Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 23 : Switzerland
LUGANO - RÜMLANG (2)
HARI KEENAM (4)
Part 55: Perjalanan ke Rümlang (2)
BAHASA RASMI DI SWITZERLAND
Switzerland mempunyai 4 bahasa rasmi: German, French, Italian dan Romansh. Bahasa yang paling ramai penuturnya adalah Jerman (60%) diikuti oleh French (23%), Italian (8%) dan Romansh (1%). Bandar Lugano yang kami tinggalkan tadi menggunakan Bahasa Itali sebagai bahasa utama. Kawasan di sekitar Tasik Lucerne dan juga kawasan-kawasan Switzerland selainnya yang akan kami lawati nanti menggunakan Jerman sebagai bahasa utama.
Bahasa Jerman menjadi bahasa yang paling banyak digunakan kerana penduduk di utara dan timur Switzerland (contoh: Zurich, Bern, Basel dan Lucerne) menggunakan bahasa ini sebagai bahasa ibunda. Ini tidak menghairankan kerana Switzerland berjiran dengan 3 buah negara yang menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi: Germany, Austria dan Liechtenstein. Penduduk di barat yang bersempadan dengan France (contoh: Geneva, Lausanne dan Montreux) menggunakan French sebagai bahasa ibunda dan penduduk di selatan yang bersempadan dengan Italy (contoh: Lugano) pula menggunakan Bahasa Itali.
Bahasa Jerman yang digunakan di Switzerland berbeza dengan bahasa Jerman di Germany kerana ia menggunakan dialek yang dinamakan Helveti. Bahasa Romansh yang digunakan oleh 1% penduduk Switzerland pula adalah sejenis Bahasa Latin. Ia dikatakan bahasa pasar penduduk Rome pada masa dahulu dan masih 'melekat' di Switzerland. Penutur bahasa ini ramai yang tinggal berhampiran bandar Chur.
Disebabkan ia tidak mempunyai bahasa rasmi yang tunggal, nama rasmi Switzerland ditulis dalam Bahasa Latin: Confoederatio Helvetica. Slogan negara Switzerland yang bermaksud 'One for all, all for one' juga ditulis dalam Bahasa Latin: Unus Pro Omnibus, Omnes Pro Uno.
Bandar Altdorf di Canton of Uri |
Satu lagi pemandangan di Altdorf |
PERSEDIAAN PERANG
Pemandangan yang selalu dilihat di kawasan perkampungan di Switzerland adalah rumah-rumah petani yang jarang-jarang kedudukannya. Namun tidak kesemuanya berpenghuni. Ada di antara rumah-rumah ini yang sebenarnya berfungsi sebagai depot senjata Tentera Switzerland. Ini adalah kerana walaupun terkenal sebagai negara yang neutral, Switzerland sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan peperangan.
Semua rakyat lelaki Swiss wajib menyertai perkhidmatan tentera selama 10 tahun. Wanita pula hanya digalakkan untuk turut menyertai perkhidmatan tentera. Disebabkan faktor ini juga boleh dikatakan setiap rumah penduduk Swiss menyimpan senjata. Namun tidak seperti Amerika Syarikat yang sering menghadapi keganasan bersenjata, masalah ini boleh dikatakan tidak pernah wujud di Switzerland.
Bukan satu rahsia juga yang mana Switzerland mempunyai sebuah bunker perlindungan dari serangan nuklear di Sonnenberg Tunnel berhampiran bandar Lucerne. Pada masa aman seperti sekarang, ia digunakan sebagai laluan trafik kenderaan di lebuhraya, lebih kurang macam Terowong SMART di Kuala Lumpur yang juga mempunyai dua kegunaan. Pada masa kecemasan seperti serangan nuklear, terowong sepanjang 1,550 meter dan setinggi 7 tingkat ini boleh memberi perlindungan kepada 20,000 orang. Fasiliti perlindungan nuklear ini dibuka untuk lawatan awam pada setiap bulan tetapi tempahan awal diperlukan untuk berbuat demikian.
Suasana perkampungan di Switzerland |
Rumah di perkampungan selalunya dibina jarang-jarang di antara satu sama lain |
Kadang-kala ada rumah di perkampungan yang digunakan sebagai depot senjata tentera sebagai persediaan menghadapi peperangan. |
KETEPATAN WAKTU
Ketepatan waktu adalah satu ciri kebanggaan Swiss. Ini mungkin dikaitkan dengan sejarah Swiss yang kaya dengan pembuatan jam tangan. Industri pembuatan jam tangan ini berpusat di sebelah barat Switzerland seperti di bandar Geneva, Neuchâtel dan La Chaux-de-Fonds.
Antara jenama jam Swiss yang terkenal di dunia pada hari ini adalah Audemars Piguet, Baume et Mercier, Breitling, Chopard, Franck Muller, Jaeger-LeCoultre, Longines, Patek Philippe, Piaget, Rado, Rolex, TAG Heuer, Tissot dan Vacheron Constantin. Vacheron Constantin yang ditubuhkan di Geneva, Switzerland pada tahun 1755 adalah syarikat jam tertua di dunia yang masih terus beroperasi sehingga sekarang. Patek Philippe pula telah mencipta jam tangan pertama pada tahun 1868. Jam waterproof yang pertama di dunia pula telah dicipta oleh Rolex pada tahun 1927.
Switzerland juga mempunyai satu rekaan jam unik yang dinamakan Swiss Railway Clock. Ia direka pada tahun 1944 untuk digunakan di stesen-stesen keretapi di seluruh Switzerland. Selain font Helvetica, rekabentuk Swiss Railway Clock juga telah dibeli oleh Apple pada harga USD 21 juta untuk digunakan dalam produk-produk mereka.
Swiss Railway Clock |
Selain jam tangan, Switzerland juga adalah negara asal beberapa jenama produk terkemuka dunia. Antaranya termasuklah Credit Suisse (bank), Lindt & Sprüngli (cokelat), Logitech (elektronik), Mövenpick (hotel), Nestlé (makanan), Novartis (farmaseutikal), Richemont (barangan mewah), Schindler (lif), Securitas (sekuriti), Swatch (jam tangan), UBS (bank) dan Winterthur (insurans).
Kedamaian suasana di Switzerland |
Lake Lucerne |
CIPTAAN SAINS
Jika Italy terkenal dengan rekaan kemajuan sains di zaman silam, Switzerland pula terkenal dengan rekaan kemajuan sains di zaman sekarang. Negara ini adalah lokasi pusat penyelidikan nuklear terulung dunia yang dinamakan CERN (European Organization for Nuclear Research atau Conseil Européen Pour La Recherche Nucléaire) yang terletak di Geneva. Fasiliti CERN dibina di sebuah lokasi bawah tanah sedalam 100 meter di Geneva. Ia adalah juga lokasi mesin Large Hadron Collider yang merupakan particle accelerator yang terbesar dan paling berkuasa di dunia. Large Hadron Collider ini juga terkenal sebagai mesin tunggal yang terbesar di dunia.
CERN mencipta sejarah sebagai tempat lahirnya World Wide Web yang dicipta oleh Tim Berners-Lee dan Robert Cailliau. Website online yang pertama di dunia adalah info.cern.ch. yang dilancarkan dari server CERN sendiri. Ciptaan ini telah mengubah landskap dunia menjadi seperti yang kita kenali kini.
Pasti anda juga tahu tentang saintis terkemuka yang bernama Albert Einstein, bukan? Einstein yang pada asalnya merupakan seorang rakyat Germany telah melepaskan kerakyatannya dan datang ke Switzerland untuk mengelak dari khidmat ketenteraan. Sewaktu di Switzerland, Einstein menetap di Bern yang merupakan ibu negara Switzerland. Di sinilah beliau telah mencipta Teori Relativiti yang terkenal dengan formula: E=mc2.
SWISS BANKS
Selepas Lake Lucerne, kita juga melalui sebuah lagi tasik besar yang dinamakan Lake Zug dalam perjalanan menuju ke Rümlang. Tasik ini adalah tasik yang ke-10 terbesar di Switzerland dan merupakan salah sebuah dari beberapa tasik yang tidak beku di musim dingin bersama Lake Geneva, Lake Walensee and Lake Lucerne.
Lake Zug |
Switzerland terkenal sebagai sebuah international tax haven disebabkan cukai yang rendah dan undang-undang kerahsiaannya. Salah sebuah bandar Swiss yang mendapat manfaat dari international tax haven ini ialah Zug yang memiliki pendaftaran 27,000 syarikat. Hakikat ini turut menjadikan Zug sebagai sebuah economic powerhouse yang penting di Switzerland.
Walaupun hanya sebuah bandar kecil, Zug adalah sebuah economic powerhouse yang penting di Switzerland |
Mengambil gambar Tasik Zug |
Sejak dahulu sehingga sekarang, Switzerland terkenal sebagai sebuah negara perbankan dunia. Polisi kerahsiaan bank-bank di Switzerland menjadikan Swiss Banks sering dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti tidak sah. Umpamanya sewaktu era Perang Dingin, bank-bank di Switzerland sering digunakan untuk menyimpan wang tunai dan passport-passport palsu yang digunakan oleh perisik-perisik rahsia.
Sebelum Perang Dunia Pertama, pelanggan-pelanggan bank di Switzerland boleh membuka akaun menggunakan nama sesiapa sahaja. Maklumat dan dana yang berkenaan disimpan erat dan tidak didedahkan kepada sesiapa jua, termasuklah kepada Kerajaan.
Sistem perbankan yang penuh dengan kerahsiaan ini menarik minat ramai orang berada pada awal tahun 1900-an. Ia juga menjadi semakin menarik bila banyak negara barat termasuk Amerika Syarikat memperkenalkan sistem cukai pendapatan. Ramai orang kaya yang ingin mengelak membayar cukai mula membuka akaun di bank-bank Swiss.
Tax Haven |
Heaven On Earth |
Reputasi kerahsiaan Swiss Banks semakin terkenal dan tergugat sepanjang tahun 1920-30-an bila mereka enggan membantu kerajaan seluruh dunia mengesan rakyat yang lari dari membayar cukai. Keengganan ini sebaliknya membuatkan Swiss Banks semakin digemari di kalangan golongan yang berkepentingan.
Pada tahun 1932, Kerajaan Perancis memulakan penentangan terhadap Swiss Banks. Kerajaan Perancis memberi kebenaran kepada pihak berkuasa menggeledah sebuah Swiss Bank yang terletak di negara itu. Tindakan ini mendedahkan bahawa Swiss Banks memang terbukti membantu lebih 1,000 rakyat Perancis yang mengelak dari membayar cukai pendapatan dan cukai warisan.
Switzerland bertindakbalas dengan meningkatkan ketelusan sistem perbankan mereka, tetapi tidaklah ke tahap yang diharapkan oleh Kerajaan Perancis. Bank-bank di Switzerland menjadi lebih telus untuk mendedahkan maklumat kepada Kerajaan Switzerland, tetapi tidak kepada kerajaan asing. Pada tahun 1934, sebuah undang-undang diperkenalkan di mana menjadi kesalahan jenayah bagi Swiss Banks untuk mendedahkan identiti pelanggan kepada kerajaan asing.
Kesan Perang Dunia Kedua selepas itu seakan memihak kepada Switzerland bila bank-bank di negara lain mula menerima pakai polisi yang digunakan oleh Swiss Banks untuk menarik pelaburan asing. Selain Switzerland, banyak negara tax haven yang baru muncul di dunia. Dengan kewujudan negara tax haven yang baru, sistem perbankan Swiss tidak lagi dianggap sebagai satu jenayah. Swiss Banks walau bagaimanapun masih digunakan oleh orang-orang kaya dari seluruh dunia untuk menimbun kekayaan tanpa ragu.
Lake Zug |
Meneruskan perjalanan menghala ke Zürich |
Ladang ternakan |
HARI AHAD DI SWITZERLAND
1700 tahun yang lampau, Emperor Constantine telah mengisytiharkan Hari Ahad sebagai "Lord's Day" yang merupakan hari untuk berehat. Apa yang bermula sebagai peraturan agama ini kemudiannya bertukar menjadi satu tradisi di Switzerland. Orang Swiss sangat sukakan Hari Ahad dan menganggap hari itu sebagai satu hak asasi mereka.
Seperti di Malaysia, upah bekerja pada hari Ahad adalah kos yang sangat mahal bagi majikan di Switzerland. Oleh yang demikian, banyak kedai ditutup pada hari Ahad. Kalau rasa nak pergi shopping, kedai hanya dibuka di stesen keretapi, airport dan beberapa tempat pelancongan sahaja pada hari Ahad.
Suasana tenteram pada Hari Ahad juga amat dihargai di seluruh Switzerland. Oleh itu, ada banyak aktiviti yang dilarang untuk dibuat pada hari Ahad. Ia termasuklah memesin rumput serta mencuci dan menjemur pakaian. Sebarang projek DIY yang mengeluarkan bunyi bising turut dilarang pada hari Ahad. Larangan ini turut terpakai pada hari bekerja bermula jam 10 malam - 6 pagi. Ada beberapa usaha pernah dibuat untuk mengubah peraturan ini, tetapi semuanya menemui kegagalan sewaktu pengundian.
Pemandangan di Canton of Schwyz |
Lake Zug |
SUICIDE TOURISM
Selain peraturan yang terpakai pada Hari Ahad, sistem direct democracy di Switzerland juga menyebabkan negara ini mempunyai beberapa perundangan lain yang dianggap pelik. Umpamanya, sesiapa yang ingin membunuh diri boleh memohon assisted voluntary death di negara ini. Doktor boleh menyediakan ubat yang membawa maut kepada sesiapa yang meminta. Namun syarat yang ditetapkan ialah si pesakit perlu memakan atau meminum sendiri ubat tersebut. Sekiranya doktor yang memberi pesakit memakan ubat tersebut, dia boleh ditangkap atas kesalahan jenayah membunuh. Perkara ini turut menjadikan Switzerland sebagai sebuah negara yang terkenal dengan suicide tourism.
Walaupun indah, ramai orang yang kecewa dengan kehidupan memilih untuk membunuh diri di Switzerland |
Menghala ke Rümlang, berhampiran Zürich |
Part 55: Immensee
Sebelum tiba di Rümlang, bas kami membuat satu persinggahan di sebuah R&R di Immensee. Tidak seperti public toilet di R&R yang percuma di Italy, kita perlu membayar CHF 1 (RM 5) untuk menggunakan toilet di Switzerland. Duit syling Euro tidak diterima langsung di Switzerland. Oleh yang demikian, ramai ahli Group yang 'terperangkap' kerana tidak mempunyai duit syiling Swiss sewaktu hendak menggunakan toilet.
R&R di Immensee |
Disebabkan Myself tidak menggunakan toilet, kita berjalan-jalan melihat barangan yang dijual di sebuah kedai serbaneka di R&R ini. Seperti juga kedai serbaneka di R&R di Italy, banyak roti dan makanan ringan yang dijual.
Kedai serbaneka di R&R |
Pelbagai pilihan roti & cheese |
Barang-barang jualan di kedai serbaneka |
Sambil membelek-belek dan melihat-lihat barangan yang dijual, kami bertemu dengan instant Pasta Bolognese keluaran Maggi. Excited kami melihatnya sebab tak pernah jumpa di Malaysia. Tetapi bila dibelek-belek, pasta segera ini adalah keluaran syarikat Maggi di Switzerland dan ada kandungan daging di dalamnya. Tak jadilah kita nak mencuba sebab kandungannya tidak dijamin Halal macam Maggi instant di Malaysia.
Pasta Bolognese segera keluaran Maggi yang tak jadi dicuba sebab tidak dijamin Halal. |
Part 56: Jet Hotel
Selepas hampir 4 jam meninggalkan Lugano, kami tiba di Rümlang yang merupakan bandar penginapan kami untuk malam itu. Bandar Rümlang yang terletak 12 km di utara Zürich juga terletak di pinggir Lapangan Terbang Antarabangsa Zürich.
Perjalanan menuju ke hotel di Rümlang |
Hotel penginapan kami yang bernama Jet Hotel terletak di hujung runway Zürich Airport. Ia adalah sebuah hotel 3 bintang yang agak kecil tetapi sangat selesa.
Jet Hotel di Rümlang |
Mengeluarkan bagasi dari bas |
Reception hotel ini terletak di tingkat 1. Lif hotelnya juga kecil, macam lif di hotel-hotel penginapan kami yang lain sebelum ini.
Menunggu lif di Jet Hotel |
Mujurlah Tour Leader kami Amar mempunyai pengalaman menginap di hotel ini sebelum ini. Oleh yang demikian, dia dah awal-awal pergi ke Reception untuk menguruskan pendaftaran bilik. Bila selesai, dia terus menemui kami yang masih menunggu nak menggunakan lif yang comel itu di tingkat bawah dan menyerahkan kunci bilik. Jadi bolehlah kami terus naik menggunakan lif sampai ke tingkat bilik kami.
Sewaktu tengah beratur menunggu nak menggunakan lif, tiba satu bas penuh pelancong dari Malaysia yang juga menginap di sini. Tidak seperti kami yang datang dari Italy, kumpulan ini hanya membuat tour di Switzerland sahaja. Bilangan mereka pun lebih ramai dari group kami. Syukurlah kami dah beratur di depan mereka.
Bilik penginapan kami |
Toilet dan shower |
Sinki di dalam toilet |
Mengintai ke luar pintu... |
Pemandangan di luar bilik kami adalah kawasan perumahan dan Zürich Airport. Disebabkan Zürich Airport adalah lapangan terbang yang terbesar di Switzerland, banyak pesawat yang turun-naik di sini. Kami juga akan pulang ke Malaysia dari airport ini tiga hari lagi.
Pemandangan dari balkoni |
Perumahan di sekitar hotel |
Jambatan pejalan kaki untuk melintas jalan |
Ada stesen keretapi di sebelah sana |
Keretapi |
Dinner malam ini juga disediakan oleh catering luar yang dihantar terus ke bilik. Nasi dengan Ayam Bakar yang disediakan memang sangat menyelerakan...
Dinner |
Set Nasi dan Ayam Bakar yang sangat menyelerakan... |
Bersambung ke Bahagian 24...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
- Bhg. 01 [Hari 01] - Arrival : Kuala Lumpur - Doha - Milan
- Bhg. 02 [Hari 02] - Italy : Milan - Pisa
- Bhg. 03 [Hari 02] - Italy : Pisa (Leaning Tower)
- Bhg. 04 [Hari 02] - Italy : Pisa (Pisa Cathedral & Baptistery)
- Bhg. 05 [Hari 03] - Italy : Pisa - La Spezia
- Bhg. 06 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (La Spezia)
- Bhg. 07 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (Manarola)
- Bhg. 08 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (Manarola & La Spezia)
- Bhg. 09 [Hari 03] - Italy : La Spezia - Bologna
- Bhg. 10 [Hari 04] - Italy : Bologna - Venice
- Bhg. 11 [Hari 04] - Italy : Venice (Grand Canal)
- Bhg. 12 [Hari 04] - Italy : Venice (Piazza San Marco)
- Bhg. 13 [Hari 04] - Italy : Venice (Gondola)
- Bhg. 14 [Hari 04] - Italy : Venice (Rialto Bridge & San Giacomo di Rialto)
- Bhg. 15 [Hari 05] - Italy : Venice - Milan
- Bhg. 16 [Hari 05] - Italy : Milan (Centro Storico di Milano)
- Bhg. 17 [Hari 05] - Italy : Milan (Milan Cathedral)
- Bhg. 18 [Hari 05] - Italy : Milan (Galeria Vittorio Emanuele)
- Bhg. 19 [Hari 05] - Italy : Milan (Sforza Castle)
- Bhg. 20 [Hari 06] - Italy : Como (Lake Como)
- Bhg. 21 [Hari 06] - Switzerland : Lugano (Fox Town Premium Outlet)
- Bhg. 22 [Hari 06] - Switzerland : Lugano - Rumlang (1)
- Bhg. 23 [Hari 06] - Switzerland : Lugano - Rumlang (2)
- Bhg. 24 [Hari 07] - Switzerland : Rumlang - Engelberg
- Bhg. 25 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (1)
- Bhg. 26 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (2)
- Bhg. 27 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (3)
- Bhg. 28 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (4)
- Bhg. 29 [Hari 07] - Switzerland : Lucerne (Chapel Bridge)
- Bhg. 30 [Hari 07] - Switzerland : Lucerne (Old Town)
- Bhg. 31 [Hari 08] - Switzerland : Lauterbrunnen (Bernese Oberland)
- Bhg. 32 [Hari 08] - Switzerland : Lauterbrunnen
- Bhg. 33 [Hari 08] - Switzerland : Interlaken
- Bhg. 34 [Hari 08] - Switzerland : Blausee
- Bhg. 35 [Hari 09] - Switzerland : Rheinfall
- Bhg. 36 [Hari 09] - Going Home : Zurich - Doha - Kuala Lumpur
No comments:
New comments are not allowed.