Saturday, 22 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 35 (Rheinfall)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 35: Switzerland
RHEINFALL

HARI KESEMBILAN (1)

Part 87: Perjalanan Ke Rheinfall

Setiap perjalanan akan berakhir. Begitulah juga perjalanan kami ke Italy dan Switzerland yang akan berakhir pada hari ini. Penerbangan pulang menerusi Doha di Qatar dijadualkan berlepas pada pukul 4.40 petang ini dari Zürich. Oleh itu ada satu program terakhir lawatan yang diaturkan pada pagi ini ~ ke Rheinfall. Namun seperti biasa sebelum memulakan lawatan, kita breakfast dulu di hotel.

Restoran di Hotel Ibis Zürich Messe-Airport
Breakfast spread yang limited boleh dimakan
Breakfast di hotel ini agak special kerana mereka cuma menyediakan telur mentah. Semua orang yang nak makan telur kena rebus sendiri. Menjadi satu kerja pulak kita kena berdiri kat tepi tempat rebus telur, takut telur kita diambil orang.

Telur mentah dan tempat merebus telur disediakan di sebelah kiri
Kena rebus sendiri kalau nak makan telur
Sajian breakfast kami
We will miss you, croissant yang lembut dan sedap di Italy & Switzerland
Selepas breakfast, kami check-out dan terus menunggu bas yang akan membawa kami ke Rheinfall. Suhu pada pagi ini agak dingin ~ 15'C.

Menunggu bas di depan hotel
Bersedia untuk bergerak
Rheinfall terletak kira-kira 46 km dari Zürich dan perjalanan ke sana cuma mengambil masa kira-kira setengah jam.

Bergerak meninggalkan hotel
Kawasan perumahan berdekatan hotel
Suasana di pinggir bandar Zürich
Menunggu bas
Shopping Mall
Kami melalui sedikit kawasan pertanian selepas meninggalkan kota Zürich.

Kawasan pertanian
Greenhouse
Ladang canola
Jambatan menyeberang Sungai Thur
Bandar Rheinau di seberang Sungai Thur
Pandangan lebih dekat bandar Rheinau
Selepas setengah jam meninggalkan hotel, kami tiba di bandar Neuhausen am Rheinfall di mana letaknya Rheinfall (Rhine Falls) yang merupakan air terjun yang terbesar di Eropah.

Neuhausen am Rheinfall
Arah ke Rheinfall
Kirche Heilig Kreuz (Church of the Holy Cross)
Rumah tradisional
Rheinfall

Part 88: Rheinfall
 
Pemandangan Rheinfall sangat mengujakan kerana Myself dan Husband pernah berkunjung ke sini dulu pada tahun 2015. Malah Rheinfall adalah tempat yang pertama kami kunjungi di Switzerland selepas tiba dari Germany ketika itu. Ditakdirkan pula kini, Rheinfall menjadi tempat terakhir kunjungan kami dalam lawatan ke Switzerland pada tahun 2023 ini.

Sungai Rhine
Pada ketika itu di tahun 2015, kami tiba di Rheinfall ketika hari dah gelap walaupun jam cuma menunjukkan pukul 5 petang. Maklum sajalah, sebab kami tiba sewaktu winter dan di musim winter begitu, pukul 5 petang dah memang cukup gelap. Macam suasana pukul 8 malam di Malaysia.

Pemandangan Schloss Laufen (Laufen Castle) dari Perhentian Keretapi Neuhausen am Rheinfall
Satu lagi pemandangan Schloss Laufen
Rheinfall
Visitor Center di Rheinfall
Tempat parking bas.
Di tengah kepekatan malam pada kedatangan yang dulu, kami cuma dapat melihat pemandangan Rheinfall dari kejauhan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan kami kembali lagi ke Rheinfall selepas 8 tahun untuk menikmati keindahan sebenar air terjun ini.

Rheinfall
Throwback #01: Pemandangan Rheinfall yang dilihat selepas tiba dari Germany pada tahun 2015.
Pemandangan Schlossli Worth (Water Castle) dan Rheinfall dari tangga turun tempat parking bas.
Throwback #02: Pemandangan malam Water Castle dan Rheinfall pada tahun 2015.
Pemandangan Schloss Laufen di seberang Sungai Rhine
Throwback #03: Pemandangan malam Schloss Laufen pada tahun 2015.
Pandangan dekat Schloss Laufen
Throwback #04: Schloss Laufen yang dihias dengan lampu indah pada tahun 2015.
Dah puas reminisce kenangan kedatangan ke Rheinfall pada malam gelap Musim Winter pada tahun 2015 dulu, kami bergerak turun ke bawah.

Jom kita turun ke bawah...
Mula-mula kita nikmati dulu pemandangan kederasan aliran air Rheinfall ini dari tepi Schlossli Worth (Water Castle).
 
Laluan ke Schlossli Worth
Pandangan Rheinfall di belakang Schlossli Worth
Bergambar dengan Rheinfall
Schlossli Worth pernah berfungsi sebagai sebuah Rumah Kastam pada masa dahulu. Ia dibina pada tahun 1348. Rumah kastam ini tidak lagi digunakan bila landasan keretapi dibina di seberang sana Sungai Rhine. Oleh yang demikian, Schlossli Worth kini telah ditukar fungsi menjadi sebuah restoran.

Schlossli Worth
Bergambar di depan Schlossli Worth
Pemandangan Rheinfall di belakang Schlossli Worth
Rheinfall terletak di Sungai Rhine. Oleh kerana kawasan ini terletak di Hulu Sungai Rhine, ia dinamakan High Rhine. Rheinfall mempunyai ketinggian 23 meter dan kelebaran 150 meter. Aliran airnya pada musim panas seperti ini adalah 600,000 liter per saat.

Memang teruja melihat bot-bot yang berlayar dekat dengan air terjun. Bila dibaca pada notice board, kami mendapati ada 2 jenis boat ride yang disediakan: 30 minit dan 15 minit. Ride yang 30 minit membawa penumpang ke batu besar di tengah Rheinfall manakala yang ride 15 minit pula cuma berpusing-pusing dekat Rheinfall. Tiket boleh dibeli dari Visitor Centre dekat Schlossli Worth.
 
Boat Ride di Rheinfall yang sangat mengujakan kami
Tempat membeli tiket Boat Ride
Myself dan Husband berminat nak naik ride yang 30 minit. Walau bagaimanapun, petugas di ticket counter memberitahu waktu berlepasnya adalah pada pukul 10.30 pagi. Alamak, tak bolehlah nak naik bot itu sebab kami perlu bergerak dari Rheinfall menuju ke airport paling lewat pada pukul 10.45 pagi.
 
Bila ditanya bila ride yang paling hampir akan berlepas, petugas itu memberitahu ada Boat Ride 15 minit yang akan berlepas dalam masa 10 minit. Maka terus saja kami membeli tiket bot itu dan bergegas memberitahu ahli-ahli Grup yang lain kot-kot mereka juga berminat nak naik bot ini.
 
Laluan Boat Ride kami selama 15 minit
Tiket Boat Ride 15 minit kami yang berharga CHF 8 (RM 41) seorang
Bahagian belakang tiket kami
Bergegas kami berjalan mendapatkan bot yang parking di belakang Schlossli Worth. Seronok bila melihat semua ahli Grup juga dapat naik bersama bot ini.

Bergegas mendapatkan bot yang parking di belakang Schlossli Worth
Itu bot kami yang berwarna pink
Bergambar sebagai orang pertama masuk ke dalam bot
Mula bergerak menuju ke Rheinfall
Memang seronok dapat naik bot ini kerana kami tidak berpeluang dalam lawatan yang lepas. Bukan saja disebabkan kami tiba di Rheinfall pada malam gelap ketika itu, malah Boat Ride seperti ini tidak beroperasi semasa Winter.

Bot lain yang juga menuju ke Rheinfall bersama kami.
Bot yang ini membuat perlayaran 30 minit dan telah berlepas lebih awal berbanding bot kami.
Kita lihat gambar-gambar yang sempat kami capture sewaktu bot berlayar menuju ke Rheinfall...

Meninggalkan Schlossli Worth di belakang
Menghala ke Rheinfall
Schloss Laufen di seberang sana
Tengok lagi gambar-gambar selebihnya yang kami capture...

Bot kami berlayar mengekori bot kuning di depan. Bagus juga ada bot kuning ini kat depan sebab boleh ambil gambar dia untuk menunjukkan bagaimana bot kita berlayar di Rheinfall. Maklumlah, kita bukan boleh nak ambil gambar bot kita sendiri semasa berlayar di sini.

Disebabkan bot kuning ini membuat perlayaran 30 minit, ia berhenti di batu besar dekat Rheinfall untuk membolehkan penumpangnya turun menikmati pemandangan dari sana.

Bot kuning berhenti menurunkan penumpang di batu besar di tengah Rheinfall
Sempat main air sebelum turun dari bot
Penumpang turun dari bot
Bagi pelayaran 15 minit macam kami, bot tidak membuat perhentian di batu besar ini. Cuma berpusing 2 kali saja dekat depan Rheinfall. Dari dalam bot kita dapat melihat Schloss Laufen yang terletak di seberang Sungai Rhine dengan lebih dekat.

Menuju ke arah Schloss Laufen
Schloss Laufen
Ada lif turun ke bawah untuk melawat air terjun dari Schloss Laufen
Platform pemerhatian air terjun di bawah Schloss Laufen
Aliran air terjun yang mengganas dekat Schloss Laufen
Ada platform pemerhatian air terjun di bawah Schloss Laufen dan ada orang pergi ke situ. Jealous kita tengok dia orang boleh ambil gambar dekat-dekat dengan air terjun ini begitu. Kata Tour Leader kami, kalau datang ke Rheinfall dengan bas, kami tak boleh pergi ke Schloss Laufen sebab tempat parking di situ terlalu kecil untuk bas. Kerana itulah pelancong yang datang secara Group Tour dengan bas macam kami akan dibawa melihat Rheinfall dari sebelah Schlossli Worth.

Pelancong yang berkunjung ke Rheinfall dari sebelah Schloss Laufen
Dekat betul platform ini dengan Rheinfall!
Bayangkan kalau kita yang bergambar begini...
Kalau berpeluang datang ke Rheinfall  lagi, mungkin kita boleh melawat dari sebelah Schloss Laufen pulak
Air yang menghempas di bawah platform
Rheinfall
Paling mengujakan bila bot lalu dekat-dekat air terjun. Terasa betapa kuatnya air yang menderu dan memang kita akan sedikit basah terkena percikan air yang menghempas ke bawah.

Berlayar mendekati Rheinfall
Deruan air yang kuat menimbulkan rasa suspen bila bot tiba dekat sini
Betapa hebat ciptaan Tuhan
Rasa kagum melihat deruan air yang menghempas mengatasi rasa takut bila bot terumbang-ambing berlayar di sini.
Hampir tak kelihatan batu besar di tengah sana dengan kabut percikan air
Bandar Neuhausen am Rheinfall di sebelah Rheinfall
Schlossli Worth yang ditinggalkan di belakang
Bila sampai dekat batu besar di tengah Rheinfall, kita skodeng pulak orang-orang yang berpeluang melihat keagungan Rheinfall ini dari situ...

Sukar nak menggambarkan dengan kata-kata pengalaman berlayar di Rheinfall ini...

Bot berlayar mendekati batu besar sekali lagi... Kita nikmati kehebatan pemandangan air yang menderu laju di celah batu besar ini...

Masa mencemburui sedang kita bergembira... Maka dah tiba masa untuk kita kembali ke pangkalan di Schlossli Worth.

Alhamdulillah Ya Allah, kerana memberikan kesempatan kepada Myself dan Husband untuk membuat boat cruise ini. Sungguh, Myself tak lupa perasaan kecewa sewaktu sampai di Rheinfall pada tahun 2015 dulu.

Seperti yang diceritakan di awal tadi, kami sampai ke sini ketika itu pada waktu malam gelap. Jadi kami tak dapat nak menikmati keindahan air terjun Rheinfall dari jarak dekat. Sememangnya pada waktu itu tak terlintas langsung di fikiran yang kami akan kembali lagi ke Switzerland 8 tahun kemudian dan berkesempatan pula membuat boat cruise yang sangat menarik ini.

Berpatah balik ke Schlossli Worth
Menuju ke Schlossli Worth
Boat Captain
Husband bergambar dengan Boat Captain
Boat Captain meminta kami duduk dan tidak berdiri bila bot kembali ke Schlossli Worth. "I am going to make a crash landing," katanya. Memang betul dia membuat 'Crash Landing On You' semasa bot merapat kembali ke jeti. Hahaha!!

Selamat kembali selepas bot membuat Crash Landing On You untuk merapat ke jeti ini.
Selepas landing, kita singgah sekejap kat Kedai Souvenir di tepi Schlossli Worth ini.

Posing dengan lembu kayu yang memakai loceng kat depan Kedai Souvenir
Perhiasan kat tepi pintu masuk ke Kedai Souvenir
Family Lembu Kayu
Cuckoo Clock
Pemandangan di dalam Kedai Souvenir
Disebabkan masih ada sedikit masa lagi, Myself dan Husband bercadang untuk berjalan-jalan menikmati pemandangan dari taman di tepi Sungai Rhine.

Pemandangan dari belakang Schlossli Worth
Macam ada taman menarik kat seberang sana...
Bergambar kenangan di tepi Schlossli Worth
Taman ini memang menarik untuk dilawati. Tengok gambar-gamabar taman yang sempat kami capture di bawah...

Taman di tepi Sungai Rhine
Ada kerusi disediakan di taman ini untuk menikmati keindahan Sungai Rhine dan Rheinfall. Maka di situlah kita duduk untuk menikmati pemandangan dan suasana yang entah bila akan kita mendapat peluang untuk datang dan nikmati lagi ini...

Kami berjalan sehingga ke hujung taman yang ada banyak bendera di sana. Selepas itu barulah kami berpatah balik ke tempat bas parking.

Schloss Laufen dan Schlossli Worth
Noktah bagi perjalanan kami telah tiba. Rheinfall dan Switzerland perlu ditinggalkan kerana dah sampai masa untuk kami bergerak menuju ke Zürich Airport bagi memulakan langkah pulang.

Berjalan menghala kembali ke Visitor Centre
Laluan ke tempat parking bas
Bergambar macam konon-konon nak pergi hiking
Bergambar di Hiking Trail
Pemandangan bandar Neuhausen am Rheinfall
Goodbye, Rheinfall
Tangga naik ke tempat parking
Pemandangan dari tempat parking bas


Bersambung ke Bahagian 36...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]: