Monday, 10 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 29 (Chapel Bridge)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 29: Switzerland
LUCERNE (Chapel Bridge)

HARI KETUJUH (6)

Part 72: Lucerne

Lucerne adalah kota yang terbesar di Central Switzerland. Ia terletak di bahagian timur laut Lake Lucerne. Kota ini sering menjadi persinggahan kepada pelancong yang ingin berkunjung ke Mount Pilatus dan Mount Rigi berhampiran.

Lake Lucerne
Kota Lucerne terletak di seberang sana Tasik Lucerne
Kami tiba di Lucerne pada pukul 4 petang. Suhu ketika itu adalah 17'C. Suasana hujan yang suram dan muram menyambut ketibaan kami di kota Lucerne.

Tiba di Lucerne
Suasana hujan yang menyambut ketibaan kami di Lucerne
Suasana Lucerne di dalam hujan
Bangunan-bangunan cantik di kota Lucerne
Berpayung di tengah hujan
Bunga-bunga cantik di tengah kota
Myself dan Husband pernah datang ke Lucerne pada tahun 2015 dulu. Tidak seperti suasana di Mount Titlis yang berbeza mengikut musim, suasana di Lucerne masih sama seperti yang kami lihat pada masa itu.

Kesibukan di kota Lucerne
Pemandangan Lucerne dari dalam bas
Chapel Bridge yang menjadi icon kepada Lucerne
Bangunan bulat di depan sana adalah Haus-zur Gilgen-Turm dan bangunan putih di sebelah kirinya adalah St. Peter's Chapel
Pemandangan menghala ke Tasik Lucerne
Seperti juga lawatan kami terdahulu pada tahun 2015, bas menurunkan kami di depan butik jam Bucherer (disebut: Bukerer) di Schwanenplatz di depan Tasik Lucerne. Butik jam Bucherer ini menempatkan showroom jam Rolex yang terbesar di dunia tetapi kami tidak masuk ke dalam untuk melihatnya. Maklum sajalah, kita memang jenis yang tak mampu nak memakai jam Rolex.

Butik Bucherer yang menjual pelbagai jam mewah di dalamnya
Sidewalk Cafe di tepi butik Bucherer
Schwanen Restaurant

Part 73: St. Peter's Chapel @ Lucerne

Sewaktu ahli Group kami yang lain pergi shopping mencari jam, cokelat dan souvenir, Myself dan Husband terus berjalan menuju ke Sungai Reuss untuk melawat ke Chapel Bridge.

Bangunan dengan menara bulat di depan sana adalah Haus-zur Gilgen-Turm
Bangunan pertama yang diperhatikan berdekatan Sungai Reuss adalah Haus-zur Gilgen-Turm yang mempunyai menara berbentuk bulat. Rumah ini adalah sebahagian dari sistem pertahanan Lucerne pada masa dahulu. Ia kini masih dimiliki oleh keluarga zur Gilgen yang memiliki perusahaan wain.

Pandangan lebih dekat Haus-zur Gilgen-Turm
Haus-zur Gilgen-Turm ini pernah menjadi sebahagian dari kota pertahanan Lucerne pada satu masa dahulu.
St. Peter's Chapel (Peterskapelle) adalah sebuah gereja kecil yang dibina di tebing Sungai Reuss. Gereja kecil inilah yang sebenarnya memberi nama kepada Chapel Bridge yang terkenal itu kerana jambatan ini terletak di sebelah chapel tersebut.

St. Peter's Chapel
St. Peter's Chapel dibina pada tahun 1178
Ukiran kisah Biblical pada dinding gereja
Potret St. Peter
Lukisan St. Christopher menggendong Baby Jesus Christ
Rosengart-Platz berhampiran St. Peter's Chapel
Sebelum melawat ke Chapel Bridge, kita melawat dulu ke sebuah fountain berhampiran yang dinamakan Fritschi Fountain (Fritschibrunnen).

Fritschi Fountain (Fritschibrunnen)
Fritschi Fountain menggambarkan suasana kemeriahan Lucerne Carnival yang diraikan selama 6 hari pada setiap tahun. Ia bermula sebagai sebuah perayaan Gereja Katholik pada tahun 325 Masehi.

Lucerne Carnival (Gambar dari internet)
Menurut ceritanya, Fritschi yang sebenarnya adalah Saint Fridolin merupakan seorang petani yang gemar menggembirakan hati orang lain. Dia berkunjung ke kota Lucerne setiap tahun dan kedatangannya sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kota kerana Fritschi sangat pandai berjenaka untuk menghiburkan hati. Selepas kematiannya, sebuah pesta diadakan setiap tahun untuk mengenang beliau. Malah ada lagenda yang mengatakan Fritschi dikebumikan di bawah fountain ini.

Ukiran pada Fritschi Fountain menggambarkan kemeriahan suasana Lucerne Carnival
Secara tradisi, peserta Lucerne Carnival akan memakai topeng karekter-karekter yang menggembirakan. Perarakan pesta akan bermula dengan mengelilingi fountain ini sebanyak 3 kali. 

Pemandangan keseluruhan Fritschi Fountain
Kedai-kedai di sekitar Fritschi Fountain
Pemandangan Menara Jam Lucerne Town Hall dari Fritschi Fountain
Berjalan kembali ke Sungai Reuss

Part 74: Chapel Bridge @ Lucerne

Sekarang barulah kita benar-benar melawat ke Chapel Bridge (Kapellbrücke dalam Bahasa Jerman). Jambatan yang dibina pada tahun 1332 ini adalah jambatan bertutup (covered bridge) yang tertua di Eropah.

Chapel Bridge
Satu lagi pemandangan Chapel Bridge merentangi Sungai Reuss
Chapel Bridge yang dibina merentangi Sungai Reuss hanya boleh dimasuki oleh pejalan kaki. Ia adalah sebahagian dari sistem pertahanan kota Lucerne pada masa dahulu. Ia dinamakan Chapel Bridge disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan bangunan St. Peter's Chapel.

Pintu masuk ke Chapel Bridge dari Lucerne Old City
Sidewalk Cafe di tepi Sungai Reuss
Posing dengan Chapel Bridge
Sebelum Chapel Bridge dibina, menara yang dinamakan Water Tower (Wasserturm) telah dibina 30 tahun lebih awal. Menara yang dibina pada tahun 1360 ini kini terletak di tengah-tengah jambatan dan dinamakan Water Tower kerana terletak di tengah-tengah sungai. Pada masa dahulu, ia pernah berfungsi sebagai penjara dan torture room.

Water Tower
Pemandangan Jesuit Church yang terletak di seberang sana Chapel Bridge
Pintu masuk ke Chapel Bridge dari sebelah Lucerne Old Town
Outdoor cafe di tepi jambatan
Pemandangan menghala ke Haus-zur Gilgen-Turm
Bumbung di pintu masuk ke Chapel Bridge
Chapel Bridge yang kita lihat pada hari ini bukanlah jambatan yang asal. Ia pernah dibina dan diperbaiki berulang-ulang kali sepanjang sejarah kewujudannya. Ia juga pernah mengalami kebakaran besar pada satu ketika dulu. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung untuk melawat jambatan yang sepanjang 205 meter ini.

Pemandangan di atas Chapel Bridge yang dibina dari kayu
Pemandangan outdoor cafe yang dilihat dari atas Chapel Bridge
Kita nikmati pemandangan kota Lucerne yang dapat dilihat dari atas Chapel Bridge...

Jambatan Seebrücke yang dibina di antara Tasik Lucerne dan Sungai Reuss
Suasana di atas Jambatan Seebrücke
Lucerne Culture and Congress Centre (kiri) dan bangunan PostFinance (kanan)
Gereja St. Leodegar
Bumbung Chapel Bridge dihiasi dengan 62 buah lukisan sejarah kota Lucerne. Suatu ketika dulu, bilangannya ada lebih banyak lagi. Lukisan yang tinggal kini adalah lukisan yang dapat diselamatkan dalam kebakaran besar yang berlaku pada tahun 1993. Kebakaran ini menyebabkan 2/3 Chapel Bridge musnah dan terpaksa dibina semula. Disebabkan peristiwa ini, gelaran jambatan kayu tertua di Lucerne yang pada awalnya dimiliki oleh Chapel Bridge telah berpindah ke sebuah lagi jambatan kayu berdekatan yang dinamakan Spreuerbrücke.

Lukisan yang menghiasi bumbung Chapel Bridge
Lukisan-lukisan ini menggambarkan sejarah kota Lucerne
Setelah mengalami kebakaran pada tahun 1993, hanya 62 buah lukisan sahaja yang tinggal
Kita lihat lagi pemandangan indah sewaktu berjalan di atas Chapel Bridge...

Pemandangan menghala ke kota lama Lucerne
Tak ada bunga yang menghias jambatan begini sewaktu kami datang dalam Musim Winter 2015 dulu
Pemandangan menghala ke Stesen Keretapi Lucerne
Gerbang ini adalah peninggalan bangunan stesen keretapi lama Lucerne yang musnah terbakar sebelum digantikan dengan stesen keretapi baru sekarang
Pandangan lebih dekat gerbang bangunan stesen keretapi lama Lucerne
Kenangan di atas Chapel Bridge
Pemandangan menghala ke Rathaus Stadt Luzern (Town Hall) di sebelah Old Town
Menara jam Rathaus Stadt Luzern
Kedai souvenir di atas Chapel Bridge
Château Gütsch yang terletak di atas bukit
Château Gütsch yang terletak di atas Gütsch Hill adalah sebuah hotel mewah di Lucerne yang dibina pada tahun 1859. Ia mengalami kebakaran pada tahun 1888 dan dibina semula pada tahun 1901. Hotel ini pernah menjadi persinggahan favourite Queen Victoria dari England bila dia melawat ke Lucerne. Ia juga pernah ditutup dan dijadikan kegunaan tentera sewaktu Perang Dunia Pertama.

Château Gütsch
Bila dah sampai ke sini, kita dah sampai ke penghujung Chapel Bridge. Dulu ada seorang rakan mengajar Myself, kalau kita berjalan ke mana-mana sesekali kena berpaling ke belakang sebab pemandangan ke belakang kadang-kala lebih cantik bila kita berbuat begitu. Itulah juga yang Myself selalu buat bila berjalan ke mana-mana termasuk juga di Chapel Bridge ini...

Pemandangan menghala ke Water Tower
Ini pula pemandangan bunga-bunga cantik yang menghias Chapel Bridge di Musim Spring begini.
Berjalan menuju ke penghujung jambatan
One last look sebelum keluar dari Chapel Bridge...
Pintu keluar dari Chapel Bridge
Bersiar-siar dengan anjing kesayangan


Bersambung ke Bahagian 30...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: