Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 26 : Switzerland
MOUNT TITLIS (2)
HARI KETUJUH (3)
Part 63: Rotair @ Titlis
Khidmat cable car dari Titlis Valley Station berakhir di Stand. Semua penumpang cable car perlu turun di Stesen Stand untuk meneruskan perjalanan dengan cable car lain menuju ke Puncak Titlis.
|
Membuat pertukaran cable car untuk menuju ke Puncak Titlis |
|
Berjalan ke Stesen Rotair |
Leg perjalanan terakhir dari Stesen Stand menuju ke Puncak Titlis adalah menaiki cable car berpusing yang dinamakan Rotair.
|
Throwback #20: Pemandangan Rotair di Musim Winter 2015. Tak berbeza dengan sekarang kerana salji berhampiran kemuncak gunung ini sama tebal dengan masa dulu. |
|
Rotair tiba di Stesen Stand |
Untuk kemudahan dan kelancaran operasi, pintu masuk dan keluar dari Rotair disediakan berasingan. Selepas semua penumpang dah keluar, barulah kami dibenarkan masuk ke dalam.
|
Untuk kelancaran urusan, pintu masuk dan keluar dari Rotair dibuat berasingan |
|
Penumpang-penumpang Rotair |
|
Suasana di dalam Rotair |
|
Pemandangan dari dalam Rotair |
Secara geografi, kawasan di sekitar puncak Mount Titlis ini terletak di atas snow line. Kerana itulah ia mempunyai salji kekal sepanjang masa. Datanglah ke sini pada bila-bila musim pun. Pasti ada salji yang akan dilihat di sini.
Betapa indahnya bumi ciptaan Allah. Dalam Al Quran Surah An-Nur 24: Ayat 43, Allah berfirman: "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertumpuk-tumpuk, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya dan Dia (juga) menurunkan (butiran-butiran) ais dari langit, (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran ais) itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan". Inilah keistimewaan Al Quran. Dari awal lagi Allah dah beritahu yang salji cuma ada di kawasan 4 musim seperti Switzerland dan bukan di kawasan tropika macam Malaysia kerana itu adalah pilihan dari-Nya.
Disebabkan kawasan ini sentiasa bersalji, memang sentiasa ada orang bermain ski di sini. Patutlah atlit Swiss selalu menang pertandingan ski dalam Winter Olympics. Atlit pemain skinya memang boleh berlatih sepanjang tahun di puncak gunung mereka.
|
Chairlift untuk pemain ski |
|
Naik chairlift untuk bermain ski |
Perjalanan dari Stand ke Puncak Titlis tidak lama. Cuma sekitar 5-10 minit. Tetapi pengalaman menaiki Rotair di sini memang sangat mengujakan.
|
Mount Titlis Station |
|
Pemandangan di dalam Glacier Cave |
Gua ini kini diterangi dengan lampu yang berwarna biru. Suhu di dalamnya sangat sejuk (-1.5'C). Ais yang membentuk gua ini juga dianggarkan telah berusia 5,000 tahun.
|
Suasana di dalam Glacier Cave |
|
Amaran lantai licin |
|
Syukurlah kita memakai proper winter wear termasuk winter boot sewaktu melawat ke sini. |
|
Perhiasan yang disediakan di dalam Glacier Cave untuk hiburan kanak-kanak yang datang melawat |
Kita tengok lagi suasana di dalam Glacier Cave ini...
Jom kita jalan lagi sampai ke hujung... Memang tak boleh nak berpatah balik pun sebab laluan yang disediakan adalah sehala. Suka tak suka, kenalah berjalan sampai ke hujung sana kalau dah masuk ke dalam gua ini...
Lega bila kita akhirnya sampai ke penghujung gua yang sepanjang 150 meter ini. Bukan apa, risau kalau terjatuh dan cedera disebabkan lantainya sangat licin. Tapi tak mengapa, sebab di Switzerland ini, mereka sentiasa safety first. Ada railing yang disediakan di sepanjang gua untuk membantu kita berjalan di gua yang licin ini. Tapi disebabkan kita tak memakai sarung tangan yang proper, sejuk wohh nak berpegang kepada railing ini sepanjang masa!
|
Berpegang kat railing untuk mengelak dari terjatuh |
|
Railing memang disediakan di sepanjang gua |
|
Berjalan dengan berhati-hati sebab lantai licin |
|
Kalau tak pakai sarung tangan yang proper, sejuk tau nak berpegang pada railing ini. |
|
Lega dah nampak pintu keluar kat depan sana |
|
Kenangan di luar Glacier Cave |
|
Tangga turun ke bawah |
|
Pemandangan dari South Face Window di luar Glacier Cave |
Part 65: Lunch @ Mount Titlis
Disebabkan dah waktu lunch, Myself dan Husband naik ke Tingkat 2 untuk makan di restoran di sana.
|
Restoran di Mount Titlis terletak di tingkat 2 |
Ada 2 buah restoran di sini. Namun kedua-duanya dinamakan Panorama Restaurant. Sebuah restoran adalah self-service dan sebuah lagi adalah restoran table service. Mula-mula kami masuk ke restoran self-service untuk melihat apa yang ada di sana. Sesuatu yang pasti, memang ada ramai Orang Islam yang berkunjung ke Mount Titlis sebab pelayan yang bertugas dekat kaunter boleh terus mencadangkan makanan-makanan vegetarian kepada kami. Dia boleh mengagak yang kami beragama Islam sebab Myself memakai tudung kepala.
|
Restoran di sebelah kiri adalah self-service manakala restoran di sebelah kanan pula adalah table service. |
|
Menu of the day di restoran self-service adalah pork stew. |
|
Ruang makan untuk self-service restaurant. Pelanggannya ramai sebab makanannya lebih murah. |
Bila tengok menu makanannya tak kena dengan selera, kami beralih ke restoran table service di sebelah. Kami memang tahu yang restoran table service ini ada makanan Halal kerana kami pernah makan di sini pada tahun 2015 dulu. Teringin nak makan veal sausage yang sedap dulu itu sekali lagi. Tapi bila dibelek-belek buku menu di pintu, veal sausage itu dah tak ada. Tak apalah, kita cuba menu Halal yang lain.
|
Halal Dishes yang disediakan di table service restaurant |
Restoran ini walau bagaimanapun mengamalkan dasar wait to be seated. Walau nampak meja kosong, jangan masuk sesuka hati duduk di sana dan buat macam rumah sendiri. Ada beberapa pelancong India yang kami lihat berbuat begitu. Selamba saja waiter di restoran ini akan datang dan memberi tahu "We are closed" serta meminta mereka keluar. Padahal ramai saja orang yang tengah makan di dalam restoran!
|
Menunggu makanan dihidangkan |
|
Suasana di dalam restoran |
Suspen juga melihat drama pelancong-pelancong India yang dihalau keluar dengan sopan seorang waiter yang berbangsa Swiss di sini. Sekali imbas terasa macam mereka racist kepada orang Asia. Tetapi sebenarnya tidak begitu. Kami berdua dilayan dengan begitu mesra oleh waiter Swiss ini sebab kita masuk mengikut peraturan. Ahli-ahli Group yang masuk kemudian dari kami pun dilayan dengan baik dan mesra. Bak kata pepatah Melayu: "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Pepatah Orang Putih pun ada berkata: "When in Rome, do as the Romans do".
|
Gambar kenangan yang diambil oleh waiter Swiss untuk kami. Muka nampak gelap sebab cuaca cerah sangat kat luar sana. |
Sewaktu membayar bil, kami dihadiahkan pula satu seorang dengan cokelat Lindt yang sedap. Seriously sedap sampai kami membuat keputusan nak membeli cokelat Lindt ini untuk dibawa balik ke Malaysia.
|
Souvenir sewaktu membayar bil yang menyebabkan kami jatuh cinta kepada cokelat Lindt. |
Bersambung ke Bahagian 26...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.