Saturday, 10 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 42 (Portugal-Spain)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[PORTUGAL: Lisbon]

Bahagian 42: Portugal - Spain
LISBON - BADAJOZ (Vasco da Gama Bridge)

HARI KESEMBILAN (5)

Part 119: Meninggalkan Lisbon

Lawatan kami ke Lisbon hanyalah lawatan yang singkat dan Praça do Comércio adalah tempat lawatan kami yang terakhir. Dari sini, kami dibawa menyusuri bangunan-bangunan Prombaline menuju ke tempat menunggu bas berhampiran Lisbon Cruise Terminal di tepi Sungai Tagus.

Dah tiba masa untuk kami bergerak pergi...
Menyusuri bangunan Prombaline berhampiran Praça do Comércio
Perhiasan pada siling bangunan
Kenderaan untuk pelancong di Lisbon
Menyusuri jalan yang bernama Rua da Alfândega
Rua da Alfândega
Penutup sewer di Lisbon
Igreja de Nossa Senhora da Conceição Velha (Church of Our Lady of Conceição Velha)
Pemandangan menara St. Geroge's Castle dari penghujung Rua da Alfândega
Pandangan lebih dekat menara loceng di St. George's Castle
Loceng di St. George's Castle
  Pemandangan Lisbon Cruise Terminal dari tempat kami menunggu bas
Kapal persiaran Queen Anne yang sedang berlabuh di Lisbon
Memang sedih rasa nak meninggalkan Lisbon kerana Myself dan Husband tahu ada banyak lagi tempat menarik di kota ini yang tidak sempat kami kunjungi. Myself dan Husband sepakat ~ Portugal memang sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati. Kalau ada rezeki dan peluang di masa akan datang, kami pasti tidak menolak untuk datang lagi ke sini.

Menikmati pemandangan terakhir St. George's Castle di Lisbon
Adeus, Lisboa (Goodbye, Lisbon)!
Meninggalkan Lisbon
Semoga dapat kembali lagi...
Bangunan berkubah di belakang sana adalah National Pantheon yang merupakan tempat persemadian orang-orang terkenal di Portugal
Bangunan-bangunan cantik di Lisbon yang pasti akan dirindui
Editory Riverside Hotel
Menuju ke arah Vasco da Gama Bridge
Jambatan merentas landasan keretapi
Stesen Keretapi Santa Apolonia di Lisbon
Keretapi
Ucapan selamat jalan dari kota Lisbon
Bangunan lama di kota Lisbon

Part 120: Vasco da Gama Bridge

Kami meninggalkan Lisbon menggunakan Vasco da Gama Bridge yang merupakan jambatan kedua terpanjang di Eropah sekarang selepas Crimean Bridge di Russia.

Naik ke Vasco da Gama Bridge
Pemandangan kota Lisbon dari permulaan Vasco da Gama Bridge
Sungai Tagus
Jambatan sepanjang 12 km ini dibina pada tahun 1998 untuk membantu mengurangkan kesesakan pada 25 April Bridge. Ia menyambungkan Lisbon ke bahagian selatan Portugal dan seterusnya ke Spain dan dinamakan sempena Vasco da Gama, ahli pelayaran Portugis yang berjaya menemui jalan laut ke India. Jambatan ini turut dibina sempena ulang tahun ke-500 penemuan laluan ke India tersebut.

Vasco da Gama Bridge
Disebabkan kedudukan Lisbon yang sangat hampir dengan garis gempa bumi, Vasco da Gama Bridge dibina untuk mampu menahan gempa bumi yang lebih kuat berbanding Great Lisbon Earthquake 1755 yang memusnahkan seluruh Lisbon dan mengorbankan 60,000 nyawa. Ia juga dibina untuk mampu menahan kekuatan angin sehingga 250 km/jam. Tiang-tiangnya turut dibina untuk menahan kemungkinan hentakan sekiranya dilanggar kapal-kapal yang berlayar di bawahnya.

Pemandangan di atas Vasco da Gama Bridge
Kabel yang dipasang di tengah Vasco da Gama Bridge
Seperti 25 April Bridge yang kita lalui sewaktu masuk ke kota Lisbon, Vasco da Gama Bridge juga dibina merentang Sungai Tagus (Portugis: Rio Tejo dan disebut: Hio Tejo). Dengan kepanjangan 1,007 km, Sungai Tagus adalah sungai yang terpanjang di Semenanjung Iberia. Sungai Tagus mengalir menerusi 2 buah negara: Portugal dan Spain. Alirannya berpunca di Sierra de Albarracín di timur Spain dan mengalir masuk ke Laut Atlantik berhampiran Lisbon. Antara bandar utama yang dilalui oleh sungai ini termasuklah Aranjuez, Toledo dan Talavera de la Reina di Spain; serta Abrantes, Santarém dan Lisbon di Portugal.

Pemandangan kota Lisbon dari Vasco da Gama Bridge
Sungai Tagus
Peta Sungai Tagus yang merentang Portugal dan Spain
Sebahagian Vasco da Gama Bridge dibina tinggi untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya
Bot-bot yang berlabuh di Sungai Tagus
Pandangan lebih dekat bot-bot yang sedang berlabuh
Sambil melalui Vasco da Gama Bridge menuju ke Spain, kita makan Portuguese Egg Tart yang enak itu.

Portuguese Egg Tart
Pemandangan di seberang Vasco da Gama Bridge
Daratan di seberang Vasco da Gama Bridge dinamakan Samouco. Satu pemandangan istimewa di sini adalah tasik-tasik garam yang dinamakan Salinas do Samouco. Selain perlombongan garam, Salinas do Samouco juga adalah kawasan persinggahan migrotary birds yang penting di Eropah.
 
Samouco Salt Flats (Salinas do Samouco)
Selain perlombongan garam, Samouco Salt Flats juga adalah kawasan persinggahan burung-burung migratory yang penting di Eropah
Tasik-tasik garam
Lagi pemandangan tasik-tasik garam
Burung-burung migratory yang membuat persinggahan
Industri perlombongan garam
Kawasan paya

Part 121: Menuju Ke Spain

Dengan berakhirnya lawatan ke Portugal, ia bermakna Myself telah pun melawat 42 buah negara. Ingat lagi tak table yang kita buat sewaktu melawat ke Greece dulu? Alhamdulillah kerana table itu telahpun berjaya dipenuhkan pada tahun 2024 ini.

Negara-negara yang telah Myself lawati 1995-2024
Perjalanan dari Lisbon ke sempadan Spain memakan masa 2 jam 30 minit (225 km). Disebabkan perjalanan kita masih panjang lagi dan kita masih berada di negara Portugal, apa kata kita imbau kembali sejarah penaklukan Melaka di negara kita oleh Portugis seperti yang pernah kita pelajari di sekolah dulu?

Masih kawasan Samouco Salt Flats
Vasco da Gama kembali ke Portugal selepas menemui laluan perdagangan laut ke India dan memberi perkhabaran tentang kemakmuran Melaka ke pendengaran Raja Portugal, King Manuel I. Kemakmuran Melaka didengari oleh Vasco da Gama sewaktu beliau berada di India. Tertarik dengan perkhabaran yang disampaikan oleh Vasco da Gama, King Manuel I lalu mengutuskan Laksamana Diogo Lopes de Sequeira berlayar ke Melaka untuk menjalin hubungan dagang dengan penguasanya sebagai wakil Portugal di timur India. 

Diogo Lopes de Sequeira tiba di Melaka pada tahun 1509 dan menjadi orang Eropah pertama yang menjejak di Melaka, bahkan di seluruh Asia Tenggara. Kedatangannya disambut mesra oleh Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah. Namun tidak lama kemudian kesukaran mula menyusul.

Sekelompok pedagang Muslim Goa India telah menyampaikan perkhabaran di lingkungan istana Melaka tentang Goa yang ditakluk oleh Portugis. Pedagang Muslim antarabangsa meyakinkan Sultan Mahmud yang kedatangan Portugis adalah satu ancaman. Oleh yang demikian, Sultan Mahmud menangkap beberapa anak buah Sequeira, membunuh mereka dan menyerang keempat-empat kapal Portugis yang akhirnya melarikan diri dari Melaka. Peristiwa ini dan pengalaman mereka selama di India membuatkan Portugis memutuskan bahawa penjajahan adalah satu-satunya cara untuk mereka menancapkan kuasa di Melaka.

Perjalanan ke Spain
Pada April 1511, Viceroy Portugis di India yang bernama Afonso de Albuquerque berlepas dari Goa menuju ke Melaka dengan membawa 1,200 orang tentera dengan 17-18 buah kapal. Beliau mengemukakan sejumlah tuntutan, yang salah satunya adalah kebenaran untuk mendirikan sebuah benteng sebagai pos perdagangan Portugis berdekatan kota Melaka. Sultan Melaka menolak seluruh tuntutan dan konflik tidak lagi dapat dielakkan. Setelah bertempur selama 40 hari, Melaka jatuh ke tangan Portugis pada 24 Ogos 1511. Pertikaian sengit antara Sultan Mahmud dengan puteranya Sultan Ahmad turut melemahkan pihak Melaka ketika itu.

Pokok-pokok Gabus
50% penghasilan gabus dunia berasal dari Portugal
Disebabkan kepentingannya kepada ekonomi Portugal, penebangan Pokok Gabus dilindungi oleh Kerajaan Portugal
Pemandangan ladang gabus di Portugal
Selepas kekalahan Kesultanan Melaka pada 15 Ogos 1511 dalam peristiwa perebutan Melaka, Afonso de Albuquerque membangunkan sebuah kubu pertahanan sebagai persiapan untuk menghadapi serangan balas dari Sultan Mahmud. Sebuah benteng dirancang dan dibangun mengelilingi sebuah bukit, menyusuri garis pantai, di tenggara muara sungai serta menempati bekas tanah istana Sultan. Albequerque tinggal di Melaka sehingga November 1511 demi mempersiapkan pertahanan dalaman Melaka bagi menghadapi segala bentuk serangan balas dari orang-orang Melayu. Selepas tewas kepada Portugis, Sultan Mahmud Syah melarikan diri meninggalkan Melaka.

Ladang ternakan
Mesin pengairan rumput untuk ternakan
Bunga-bunga liar yang tumbuh di padang ternak
Kesultanan Melaka adalah sebuah negara yang membayar ufti dan sekaligus menjadi sekutu kepada Dinasti Ming di China. Penaklukan Melaka oleh Portugal pada 1511 dibalas China dengan perlakuan kejam terhadap orang-orang Portugis. Berikutan penaklukan Melaka, Maharaja China menolak sebarang pertemuan dengan utusan Portugis.

Sultan Melaka yang berada di Bintan selepas melarikan diri dari Melaka, mengirimkan pesanan kepada pihak China tentang perilaku Portugis di Melaka. China bertindakbalas dengan menghukum mati 23 orang Portugis dan menyiksa yang lain di penjara. Setelah Portugis menempatkan pos-pos perdagangan dan melakukan kegiatan-kegiatan perompakan serta keganasan di wilayahnya, pihak China membalas dengan menumpaskan kekuasaan Portugis di Ningbo dan Quanzhou. Tome Pires, seorang duta perdagangan Portugis adalah salah seorang di antara orang-orang Portugis yang meninggal dunia di dalam penjara China.

Seiring dengan peredaran masa, hubungan China dengan Portugis beransur menjadi baik. Setelah Portugis membantu melawan segerombolan lanun Wokou (lanun berkuturunan Korea) di sepanjang pesisiran pantai China pada tahun 1557, Dinasti Ming akhirnya mengizinkan orang-orang Portugis untuk menetap di Macau dan menubuhkan koloni perdagangan Portugis yang baru di sana. Kesultanan Melayu Johor turut memperbaiki hubungannya dengan Portugis, bahkan turut berperang bersama mereka melawan Kesultanan Aceh.

Rumah ladang
Ladang anggur
Menjelang permulaan abad ke-17, Syarikat Hindia Timur Belanda (Bahasa Belanda: Verenigde Oostindische Compagnie atau VOC) mula berani menentang kekuasaan Portugis di Timur. Pada masa itu, Portugis telah mengubah Melaka menjadi sebuah benteng yang kebal bernama Fortaleza de Malaca yang mengendalikan akses ke jalur-jalur pelayaran di Selat Melaka dan perdagangan rempah-ratus di sana. 

Lagi pemandangan ladang gabus
Bunga-bunga liar yang berwarna-warni tumbuh di celah ladang gabus
Masih pemandangan ladang gabus
Keindahan ladang gabus di Portugal
Ternakan di celah ladang gabus
Belanda mula melakukan pencerobohan wilayah dan serangan kecil-kecilan terhadap Portugis. Serangan besar yang pertama adalah pengepungan Melaka pada tahun 1606 oleh Armada VOC Ketiga dari Belanda dengan keanggotaan 11 buah kapal di bawah Admiral Cornelis Matelief de Jonge yang membawa kepada pertempuran laut di Tanjung Rachado (dekat Port Dickson sekarang). Meskipun Belanda tewas dalam pertempuran ini, kemusnahan lebih besar dialami oleh pihak armada Portugis yang dipimpin oleh Martim Afonso de Castro yang merupakan Viceroy of India di Goa. Selain itu pertempuran ini mengakibatkan pasukan-pasukan Kesultanan Johor berpaling tadah menjalin kerjasama dengan Belanda dan kemudiannya dengan Kesultanan Aceh.

Sekitar kurun waktu itu, Kesultanan Aceh muncul menjadi kuasa laut yang kuat di Nusantara.  Melaka di bawah Portugis dianggap sebagai ancaman pendam kepada Aceh. 

Pada tahun 1629, Sultan Iskandar Muda dari Kesultanan Aceh mengirim beberapa ratus buah kapal untuk menyerang Melaka bersama Belanda dan Kesultanan Johor sehingga akhirnya berjaya merebut Melaka dari Portugis pada bulan Januari 1641. Kerjasama Belanda-Johor-Aceh ini berjaya menghancurkan kekuasaan Portugis sehingga meredupkan pengaruh mereka di Nusantara. Belanda kemudiannya menggantikan Portugal menduduki kota Melaka sehingga kedatangan British.

Sungai Guadiana yang menjadi sempadan semulajadi antara Portugal dan Spain
Sungai Guadiana


 Bersambung ke Bahagian 43...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):