Thursday, 22 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 20 (Lake Como)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 20 : Italy
COMO (Lake Como)

HARI KEENAM (1)

Part 49: Breakfast di Hotel Ibis Milano Malpensa

Buongiorno, Milano (Selamat Pagi, Milan!). Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Italy. Selepas melawat Lake Como yang merupakan persinggahan akhir kami di Italy, kami akan bergerak menuju ke Switzerland. Jadi kita tengok pemandangan Italy dari luar tingkap bilik penginapan kami, Hotel Ibis Milano Malpensa. Tapi tak adalah apa-apa pemandangan menarik sebab hotel ini terletak di sebuah kawasan perumahan.

Pemandangan dari tingkap bilik hotel.
Ada Hotel Novotel juga di sana...
Seperti juga di Hotel Crowne Plaza di Venice semalam, hotel juga meminta kami datang breakfast secara berkumpulan. Waktu breakfast yang ditetapkan untuk kami adalah pada pukul 7.30 pagi.

Kaunter reception di Hotel Ibis Milano Malpensa
Kenangan dari Hotel Ibis Milano Malpensa
Disebabkan masih ada masa lagi sebelum breakfast bermula, kita jalan-jalan dulu di luar...

Posing dulu sebelum keluar...
Hotel Ibis Milano Malpensa
Kawasan perumahan berdekatan hotel
Bunga-bunga liar
Pemandangan hotel dari sudut sini...
Jom masuk balik ke dalam...
Duduk dulu sambil menunggu waktu breakfast bermula
Tepat pukul 7.30 pagi barulah kumpulan kami dibenarkan masuk ke restoran. 

Restoran di Hotel Ibis Milano Malpensa
Suasana di dalam restoran
Satu lagi suasana di dalam restoran
Pelbagai pilihan roti dan cheese
Mesin air minuman
Jemput makan... Croissant yang sedap memang menjadi pilihan breakfast kami setiap hari.

Part 50: Lake Como

Perjalanan kami hari ini bermula pukul 8.30 pagi. Selepas check-out dan memasukkan bagasi ke dalam bas, kami meninggalkan Hotel Ibis Milano Malpensa.

Meninggalkan Hotel Ibis Milano Malpensa
Menuju ke lebuhraya
Perjalanan ke Lake Como
Perjalanan dari Milan menuju ke bandar Como yang terletak di pinggir Lake Como memakan masa cuma 40 minit. Kami tiba di Lake Como pada pukul 9.10 pagi. Suhu ketika itu adalah 18'C.

Tiba di Como
Myself tak tahu apa nak expect sewaktu mula tiba di Como. Kita bayangkan yang tempat ini macam remote dan kosong. Rupa-rupanya Como adalah sebuah bandar yang agak proper. Masa kita tiba juga, barulah tahu yang Lake Como adalah sebenarnya sebuah tasik yang besar, macam tasik-tasik yang ada di Switzerland.

Como Cathedral
Satu lagi pemandangan Como Cathedral
Tasik Como terletak di celah gunung. Jadi, bandar Como juga dibina di kaki gunung. Jalan di bandar ini kecil dan sempit. Tapi seperti juga pemandangan bandar-bandar tipikal di Italy yang lain, ia dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang cantik.

Bandar Como
Membawa anjing bersiar-siar
Bas kami parking di sini
Stesen Keretapi Como Lago (Lake Como)
Arrivi (Ketibaan)
Tasik Como adalah sebuah tasik glacier di Italy. Dengan keluasan 146 km persegi, ia adalah tasik yang ketiga terbesar di Italy selepas Lake Garda dan Lake Maggiore. Dengan kedalaman lebih 400 meter, ia adalah tasik yang kelima terdalam di Eropah dan merupakan tasik terdalam di luar Norway kerana 4 tasik terdalam di Eropah (Hornindalsvatnet, Salvatnet, Lake Tinn dan Mjøsa) terletak di negara itu  Macam kena pergi ke Norway pulak nak tengok tasik-tasik ini. Hahaha! Bahagian Tasik Como yang paling dalam terletak 227 meter di bawah aras laut.

Pemandangan pertama Lake Como
Berjalan menuju ke tepi tasik
Lake Como
Tasik Como mempunyai bentuk seakan huruf 'Y' yang terbalik. Tengok rupa Lake Como dalam peta di bawah...

Peta Lake Como. Ia terletak di kawasan sempadan Italy dan Switzerland.
Disebabkan keindahan dan popularitinya, ada ramai pelakon Hollywood dan celebrity yang memiliki rumah percutian di tepi tasik ini. Antara mereka termasuklah George Clooney, Madonna, Richard Branson, Sylvester Stallone, Gianni Versace dan ramai lagi. Ada banyak villa mewah yang boleh kita lihat di atas gunung di tepi tasik. Teka-teka sajalah yang mana satu rumah mereka.

Ada banyak rumah mewah dibina di atas gunung di pinggir tasik
Close-up sikit...
Close-up lagi...
Agak-agak rumah siapa ni?
Kami diberi masa 30 minit saja di Lake Como kerana bas tak boleh parking lama di tepi tasik. Kalau nak berlama-lama, bas kena parking jauh. Tak laratlah pulak nak berjalan nanti, ditambah pula dengan rupabumi bandar Como yang berbukit-bukit ini. Pengalaman berjalan jauh menaiki bukit yang curam sewaktu nak mendapatkan Stesen Keretapi La Spezia sewaktu melawat ke Cinque Terre dua hari yang lepas masih segar di ingatan. Jadi kami okey saja dengan cadangan yang diberi oleh Tour Leader. Tambahan pula, perjalanan sebenar kami menuju ke Zurich di Switzerland hari ini sangat jauh. Redha sajalah dengan masa cuma 30 minit yang diperuntukkan di Como ini. Kita manfaatkan dengan sebaiknya masa yang ada untuk menikmati sebanyak mungkin pemandangan indah di Lake Como...

Iklim di Lake Como juga sedikit dingin berbanding tempat-tempat lain yang kami lawati di Italy sebelum ini. Kami diberitahu iklim yang lebih dingin akan juga menanti kami di Switzerland nanti.

Como terletak di bawah pemerintahan Duchy of Milan pada kurun ke-14 dulu. Ia kemudiannya jatuh di bawah pemerintahan French dan Spanish yang juga meninggalkan pengaruh mereka di sini.

Sekitar tahun 1700, terdapat satu kebiasaan di kalangan bangsawan dan cerdik pandai Eropah mengembara ke seluruh benua untuk menambahkan pengetahuan. Fenomena ini dinamakan sebagai Grand Tour. Bandar Como dan villa-villa di sekitarnya menjadi tempat persinggahan kegemaran mereka. Bermula dari saat itu Como mula menjadi sebuah bandar pelancongan.

Keindahan Como serta bandar-bandar lain di sekitar Lake Como yang dikelilingi pemandangan cantik pergunungan turut menjadikannya lokasi perfileman popular bagi filem-filem Hollywood. Antara filem yang pernah menjalani penggambaran di sini adalah Star Wars: Episode II - Attack of the Clones, Ocean’s Twelve dan Casino Royale.

Jalan-jalan di bandar Como
Suasana di bandar Como
Bergambar di bandar Como
Pelancong-pelancong yang sedang menikmati keindahan Tasik Como
Banyak hotel kecil dilihat di bandar Como
Cyclists
Bergambar dengan Cyclists
Como juga pernah menjadi sebahagian dari Kingdom of Lombardy-Venetia di bawah pemerintahan Austria pada tahun 1714. Namun ia dibebaskan dari pemerintahan Austria oleh Giuseppe Garibaldi pada tahun 1895. Como seterusnya menjadi sebahagian dari Kingdom of Italy yang baru dibentuk.

Pada penghujung Perang Dunia Kedua, pemerintah diktator Italy yang bernama Benito Mussolini telah digulingkan dan melarikan diri ke sini. Sewaktu mencuba untuk menyeberang ke Switzerland, Mussolini telah dilihat oleh penentangnya dan dibunuh di bandar Tremezzina yang berhampiran.

Seperti Loch Ness di Scotland yang terkenal dengan cerita Loch Ness Monster, Lake Como juga mempunyai cerita raksasanya sendiri. Jika raksasa di Loch Ness dinamakan Nessie, raksasa di Lake Como pula dinamakan Larrie. Malah ada cerita yang mengatakan Nessie dan Larrie adalah bersaudara.

Como
Feri penumpang yang berkhidmat di Como dan bandar-bandar lain di sekitar tasik
Restoran
Di awal pagi begini, banyak restoran yang baru dibuka dan sedang bersedia untuk memulakan perniagaan
Kafe di tepi jalan
Memang seronok kalau dapat duduk-duduk minum kopi sambil menikmati keindahan Tasik Como
Persiaran pejalan kaki di tepi Tasik Como
Tangga di tepi tasik
Ketika bersiar-siar di tepi Lake Como, kami juga bertemu dengan sebuah stesen funicular. Tak sangka Como juga mempunyai sebuah funicular seperti di Bukit Bendera, Pulau Pinang. Funicular ini bukan sahaja popular di kalangan pelancong, malah ia adalah juga penghubung di antara Como dengan sebuah kampung yang bernama Brunate yang terletak di atas gunung.

Perkampungan Brunate diberi gelaran Balcony of the Alps kerana pada ketinggian 700 meter dari aras laut yang dimilikinya, ia menawarkan pemandangan indah Tasik Como dan pergunungan di sekitar. Perjalanan dengan funicular dari Como ke Brunate memakan masa 7 minit dan tambang dewasa yang dikenakan ialah Euro 5.50 (RM 27) sehala. Sayang kami tak punya banyak masa di Como. Kalau tidak, pasti kami juga dah naik funicular ini ke Brunate.

Stesen Funicular Como-Brunate
Funicolare Como-Brunate
Pintu masuk ke Stesen Funicular
Kaunter tiket
Pergunungan di belakang Stesen Funicular
Perkampungan Brunate terletak di atas gunung di sana
Close-up pemandangan perkampungan Brunate yang terletak di atas gunung
Laluan funicular mendaki gunung
Close-up pemandangan laluan funicular
Funicular
Nampak curam betul laluan funicular ini
Meninggalkan Stesen Funicular
Ada sebuah monumen moden yang dilihat di pinggir Tasik Como. Ia dinamakan Life Electric Monument yang didirikan sebagai penghormatan kepada anak jati Como yang sangat berjasa, Alessandro Volta. Volta adalah saintis Itali yang telah berjaya mencipta bateri. Life Electric Monument ini dibina dengan mengambil ilham dari sinus wave yang sering digunakan dalam pengajian elektrik.

Life Electric Monument yang dibina sebagai penghormatan kepada Alessandro Volta 
Dah tiba masa untuk kami meninggalkan Como untuk menuju ke Switzerland. Memang macam rasa tak puas bersiair-siar di sini... Namun apakan daya, hanya itu sajalah rezeki yang Allah izinkan kami untuk melawat ke sini hari ini. Mungkin akan ada rezeki kami untuk kembali lagi ke Italy melawat ke tasik-tasik yang lain pula.

Menikmati pemandangan akhir di Lake Como
Berjalan meninggalkan Lake Como
Sewaktu kami sampai kembali ke depan Stesen Keretapi Lake Como, kelihatan polis sedang memberi amaran kepada drebar bas kami untuk berlalu dari situ kerana masa 30 minit yang dibenarkan untuk parking dah tamat. Cepat-cepat kami bergegas naik ke bas kerana kami adalah antara ahli Grup yang terakhir naik. Namun ada 2 orang lagi yang masih belum tiba, terpaksalah bas berpusing-pusing sikit keliling bandar Como sementara menunggu mereka.

Stesen Keretapi Como Lago

Part 51: Menuju ke Switzerland

Perjalanan kami diteruskan menuju ke Switzerland. Namun kami diberitahu bas akan membuat persinggahan di sebuah pejabat kastam Italy berhampiran untuk membolehkan ahli-ahli Grup yang ingin membuat claim Value Added Tax (VAT) membuat pengesahan.

Bergerak meninggalkan Como
Pemandangan sebahagian bandar Como
Pelancong-pelancong di bandar Como
Pejabat Kerajaan
Carrefour
Bangunan apartment
Jambatan keretapi
Terowong di bawah jambatan keretapi
Tasik Como dan Italy kami tinggalkan dengan seribu kenangan yang manis. Myself akui Italy memang sebuah negara yang seronok untuk dilawati. Kalau diberikan keizinan oleh Allah, mungkin kami akan datang lagi ke Italy. Cuma kali ini mungkin melawat ke Rome dan Southern Italy pula.

Meninggalkan Lake Como
Pemandangan di pinggir bandar Como
Lake Como
Ciao!
Bandar Como yang semakin ditinggalkan
Como
Gereja lama di atas bukit
Close-up menara loceng gereja
Rumah-rumah kediaman
Outdoor lift untuk kegunaan penduduk
Semakin jauh meninggalkan Como...
Sungai
Masuk ke lebuhraya
Walaupun Switzerland bukan negara anggota European Union seperti Italy, ia adalah sebuah negara yang menandatangani Perjanjian Schengen seperti Italy. Oleh yang demikian tiada sebarang pemeriksaan passport untuk pengunjung seperti kami yang datang dari Italy.

Negara-negara Schengen juga sepakat di mana pengunjung yang ingin membuat VAT Claim boleh berbuat demikian di point of exit. Point of exit bagi perjalanan kami adalah Zurich Airport di Switzerland kelak. Namun kami perlu mendapatkan pengesahan dari Kastam Italy bagi barangan yang dibeli di negara ini sebelum masuk ke Switzerland. Bagi tujuan ini, bas kami membuat perhentian di Pejabat Kastam di sempadan Italy-Switzerland berhampiran Como.

Tiba di sempadan Italy dan Switzerland
Ahli-ahli Grup  yang ingin membuat VAT Claim turun di sini bersama barangan masing-masing dengan dipimpin oleh Tour Leader. Bagi kami selebihnya yang tidak berbuat begitu hanya menunggu di dalam bas. Kami diberitahu syarat untuk membuat VAT Claim di Italy ialah pembelian mestilah sekurang-kurangnya bernilai Euro 180 (RM 887) dalam satu resit.

Pejabat Kastam Italy di sempadan Italy - Switzerland
Pemandangan sewaktu menunggu di dalam bas


Bersambung ke Bahagian 21...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: