Wednesday, 22 May 2024

2024 ANDALUSIA BHG. 02 (KL - Dubai - Casablanca)

Mei 2024

NORTHERN AFRICA & SOUTHERN EUROPE
Morocco, Spain & Portugal
[MOROCCO: Casablanca, Marrakech, Rabat, Fes, Chefchaouen & Tangier]

Bahagian 2: Perjalanan Ke Morocco
KUALA LUMPUR - DUBAI - CASABLANCA

HARI PERTAMA (2)

Part 3: Dari KL Terbang Ke Dubai

Penerbangan kami Emirates Boeing 777-300 EK 343 dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Dubai pada pukul 2.25 pagi. Seawal jam 1.25 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Panggilan masuk ke dalam pesawat
Berjalan masuk ke pesawat
Tiba di pintu pesawat
Suasana di dalam pesawat
Welcome
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai
Maklumat penerbangan diselang-seli dalam Bahasa Arab dengan Bahasa Inggeris
Penerbangan dari KL ke Dubai memakan masa kira-kira 7 jam. Lampu pesawat dimalapkan sepanjang penerbangan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa. Lebih istimewa, ada cahaya bak bintang bertaburan dipancar pada bumbung pesawat. Bolehlah penumpang yang sukar nak tidur mengira bintang di langit. Hahaha!!

Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa
Cahaya bak bintang bertaburan di bumbung pesawat untuk hiburan penumpang-penumpang yang sukar nak tidur. Hahaha!!
Sedang terbang melintas Sumatera
Suspen je bila pesawat nak melintas masuk ke Teluk Bengal sebab selalu ada turbulence di sini...
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang penerbangan kami dari KL ke Dubai. Penerbangan kami amat lancar dengan hampir tiada turbulence sehingga selamat sampai ke Dubai.

Sajian penerbangan
Juga menarik dalam penerbangan ini ialah ada hidangan Nasi Dagang yang ditawarkan kepada penumpang. Tetapi disebabkan kami dah kenyang makan di Plaza Premium Lounge di KLIA tadi, kami tidak memilih untuk makan Nasi Dagang. Kita sebaliknya memilih makanan Itali ~ Ciabatta With Chicken Breast walaupun tak tahu apa makanan ini sebenarnya. Makan sajalah apa pun kerana semua makanan dalam penerbangan Emirates dijamin Halal.

Sajian penerbangan pilihan kami
Kandungan Ciabatta With Chicken Breast
Inilah rupa Ciabatta
Selepas makan, kita berehat saja dalam penerbangan sehingga sampai ke Dubai.

Mengira bintang di bumbung pesawat...
Hampir tiba di India
Menghampiri Chennai di India
Peta perjalanan sehingga kini
Merentas Benua Kecil India
2 jam 20 minit lagi nak sampai ke Dubai...
Terbang di Laut Arab
Merentas Laut Arab
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami hampir tiba di Semenanjung Arab.

Sajian penerbangan kedua sedang diberi kepada penumpang
Sajian penerbangan kedua diberi sewaktu kami menghampiri Semenanjung Arab
Makanan Arab untuk hidangan sajian
Maklumat pintu perlepasan untuk penerbangan sambungan Emirates di Airport Dubai. Penerbangan kami ke Casablanca akan berlepas menerusi Pintu B21.
Semakin menghampiri Dubai
Terbang di atas Oman
Kami dijadual tiba di Dubai pada pukul 5.30 pagi. Waktu Solat Subuh di kawasan sekitar Dubai masuk sekitar pukul 4.10 pagi dan terbit matahari pula sekitar pukul 5.36 pagi. Memang tak sempat kalau kita nak menunaikan Solat Subuh di Dubai Airport. Oleh itu, kami membuat Solat Subuh secara Hormat Waktu sewaktu pesawat membuat penerbangan turun menghampiri Dubai.

Peta penerbangan sehingga kini
Membuat penerbangan turun sewaktu menghampiri Dubai
Fajar menyinsing di Semenanjung Arab
Membuat Solat Subuh secara Hormat Waktu sewaktu pesawat membuat penerbangan turun
Waktu di Dubai ketika itu adalah 5.05 pagi. Waktu di Dubai adalah 4 jam lebih lewat berbanding Malaysia.
Selamat mendarat di Dubai
Seperti dijadualkan, pesawat kami selamat mendarat di Dubai pada pukul 5.30 pagi. Persinggahan transit kami di Dubai adalah kira-kira 2 jam.

Tiba di Dubai
Penerbangan keseluruhan yang dilalui dari Kuala Lumpur ke Dubai
Pemandangan Dubai Airport dari jendela pesawat
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Business Class penerbangan Emirates

Part 4: Transit Di Dubai Airport

Terus terang Myself katakan, pengalaman transit di Dubai bukanlah suatu pengalaman yang menyeronokkan. Walaupun kami diberi masa transit selama 2 jam, ia sangat menyiksakan. Ini adalah kerana Dubai Airport terlalu besar dan semua penumpang perlu berjalan ke ruang Connections yang terletak jauh di hujung terminal bagi urusan sekuriti sebelum menuju ke pintu perlepasan masing-masing. Masa 2 jam yang diberi seakan habis begitu sahaja sewaktu membuat urusan Connections.

Dubai Airport
Pesawat yang membawa kami dengan selamat dari Kuala Lumpur ke Dubai
Berjalan masuk bangunan terminal
Pemandangan pesawat dari hadapan
Ada 3 terminal di Dubai International Airport dan pesawat Emirates seperti pesawat kami menggunakan Terminal 3. Disebabkan penerbangan Emirates terbang ke serata dunia, suasana di Terminal 3 agak sibuk dengan penumpang. Seminggu sebelum kami tiba juga, Dubai Airport dan seluruh Dubai mengalami banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan. Tak nampak langsung kesan banjir ini di mana-mana pun di Dubai Airport ketika itu. Mungkin semuanya telah dicuci dan diperbaiki.

Mencari arah Connections sebaik tiba di Airport Dubai.
Hiasan pada tiang di bangunan Terminal 3
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke arah Connections
Kedai-kedai mewah di Dubai Airport
Selepas penat berjalan mengharungi urusan Connections, barulah kami mencari pintu perlepasan kami ~ B21. Ada ramai penumpang di kawasan ini sehingga kita terpaksa beratur panjang kalau nak menggunakan mana-mana toilet di kawasan ini.

Pemandangan di kawasan Pintu Perlepasan B.
Kedai-kedai Duty Free
Husband berposing di depan Kedai Duty Free
Lif penumpang bersaiz giant di Dubai Airport. Setiap lif mempunyai 2 pintu yang bersebelahan.
Teringat pengalaman menggunakan lif ini sewaktu kami transit nak ke Kuwait dulu.
Penerbangan sambungan kami dari Dubai ke Casablanca adalah menggunakan pesawat Airbus 380 yang merupakan pesawat penumpang terbesar di dunia pada masa sekarang. Ia boleh memuatkan lebih 500 penumpang dalam setiap penerbangan. Dengan bilangan penumpang yang sedemikian, suasana di pintu perlepasan kami memang sangat sibuk.

Tiba di Pintu B21
Suasana di Pintu B21 sangat sibuk kerana pesawat yang akan terbang membawa kami ke Casablanca adalah Airbus 380 yang boleh memuatkan lebih 500 orang penumpang.
Bergambar kenangan di depan Pintu B21
Pesawat Emirates Airbus 380 EK 751 dijadualkan berlepas dari Dubai ke Casablanca di Morocco pada pukul 7.30 pagi. Seawal jam 6.30 pagi, semua penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat.

Panggilan masuk untuk penumpang pesawat Emirates EK 751 dari Dubai ke Casablanca
Pesawat Emirates EK 751 yang akan membawa kami dari Dubai ke Casablanca. Walaupun jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, cuaca telah pun terang benderang.
Disebabkan penumpang pesawat ini ramai, barisan penumpang-penumpangnya berlingkar sehingga ke sebelah sana.
Sambil menunggu giliran masuk ke dalam pesawat, Myself dan Husband berbual-bual dengan sekumpulan pelancong pencen dari Tasmania, Australia yang beratur bersama kami. Pakcik dan Makcik Australia ini sangat mesra dan kelakar. Mereka sebenarnya sedang mengembara ke seluruh Afrika Utara. Selain Morocco, mereka juga akan berkunjung antara lain ke Tunisia.

Kesemua mereka juga pernah berkunjung ke Malaysia. Kalau tidak sebagai pelancong sekali pun, mereka pernah transit di Kuala Lumpur dalam perjalanan ke destinasi lain. Seronok dan bangga juga bila mereka memberikan review yang baik-baik saja tentang pengalaman mereka melawat ke negara kita. Mereka paling suka dengan makanan di Malaysia. Memang jelas yang Malaysia adalah food heaven bagi pelancong asing.

Pemandangan sewaktu menunggu giliran masuk ke pesawat
Tidak seperti kebanyakan pesawat Emirates lain yang berwarna putih, pesawat ini dicat dengan colour biru.
Tersekat di airbridge sewaktu nak masuk ke dalam pesawat
See you there in Casablanca!
Barisan pesawat Emirates yang sedang parking di Terminal 3, Dubai International Airport

Part 5: Dari Dubai Ke Casablanca

Disebabkan penumpangnya yang ramai, proses kemasukan penumpang ke dalam pesawat mengambil masa yang panjang.

Kumpulan Pakcik dan Makcik Pencen dari Australia yang beratur menaiki pesawat bersama kami.
Tiba di pintu pesawat
Ramai penumpang pesawat ini terdiri dari Jemaah Umrah Morocco yang hendak pulang ke negara mereka.
Kami perhatikan ramai juga penumpang pesawat ini yang terdiri dari Jemaah Umrah Morocco yang hendak pulang ke negara mereka dari Tanah Suci. Ramai juga di kalangan mereka seperti datang dari luar bandar yang tak biasa menaiki pesawat. Malah tempat duduk kami juga 'dirampas' oleh seorang Pakcik Morocco bersama rakannya yang pada mulanya tak mahu berpindah ke tempat duduk asalnya. Bila Pakcik ini berjaya dipujuk berpindah ke tempat asalnya, ramai penumpang rakyat Morocco di sekeliling meminta maaf kepada kami atas sikap Pakcik tadi. Memang terharu melihat kemesraan sebenar rakyat Morocco kepada kita.

Pemandangan dari kamera yang diletakkan di ekor pesawat kami
Peta pesawat yang menunjukkan lokasi Dubai dan Casablanca
Demonstrasi penggunaan peralatan keselamatan di dalam pesawat oleh anak-anak kapal
Disebabkan proses kemasukan penumpang ke dalam pesawat yang panjang ditambah dengan suasana havoc penumpang-penumpang Jemaah Umrah yang menukar tempat duduk sesuka hati di sana-sini, penerbangan kami ke Casablanca lewat berlepas selama hampir sejam. Penerbangan yang sepatutnya berlepas pada pukul 7.30 pagi hanya berlepas pada pukul 8.15 pagi.

Berlepas meninggalkan Dubai menuju ke Casablanca
Maklumat penerbangan
Info Waktu Solat dalam penerbangan. Tak ada pulak info seperti ini dalam penerbangan dari KL ke Dubai tadi.
Penerbangan dari Dubai ke Casablanca sangat panjang dan memakan masa kira-kira 8 jam 40 minit. Dengan jarak penerbangan yang panjang begitu, memang bersyukur kita mendapat terbang dengan pesawat Airbus 380 seperti ini kerana tempat duduknya selesa dengan legroom yang luas. 

Sajian penerbangan sewaktu menuju ke Casablanca
Roti berinti Apricot yang sedap
Sajian penerbangan ini diberi sewaktu kami sedang terbang melintasi Arab Saudi
Anak-anak kapal sedang bertugas mengedarkan sajian penerbangan kepada penumpang
Terbang merentas padang pasir di Arab Saudi
Laluan penerbangan sehingga sekarang
Menuju masuk ke benua Afrika
Menuju ke Laut Mediterranean
Terbang berhampiran kepulauan Greece
Pulau Crete di Greece
Peta penerbangan sehingga sekarang
Meninggalkan kepulauan Greece
Peramugara Emirates yang berketurunan Cina
Terbang berhampiran Italy dan Malta
Menuju kembali ke benua Afrika
Suasana di dalam pesawat
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang di Laut Mediterranean menuju kembali ke benua Afrika.

Sajian penerbangan kedua
Sajian penerbangan kedua ini diberi sewaktu kami sedang terbang kembali ke benua Afrika selepas terbang merentas sebahagian Laut Mediterranean
Nampak sedap dan menyelerakan
Masuk kembali ke benua Afrika menerusi Tunisia
Peta penerbangan sehingga kini
Pemandangan benua Afrika di luar pesawat
Menuju ke Morocco
Sedang terbang di Algeria
Menuju ke Casablanca
Tasik air masin Lake Chott Melrhir yang juga merupakan tasik terbesar di Algeria
Tiba di Morocco
Hampir tiba di Casablanca
Peta penerbangan keseluruhan dari Dubai ke Casablanca yang memakan masa 8 jam 40 minit.
Disebabkan penerbangan kami lewat berlepas selama sejam dari Dubai, kami juga tiba di Casablanca lewat sejam dari jadual. Pesawat kami selamat mendarat di Mohammed V International Airport di Casablanca, Morocco pada pukul 1.35 tengah hari. Waktu di Morocco adalah 3 jam lebih lewat berbanding Dubai dan 7 jam lebih lewat berbanding Malaysia.

Membuat penerbangan turun ke Casablanca
Pemandangan di luar tingkap sewaktu pesawat membuat penerbangan turun
Hampir tiba di Lapangan Terbang di Casablanca
Pemandangan dari Bottom Camera pesawat
Runway di Mohammed V International Airport, Casablanca dari Forward Camera pesawat
Selamat mendarat di Casablanca


Bersambung ke Bahagian 3...


CATATAN PERJALANAN (MOROCCO, SPAIN & PORTUGAL 2024):