Februari 2026
ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar
Bahagian 9: Madinah
SEKITAR MASJID NABAWI
Part 31: Buddaah @ Madinah
Sewaktu di Madinah, kami tinggal di kawasan Buddaah (disebut: Badda'ah) yang terletak di bahagian utara Masjid Nabawi. Bahagian utara Masjid Nabawi dianggap sebagai kawasan di belakang Masjid kerana kiblat di Masjid Nabawi menghala ke selatan.
![]() |
| Kawasan Buddaah di Madinah |
Kawasan Buddaah ini juga terletak betul-betul di tengah bahagian utara Masjid Nabawi. Pintu masuk utama ke Masjid Nabawi dari arah utara juga terletak di sini. Disebabkan faktor ini hotel-hotel mewah di Madinah seperti Hilton dan Sofitel juga terletak di kawasan ini.
![]() |
| Vista Masjid Nabawi dari Dataran Buddaah |
![]() |
| Menara Jam di luar Masjid Nabawi ini menjadi mercu tanda penting di kawasan Buddaah |
![]() |
| Menara Jam Buddaah |
![]() |
| King Faisal Road di Buddaah adalah jalan lingkaran kota Madinah yang penting |
![]() |
| Makaram Serviced Apartments yang terletak betul-betul di luar pintu masuk ke Masjid Nabawi |
![]() |
| Hotel Dar Al Taqwa yang juga terletak betul-betul di depan pintu masuk ke Masjid Nabawi |
![]() |
| Suasana di Dataran Buddaah di waktu malam |
![]() |
| Pemandangan Menara Jam Buddaah dan Masjid Nabawi di waktu malam |
![]() |
| Persimpangan jalan utama di Buddaah |
![]() |
| Peninsula Worth Hotel |
Dataran di Buddaah adalah juga tempat perhentian utama bas Hop-On Hop Off Madinah. Di samping itu, ia juga turut menjadi salah sebuah tempat perhentian Buggy yang berulang-alik ke Masjid Quba'.
![]() |
| Perhentian bas Hop-On Hop-Off (HOHO) Madinah di Buddaah |
![]() |
| Perhentian perkhidmatan Buggy ke Masjid Quba' |
![]() |
| Kaunter perkhidmatan Buggy ke Masjid Quba' |
Di sini juga ada beberapa buah restoran fast food termasuk Dunkin' Donuts dan Mcdonald's. Ada juga sebuah supermarket popular Bin Dawood di kawasan ini.
![]() |
| Husband bergambar di depan Dunkin' Donuts |
![]() |
| Mcdonald's |
![]() |
| Membeli burger di Mcdonald's |
![]() |
| Iklan Supermarket Bin Dawood pada jambatan |
![]() |
| Pintu masuk ke Supermarket Bin Dawood |
Sesuatu yang istimewa di Buddaah adalah di sini ada sebatang jalan yang menjual street food dari serata dunia. Ada makanan dari Arab, Malaysia, Indonesia, Turkiye, Italy dan sebagainya.
![]() |
| Street food dari seluruh dunia di Buddaah |
![]() |
| Suasana malam street food di Buddaah |
![]() |
| Makanan dari seluruh dunia dijual di sini |
![]() |
| Gerai yang menjual makanan Malaysia |
![]() |
| Walaupun Gerai Makanan Malaysia, rasa masakannya lebih mirip kepada makanan Indonesia kerana mungkin dimasak oleh Orang Indonesia |
![]() |
| Kedai menjual kurma |
![]() |
| Husband bergambar kenangan di Dataran Buddaah |
![]() |
| Gambar kita pulak posing di Buddaah |
Part 32 : Hotel Al Ritz Al Madinah
Hotel penginapan kami di Madinah yang bernama Al Ritz Al Madinah juga terletak di Buddaah, kira-kira 2 block dari Masjidil Haram. Kalau berjalan dari hotel ke pintu masuk bangunan Masjid Nabawi, memakan masa kira-kia 15 minit. Kebanyakan penginap di hotel ini terdiri dari Jemaah Malaysia dan Indonesia. Ada juga Myself lihat penginap dari negara lain seperti Turkiye dan Pakistan.
![]() |
| Al Ritz Al Madina Hotel |
![]() |
| Lorong di hadapan bilik penginapan kami di Hotel Al Ritz Al Madina |
![]() |
| Lobi di Hotel Al Ritz Al Madina |
![]() |
| Pemandangan di jalan besar di hadapan Hotel Al Ritz Al Madina |
Restoran di Hotel Al Ritz Al Madina yang bernama Al Sukkaria di Aras 2 memang tempat untuk bersukaria sebab di sinilah breakfast, lunch dan dinner disediakan. Seperti juga di Makkah, makanan yang disediakan adalah makanan Melayu dengan sedikit vibe makanan Arab.
![]() |
| Restoran di Hotel Al Ritz Al Madina yang bernama Al Sukkaria |
![]() |
| Pintu masuk ke Al Sukkaria |
![]() |
| Ruangan makannya terletak di bawah sana |
![]() |
| Buffet di Al Sukkaria |
![]() |
| Memilih makanan untuk dimakan |
![]() |
| Ruang makan yang agak luas di Al Sukkaria |
![]() |
| Suasana di Al Sukkaria |
![]() |
| Kenangan di Al Sukkaria |
Di sebelah Hotel Ritz juga ada sebuah shopping lane yang kecil. Berbagai barangan dijual di sini seperti sejadah, kurma, cenderamata dan perfume. Shopping lane ini juga adalah laluan pintas menuju ke Masjid Nabawi tetapi Myself dan Husband jarang nak lalu di sini kerana kami nak mengelak dari kena harrass dengan penjual-penjual yang nak menyuruh kita membeli barangan mereka.
![]() |
| Shopping lane di tepi Hotel Al Ritz Al Madina |
![]() |
| Kedai-kedai di shopping lane |
![]() |
| Satu lagi suasana di shopping lane |
![]() |
| Shopping lane ini bernama Buddaah Lane |
![]() |
| Kedai Kurma |
![]() |
| Husband menunjukkan hasil belian di Kedai Kurma |
![]() |
| Laluan menuju ke Masjid Nabawi |
![]() |
| Bergambar di pintu masuk ke Al Ritz Al Madina Hotel |
Part 33: Soqaifah Bani Saedah
Ada program ziarah sekitar Masjid Nabawi diatur pada pagi Hari Kedua kami berada di Madinah. Sebelum zaman Covid dulu ada banyak kesan-kesan sejarah yang ditunjuk kepada kita di sekitar Masjid Nabawi, tetapi kini kesan-kesan sejarah ini macam dah tiada lagi. Yang tinggal hanya beberapa sahaja.
![]() |
| Program Ziarah Sekitar Masjid Nabawi |
![]() |
| Berjalan merentas kawasan Masjid Nabawi |
![]() |
| Nusuk Care Centre berdekatan Masjid Nabawi. Mungkin kita boleh refer ke sini kalau ada masalah dengan apps Nusuk. |
Salah sebuah kesan sejarah yang masih dapat dilihat adalah Soqaifah Bani Saedah yang merupakan tempat di mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dilantik menjadi Khalifah Al Rasyidin yang pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Taman ini sedang ditutup dan tidak boleh dimasuki sekarang kerana kelihatan seperti ada kerja-kerja upgrading yang sedang dibuat.
Kisah panjang mengenai perlatikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA sebagai Khalifah Al Rasyidin yang pertama di Soqaifah Bani Saedah ini pernah Myself ceritakan di sini: Umrah Kelima (2017) : Ziarah Madinah (6) - Sokaifat Bani Saedah & Muzium Rasullullah SAW.
![]() |
| Tapak Soqaifah Bani Saedah |
![]() |
| Ada kerja upgrading sedang dibuat di tapak Soqaifah Bani Saedah ini sekarang |
![]() |
| Hotel-hotel penginapan di bahagian selatan Masjid Nabawi |
Kami kemudiannya dibawa ke Pintu No.1 Masjid Nabawi yang merupakan pintu masuk rasmi ke kawasan masjid yang terlatak berhampiran dengan Kubah Hijau. Di luar pintu ini ada gambar Raudah yang besar. Di sini, Mutawif kami mengambil kesempatan untuk memberi penerangan tentang Raudah, terutama kepada ahli-ahli Jemaah yang baru pertama kali menjejak kaki ke Madinah.
![]() |
| Pintu Masuk No.1 yang merupakan pintu masuk rasmi ke Masjid Nabawi |
![]() |
| Mutawif kami, Ustaz Herman Hazwan memberi penerangan tentang Raudah |
![]() |
| Pemandangan berhampiran Pintu No. 1 Masjid Nabawi |
Part 34: Masjid Ghamamah
Kami seterusnya dibawa melawat ke Masjid Ghamamah yang terletak tidak jauh dari Pintu No.1 Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan tempat di mana Nabi Muhammad SAW pernah mengimami solat Hari Raya Aidil Fitri. Selain itu, ia juga dikenali sebagai tempat baginda mengimami solat jenazah ghaib untuk Raja Najasyi, seorang raja Habsyah yang memeluk Islam secara rahsia. Solat jenazah ghaib ini menjadi amalan pertama dalam sejarah Islam.
Nama "Ghamamah" berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud awan. Menurut riwayat, Nabi juga pernah mengimami Solat Istiqa' (solat untuk meminta hujan) di sini. Ketika Nabi Muhamamd SAW mengimami solat di kawasan ini, awan muncul menurunkan hujan. Namun dikatakan ada awan lain yang juga muncul memberi naungan kepada Rasullullah SAW daripada kebasahan hujan tersebut. Ia menunjukkan tanda kasih Allah kepada baginda Rasullullah SAW.
![]() |
| Masjid Ghamamah |
![]() |
| Masjid Ghamamah adalah tempat di mana Nabi Muhammad SAW pernah mengimami Solat Hari Raya, Solat Jenazah Ghaib kepada Raja Najasyi di Habsyah serta Solat Istiqa' untuk meminta hujan. |
![]() |
| Keterangan mengenai Masjid Ghamamah |
![]() |
| Mendengar Mutawif bercerita tentang sejarah Masjid Ghamamah |
![]() |
| Pintu masuk ke Masjid Ghamamah |
![]() |
| Pemandangan di dalam Masjid Ghamamah |
![]() |
| Satu lagi suasana di dalam Masjid Ghamamah |
![]() |
| Siling Masjid Ghamamah |
![]() |
| Pemandangan di luar Masjid Ghamamah |
![]() |
| Kawasan di luar Masjid Ghamamah ini dinamakan sebagai Al Naqah |
![]() |
| Peta Al Naqah |
Di kawasan ini juga dulu pernah berdiri Souq Al-Manakhah yang dibuka oleh Nabi Muhammad SAW di awal zaman Hijrah ke Madinah. Ia dibuka untuk membolehkan Umat Islam terutama yang berhijrah dari Makkah ke Madinah menjalankan aktiviti perniagaan secara percuma tanpa bergantung kepada pasar Orang Yahudi. Sebelum adanya pasar ini, Umat Islam terpaksa berniaga di Pasar Yahudi dengan dikenakan bayaran yang tinggi. Souq Al-Manakhah berkembang makmur sehingga menyebabkan Pasar Yahudi tersebut tidak lagi laku dan terpaksa ditutup.
![]() |
| Tapak Pasar Al Manakhah yang dibuka oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu mula berhijrah dari Makkah ke Madinah |
Part 35: Kubah Hijau (Makam Rasullullah SAW)
Lawatan sekitar Masjid Nabawi kami berakhir di Kubah Hijau yang menempatkan Makam Rasullullah SAW. Di sinilah juga Jemaah yang baru tiba di kota Madinah menyampaikan salam kepada Rasullullah SAW.
![]() |
| Kembali ke perkarangan Masjid Nabawi |
![]() |
| Kubah Hijau yang menempatkan Makam Rasullullah SAW |
Kubah Hijau ini adalah tapak rumah Rasullullah SAW yang dibina bersebelahan dengan Masjid Nabawi sewaktu Hijrah baginda ke kota Madinah. Mengikut sejarahnya juga, Masjid Nabawi telah dibina di atas tapak bertepatan dengan tempat unta Rasulullah SAW berhenti. Walau dah berkali-kali tiba di sini, perasaan humbling tetap muncul setiap kali melihat Kubah Hijau ini kerana kita tahu, ia adalah tempat persemadian manusia yang paling agung di dunia.
![]() |
| Bergambar dengan Kubah Hijau |
![]() |
| Jemaah dari seluruh dunia yang datang menziarah Rasullullah SAW |
Di kawasan ini juga kita dapat melihat Jemaah yang mempunyai slot Nusuk berbaris untuk masuk ke Raudah. Alhamdulillah kerana Myself dan Husband diberi peluang oleh Allah SWT untuk masuk ke Raudah. Hati sangat bersyukur dengan kesempatan yang diberi terutama bila memikirkan ada ahli kumpulan Jemaah kami yang tidak diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk masuk ke Raudah ini sehingga sampai waktu untuk kami pulang ke Malaysia.
![]() |
| Pintu masuk untuk pemegang slot Nusuk masuk ke Raudah |
![]() |
| Beratur menunggu giliran untuk masuk ke Raudah |
Ada slot giliran yang berbeza disediakan untuk lelaki dan wanita masuk ke Raudah. Slot yang ditetapkan untuk wanita adalah selepas waktu Subuh di waktu pagi sehingga kira-kira 2 jam sebelum waktu Zohor dan juga lewat malam selepas waktu Isyak sehingga ke awal subuh. Waktu selainnya dikhaskan untuk lelaki.
![]() |
| Waktu pagi sebegini adalah giliran bagi wanita untuk melawat ke Raudah |
Bersambung ke Bahagian 10...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :
- Bahagian 01 : Ketibaan (KL - Jeddah)
- Bahagian 02 : Makkah (Makkah Hotel & Towers)
- Bahagian 03 : Makkah (Masjidil Haram)
- Bahagian 04 : Makkah (Umrah Di Masjidil Haram)
- Bahagian 05 : Makkah (Masy'aril Haram : Jabal Tsur, Padang Arafah & Jabal Rahmah)
- Bahagian 06 : Makkah (Masy'aril Haram : Wadi Muhassir, Mina, Masjid Ji'ranah & Jabal Nur)
- Bahagian 07 : Makkah - Madinah (Haramain High Speed Rail)
- Bahagian 08 : Madinah (Masjid Nabawi)
- Bahagian 09 : Madinah (Sekitar Masjid Nabawi)
- Bahagian 10 : Madinah (Masjid Quba', Jabal Uhud & Ladang Kurma)
- Bahagian 11 : Badar (Telaga Al Rawha & Telaga Syifa)
- Bahagian 12 : Badar (Tapak Perang Badar, Makam Syuhada Badar & Jabal Malaikat)
- Bahagian 13 : Madinah (Buggy Tour Ke Masjid Quba')
- Bahagian 14 : Madinah (Hop On Hop Off Bus)
- Bahagian 15 : Pulang (Madinah - KL)














































































No comments:
New comments are not allowed.