Wednesday, 14 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 16 (Centro Storico di Milano)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 16 : Italy
MILAN (Centro Storico di Milano)

HARI KELIMA (2)

Part 39: Milan

Milan (disebut Milano dalam Bahasa Itali) adalah bandar kewangan terpenting di negara ini di mana letaknya Bursa Saham Italy (Borsa Italiana). Dengan memiliki banyak bangunan moden, Milan tidak dianggap sebagai sebuah bandaraya yang cantik di Italy kerana banyak bangunannya musnah sewaktu Perang Dunia Kedua. Namun ia tetap menjadi tarikan kepada pengunjung dengan reputasinya sebagai pusat membeli-belah, sukan bola sepak, opera dan kegiatan nightlife. Lebih penting lagi, Milan telah berjaya menempatkan dirinya sebagai pusat fesyen dunia.

Milan
Banyak bangunan baru diperhatikan di Milan
Seperti kota Cologne yang pernah kami lawati di Germany, Milan juga teruk mengalami kemusnahan dalam Perang Dunia II. Maka tak banyak bangunan lama yang dapat dilihat di bandaraya ini.
Stesen Malpensa Express
Gereja
Seperti seluruh negara Italy yang lain, Milan juga sedang mengalami musim bunga. Sesuatu yang unik yang kami perhatikan ialah di sekitar Milan ada banyak pokok yang seperti kekabu. Pokok ini dinamakan sebagai Cottonwood. Buah-buah kekabu pada pokok ini banyak yang sedang pecah dan angin yang bertiup menerbangkan kekabu ke serata tempat. Banyak kereta yang parking di tepi jalan dilitupi dengan kekabu-kekabu ini. Kalau berjalan di tengah bandar pun kita boleh melihat kekabu-kekabu halus berterbangan ditiup angin di depan muka kita.

Kawasan perumahan di Milan
Pemandangan pokok kekabu yang banyak dilihat di sekitar Milan dari atas bas.
Buah kekabu yang pecah di atas pokok
Kekabu yang jatuh dari pokok bertaburan di sepanjang jalan di seluruh Milan
Tidak seperti di kebanyakan negara maju Eropah lain yang pernah kami lawati, Myself perhatikan penduduk Italy ramai yang memiliki kenderaan persendirian. Namun sesuatu yang menarik ialah kebanyakan kereta ini bersaiz kecil seperti kereta Smart For Two yang boleh dilihat di Malaysia. 

Kawasan perumahan
Kereta cute begini banyak dilihat di seluruh Italy
Sebuah lagi kereta cute tengah parking di bawah pokok
Lorong basikal juga ada disediakan di Milan
Banyak kereta parking di tepi jalan. Comot je rupa kereta-kereta ini diselaputi kekabu dari pokok Cottonwood.
Modern Art
Pokok Cottonwood yang membarisi jalan-jalan di Milan
Milan juga terkenal sebagai kota fesyen
Bas membawa kami menuju ke pusat bersejarah Milan yang dinamakan Centro Storico di Milano. Sambil kita menikmati pemandangan sepanjang perjalanan ke sana, apa kata kita imbas secara ringkas sejarah moden Italy? Ini akan lebih membantu kita memahami tempat-tempat yang akan kita lawati nanti.

Sejarah Italy bermula 2,500 tahun dulu bila bangsa Etruscans menduduki barat-tengah Italy. Bangsa Etruscans ini kemudiannya telah ditakluk oleh Bangsa Rom yang datang dari arah selatan. Rome menjadi sebuah kuasa yang besar di Laut Mediterranean. Pada tahun 117, Empayar Rom menguasai sebahagian besar Eropah bermula dari Britain sehingga ke Timur Tengah.

Empayar Rom yang hebat ini runtuh dijajah oleh bangsa-bangsa lain yang datang dari utara. Setelah itu, ia terpecah menjadi negara-negara kecil. Peperangan sering berlaku di kalangan mereka. Antara pemerintah yang sangat berkuasa di kalangan mereka adalah Pope di Vatican yang merupakan ketua Gereja Roman Katholik. 

Kota-kota di utara Italy seperti Florence, Venice dan Milan menjadi negara kota yang sangat berkuasa. Kekayaan mereka juga mula melimpah ruah hasil dari perdagangan. Pemerintah dan pedagang-pedagang di negara kota ini menggalakkan perkembangan senibina, senilukis, ukiran dan sastera. Era ini dikenali sebagai Renaissance. Ia menjadikan Italy sebagai pusat kebudayaan dunia Barat bermula dari kurun ke-14 sehingga ke kurun-16 Masehi.

Pada penghujung kurun ke-15 Masehi, Italy ditakluk oleh France. Sejak itu sehingga ke kurun-19 Masehi, Italy ditakluk silih berganti oleh tiga negara: France, Spain dan Austria. Pada tahun 1800-an, tiga pemuda yang bernama Giuseppe Mazzini, Giuseppe Garibaldi dan Camillo Cavour bangkit menentang penjajahan asing. Mereka turut berjasa menyatukan seluruh Italy sebagai sebuah negara. Pada tahun 1861 seluruh Italy dapat disatukan di bawah pemerintahan seorang raja yang bernama Victor Emmanuel II. Rome walau bagaimanapun masih dikuasai oleh Pope sehingga tentera Italy mengambilalih kuasa pada tahun 1870. Dengan pengambilalihan Rome, Italy benar-benar telah bersatu sebagai sebuah negara.

Italy menyertai negara Pakatan Russia, France dan Great Britain dalam Perang Dunia I (1914-1918). Selepas perang tamat, Italy dikuasai oleh seorang diktator yang bernama Benito Mussolini. Italy membentuk pakatan dengan Nazi Germany pada tahun 1936. 

Pada tahun 1940, Italy menyertai Perang Dunia II bersama Nazi Germany. Bila Tentera Perikatan yang diketuai Amerika Syarikat menawan Italy pada tahun 1943, Mussolini tewas dan melarikan diri ke utara. Italy menyerah kalah kepada Tentera Perikatan. Bersama Tentera Perikatan ini, Italy turut menyertai peperangan menentang Germany.

Selepas Perang Dunia II tamat pada tahun 1946, rakyat Italy mengundi untuk menjadikan negara mereka sebagai sebuah republik. Walau dilanda masalah rasuah yang serius, ekonomi Italy terus berkembang menjadi salah sebuah yang terkuat di dunia. Italy adalah salah sebuah negara pengasas European Economic Community yang menjadi European Union pada tahun 1993.

Sewaktu Italy bersatu di bawah pemerintahan King Victor Emmanuel II pada tahun 1870, timbul persoalan mengenai status Pope sebagai Ketua Gereja Roman Katholik. Tempoh persoalan ini  yang berlangsung dari 1861 - 1929 digelar sebagai Roman Question.

Walaupun Italy tidak mencampuri urusan Holy See di Vatican, mereka telah merampas banyak harta milik Gereja termasuk Quirinal Palace yang merupakan kediaman rasmi Pope. Pope membantah dengan mengasing diri di dalam kota Vatican. Beberapa hak Pope seperti menghantar dan menerima duta asing diiktiraf oleh Law of Guarantees. Namun demikian Pope tidak mengiktiraf King of Italy sebagai pemerintah Rome dan enggan keluar dari Vatican sehingga pertelingkahan diselesaikan pada tahun 1929. Pemerintah Papal State (negeri yang dikuasai oleh Pope) yang terakhir bernama Pope Pius IX (1846 - 1878) digelar sebagai "Prisoner in the Vatican". Selepas dipaksa untuk melepaskan kuasa sekular, Pope kini hanya fokus kepada isu-isu keagamaan.

Pemandangan tipikal di kota Milan
Pokok Cottonwood
Rundingan untuk menyelesaikan Roman Question bermula pada tahun 1926 di antara Kerajaan Italy dengan Holy See (Kerajaan Vatican). Ini membawa kepada pejanjian yang dinamakan Lateran Pacts. Perjanjian ini ditandatangani oleh Perdana Menteri Benito Mussolini mewakili King Victor Emmanuel III of Italy dan Cardinal Secretary of State Pietro Gasparri bagi pihak Pope Pius XI pada 11 Februari 1929. Ia diratifikasi pada 7 Jun 1929.

Lateran Treaty mewujudkan Vatican City sebagai sebuah negara yang merdeka di mana Kerajaan Italy mengurniakan tanah seluas 44 hektar (109 ekar) kepada Pope. Kerajaan Italy juga bersetuju untuk memberi gantirugi kepada Gereja Roman Katholik atas kehilangan Papal State.

Bas menurunkan kami di sini

Part 40: Centro Storico di Milano
(Historic Centre of Milan)

Centro Storico adalah pusat bersejarah Milan. Di sinilah letaknya beberapa mercu tanda Milan yang terkenal. Sebaik tiba di Centro Storico, kami dibawa oleh Amar melawat ke beberapa mercu tanda ini dari luar sebelum kami diberi free time selama 4 jam untuk melakukan aktiviti yang diingini.

Centro Storico di Milano
Bas Hop-On Hop-Off
Bas menurunkan kami berhampiran Sforza Castle (Castello Sforzesco). Ia dibina oleh Duke of Milan yang bernama Francesco Sforza pada kurun ke-15 Masehi di atas tapak sebuah kubu lama. Istana ini telah diubahsuai dan diperbesarkan pada kurun ke-15 dan ke-17 Masehi dan kini menjadi salah sebuah citadel terbesar di Eropah.

Berjalan menuju ke Sforza Castle
Sforza Castle
Bergambar di depan Sforza Castle
Suasana di depan Sforza Castle
Salah sebuah menara di Sforza Castle
Perhiasan bunga yang menarik di depan Sforza Castle
Bunga dan tumbuh-tumbuhan
Posing di depan Sforza Castle
Bicycle Tour di depan Sforza Castle
Berbasikal meninggalkan Sforza Castle
Tram
Selepas meninggalkan Sforza Castle, Amar membawa kami ke landmark yang paling terkenal di Milan ~ Milan Cathedral. Dalam perjalanan ke sana kami melalui beberapa sights yang menarik.

Menyeberang jalan di depan Sforza Castle menuju ke Largo Carioli
Largo Carioli
Monumen Giuseppe Garibaldi di Largo Carioli
Giuseppe Garibaldi adalah salah seorang tokoh yang berjasa dalam penyatuan negara Italy
Patung wanita di kaki Monumen Giuseppe Garibaldi ini menggambarkan Revolution
Tram menghampiri Largo Carioli
Tram di Milan mempunyai bentuk yang pipih
Meninggalkan Largo Carioli, kami melalui sebatang jalan bernama Via Dante yang dibarisi berbagai kedai dan bangunan-bangunan mewah.

Via Dante
Gerai souvenir
Kedai-kedai di Via Dante
Suasana di Via Dante
Piccolo Theater
Hard Rock Cafe
Butik Guess
Palazzo delle Assicurazioni Generali
Penggambaran TV sedang berlangsung
Penghujung Via Dante
Patung Giuseppe Parini
Giuseppe Parini adalah juga seorang tokoh dalam penyatuan Italy
Berjalan menuju ke Galleria Vittorio Emanuele
Penghujung Galleria Vittorio Emanuele berhampiran Via Dante
Di penghujung Via Dante, kita akan bertemu dengan sebuah shopping centre di dalam sebuah bangunan antik yang bernama Galeria Vittorio Emanuele. Dibina pada tahun 1867, ia dinamakan sempena King Victor Emmanuel II, King of Sardinia yang berusaha untuk membebaskan Italy dari penjajahan asing dan seterusnya menyatukan seluruh Italy di bawah satu pemerintahan. King Victor Emmanuel II juga telah diangkat menjadi King of ltaly yang pertama. Pemerintahan beraja Italy walau bagaimanapun tamat pada tahun 1946 bila rakyat negara ini mengundi untuk menjadi sebuah republik.

Galleria Vittorio Emanuele
Pandangan Galleria Vittorio Emanuele dari hadapan
Pintu masuk ke Galleria Vittorio Emanuele
Pandangan lebih dekat pintu masuk ke Galleria Vittorio Emanuele
Akhirnya kita sampai ke mercu tanda paling terkemuka di Milan yang dinamakan Milan Cathedral (disebut Duomo di Milano dalam Bahasa Itali). Terletak di tengah pusat bandar Milan dan bersebelahan dengan Galleria Vittorio Emmanuele, gereja ini adalah salah sebuah gereja yang terbesar di dunia dan mengambil masa 600 tahun untuk disiapkan. 

Pemandangan Milan Cathedral yang terletak bersebelahan dengan Galleria Vittorio Emanuele
Milan Cathedral
Piazza di hadapan Milan Cathedral menjadi tempat pertemuan pelancong dan penduduk di kota Milan sendiri. Ia juga dipenuhi dengan Burung Merpati. Kena berhati-hati sdewaktu melawat ke sini kerana Piazza ini juga terkenal sebagai sarang penyeluk saku.
 
Piazza di hadapan Milan Cathedral
Burung Merpati di depan Milan Cathedral
Burung-burung merpati
Patung King Victor Emanuele II yang merupakan King of Italy yang pertama di Dataran Milan Cathedral


Bersambung ke Bahagian 17...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: