Tuesday 28 May 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 05 (Planete Des Epices)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 5: Morocco
MARRAKECH
(Hotel Ibis Marrakech & Planete Des Epices)

HARI KEDUA (1)

Part 12: Hotel Ibis Marrakech

Myself dan Husband sering menginap di Hotel-hotel Ibis dalam banyak pengembaraan kami di luar negara. Namun begitu, Hotel Ibis di Marrakech ini adalah Hotel Ibis yang paling menarik bagi kami.

Pintu masuk ke restoran Hotel Ibis Marrakech
 Breakfast di Hotel Ibis Marrakech
Suasana di restoran Hotel Ibis Marrakech
Pemandangan menghala ke kolam renang
Pemandangan menghala ke pintu masuk dari dalam restoran
Selepas makan, kami bersiar-siar di perkarangan hotel. Hotel ini cantik dan menarik kerana ia menerapkan ciri-ciri senibina tradisional Morocco pada bangunannya.

Kolam renang
Meja makan di tepi kolam renang
Elemen senibina tradisional Morocco yang diterapkan pada bangunan hotel memang sangat menarik. Ia juga dicat merah selaras dengan tema Marrakech sebagai Red City.
Menjenguk siapa yang mengintai dari atas sana...
Sang Anjing rupanya...
Landskap yang menarik
Berehat di tepi kolam renang
Hotel Ibis Marrakech
Kolam renang
Bergambar dengan bunga-bunga cantik
Pemandangan menghala ke restoran
Husband bergambar di bawah pokok zaitun
Lobi kecil di depan restoran

Part 13: Marrakech

Kami diminta berkumpul di lobi hotel pada pukul 9.30 pagi untuk memulakan program lawatan di kota Marrakech. Oleh kerana Myself dan husband turun awal, kami duduk menikmati ruang tamu yang disediakan di sini. Keindahan kesenian tangan Morocco sangat terserlah dalam hiasan dalaman di bilik ini.

Ruang Tamu di Hotel Ibis Marrakech
Suasana di Ruang Tamu
Berehat di Ruang Tamu
Pintu Gerbang begini banyak terdapat pada bangunan-bangunan di Morocco
Pemandangan dari luar Hotel Ibis Marrakech
Pintu masuk ke Hotel Ibis Marrakech
Pemandangan dari sisi Hotel Ibis Marrakech
Bas kami yang sedang parking di luar bangunan hotel
Bersiap-sedia untuk memulakan lawatan
Marrakech adalah kota yang dianggap sebagai Morocco's Cultural Capital. Nama kota ini ditulis sebagai Marrakech dalam Bahasa French dan Marrakesh dalam Bahasa Inggeris. Ia juga digelar sebagai Red City kerana semua bangunannya berwarna merah. Menurut sejarahnya kota Marrakech dibangunkan oleh suku Almohad dari bangsa Berber yang berasal dari Gurun Sahara. Demi mengenangkan kampung halaman mereka yang dipenuhi pasir berwarna merah, pemerintah Almohad mengenakan syarat supaya semua bangunan di Marrakech perlu dicat dengan warna merah yang mana peraturan ini masih diikuti sehingga sekarang.

Kata Pemandu Pelancong kami yang benama Mohsein, ramai pelancong yang memilih Marrakech sebagai pintu masuk mereka ke Morocco disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan tempat-tempat tumpuan pelancongan yang lain. Umpamanya, kota Marrakech terletak hanya 80 km dari Pergunungan Atlas dan 122 km dari Ouarzazate yang merupakan bandar pintu masuk ke Gunung Sahara. Bandar pelabuhan Essaouira pula terletak kira-kira 177 km dari Marrakech.

Kota Marrakech turut dikelilingi tembok tanah yang berwarna merah. Dengan ketinggian 9 meter, ia berfungsi sebagai benteng pertahanan kota pada masa dahulu. Marrakech kini adalah salah sebuah dari 4 Imperial Cities di Morocco bersama-sama Fes, Meknes dan Rabat. Malah sebelum nama 'Morocco' digunakan, seluruh negara Morocco dikenali sebagai Kingdom of Marrakech.

Red City
Banyak taman begini yang dilihat di Marrakech
Tembok kota Marrakech
Bangunan Mahkamah
Seluruh bangunan di Marrakech diwajibkan dicat dengan warna merah
Dari segi pembangunan, Kota Marrakech secara umumnya terbahagi kepada 2 bahagian: Old City dan New City. Tumpuan lawatan kami sewaktu di Marrakech adalah di Old City.

Kedai-kedai tipikal di Marrakech
Kedai dan rumah kediaman

Part 13: Planete Des Epices

Selain rempah ratus yang digunakan dalam masakan, Morocco juga terkenal dengan penghasilan Minyak Argan. Minyak serba guna ini dihasilkan dari pokok Argan yang hidup hanya di selatan negara Morocco, berhampiran Gurun Sahara.

Marrakech Old City
Untuk mengenali Argan Oil dengan lebih dekat, kami dibawa melawat ke sebuah pusat jualannya di Marrakech Old City.

Berjalan di Marrakech Old City
Kedai menjual bantal
Kedai kesenian kayu
Bank of Africa
Suasana di Marrakech Old City
Pusat jualan Argan Oil yang kami kunjungi bernama Planete Des Epices (Planet of Spices).

Planete Des Epices
Tong rempah ratus yang diletakkan di pintu masuk ke Planete Des Epices
Demonstrasi penghasilan Minyak Argan secara tradisional
Rempah ratus yang turut digunakan dalam pelbagai produk Minyak Argan
Rempah ratus
Dari luar, Planete Des Epices kelihatan seperti sebuah kedai yang kecil. Rupa-rupanya ia mempunyai beberapa tingkat di bawah tanah (basement). Kami dibawa ke sebuah bilik di bawah tanah ini untuk diberi penerangan mengenai Argan Oil.

Tangga menuju ke basement
Bilik-bilik di bawah tanah
Bilik di bawah tanah di mana penerangan mengenai Argan Oil diberi kepada kumpulan kami
Dinding yang dipenuhi dengan pelbagai produk Minyak Argan
Bersedia untuk mendengar penerangan mengenai Minyak Argan
Penerangan mengenai Minyak Argan diberi kepada kami oleh seorang petugas di Planete Des Epices yang bernama Abdul dalam Bahasa Inggeris yang bagus dan lancar.

Abdul memberi penerangan mengenai Minyak Argan kepada kami
Minyak Argan diperah dari buah Argan yang pokoknya hanya tumbuh di selatan negara Morocco. Disebabkan fakta unik ini, kawasan tersebut yang dinamakan Arganeraie Biosphere Reserve telah mendapat perlindungan dari pihak UNESCO.

Daun Pokok Argan menjadi makanan kegemaran kambing. Kerana itulah pemandangan kambing memanjat pokok-pokok Argan menjadi pemandangan yang unik di selatan Morocco, berhampiran kawasan Gurun Sahara. Kami tidak berkunjung ke sana, jadi tak dapatlah melihat pemandangan yang unik ini.

Pokok Argan yang tumbuh di selatan Morocco. Ia sering dipanjat oleh kambing yang hendak memakan daunnya.
Ramai orang menganggap Minyak Argan dihasilkan dari sisa Buah Argan yang dibuang bersama najis kambing seperti penghasilan Kopi Luwak di Indonesia. Menurut Abdul, tanggapan ini salah kerana biji buah Argan sebenarnya diludah keluar oleh kambing selepas dimakan isinya. Biji ini dikutip, dipecah kulit dan diperah keluar untuk mendapatkan Minyak Argan.

Pokok Argan boleh hidup sehingga 200 tahun dan mampu menahan cuaca yang panas setinggi 50'C di kawasan gurun. Ia juga berjasa menghalang pasir di Gurun Sahara dari terbang meliputi kawasan di sebelah utara Morocco. Tanpa Pokok Argan, seluruh Morocco kini mungkin telah ditelan oleh Gurun Sahara. Faktor ini jugalah yang menyebabkan Pokok Argan dilindungi oleh UNESCO.

Abdul bersama pembantunya
Memberi penerangan tentang produk-produk yang dihasilkan dari Argan Oil
Rempah ratus yang digunakan bersama Argan Oil dalam pelbagai produk
Berkurun lamanya, Argan Oil telah digunakan oleh masyarakat Berber di Morocco dalam rawatan kulit, rheumatism dan penyakit jantung. Ia turut digunakan dalam produk-produk kecantikan disebabkan kandungannya yang kaya dengan vitamin, lemak dan antioxidant yang diperlukan terutamanya dalam rawatan kulit dan rambut.

Selain digunakan dalam produk kecantikan dan rawatan, Argan Oil turut digunakan sebagai makanan. Antara lain, ia digunakan sebagai salad dressing dan ramuan dalam masakan tradisional Morocco yang dinamakan couscous.

Selain pokok dan daunnya yang dimakan secara langsung oleh haiwan ternakan, sisa biji Argan yang telah diperah minyak juga turut dijadikan makanan haiwan. Jelas sekali yang buah Argan sangat berharga kerana keseluruhan pokok mempunyai kegunaan tersendiri. Malah kambing yang gemar memanjat Pokok Argan juga tidak kisah tertusuk duri pokok ini kerana keenakan daunnya yang menjadi makanan mereka.

Abdul membuat demonstrasi penggunaan produk Minyak Argan
Sambil diberi penerangan, kita turut dijamu dengan Moroccan Tea
Kumpulan kami yang sedang mendengar penerangan dari Abdul
Pembantu Abdul yang mengedarkan sample produk Minyak Argan untuk dicuba
Di sini juga kami diberi penerangan bagaimana hendak membezakan Minyak Argan tulen dengan Minyak Argan tiruan. Bila disapu Minyak Argan ke kulit, Minyak Argan yang tulen akan menyerap masuk ke dalam kulit manakala Minyak Argan tiruan pula akan meninggalkan kesan berminyak pada permukaan kulit.

Demonstrasi penggunaan produk kulit
Minyak Argan yang dicampur dengan buah kaktus untuk kecantikan kulit
Hasil belian produk Minyak Argan kami
Melihat dengan lebih dekat pelbagai rempah ratus yang digunakan bersama Minyak Argan
Bergambar di lorong belakang Kedai Minyak Argan
Kenangan bersama Makcik Morocco yang membuat demonstrasi pemerahan minyak biji Argan secara tradisional
Pemandangan dari luar kedai Planete Des Epices
Bangunan bank di hadapan Planete Des Epices
Selepas selesai melawat Planete Des Epices, kami berjalan kembali mendapatkan bas. Sewaktu berjalan kami melihat papan-papan tanda yang dipasang pada kedai dan pejabat-pejabat sentiasa mempunyai tulisan Arab, Perancis dan sejenis tulisan yang kelihatan sekali imbas seperti tulisan Greek. Bila ditanya kepada Mohsein, tulisan seperti tulisan Greek ini adalah sebenarnya tulisan Berber yang merupakan bahasa rasmi ketiga di Morocco.

Tulisan yang kelihatan seperti tulisan Greek di bawah tulisan Arab di sebelah kiri ini adalah sebenarnya tulisan Berber.
Kereta kuda yang membawa pelancong bersiar-siar di sekitar Marrakech
Kedai pakaian di Marrakech Old City
Pelbagai souvenir yang menarik
Pintu-pintu kayu tradisional
Lorong di celah-celah kedai
Husband cukup suka bergambar di lorong-lorong begini di Morocco
Craft Complex
Sebahagian lagi dari Craft Complex


 Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):