunungan di belakang Masjid Tujuh adalah Gunung Sila. |
 |
| Kawasan di sekitar Masjid Tujuh sedang ditutup untuk satu projek pembangunan |
 |
| Myself dapat merasakan tapak-tapak sejarah di kawasan ini sedang dibangunkan semula untuk tatapan generasi yang akan datang |
Part 38: Jabal Uhud
Gunung Uhud (Jabal Uhud) ialah gunung bersejarah setinggi 1,077 meter yang terletak kira-kira 5 kilometer di utara Masjid Nabawi, Madinah. Ia merupakan lokasi berlakunya Perang Uhud yang berlaku pada 11 Syawal Tahun 3 Hijrah.
 |
| Gunung Uhud |
 |
| Jabal Uhud memiliki keistimewaannya tersendiri kerana ia adalah bukit yang dijanjikan akan berada di syurga. |
 |
| Laluan masuk ke Jabal Uhud |
 |
Pahala solat jenazah diibaratkan seperti satu qirath, iaitu ganjaran sebesar gunung Uhud bagi sesiapa yang mensolatkan jenazah. Jika turut mengiringi jenazah hingga selesai pengebumian, ganjaran meningkat menjadi dua qirath.
|
 |
| Papan tanda di Jabal Uhud |
Dalam pertempuran ini, tentera Quraisy dari Makkah, yang dipimpin oleh Abu Sufyan ibn Harb, datang dengan kekuatan sekitar 3,000 orang untuk membalas kekalahan mereka dalam Perang Badar. Umat Islam, seramai kira-kira 700 orang, mengambil posisi berhampiran Gunung Uhud.
Pada awalnya, tentera Muslim mencapai kemenangan, namun disebabkan sebahagian pemanah telah melanggar perintah Rasullullah SAW dengan meninggalkan posisi mereka untuk turut serta mengumpul harta rampasan perang, pasukan Quraisy telah mengambil kesempatan ini untuk melancarkan serangan balas. Antara yang gugur syahid di dalam peperangan ini adalah Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib, bapa saudara kepada Rasulullah SAW.
 |
| Pelawat-pelawat ke Jabal Uhud |
Setibanya di Jabal Uhud sebelum perang bermula, Rasulullah SAW telah menempatkan 50 pemanah di Jabal Ainin (Bukit Dua Mata Air). Ia dinamakan sedemikian kerana pada masa dahulu terdapat dua mata air di bukit tersebut. Bukit ini pada hari ini lebih dikenali dengan nama Jabal Al-Rumat (Bukit Para Pemanah).
Para pemanah diketuai oleh Saidina Abdullah bin Jubayr bin al-Nu‘man. Mereka diperintahkan Rasulullah SAW supaya berkawal dan jangan turun dari bukit ini selagi tidak mendapat arahan untuk berbuat demikian, tidak kira sama ada tentera Islam menang atau kalah.
 |
| Gunung Ainin |
 |
| Kisah mengenai pemanah yang ditempatkan di Gunung Ainin oleh Rasullullah SAW |
 |
| Berjalan menuju ke Gunung Ainin |
 |
| Di sinilah 50 pemanah ditempatkan oleh Rasullullah SAW sewaktu Perang Uhud |
 |
| Nabi Muhammad SAW telah berpesan supaya pemanah tidak meninggalkan bukit ini tanpa mengira pasukan Islam menang atau tewas, tetapi arahan ini tidak dipatuhi sebahagian besar pemanah. |
Namun setelah tentera musyrikin dikalahkan pada pusingan pertama Perang Uhud, para pemanah mula turun meninggalkan bukit ini kerana memahami bahawa mereka hanya diminta tetap berada di atas bukit selagi peperangan masih berlangsung. Mereka menyangka perang sudah tamat sepenuhnya.
Walaupun Saidina Abdullah telah menasihatkan mereka agar tetap berada di atas Bukit Ainin, kebanyakan pemanah tetap turun sehingga yang tinggal di atas bukit itu hanyalah beliau dan beberapa orang yang bilangan mereka kurang daripada 10 orang.
Apabila Khalid bin Al-Walid yang ketika itu masih seorang musyrik, melihat dari jauh kekosongan bukit daripada pasukan pemanah, beliau terus bergerak bersama-sama dengan pasukan berkudanya dengan disertai oleh Ikrimah bin Abu Jahal yang juga belum memeluk Islam ketika itu.
 |
| Sebuah masjid telah didirikan di Tapak Perang Uhud sekarang |
 |
| Di sinilah berlakunya Peperangan Uhud pada masa dahulu |
 |
| Mendengar Mutawif kami bercerita tentang Perang Uhud |
Mereka menuju ke Bukit Ainin untuk menyerang pemanah yang masih berada di atas bukit. Akhirnya kesemua pemanah yang masih berada di atas bukit termasuklah Saidina Abdullah dibunuh tentera berkuda musyrikin. Seterusnya tentera berkuda musyrikin ini menyerang tentera Islam yang sedang mengutip harta rampasan perang dari arah belakang sehingga keadaan menjadi huru-hara. Peristiwa ini akhirnya membawa kepada kekalahan umat Islam setelah diserang dari arah belakang oleh pasukan berkuda Khalid dan ‘Ikrimah.
Sementara itu dari arah hadapan pula, tentera Islam diserang semula oleh tentera musyrikin yang pada awalnya sudahpun bertempiaran lari meninggalkan medan perang.
 |
| Pemandangan dari Bukit Ainin |
 |
| Makam Syuhada' Uhud yang dilihat dari Bukit Ainin |
Semasa peperangan Uhud, Iblis telah menyamar sebagai seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saidina Ji‘al bin Suraqah al-Dhomriyy lalu iblis telah berteriak di atas Bukit Ainin: “Sesungguhnya Muhammad telah terbunuh” sebanyak tiga kali laungan. Teriakan ini menyebabkan sebahagian tentera Islam ingin membunuh Saidina Ji‘al bin Suraqah yang sebenar kerana menyangka beliaulah yang melaungkan itu. Namun Saidina Khowwat bin Jubayr dan Saidina Abu Burdah bin Niyar menenangkan para tentera Islam kerana mereka berdua berperang melawan musuh bersama-sama dengan Saidina Khowwat bin Jubayr dan mengetahui bahawa orang yang melaung tersebut bukanlah Saidina Ji’al.
 |
| Masjid Uhud |
 |
| Keterangan mengenai Makam Syuhada Uhud |
Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib, iaitu bapa saudara Rasulullah SAW telah gugur sebagai syuhada berdekatan Bukit Ainin. Semasa peperangan Uhud berlangsung, beliau berjaya membunuh lebih 30 tentera musuh sebelum syahid. Saidina Hamzah telah dibunuh oleh Wahshiyy yang sewaktu itu belum memeluk Islam dengan tujahan tombak secara curi-curi atas permintaan tuannya iaitu Jubayr bin Mut‘im bin ‘Adiyy yang ketika itu juga belum memeluk agama Islam. Tindakan itu adalah kerana Jubayr ingin membalas dendam atas kematian bapa saudara beliau, Tu‘aymah bin ‘Adiyy bin Nawfal yang telah dibunuh oleh Saidina Hamzah di dalam peperangan Badar. Jubayr berjanji akan membebaskan Wahshiyy daripada perhambaan sekiranya beliau berjaya membunuh Saidina Hamzah.
Selain itu, Wahshiyy juga dijanjikan dengan harta kekayaan yang banyak oleh Hindun binti ‘Utbah bin Robi‘ah yang juga ketika itu belum memeluk agama Islam jika dia berjaya membunuh Saidina Hamzah. Ia adalah demi membalas dendam atas kematian bapanya, ‘Utbah bin Robi‘ah dan bapa saudaranya, Shaybah bin Robi‘ah yang kedua-dua mereka dibunuh Saidina Hamzah dalam peperangan Badar.
Mayat Saidina Hamzah diperlakukan secara sadis oleh Hindun dengan membelah perut, memotong hidung, dan memotong telinga beliau. Bahkan Hindun juga turut memotong kemaluan Saidina Hamzah. Hindun turut mengunyah hati Saidina Hamzah sebelum beliau meluahkannya semula.
Setelah peperangan selesai dan tentera Musyrikin sudah meninggalkan medan Uhud, Nabi Muhammad SAW menemui jenazah Saidina Hamzah yang begitu teruk diperlakukan sehingga baginda menangis sedih sehingga kedengaran nafas kesedihan Baginda. Rasullullah SAW bersabda: "Aku akan membunuh 70 orang dari kaum musyrikin selayaknya mereka telah memperlakukanmu seperti ini." (Riwayat Tirmidzi dan Hakim).
 |
| Di sinilah 70 syuhada Uhud dikebumikan |
 |
| Pandangan lebih dekat Makam Syuhada Uhud |
Lalu semasa Rasulullah SAW masih lagi berdiri di tepi jenazah Saidina Hamzah, Malaikat Jibril turun membawa firman Allah di dalam Al Quran [ Surah An-Nahl (16) : Ayat 126 - 128 ] yang bermaksud:
"[126] Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.
[127] Dan bersabarlah (Muhammad) dan kesabaranmu itu semata-mata dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) mereka dan jangan (pula) bersempit dada terhadap tipu daya yang mereka rencanakan.
[128] Sungguh, Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan."
 |
| Pemandangan Bukit Ainin (Bukit Rumat) dari Makam Syuhada' |
 |
| Mungkin beginilah pemandangan yang disaksikan oleh Tentera Musyrikin sewaktu pemanah Tentera Islam bertahan di Bukit Ainin. |
 |
| Puncak Bukit Ainin |
Ini bukanlah lawatan yang pertama kali bagi Myself dan Husband ke Jabal Uhud, tetapi pemandangan dan suasana di sini sudah sangat berubah sekarang. Suatu masa dulu Kerajaan Arab Saudi tidak mahu langsung menjaga kesan-kesan sejarah kerana bimbang dengan amalan khurafat yang dikatakan akan dilaksanakan di tempat-tempat peninggalan Nabi. Tetapi amat jelas sekarang yang generasi baru pemerintah Arab Saudi sedang berusaha untuk menjaga kesan-kesan sejarah ini dari hilang dan tidak diketahui oleh generasi yang akan datang.
No comments:
New comments are not allowed.