Friday, 2 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 10 (Bologna - Venice)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 10 : Italy
BOLOGNA - VENICE

HARI KEEMPAT (1)

Part 22: Suasana Pagi Di Fly On Hotel

Destinasi kami pada Hari Ketiga di Italy (Hari Keempat dalam keseluruhan perjalanan) adalah ke Venice. Seawal pukul 7 pagi, Myself dan Husband naik ke Aras 4 Hotel Fly On di Bologna untuk bersarapan.

Breakfast Buffet di Fly On Hotel
Suasana di restoran sewaktu sarapan pagi
Pilihan breakfast kami
Disebabkan masih ada masa selepas bersarapan, kami berjalan-jalan di luar hotel. Hotel Fly On di Bologna ini dibina di lereng bukit. Oleh itu, mula-mula kita pilih untuk berjalan di sebelah kaki bukit dulu untuk melihat pemandangan bangunan hotel dari sana.

Pemandangan bangunan hotel di sebelah lereng bukit
Jom turun ke bawah sana...
Dari lereng bukit ini barulah nampak yang sebenarnya hotel ini terdiri dari 5 tingkat. Sewaktu sampai semalam, kami masuk dari sebelah sana bangunan hotel yang terletak di atas bukit dan terus masuk ke tingkat 4. Dari sana, nampak macam bangunan hotel ini cuma setingkat sahaja.

Dari sini barulah nampak yang bangunan hotel ini adalah sebenarnya 5 tingkat...
Pemandangan di sebelah sana...
Kenangan di Hotel Fly On, Bologna
Selepas itu kita masuk semula ke bangunan hotel dan berjalan-jalan di luar bangunan menerusi pintu masuk utama yang terletak di tingkat 4.

Pintu masuk utama ke Fly On Hotel di tingkat 4
Sepadan dengan namanya, Hotel Fly On terletak berhampiran Bologna Airport. Ada shuttle yang singgah di hotel ini untuk membawa penumpang ke airport pada waktu-waktu tertentu. Kami sempat melihat penumpang yang naik shuttle ini dari hotel untuk menuju ke Bologna Airport.
 
Shuttle ke Bologna Airport
Penumpang-penumpang yang nak menaiki shuttle ke Bologna Airport
 
Part 23: Dari Bologna Ke Venice

Perjalanan dari Bologna ke Venice seharusnya memakan masa 2 jam. Walau bagaimanapun disebabkan traffic jam sewaktu nak meninggalkan kawasan Bologna, perjalanan kami ke Venice telah mengambil masa 3 jam.

Bersedia nak bergerak ke Venice
Meninggalkan Fly On Hotel & Conference Center
Persinggahan kami di Bologna hanya sekadar untuk bermalam. Tak ada aktiviti lawatan yang diaturkan untuk kami di kota Bologna. Kami bertolak dari Hotel Fly On menuju ke Venice pada pukul 8.30 pagi. Pemandangan Bologna Airport dapat dilihat dengan jelas sewaktu bas menuju ke lebuhraya.

Menuju ke lebuhraya
Penunjuk arah
Bologna Airport
Bologna Airport
Meninggalkan Bologna
Perjalanan dari Bologna ke Venice juga banyak melalui kawasan-kawasan pertanian. Tanaman yang banyak diperhatikan adalah ladang-ladang anggur yang ditanam untuk dijadikan wain.

Dalam bas menuju ke Venice
Vineyard
Pokok-pokok anggur
Ladang yang sedang disiapkan untuk tanaman
Sungai
Bas membuat satu perhentian di kawasan Ferrara untuk toilet stop. Malangnya tandas di perhentian ini sedang ditutup untuk maintenance.

Masuk ke R&R di Ferrara
Rombongan dari bas yang parking di sebelah bas kami
Malangnya toilet di R&R ini sedang ditutup untuk pembaikan.
Oleh yang demikian, bas meneruskan perjalanan dan akan berhenti di R&R yang seterusnya.

Meneruskan perjalanan
Tanaman sayuran
Sungai
Menyiram tanaman
Masih melalui lebuhraya
Sebuah bandar di kejauhan
Ladang
Kawasan pertanian
Ladang Canola
Pergunungan di kejauhan
Bas membuat perhentian di R&R yang seterusnya di Padua (Padova). Syukur kerana tandas di R&R ini tidak ditutup.

Melintas jalan di R&R
Kedai komersil di R&R ini bernama Sarni Grill
Pintu masuk ke Sarni Grill
Kedai serbaneka
Restoran
Tempat parking lori
Ladang anggur di belakang R&R
Pemandangan ladang anggur dengan lebih dekat
Kemudian kita meneruskan lagi perjalanan menuju ke Venice. Cuaca pada hari ini sangat cerah dengan suhu sekitar 22'C.

Meneruskan perjalanan ke Venice
Arah ke Venice (Venezia)
Plaza Tol Venice
Venice terletak 10 km dari sini
Mainland Venice
Pada ketika ini, kami sedang berada di Tanah Besar Venice. Bas membawa kami menuju ke sebuah pulau buatan manusia yang bernama Tronchetto. Venice adalah sebuah bandar yang terdiri dari beratus-ratus pulau kecil yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan darat. Oleh yang demikian, kesemua kenderaan darat perlu parking di Tronchetto.

Peta Venice yang menunjukkan kedudukan pulau Tronchetto
Kami juga diberitahu bas-bas pelancong perlu memiliki permit untuk masuk ke kawasan Venice. Maka, bas kami membuat satu perhentian di tanah besar bagi menyelesaikan urusan permit ini sebelum masuk ke Tronchetto.

Bas kami berhenti di sini sementara pemandu bas bersama Tour Leader kami menyelesaikan urusan permit.
Bas lain yang parking di sebelah bas kami
Keretapi yang membawa pengunjung dari Tanah Besar Venice ke Tronchetto
Urusan permit ini sangat cepat dan nampaknya hanya diselesaikan dengan menggunakan mesin. Selepas itu kami menaiki sebuah jambatan panjang yang menyambungkan Pulau Tronchetto dengan tanah besar. Jambatan yang dinamakan Ponte della Libertà (Liberty Bridge) ini bukan saja dibina untuk kegunaan kereta dan bas pelancong, tetapi juga keretapi.

Jambatan yang menyambungkan tanah besar Venice dengan Pulau Tronchetto
Keretapi yang sedang melintas jambatan menuju ke Tronchetto
Mengambil gambar dari dalam bas
Banyak keretapi yang dilihat berulang-alik ke Venice
Menghala ke kota Venice
Bagai tak percaya yang kami dah tiba di Venice
Selain keretapi express, ada keretapi lebih pendek yang dinamakan People Mover. People Mover ini menghubungkan Tronchetto dengan Piazzale Roma yang merupakan stesen bas utama bagi Venice. Selain Tronchetto, Piazzale Roma juga adalah sebuah kawasan parking lain bagi kenderaan darat yang ingin berkunjung ke Venice.

People Mover
Memang excited bila Tour Guide kami menunjukkan kota Venice yang sebenar dari jambatan menuju ke Tronchetto. Beliau memberitahu kami akan menaiki Water Bus dari Tronchetto untuk pergi ke sana selepas ini...

Pemandangan pertama kota Venice dari jambatan menuju ke Tronchetto
Ahhh, Venice!!
Tempat parking bas dan stesen keretapi di Tronchetto

Part 24: Tronchetto Mercado

Kami tiba di Mainland Venice pada pukul 11.30 pagi. Bas menurunkan kami di Tronchetto. Kata Tour Leader kami Amar, kami akan menaiki Water Bus (Vaporetto) ke Venice dari sini.

Tronchetto
Tempat parking bas di Tronchetto
Pemandangan kedai-kedai cenderamata dari tempat parking bas di Tronchetto
Stesen Keretapi Tronchetto
Berjalan menuju ke arah stesen keretapi kerana tiket Water Bus juga dijual di situ
Wajah happy nak ke Venice
Sambil Amar menguruskan pembelian tiket Vaporetto, kami melawat kedai-kedai cenderamata yang banyak terdapat di sini. Seperti di Pisa dulu, kedai-kedai ini juga dijaga oleh Abang-abang Bangla yang sebahagian mereka pandai bercakap Melayu. Memang dah sah yang Malaysia adalah training ground untuk Abang-abang Bangla ini melangkah bekerja di Italy.

Kedai-kedai cenderamata yang dijaga oleh Abang-abang Bangla
Patung-patung celebrity untuk jualan
Topeng Venice Carnevale
Antara souvenir yang menarik perhatian adalah topeng-topeng Venice Carnivale. Menurut ceritanya pada kurun ke-12, penduduk Venice sering memakai topeng bila keluar dari rumah untuk membolehkan penduduk kelas atasan dan bawahan melakukan aktiviti bersama ~ terutama aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang. Bila perbuatan ini semakin berleluasa, pemakaian topeng cuma dibenarkan sewaktu parti Krismas yang dinamakan Venice Carnevale. Namun demikian, bila Republik Venice ditawan oleh Austria dalam kurun ke-18, King of Austria mengharamkan kedua-dua pemakaian topeng dan Venice Carnevale. Carnevale ini walau bagaimanapun telah dihidupkan semula pada tahun 1979 dan menjadi satu tarikan kota Venice sehingga sekarang.

Berjalan-jalan sambil menjamu mata melihat souvenir yang dijual
Public Toilet
Pemandangan pelabuhan bot yang berhampiran

Part 25: Water Bus (Vaporetto) Ke Venice

Selepas Amar dah membeli tiket, kami berjalan beramai-ramai menuju ke perhentian Vaporetto yang bernama Tronchetto Mercado berhampiran.

Berjalan ke stesen Vaporetto
Laut
Vaporetto (Water Bus)
Vaporetto yang sarat dengan penumpang
Stesen Vaporetto Tronchetto Mercado
Tiket Vaporetto ~ pandangan depan
Tiket Vaporetto ~ pandangan belakang
Selepas scan tiket, kita masuk menunggu di sebuah pontoon yang terapung. Disebabkan pontoon ini terapung dan beralun-alun ditiup ombak, ramai ahli Grup yang menyangka pontoon ini adalah Vaporetto. "Bila kita nak bergerak?" tanya mereka.

Masuk ke dalam pontoon untuk menunggu Vaporetto
Pintu masuk ke pontoon
Amaran penyeluk saku
Suasana tempat menunggu di dalam pontoon yang menyebabkan ramai orang menyangka ia adalah Vaporetto yang sebenar
Vaporetto sebenar tiba di pontoon
Berjalan masuk ke Vaporetto
Suasana di dalam Vaporetto
Kenangan di dalam Vaporetto
Pemandangan sewaktu Vaporetto meninggalkan Tronchetto Mercado
Vaporetto bergerak meninggalkan Tronchetto Mercado menuju ke kota Venice. Tronchetto adalah pulau buatan yang dibina sekitar tahun 1960-an, maka bangunan-bangunan di sini adalah bangunan moden.

Pemandangan di sekitar Tronchetto
Kita lihat pemandangan-pemandangan yang sempat kami capture dengan kamera di sekitar Tronchetto.

Jambatan keretapi
Tronchetto
Di kawasan Tronchetto ini, kami dapat melihat jambatan yang dinamakan sebagai Ponte della Costituzione (Constitution Bridge). Dirasmikan pada tahun 2008, ia dinamakan Ponte della Costituzione untuk meraikan ulang tahun ke-60 Perlembagaan Italy. Sewaktu pembinaannya, jambatan ini mendapat kritikan yang hebat kerana rekabentuknya yang moden dikatakan sangat bercanggah dengan imej Venice.

Ponte della Costituzione (Constitution Bridge)
Lalu di bawah Ponte della Costituzione 


Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: