Wednesday, 12 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 30 (Lucerne Old Town)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 30: Switzerland
LUCERNE (Lucerne Old Town)

HARI KETUJUH (7)

Part 75: Reusssteg @ Lucerne

Rancangan kami seterusnya adalah nak melawat kembali Spreuer Bridge yang pernah kami lawati dulu. Untuk ke sana, kami berjalan melintasi sebuah kawasan yang dinamakan Reusssteg.

Pemandangan Chapel Bridge dari Reusssteg
Jambatan Rathaussteg yang menyambungkan Reusssteg dengan Lucerne Old Town
Pemandangan Rathaus Stadt Luzern (Lucerne Town Hall) di hujung Rathaussteg dari Reusssteg
Patung Shepherd di Reussteg
Patung Shepherd ini menggambarkan penggembala kambing di Switzerland
Kemudian kita melintas pula sebuah gereja yang dinamakan Jesuit Church (Jesuitenkirche). Gereja ini tidak lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadat. Ia kini lebih digunakan sebagai dewan persembahan.

Jesuit Church
Pintu masuk ke Jesuit Church
Dataran di depan Jesuit Church
Jesuitenplatz
Dataran di hadapan Jesuit Church ini dinamakan Jesuitenplatz. Pemandangan Lucerne Old City di seberang Sungai Reuss dari sini juga nampak menarik.

Pemandangan Lucerne Old City dari Jesuitenplatz
Sebuah bangunan menarik di Lucerne Old City
Reussbrücke (Reuss Bridge)
Satu lagi pemandangan Reussbrücke (Reuss Bridge)
Di hilir sungai dari sini, kita akan dapat melihat binaan bersejarah yang dinamakan Needle Weir. Ia dibina di antara 1851 - 1861 untuk mengawal aliran Sungai Reuss. Needle Weir masih digunakan sehingga ke hari ini untuk mengawal banjir di kota Lucerne.

Needle Weir (Nadehlwehr)
Satu lagi pemandangan Needle Weir
Aliran Sungai Reuss yang bergelora selepas melalui Needle Weir
Berjalan menuju ke Spreuer Bridge

Part 76: Spreuer Bridge @ Lucerne

Selain Chapel Bridge, Spreuer Bridge juga adalah sebuah jambatan kayu di Lucerne. Ia dinamakan Spreuer Bridge kerana dari jambatan ini sajalah petani di Lucerne pada masa dahulu boleh membuang spreu atau jerami gandum (English: wheat chaff) ke dalam Sungai Reuss.

Spreuer Bridge
Pemandangan tembok pertahanan lama kota Lucerne di belakang Spreuer Bridge
Nolli (menara yang macam ditebuk tikus di tepi Sungai Reuss) dan Mannli (tembok menara di atas bukit) adalah 2 di antara 9 buah menara pertahanan yang terdapat di kota Lucerne.
Sungai Reuss
Pintu masuk ke Spreuer Bridge yang bernama Baslertor (Basel Gate) terletak di sebuah kawasan yang bernama Pfistergasse. Kawasan ini adalah tempat pembuat roti berkumpul di Lucerne pada masa dahulu. Mereka tidak dibenarkan membakar roti di dalam kota kerana penduduk bimbang oven pembakaran roti akan menyebabkan kebakaran.

Pfistergasse
Satu lagi pemandangan di Pfistergasse
Pintu masuk ke Spreuer Bridge yang dinamakan Baslertor (Basel Gate)
Baslertor
Keterangan mengenai Baslertor dalam Bahasa Jerman
Baslertor (Basel Gate) dibina pada tahun 1297. Ia dinamakan sedemikian kerana pintu ini dibina menghala ke arah kota Basel.

Tangga naik ke Spreuer Bridge. Menara merah di hadapan sana adalah sebuah chapel yang dibina di atas Spreuer Bridge.
Keterangan mengenai Spreuer Bridge di dalam Bahasa Jerman
Tangga naik ke Spreuer Bridge dari Baslertor
Spreuer Bridge dibina sekitar tahun 1400 sebagai sebahagian dari tembok pertahanan Lucerne. Ia pernah diruntuhkan pada tahun 1566 dan dibina semula. Seperti Chapel Bridge, Spreuer Bridge juga dibina berkelok merentangi Sungai Reuss.

Pemandangan Spreuer Bridge dari tepi
Suasana di atas Spreuer Bridge
Pemandangan menghala ke sebelah timur dari Spreuer Bridge
Pemandangan menghala ke sebelah barat dari Spreuer Bridge
Oleh kerana kota Lucerne kuat berpegang kepada ajaran Gereja Roman Katholik pada masa dahulu, ada sebuah chapel yang dibina di tengah-tengah Spreuer Bridge. Ia dibina untuk menghormati Virgin Mary. 

Chapel yang dibina di tengah-tengah Spreuer Bridge untuk menghormati Virgin Mary
Pemandangan chapel dari depan
Pemandangan di dalam chapel
Seperti juga di Chapel Bridge yang dihiasi dengan lukisan mengenai sejarah Lucerne, Spreuer Bridge pula dihiasi dengan 67 buah lukisan yang dinamakan Dance of Death (Totentanz dalam Bahasa Jerman). Ia menggambarkan maut yang dilukis sebagai tulang rangka manusia menari (dalam erti kata lain menjemput maut) semua lapisan penduduk Lucerne.

Lukisan-lukisan di atas Spreuer Bridge
Lukisan ini dinamakan Dance of Death
Tempat duduk untuk berehat di atas Spreuer Bridge
Pemandangan kota Lucerne dari Spreuer Bridge
Pada masa dahulu ada beberapa buah kincir air (water mills) yang dibina di Sungai Reuss berhampiran Spreuer Bridge. Kesemua kincir air ini kini telah tiada, hanya kedudukan tempat mereka pernah berdiri sahaja yang ditandakan sebagai kesan sejarah.

Kedudukan sebuah kincir air yang pernah berdiri di Sungai Reuss pada masa dahulu.
Kincir-kincir air di Sungai Reuss pada masa dahulu digunakan untuk pelbagai kegunaan industri seperti mengisar tepung, mencetak duit syiling dan sebagainya.
Pemandangan lebih dekat sebuah tapak kincir air yang pernah berdiri di Sungai Reuss pada masa dahulu.

Part 77: Lucerne Old Town

Selepas melawat Spreuer Bridge kami melawat pula ke Lucerne Old Town. Kota lama ini dipenuhi bangunan-bangunan lama yang dihias cantik dengan lukisan. Walau bagaimanapun suasana di sini sepi disebabkan cuaca hujan dan ditambah dengan kedai-kedai yang ditutup kerana hari Ahad.

Lucerne Old Town
Fountain air minum di Lucerne Old Town
Mengikut sejarahnya, Lucerne bermula pada tahun 750M di sekitar Benedictine Monastery of St. Leodegar. Kawasan ini kemudiannya menjadi milik Abbey of Murbach dari Alsace, Perancis pada pertengahan kurun ke-9 Masehi dan mula dikenali sebagai Luciaria yang bermaksud Lantern.

Lucerne menjadi sebuah bandar yang semakin penting bila laluan perdagangan di Gotthard Pass dibuka pada tahun 1220. Pemerintah Habsburg dari Austria yang bernama King Rudolf telah membeli Lucerne dari Abbey of Murbach pada tahun 1291 untuk mengaut keuntungan dari pembukaan laluan perdagangan ini.

Pada masa yang sama, petani di Uri, Schwyz dan Unterwalden membuat pakatan untuk menentang pemerintahan Habsburg. Lucerne turut menyertai pakatan ini pada tahun 1332. Pakatan inilah yang menjadi asas kepada pembentukan Swiss Confederation yang membawa kepada penubuhan negara Switzerland pada hari ini.

Ada lagenda yang menceritakan tentang penyokong Pro-Habsburg yang berpakat membuat rancangan untuk menentang Swiss Confederation. Rancangan ini walau bagaimanapun telah didengari oleh seorang budak lelaki. Budak lelaki ini telah ditangkap oleh pihak Pro-Habsburg dan dipaksa untuk bersumpah tidak akan menceritakan rancangan yang didengari kepada sesiapa jua.

Budak lelaki ini telah menyerbu sebuah mesyuarat Swiss Confederation di Lucerne. Disebabkan dia telah bersumpah tidak akan menceritakan rancangan yang didengari kepada sesiapa pun, dia telah "bercerita" tentang rancangan tersebut kepada dinding bilik mesyuarat. Pihak Swiss Confederation yang telah "mendengar secara tidak sengaja" pengakuan budak lelaki tersebut kepada "dinding bilik mesyuarat" terus membuat perancangan untuk menggagalkan usaha pihak Pro-Habsburg. Dengan maklumat yang mereka perolehi, pihak Swiss Confederation berjaya menewaskan tentera Austria (Habsburg) dalam Battle of Sempach pada tahun 1386. Kejayaan ini seterusnya menamatkan pemerintahan Habsburg di Switzerland.

Satu punca pendapatan utama kota Lucerne pada masa dahulu adalah rakyatnya sendiri yang berkhidmat sebagai tentera upahan. Pada sekitar tahun 1400 - 1800 dahulu, terdapat 50,000 pemuda Lucerne yang berkhidmat sebagai tentera upahan di serata Eropah sehingga meninggalkan bilangan penduduk di dalam kota hanya seramai 4,000 orang. Tentera upahan yang dinamakan Swiss Guards masih berkhidmat di Vatican City sehingga ke hari ini.

Kami sebenarnya bercadang nak melawat semula Lion Monument yang mempunyai perkaitan dengan Swiss Guards ini seperti lawatan pada tahun 2015. Namun disebabkan cuaca hujan ketika itu, kami terpaksa membatalkannya. Tidak seperti lawatan ke Lucerne 8 tahun dulu, perjalanan berjalan kaki ke Lion Monument dari Chapel Bridge kali ini terasa sangat jauh. Mungkin disebabkan usia kami yang dah 8 tahun lebih tua sekarang.

Di penghujung lawatan ke Lucerne ini, sempat juga kami singgah di sebuah kedai cenderamata yang bernama Casagrande. Untuk mengabadikan kenangan lawatan kedua ke Switzerland ini, Myself telah membeli sebuah Swiss Army Knife di sini. Masa membeli ini barulah kita tahu yang Swiss Army Knife sebenarnya ada berbagai kategori, dari yang simple function yang hanya mempunyai 4 kegunaan sehinggalah ke yang complicated sehingga mempunyai 18 kegunaan. Kita cuma membeli sebuah Swiss Army Knife yang dikategorikan sebagai medium function yang mempunyai 8 kegunaan pada harga CHF 37 (RM 189).

Kedai cenderamata Casagrande
Menunggu Ahli Grup berkumpul untuk pulang ke hotel
Pemandangan menghala ke Lake Lucerne dari tempat kami menunggu

Part 78: Pulang Ke Jet Hotel

Bila semua dah berkumpul tepat pada masanya, kami bergerak kembali ke Jet Hotel yang terletak di Rümlang. Perjalanan dari Lucerne ke Rümlang cuma memakan masa kira-kira sejam.

Pulang ke Jet Hotel
Terowong yang dilalui dalam perjalanan pulang ke Rümlang
Arah ke Rümlang
Pemandangan dalam perjalanan pulang
Tiba di Jet Hotel
Macam biasa, dinner dihantar ke bilik pada malam ini. Makanan yang dihidangkan adalah masakan Ayam dan Sayur Masak Lemak yang sedap.

Dinner


Bersambung ke Bahagian 31...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: