Monday, 29 May 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 08 (Manarola & La Spezia)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 8 : Italy
CINQUE TERRE (Manarola - La Spezia)

HARI KETIGA (3)

Part 18: Jalan-Jalan Di Sentierro Azurro

Lepas makan, kami sambung menyusuri Sentierro Azurro sehingga ke penghujung. Laluan Sentierro Azurro ini sebenarnya menyambungkan Manarola sehingga ke bandar Corniglia, walau bagaimanapun sebahagian laluannya ditutup sekarang untuk tujuan penyelenggaraan.

Sentierro Azurro
Ligurian Sea yang membiru
Bersiar-siar di Sentierro Azurro
Tumbuhan liar yang mekar berbunga
Laluan Sentierro Azurro hanya boleh dilalui setakat ini saja sekarang
Bergambar di penghujung Sentierro Azurro
Laluan ke pantai di penghujung Sentierro Azurro
Pantai di penghujung Sentierro Azurro
Satu lagi pemandangan pantai di penghujung Sentierro Azurro
Air laut yang cantik dan jernih
Keretapi
Selepas dah puas menikmati keindahan Sentierro Azurro, kami memulakan kembali langkah menuju ke Manarola kerana waktu yang ditetapkan untuk berkumpul semula dah hampir tiba.

Melangkah kembali ke Manarola
Keindahan pemandangan di Sentierro Azurro ini memang sukar untuk dilupakan.
Disebabkan laluan ini agak curam, kita gunakan tongkat hiking yang dibawa bersama.
Manarola
Setiba kembali ke Manarola, kita singgah kembali ke Marina untuk melihat aktiviti di sana buat kali terakhir sebelum melangkah pergi...

Tiba kembali ke Marina Manarola
Meninjau aktiviti di kawasan Marina
Cruise Boat
Melepak di pantai yang berbatu
Sun tanning. Teringat kat Pantai Bogel di Dubrovnik, Croatia dulu yang juga berbatu macam ini. Nasib baik dia orang tak bogel kat sini.
Marina
Pengunjung yang semakin ramai tiba
Berenang di laut yang jernih
Tiba masa yang ditetapkan, kami kembali ke tempat berkumpul berhampiran terowong ke Stesen Manarola. Sambil berjalan ke sana, kita tinjau-tinjau kedai yang ada di sekitar. Seperti yang dimaklumkan kepada kami oleh Tour Leader, memang tak ada restoran yang menjual makanan Halal di Manarola. Tapi ada juga beberapa outlet yang menawarkan pilihan makanan seperti Pizza Vegetarian.
 
Kedai-kedai makan di Manarola
Berjalan menuju ke Stesen Manarola
Dataran di tengah bandar Manarola
Ladang anggur yang curam berhampiran Stesen Manarola
Terowong menuju ke Stesen Manarola
Berjalan masuk ke dalam terowong
Suasana di dalam terowong

Part 19: Kembali Ke La Spezia

Kami kembali ke La Spezia dengan menaiki tren yang berlepas dari Manarola pada pukul 2.30 petang.

Menunggu tren di Stesen Manarola
Bunga-bunga liar di tepi landasan
Trenitalia ke La Spezia dah tiba
Suasana di dalam tren
Selfie
Stesen persinggahan tren
Tiba di Riomaggiore
Stesen Riomaggiore
Menghampiri Stesen La Spezia Centrale
Tiba di La Spezia
Turun dari tren
Amaran penyeluk saku di Stesen La Spezia
Suasana di luar Stesen La Spezia
Bas awam yang membuat perhentian di Stesen La Spezia
Berjalan menuju ke pusat bandar
Berjalan kaki menuju ke tempat parking bas lebih mudah dan menyeronokkan kerana perjalanan lebih banyak menurun bukit.

Sebahagian besar perjalanan menuju ke tempat parking bas adalah menurun bukit
Tempat parking motorsikal di tengah bandar La Spezia
Pusat bandar La Spezia
Goldenweed Cannabis Store. Macam di Phuket juga ~ ada kedai begini.
Cafe Elite
Kenangan di La Spezia
Mudah nak melintas jalan di Italy kerana kenderaan sentiasa berhenti untuk membolehkan pejalan kaki melintas
Tembok pertahanan La Spezia
Watchtower
Tiba kembali ke tempat parking bas


Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: