Wednesday, 1 February 2023

2022 BALKANS BHG. 47 (Spice Bazaar)

Oktober 2022

SOUTHEASTERN EUROPE (BALKANS)
Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro, Albania, Kosovo, North Macedonia, Greece & Turkiye (3rd Visit)
(TURKIYE: Istanbul)

Bahagian 47: Istanbul 3
ISTANBUL (Spice Bazaar)

HARI KESEPULUH (1)

Part 134: Pagi di Park Inn by Radisson

Hari Ke-10 perjalanan dan Hari Ke-2 di Istanbul adalah juga hari terakhir kami dalam Balkans Tour ini. Pada malam nanti, kami akan terbang ke Doha dan seterusnya kembali ke Kuala Lumpur.

Perjalanan hari terakhir ini kami mulakan dengan bersarapan pagi di Park Inn by Radisson. Restoran di Park Inn by Radisson ini kecil saja, terpaksalah kita berebut tempat dengan pengunjung-pengunjung lain untuk breakfast. Antara yang turut menginap di hotel ini bersama kami adalah sekumpulan Jemaah Umrah dari Indonesia yang berziarah di Istanbul sebelum menuju ke Tanah Suci. Mereka berasal dari Palembang di Sumatera.
 
Restoran di Park Inn By Radisson
Beratur mengambil makanan
Dalam banyak-banyak hotel penginapan kami di Balkans, breakfast di Park Inn by Radisson inilah yang paling mengecewakan. Dahlah pilihan makanannya tak banyak, restorannya pun sempit.
 
Pelbagai jem dan spread untuk disapu pada roti
Jemput makan...
Selepas makan barulah kami check-out dari bilik. Sedih juga rasanya sebab dah nak kena balik ke Malaysia malam ini.

Lift lobby di tingkat penginapan kami
Lobi utama di Park Inn By Radisson
Hotel ini juga terletak di sebuah lokasi yang tidak menarik di Istanbul
Park Inn By Radisson
Pemandangan di sekitar Hotel Park Inn By Radisson
Hotel Ibis Istanbul West di seberang hotel kami
Hotel Courtyard By Mariott Istanbul West di belakang hotel kami
Yogi Burger
Bas kami yang parking kat tempat lain malam tadi dah tiba ke hotel
Membawa bagasi masuk ke bas

Part 135: Kembali Ke Istanbul Old City

Pada pagi ini, kami akan meneruskan lagi lawatan di Istanbul Old City. Dalam perjalanan ke sana, banyak pemandangan bangunan-bangunan moden yang diperhatikan.

Liv City Hotels
Bangunan moden yang berbentuk bulat di depan sana juga adalah sebuah hotel.
Elite World Grand Hotel
Istanbul Kültür University
Bangunan-bangunan moden
Menuju ke Istanbul Old City
Pusat membeli-belah Forum Istanbul
Menghampiri Istanbul Old City
Masjid yang kelihatan di depan sana adalah Pertevniyal Valide Sultan Mosque
Pertevniyal Valide Sultan Mosque
Perpustakaan
Satu pemandangan menarik yang dapat kami perhatikan dengan dekat pada pagi ini adalah Valens Aqueduct yang dibina oleh Kerajaan Byzantine pada penghujung kurun ke-4 Masehi dulu. Menurut catatan sejarah, pembinaannya dimulakan pada tahun tahun 337M di bawah Emperor Constantius II dan hanya selesai dibina pada tahun 373M di bawah pemerintahan Emperor Valens. Aqueduct ini terus digunakan selepas Constantinople ditawan oleh Kerajaan Ottoman.

Pada mulanya Valens Aqueduct dibina sepanjang 268 km membawa air dari sumber di Danımandere and Pınarca. Kemudian fasa kedua aqueduct ini ditambah sepanjang 451 km untuk mengambil air dari sumber di Vize yang terletak 120 km dari Constantinople.

Valens Aqueduct
Malangnya sebahagian besar binaan aqueduct ini telah roboh dan satu-satunya bahagian binaan yang masih tinggal dapat dilihat di daerah Fatih di Istanbul Old City.  Binaan sepanjang 921 meter ini kini dinamakan sebagai Bozdoğan Kemeri (Aqueduct of the Grey Falcon) dan merentang sebuah lembah di antara Istanbul University dengan Masjid Fatih (yang dulunya adalah Church of the Holy Apostles).

Kota lama Istanbul

Part 136: Eminönü

Bas menurunkan kami di Eminönü, sebuah kawasan di Istanbul OId City yang berhadapan dengan Laut Marmara. Ada sebuah dataran yang luas di Eminönü yang dikelilingi pelbagai kedai jualan dan kafetaria.

Eminönü
Turun bas di Eminönü
Pigeons
Penjual roti tradisional Turki yang dipanggil Simit
Sebahagian kawasan Beyoğlu di Istanbul New City yang terletak di seberang Selat Golden Horn dapat dilihat dari Eminönü. Di sanalah Myself dan Siti menginap sewaktu kedatangan kami ke Istanbul pada bulan Jun dulu. Pandangan yang menarik perhatian dari Eminönü ini ialah Galata Tower. Menara ini digunakan sebagai menara pemerhati kebakaran di awal zaman Kerajaan Ottoman sebelum fungsinya ditukar menjadi sebuah penjara di bawah pemerintahan Sultan Suleiman The Magnificent. Walaupun berfungsi sebagai sebuah menara pemerhati kebakaran, ia sendiri juga pernah mengalami kebakaran pada satu masa dahulu.

Pemandangan Beyoğlu District di seberang sana dapat dilihat dari Eminönü
Menara Galata di Istanbul New City
Menara ini boleh didaki untuk melihat pemandangan Istanbul di sekitar, namun demikian barisan pelawat untuk mendaki menara ini sentiasa sangat panjang.
Pengunjung di puncak Menara Galata
Destinasi kami di Eminönü adalah Spice Bazaar. Untuk ke sana, kami melalui kedai-kedai yang kebanyakannya juga menjual rempah-ratus masakan.

Sekali-sekala kita akan bertemu dengan kafe-kafe tradisional.

Kafe tradisional di Eminönü
Tapi yang banyaknya memang kedai-kedai rempah...

Kedai-kedai rempah
Berjalan ke Spice Bazaar
Masjid di depan sana adalah New Mosque (Yeni Camii)

Part 137: Spice Bazaar

Seperti Grand Bazaar, Spice Bazaar juga adalah sebuah pasar tertutup, tetapi saiznya jauh lebih kecil. Ia juga dikenali sebagai Egyptian Bazaar kerana pembinaannya dibuat menggunakan hasil kutipan cukai dari tanah jajahan Kerajaan Ottoman di Mesir.

Spice Bazaar adalah bangunan berbatu-bata di sebelah kanan di depan sana
Pintu masuk ke Spice Bazaar
Nama rasmi Spice Bazaar adalah Egyptian Bazaar kerana ia dibina menggunakan hasil kutipan cukai di wilayah jajahan Ottoman di Mesir
Pemandangan di dalam Spice Bazaar
Walau dah dua kali datang ke Istanbul sebelum ini, ini adalah kali pertama Myself masuk ke Spice Bazaar. Waktu datang ke Istanbul pada kali pertama dulu, Spice Bazaar ditutup sempena Pilihanraya Presiden Turkiye. Sewaktu datang kali kedua 4 bulan yang lalu, Myself dan rakan yang bernama Siti juga tak berkesempatan datang ke sini kerana lebih banyak bertumpu ke Grand Bazaar.

Kedai barang kemas di Spice Bazaar
Kedai madu
Kedai menjual rempah
Rempah-ratus
Disebabkan kami nak pulang ke Malaysia malam ini, Myself dan Husband cuma mencari Turkish Delight saja untuk dibawa pulang. Bermacam Turkish Delight dijual di sini. Paling seronok sebab sekarang dah ada Turkish Delight yang kurang manis dijual. Bagus untuk kesihatan, lebih-lebih lagi kepada pengidap diabetik seperti Husband.

Shopping-shopping di Spice Bazaar
Kedai menjual Turkish Delight yang kami kunjungi
Turkish Delight dipanggil Lokum dalam Bahasa Turki
Pelbagai jenis Turkish Delight dijual di sini
Meninjau-ninjau Turkish Delight yang dijual
Free Sample yang diberi kepada pengunjung
Turkish Delight yang bersulam dengan kacang dan buah-buahan ini adalah yang tersedap bagi kami
Membungkus Turkish Delight
Hasil belian kami. Semuanya sedap dan versi yang kurang manis
Selain Turkish Delight, teh buah-buahan turut dijual di sini
Perhiasan di siling kedai
Memuktamadkan urusniaga
Rempah ratus juga dijual di sini
Saffron dari Iran
Pelbagai jenis kacang
Kacang Cerdik (Pistachio) dan Gajus
Sambil shopping di kedai ini, kami dijamu dengan teh buah-buahan. Boleh pilih perasa buah-buahan yang diingini. Kami memilih Pomegranade Tea (Teh Delima). Sesuatu yang pasti, semua teh buah-buahan di Turkiye memang sedap. Memang menjadi amalan juga para penjual di bazaar-bazaar di Tukiye untuk menjamu tetamu mereka dengan teh ini.

Minum Pomegranade Tea
Jemput minum...
Bergambar kenangan dengan pekedai
Lepas dah membeli Turkish Delight, kita jalan-jalan lagi di Spice Bazaar. Specialty di sini adalah rempah, jadi kita tengok pulak kedai-kedai yang menjual rempah walau tak membeli.

Jalan-jalan di Spice Bazaar
Lambang kebesaran Sultan Ottoman dulu agaknya
Kedai souvenir
Herba-herba masakan yang dikeringkan
Pintu keluar di sebelah sana
Perhiasan di siling Spice Bazaar
Ataturk
Lorong di dalam Spice Bazaar dibina berbentuk huruf 'T' dan tidaklah berselirat macam di dalam Grand Bazaar. Susunan kedai-kedainya juga lebih teratur dan lebih mudah kita nak shopping di dalamnya. Kalau sewa kedai di Grand Bazaar digunakan untuk penyelenggaraan Masjid Hagia Sophia dan sewa kedai di Arasta Bazaar digunakan untuk penyelenggaraan Blue Mosque, sewa dari Spice Bazaar ini pula digunakan untuk penyelenggaraan New Mosque yang terletak di sebelahnya. Kita akan melawat ke masjid ini sebentar nanti.

Jalan-jalan lagi di Spice Bazaar
Kedai souvenir
Rempah-ratus
Spicey Faces
Family photo dengan Abang dan Kakak Ipar


Bersambung ke Bahagian 48...


CATATAN PERJALANAN BALKANS (2022):