Februari 2026
ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar
Bahagian 14: Madinah
CITY SIGHTSEEING AL MADINAH
(HOP-ON HOP-OFF BUS)
Part 51: Naik Bas HOHO Madinah
Satu cara untuk mengelilingi kota Madinah adalah dengan menggunakan City Sightseeing Al Madinah yang juga dikenali sebagai Hop-On Hop-Off (HOHO) Bus. Walaupun dah mengikut Program Ziarah Madinah yang dianjurkan oleh pihak Andalusia, Myself dan Husband turut menaiki Bas HOHO untuk melihat Madinah dari perspektif lain. Kebetulan juga perhentian pertama Bas HOHO ini terletak di Dataran Buddaah tidak jauh dari hotel kami Al Ritz Al Madina.
 |
| Bas City Sightseeing Al Madinah (Bas HOHO) |
 |
| Pejabat Tiket Bas HOHO |
 |
| Peta laluan Bas HOHO di Madinah |
Tiket bas HOHO ini berharga SAR 90 seorang dan valid untuk selama 24 jam. Kita boleh turun dan naik semula bas ini dari mana-mana perhentian HOHO dalam tempoh tersebut. Cuma pastikan tiket tidak hilang kerana ia perlu ditunjuk untuk diperiksa bila naik ke bas semula. Jika setakat duduk-duduk sahaja di atas bas tanpa turun di mana-mana seperti yang kami buat, perjalanan dengan bas membuat satu pusingan kota Madinah memakan masa kira-kira 2 jam.
 |
| Gambar kita kat atas bas |
 |
| Pemandangan Masjid Nabawi dari tempat perhentian pertama Bas HOHO |
 |
| Posing kat atas bas |
Bas ini dua tingkat dan kami memilih duduk di tingkat atas. Pada pagi di musim dingin seperti ini, memang selesa duduk di deck yang open air di tingkat atas ini. Pastikan membawa jaket bersama kerana angin yang bertiup memang sejuk bila bas mula bergerak.
 |
| Pemandangan dari deck atas Bas HOHO. Ada juga tempat duduk yang bertutup di depan sana. |
 |
| Husband pun nak posing di atas bas |
 |
| Perhentian HOHO No. 1 : Masjid Nabawi |
 |
| Pemandangan Dataran Buddaah dari atas bas |
Semua penumpang bas diberi earphone percuma untuk mendengar audio penerangan tentang tempat-tempat yang dilalui. Penerangan ini disediakan dalam berbagai bahasa utama dunia termasuk Bahasa Indonesia. Kita mendengar penerangan yang diberi ini dalam Bahasa Indonesia sebab lebih cocok dengan telinga kita dari mendengarnya dalam Bahasa Inggeris.
 |
| Pemandangan sewaktu bas mula bergerak |
Sewaktu bas mula bergerak, kita diberi penerangan secara umum tentang kota Madinah. Terletak di wilayah Hijaz di Arab Saudi, Madinah adalah kota yang kedua suci di dalam Agama Islam selepas kota Makkah dan merupakan tempat letaknya makam Nabi Muhammad SAW.
Dikenali sebagai tempat lahir budaya Islam, Madinah adalah tempat lahirnya kerajaan Islam yang pertama di bawah pimpinan Nabi Muhammad SAW. Tarikan utama ke kota Madinah adalah Kubah Hijau di Masjid Nabawi. Orang bukan Islam boleh melawat kota Madinah selain di kawasan-kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan Haram yang termasuk di dalamnya perkarangan Masjid Nabawi.
Walaupun dikenali sebagai kota suci agama Islam, ia tidak menghalang Madinah dari berkembang menjadi sebuah kota moden. Banyak jenama antarabangsa boleh ditemui di kota Madinah sekarang.
 |
| Bas membelok ke kawasan Masjid Nabawi |
 |
| Pagar Perkuburan Baqi' |
 |
| Mengintai suasana di sebalik pagar Perkuburan Baqi' |
 |
| Barisan kedai di tepi pagar Perkuburan Baqi' |
 |
| Laluan di tepi Perkuburan Baqi' |
 |
| Salah sebuah pintu masuk ke kawasan perkuburan Baqi' |
 |
| Restoran Al Baik |
 |
| Perhentian HOHO No.2 : Al Safiyyah Museum & Park |
 |
| Al Safiyyah Museum & Park |
 |
| Pemandangan berhampiran Al Safiyyah Museum & Park |
 |
| Hotel Crowne Plaza Madinah (kiri) yang terletak bertentangan dengan Al Safiyyah Museum & Park |
 |
| Dataran Bani Khidrah (Bani Khedri) |
 |
| Dataran Bani Khedri |
 |
| Al Safia Urgent Care Center |
 |
| The International Fair & Museum of the Prophet's Biography |
 |
| Prophet's Mosque Expansion Exhibition |
 |
| Prophet's Mosque Expansion Exhibition |
 |
| Prophet's Mosque Expansion Exhibition |
Berhampiran Al Safiyyah Museum & Park ini adalah Masjid Ghamamah di mana Baginda Rasullullah SAW pernah mengimamkan Solat Aidil Fitri, Solat Istiqa' (Solat Meminta Hujan) dan Solat Jenazah Ghaib Raja Habsyi yang bernama Najasyi.
 |
| Pemandangan berhampiran Al Manakhah Square |
 |
| Perhentian HOHO No.3: Al Manakhah Square |
 |
| Penunjuk arah di Al Manakhah Square |
 |
| Checkpoint untuk Buggy ke Masjid Quba' |
 |
| Pemandangan sekitar Perhentian Bas HOHO No.3: Al Manakhah Square |
 |
| Hotel Al Manakhah Rotana |
 |
| Kompleks Bangunan Kerajaan |
 |
| Pejabat Gabenor Madinah |
 |
| Kompleks Bangunan Mahkamah Madinah |
 |
| Masih Kompleks Bangunan Mahkamah Madinah |
 |
| Al Noor Mall |
 |
| Al Noor Mall adalah tempat untuk shopping barang-barang branded di Madinah |
 |
| Lagi pemandangan Al Noor Mall |
 |
| Perhentian Bas HOHO No.6: Al Noor Mall |
 |
| Retaj Hall for Celebrations and Conferences |
 |
| Stesen minyak |
 |
| Ada banyak Restoran Mcdonald's di Madinah |
 |
| Perhentian Bas HOHO No.7: Sultanah Road. |
 |
| Kedai-kedai di Sultanah Road |
 |
| Lagi pemandangan kedai-kedai di Sultanah Road |
 |
| Ada ladang kurma milik Khalifah Usman bin Affan di kawasan ini. |
Tidak begitu jauh dari situ, bas HOHO membuat satu lagi persinggahan. Kali ini di Masjid Qiblatain yang merupakan sebuah masjid bersejarah di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu untuk menukar arah kiblat dari Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis ke Kaabah di Makkah. Susah nak melihat masjid ini dari atas bas kerana kita lalu di dalam sebuah terowong yang bersambung ke masjid ini. Perhentian Bas HOHO untuk melawat ke Masjid Qiblatain juga terletak di dalam terowong ini.
 |
| Masjid Qiblatain |
 |
| Terowong Masjid Qiblatain |
 |
| Pintu masuk ke dalam Masjid Qiblatain dari dalam terowong |
Laluan seterusnya adalah sepatutnya menuju ke Tapak Perang Khandaq yang juga dikenali sebagai Perang Ahzab. Perang ini berlaku pada tahun 5 Hijrah dan terkenal kerana Tentera Islam telah menggali parit untuk mempertahankan kota Madinah atas cadangan seorang sahabat yang bernama Salman Al-Farisi.
 |
| Masjid Quba' |
 |
| Masjid Quba' adalah masjid yang pertama didirikan di dalam Islam. Ia dibina oleh Nabi Muhammad SAW dengan bantuan para sahabat. |
 |
| Disebabkan sejarah yang dimiliki, Masjid Quba' dianggap sebagai masjid yang keempat terpenting di dalam Agama Islam |
 |
| Kebun kurma berhampiran Masjid Quba' |
HOHO membawa kita kembali ke kota Madinah selepas melawat Masjid Quba'.
 |
| Sultan Al-Qadi Monument |
 |
| Laluan basikal berhampiran Masjid Quba' |
Sekembali ke Madinah, Bas HOHO membuat perhentian di Hijaz Railway Museum yang juga dikenali sebagai Stesen Anbariyah. Ini adalah stesen perhentian terakhir bagi perkhidmatan Hijaz Railway yang pernah dibangunkan oleh Kesultanan Ottoman sebelum Perang Dunia Pertama. Landasan keretapi ini yang dicadang untuk menghubungkan Damsyik dengan Makkah bagi memendekkan perjalanan Jemaah Haji hanya dapat dihubungkan sehingga ke Madinah.
Sambungan perjalanan keretapi dari Madinah ke Makkah kini telah direalisasi melalui pembinaan Haramain High Speed Railway. Namun demikian, laluan dari Damsyik ke Madinah yang pernah berfungsi hebat pada satu ketika dahulu tidak lagi berfungsi kini dengan wujudnya khidmat penerbangan yang lebih efisien pada masa sekarang.
 |
| Stesen akhir Hijaz Railway di Madinah |
 |
| Stesen ini juga dikenali sebagai Stesen Anbariyah |
 |
Perhentian HOHO No. 11: Hijaz Railway Museum
|
 |
| Masjid di depan sana adalah Masjid Al Anbariyah yang dibina oleh Kesultanan Ottoman pada masa dahulu |
 |
| Masjid Al Anbariyah |
 |
| Tiba kembali ke Madinah |
Secara keseluruhan, perjalanan dengan Bas HOHO mengelilingi kota Madinah sangat menarik. Dengan tiket 24 jam yang diberi, kita bebas menentukan sendiri tempat-tempat di sepanjang perjalanan yang ingin kita lawati. Kekerapan perjalanan bas ini juga pada umumnya adalah setiap setengah jam.
 |
| Emarat Al Madinah |
 |
| Emirat Al Madinah adalah kompleks pentadbiran bagi Gabenor Madinah |
 |
| Al Ghamamah Center |
 |
| Hotel Waqaf Usman Bin Affan |
 |
| Kembali ke Perhentian HOHO No.1: Masjid Nabawi di Dataran Buddaah |
Bersambung ke Bahagian 15...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :
No comments:
New comments are not allowed.