Friday, 19 May 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 03 (Leaning Tower)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 3 : Italy
PISA (Leaning Tower of Pisa)

HARI KEDUA (3)

Part 9: Leaning Tower of Pisa

Di Italy, ada peraturan yang menetapkan supaya bas tidak berhenti di mana-mana sesuka hati untuk menurunkan penumpang. Oleh yang demikian, perjalanan kami melawat ke tempat-tempat yang menarik di negara ini sentiasa bermula dari tempat parking bas, termasuklah juga di Pisa.

Tempat parking bas untuk melawat Leaning Tower of Pisa
Disebabkan kedudukan tempat parking bas yang jauh ini, ada khidmat keretapi percuma disediakan untuk membawa pengunjung dari sini ke tepi pintu masuk Leaning Tower of Pisa. 

Tren untuk membawa pengunjung dari tempat parking ke pintu masuk
Suasana di dalam tren
Posing dalam tren
Husband pun nak posing dalam tren
Sebahagian Pekan Pisa yang dilalui dengan tren dalam perjalanan menuju ke Leaning Tower
Tembok yang mengelilingi Leaning Tower of Pisa
Perhentian tren dekat pintu masuk Leaning Tower of Pisa
Posing dengan tren
Dari tempat perhentian tren, kita perlu pula berjalan sekitar 200 - 300 meter lagi menuju ke pintu masuk. Laluan ke pintu masuk ini dibarisi dengan gerai-gerai cenderamata yang dijaga oleh Abang-abang Bangla yang ramai di antara mereka pandai bercakap dalam Bahasa Melayu. Nampak sangat yang mereka pernah bekerja di Malaysia. Abang-abang Bangla yang tak pandai bercakap Melayu macam jealous sangat melihat rakan-rakan mereka yang pandai bercakap Melayu berkomunikasi dengan kami. Berbagai cenderamata dapat kita lihat di sini.

Gerai-gerai cenderamata di laluan ke pintu masuk Leaning Tower of Pisa
Berbagai cenderamata dijual di sini
Berjalan ke pintu masuk
Minyak zaitun
Souvenir
Pintu masuk ke Leaning Tower of Pisa terletak di depan sana

PIAZZA DEI MIRACOLI

Leaning Tower of Pisa terletak di dalam sebuah kawasan kompleks gereja yang dinamakan sebagai Piazza dei Miracoli (Square of Miracles) dan dikelilingi oleh tembok tinggi. Ia bukanlah satu-satunya bangunan yang terdapat di sini. Turut berdiri bersama Leaning Tower of Pisa adalah Pisa Cathedral dan Pisa Baptistery. Seluruh Piazza dei Miracoli telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1987. Leaning Tower of Pisa juga dikenali sebagai Campanile (Bell Tower) kerana ia adalah sebenarnya menara loceng bagi Pisa Cathedral.

Pemandangan pintu masuk dari sebelah dalam
Piazza dei Miracoli
Pisa Cathedral dan Campanile (Bell Tower)
Sesuatu yang menarik bila kita tiba di Menara Condong ini ialah kita dapat melihat pengunjung yang berposing dengan bermacam-macam cara yang kononnya nak menahan tower ini dari runtuh.

Pelbagai gaya posing nak menahan menara ini dari runtuh dapat dilihat di sini...
Ini adalah beberapa gaya yang kita petik dari internet...
 
Pelbagai aksi posing dengan Menara Pisa
Kita juga tak mahu ketinggalan mengabadikan pose dengan Menara Condong Pisa...

Tolong tahan menara dengan 2 jari takut runtuh... Hehehe!!
Ini gaya Husband pulak posing dengan Leaning Tower of Pisa. Tolong pasak Tower dengan tangan jangan kasi runtuh.
Bila dah pengunjung beramai-ramai menahan Tower ini dengan berbagai gaya begitu, dah pasti menara ini selamat dan tak runtuh!

LEANING TOWER OF PISA

Bila kita lihat dengan mata sendiri, Menara Condong Pisa memang betul-betul condong. Jika diperhati dari atas ke bawah, binaannya juga senget-benget kerana ada beberapa usaha pernah dibuat sejak beratus tahun dulu untuk menegakkannya semula.

Nampak tak bagaimana aras pada 3 tingkat teratas bangunan tidak selari dengan 4 tingkat yang di sebelah bawah?
Menara ini yang mengambil masa pembinaan selama 200 tahun, masih condong 4 darjah pada masa sekarang. Malah ia telah pun condong sewaktu dirasmikan pada tahun 1372. Ia terus condong saban tahun disebabkan ia dibina di atas tapak tanah lembut. Selepas puas berusaha, proses kecondongan ini akhirnya dapat diberhentikan melalui satu usaha penstabilan yang dilaksanakan pada tahun 1990-an.

Menara ini mula dibina pada tahun 1137 dan siap pada tahun 1372.
Mengikut sejarahnya, menara ini mula dibina pada tahun 1173 di bawah pengawasan seorang arkitek yang bernama Bonanno Pisano. Sewaktu hanya 3 tingkat dari 7 tingkat keseluruhan telah disiapkan, Pisano terpaksa menghentikan kerja pembinaan kerana menara telah mula condong. Pembinaan disambung pada tahun 1272 dengan berbagai usaha dari artisan dan tukang bata untuk menguatkan asas bangunan tetapi terus menemui kegagalan. Penyiapan menara tetap diteruskan dengan membina tingkat-tingkat yang berikutnya secara menegak dari tingkat yang condong dengan harapan dapat memperbaiki kecondongan yang berlaku. Itulah yang menyebabkan binaan menara ini kelihatan senget-benget seperti yang Myself ceritakan tadi.

Tiga tingkat paling atas dibina menegak dari 4 tingkat yang condong di bawah dengan harapan untuk menegakkan bangunan ini kembali.
Pembinaan menara ini yang separa siap terpaksa dihentikan sekali lagi bila perang meletus. Ia hanya berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun 1372.

Tugu di hadapan Leaning Tower of Pisa
Pandangan lebih dekat patung pada tugu
Menara ini terus condong selama 600 tahun berikutnya. Pada tahun 1993, kecondongannya mencapai 4.47 meter (lebih 5 darjah dari garis tegak). Untuk mengatasi masalah ini, pendakap besi dipasang pada tingkat ketiga menara dan diikat dengan kabel keluli kepada bangunan-bangunan berhampiran. Sambil penahan ini dipasang, para jurutera berusaha mengeluarkan tanah lembut di bawah menara. Selepas 70 ton tanah dikeluarkan di bahagian utara, menara ini dapat dikembalikan kepada aras pembinaan asalnya dalam kurun ke-18. Ia juga dapat mengurangkan kecondongan sebanyak 43.8 cm. Dengan kejayaan ini, pakar pembinaan percaya yang menara ini akan dapat terus berdiri selama 3 kurun lagi.

Pemandangan bahagian atas menara
Seperti yang telah diceritakan di awal tadi juga, Menara Condong Pisa adalah sebenarnya menara loceng gereja. Ada 7 buah loceng yang digantung di puncak menara ini. Setiap satunya direka untuk berdenting mengikut irama muzik do-re-mi-fa-so-la-ti-do.

Loceng yang digantung di puncak Menara Condong Pisa
Bayangkan kalau kita berada dekat dengan loceng ini sewaktu ia berdenting. Mungkin telinga boleh pekak sampai 7 keturunan. Hahaha!
Setiap loceng direka untuk berdenting mengikut irama muzik do-re-mi-fa-so-la-ti-do.
Menara Condong Pisa boleh didaki tetapi akses pada satu-satu masa dihadkan hanya kepada 45 orang. Kanak-kanak di bawah usia 8 tahun tidak dibenarkan masuk. Ada ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran naik sewaktu kami tiba. Akses ke atas hanyalah menerusi 251 anak tangga yang perlu didaki dan memerlukan tiket yang berharga Euro 20 (RM 98).
 
Cuba bandingkan dengan orang yang berdiri di depan menara. Jelas nampak yang menara ini memang condong, bukan?!
Pengunjung yang menunggu giliran untuk naik ke Menara Condong Pisa
Pintu masuk ke Menara Condong Pisa
Myself dan Husband tidak berminat untuk memanjat naik ke Menara Condong Pisa, tetapi kami berminat nak melawat ke bangunan Pisa Cathedral yang bersebelahan. Kami bertanya kepada petugas wanita yang menjaga pintu keluar di Pisa Cathedral bagaimana nak masuk melawat ke dalam sana. Kata petugas itu, kami memerlukan tiket untuk masuk melawat ke Pisa Cathedral. "Ticket is free but if you wear mask, it will cost Euro 50," kata petugas tersebut melawak dengan kami sebab Husband adalah satu-satunya orang yang memakai face mask di situ.

Atas saranan petugas tersebut, kami pergi ke pejabat tiket berhampiran. Seperti yang dikatakan kepada kami, bayaran untuk melawat ke Cathedral adalah percuma tetapi ada masa yang ditetapkan untuk setiap pelawat masuk. Tiket terdekat yang masih ada ketika itu adalah pada pukul 5.30 petang, tetapi kami tidak boleh mengambil tiket tersebut kerana waktu yang ditetapkan untuk kami keluar dari sini menuju ke hotel adalah pada pukul 4.45 petang. Walaupun hotel penginapan kami juga terletak di Pisa, penting bagi kami menepati waktu keluar tersebut untuk memastikan sempat membuat Solat Jamak Takhir Zohor dan Asar di hotel nanti.

Pejabat tiket di Piazza dei Miracoli
Arca Fallen Angel di hadapan pejabat tiket
Tugu Serigala yang juga terletak di depan pejabat tiket
Tugu ini menggambarkan legenda Romulus dan Remus yang merupakan pengasas kota Rome. Kedua beradik ini ditinggalkan oleh ibu mereka dan dipelihara oleh seekor serigala betina.
Pejabat Tiket Piazza dei Miracoli
Kedai souvenir di sebelah pejabat tiket
Menjenguk sebentar ke dalam Kedai Souvenir
Disebabkan kami tak boleh mengambil tiket pada pukul 5.30 petang itu, Myself dan Husband membuat keputusan untuk melawat sendiri sahaja dari luar bangunan-bangunan yang terdapat di Piazza dei Miracoli ini...


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: