Tuesday 6 August 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 40 (Restauradores & Rossi)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[PORTUGAL: Lisbon]

Bahagian 40: Portugal
LISBON 
(Baixa: Restauradores Square & Rossio Square)

HARI KESEMBILAN (2)

Part 114: Belém

Kami melewati kawasan Belém dalam perjalanan menuju ke destinasi kami yang seterusnya, Rossio Square di Lisbon.
 
Boat Marina berhampiran Monument To Discoveries
Centro Cultural de Belém
Garden of Afonso de Albuquerque berhampiran Monastery of Jeronimos
Tugu Afonso de Albuquerque. Beliau adalah panglima tentera Portugis yang telah menawan Melaka pada tahun 1511.
Gudang-gudang lama di pelabuhan Lisbon
Retaining wall dengan jubin azulejo yang menarik
Basilica da Estrela yang dibina oleh Queen Maria I of Portugal
Suasana di Lisbon
25 April Bridge
Bangunan lama yang diubahsuai menjadi apartment mewah
Melalui sebahagian 25 April Bridge
Landasan keretapi
Lisbon adalah antara bandaraya di Eropah yang menyokong kuat pergerakan LGBT
Ada banyak bangunan lama yang cantik begini di sekitar Lisbon
Pedro Alvares Cabral Monument
Pedro Alvares Cabral adalah pelayar Portugis yang telah menemukan Brazil
Auto-Palace
Lisbon Yellow Bus
Pavement yang bercorak cantik
Corak pada pavement
Monumen Deads of Great War yang memperingati mangsa-mangsa Perang Dunia Pertama
Tram kuning yang popular di Lisbon
Kenderaan yang boleh disewa oleh pelancong untuk bersiar-siar di Lisbon

Part 115: Restauradores Square

Bas menurunkan kami di Restauradores Square. Sekali imbas bunyi tempat ini macam medan yang penuh dengan restoran tetapi Restauradores Square sebenarnya bermaksud Restorers Square. Ia terletak di daerah Baixa. Dalam Bahasa Portugis, ia dipanggil Praça dos Restauradores (disebut macam: Prasa dos Histora-dores). Di tengah-tengah Restauradores Square ini terdapat sebuah tugu yang dinamakan Monument to the Restorers. Ia dibina untuk memperingati pembebasan Portugal dari Spain pada tahun 1668. 

Monument to the Restorers di Restauradores Square
Restauradores Square
Tempat bas menurunkan kami di Restauradores Square
Hotel Avenida Palace di Restauradores Square
Ada seorang lelaki Bangladesh yang pernah bekerja di Malaysia menunggu kami di sini. Kami kemudiannya dibawa ke sebuah kedai souvenir di seberang Restauradores Square, tempat dia bekerja. Nama kedainya Souvenirs Portugueses. Banyak juga souvenir menarik yang terdapat di sini.

 Kedai Souvenirs Portugueses
Fridge magnet berbentuk jubin azulejo ini adalah antara souvenir menarik yang banyak dijual di Portugal
Lagi fridge magnet berbentuk jubin azulejo
Pelbagai cenderamata yang dijual di Souvenirs Portugueses
Suasana di sekitar Restauradores Square
Bergaya dengan tote bag jubin azulejo yang dibeli di Restauradores Square
Pokok Fig
Bergambar di bawah Pokok Fig
Satu kemestian kalau berkunjung ke Portugal adalah mencuba pastri tradisional mereka yang dinamakan Portuguese Egg Tart. Kita pernah mencuba Egg Tart di Malaysia, tetapi rasanya di Portugal yang merupakan tempat asal makanan ini ternyata jauh lebih sedap. Jangan sesekali melepaskan peluang untuk mencuba makanan ini kalau anda berpeluang berkunjung ke Portugal. Memang satu kerugian!

Ada sebuah bakeri yang menjual Portuguese Egg Tart ini di sebelah kedai Souvenirs Portugueses. Sewaktu ahli-ahli rombongan lain sibuk membeli souvenir, Myself dan Husband berkunjung ke bakeri yang menjual Egg Tart ini. 

Bakeri di sebelah kedai Souvenir Portugueses
Suasana di dalam bakeri
Ada kisah menarik mengenai penciptaan Portuguese Egg Tart. Pastri ini dicipta oleh biarawan (nuns) di sebuah biara di Lisbon. Pada masa dahulu, putih telur digunakan sebagai kanji untuk membasuh pakaian biarawan. Oleh yang demikian, banyak kuning telur yang tertinggal selepas putihnya diambil. Untuk mengelakkan pembaziran, para biarawan ini mengambil langkah untuk mencipta Portuguese Egg Tart. Kuih ini dinamakan Pasteis de Nata dalam Bahasa Portugis.
 
Selain Egg Tart ini, banyak lagi kek dan pastri yang dicipta oleh para biarawan menggunakan lebihan kuning telur. Antaranya termasuklah barrigas de freira (nun's belly), papos de anjo (angel’s double chin) dan toucinho do céu (fat from heaven). Tahukah anda tempura yang merupakan makanan popular di Jepun juga sebenarnya dicipta oleh orang Portugis? Ia dicipta oleh pedagang dan mubaligh Portugis yang tinggal di Nagasaki, Jepun pada kurun ke-16 Masehi dahulu.

Portuguese Egg Tart
Portuguese Egg Tart dinamakan Pasteis de Nata dalam Bahasa Portugis
Kuih-kuih lain yang turut dijual. Insyaallah banyak yang Halal untuk dimakan
Kaunter pembayaran
Suasana ruang makan di dalam bakeri. Lukisan Tower of Belém yang menghias dinding itu dibuat dari jubin azulejo.
Hasil belian Portuguese Egg Tart
Steakhouse di sebelah bakeri
Ikan kod kering yang merupakan makanan tradisional di Portugal turut dijual di steakhouse ini.
VIP Executive Éden Aparthotel di seberang Restauradores Square
Ukiran pada VIP Executive Éden Aparthotel 
Close-up ukiran pada bangunan VIP Executive Éden Aparthotel 
Lagi ukiran pada bangunan VIP Executive Éden Aparthotel 
Selepas semua dah selesai membeli souvenir, kami bergerak menuju ke Rossio Square.

Berjalan menuju ke Rossio Square
Banyak outdoor cafe ada di sini
Pokok Jacaranda yang lebat berbunga

Part 116: Rossio Square

Rossio Square adalah nama popular yang digunakan untuk merujuk kepada King Pedro IV Square (Praça de Dom Pedro IV). Ia telah wujud sejak di zaman Middle Age dan masih menjadi lokasi pertemuan yang popular di kalangan penduduk dan pelancong ke Lisbon. Rossio Square ini dihiasi dengan Column of Pedro IV yang terletak di tengah dataran.

Rossio Square
Column of Pedro IV di Rossio Square
Pemandangan Column of Pedro IV di Rossio Square
Patung di kaki Column of Pedro IV 
Pavement yang bercorak adalah ciri istimewa Portugal. Di mana-mana jua kita dapat melihat pavement bercorak ini termasuklah di Rossio Square. Asal-usul pavement ini juga mempunyai kisah yang menarik. Masih ingat lagi ukiran Badak Sumbu yang Myself ceritakan sewaktu kita melawat Tower of Belém sebelum ini? Dialah yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas penciptaan pavement bercorak ini.

Badak Sumbu itu diberi nama Ganga dan berasal dari India. Sewaktu Age of Discovery, Portuguese Viceroy di India yang bernama Afonso de Albuquerque ingin membina sebuah fortress di Diu. Dia mengajukan permohonan kepada Raja India yang bernama King Modofar.

King Modofar telah menolak permohonan Albuquerque. Namun disebabkan dia berbesar hati kerana Albuquerque datang menghadapnya, King Modofar menghadiahkan seekor Badak Sumbu yang bernama Ganga kepada Kerajaan Portugal. Sewaktu Ganga tiba di Portugal, ia terus menjadi popular kerana itulah pertama kalinya seekor Badak Sumbu tiba di benua Eropah sejak kurun ke-3 Masehi.

King Manuel I seterusnya berhasrat untuk mengarak Ganga ke seluruh kota sempena perayaan harijadinya. Namun begitu, jalan-jalan di Lisbon ketika itu terdiri dari jalan tanah dan sering berlopak di waktu hujan. Badak sumbu pula gemar berkubang di dalam lumpur dan disebabkan ketika itu musim hujan di bulan Januari, timbul pula kebimbangan kemungkinan yang Ganga tidak dapat menahan diri dari berkubang di lopak-lopak jalan sewaktu diarak ke seluruh Lisbon. Dari situlah timbulnya idea untuk mencipta pavement yang bercorak di jalan-jalan Lisbon. Pavement bercorak yang pertama dibina di laluan perarakan Ganga. Bolehlah dikatakan Ganga adalah haiwan yang berjasa mencipta pavement bercorak yang menjadikan Portugal terkenal di seluruh dunia hari ini.

Pavement bercorak ombak di Rossio Square
Teatro Nacional Dona Maria II
Sebuah bangunan cantik yang dibina di Rossio Square ini adalah Teatro Nacional Dona Maria II. Walaupun cantik, ia mempunyai sejarah yang menyedihkan kerana seperti Spanish Inquisition yang kita pelajari sewaktu melawat Spain dulu, di sinilah berlangsungnya pula Portuguese Inquisition di mana orang Islam dan Yahudi dipaksa untuk menganut agama Kristian setelah Kerajaan Al-Andalus yang turut meliputi Portugal ditakluk oleh Catholic Monarchs. Namun begitu Teatro Nacional Dona Maria II ini belum dibina sewaktu Portuguese Inquisition berlangsung. Bangunan yang berdiri sebaliknya adalah Estaus Palace. Estaus Palace musnah dalam kejadian kebakaran pada tahun 1836 dan Teatro Nacional Dona Maria II dibina bagi menggantikannya.

Pancutan air di depan Teatro Nacional Dona Maria II
Pokok-pokok Jacaranda yang cantik di Rossio Square
Pelancong-pelancong di Rossio Square
 Pemandangan di sekitar Rossio Square
Fountain di Rossio Square
Berjalan meninggalkan Rossio Square
 

 Bersambung ke Bahagian 41...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):