Tuesday, 23 May 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 05 (Pisa - La Spezia)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 5 : Italy
PISA - LA SPEZIA

HARI KETIGA (1)

Part 14: Suasana Pagi Di Hotel Galilei

Kami tiba di Italy pada penghujung musim bunga. Waktu Solat Subuh ketika ini masuk sekitar pukul 4 pagi dan Syuruk sekitar pukul 6 pagi. Yang paling best ialah waktu Solat Maghrib yang masuk sekitar pukul 8.45 malam. Memang mudah dan puas nak bersiar-siar setiap hari dengan tidak terkejar-kejar nak balik ke hotel untuk menjamak Solat Zohor dan Asar. Sama macam pengalaman kami melancong sewaktu summer di New Zealand dulu.

Pemandangan mentari terbit dari bilik penginapan
Pemandangan menghala ke bandar Pisa
Sarapan pagi disediakan di Hotel Galilei bermula pukul 7 pagi. Ada bilik khas yang disediakan untuk kumpulan kami yang berkongsi dengan sekumpulan pelancong berketurunan Cina dari Indonesia.

Sarapan pagi di Hotel Galilei
Buffet sarapan pagi
Macam biasa, makanan yang boleh dimakan sangat terhad kerana banyak yang Tidak Halal. Walau bagaimanapun sesuatu yang sangat sukar dilupakan adalah croissant yang sangat lembut dan sedap di kesemua hotel penginapan kami di Italy dan Switzerland. Berebut-rebut kami mengambilnya sampai gerenti habis sebakul setiap kali kami datang breakfast. Memang dia orang pandai buat croissant!

Jemput makan...
Perjalanan Hari Kedua kami di Italy adalah menuju ke Cinque Terre. Perjalanan dijadual bermula pada pukul 9 pagi. Maka seawal jam 8.45 pagi, kami check-out dari Galilei Hotel dan membawa beg kami masing-masing ke dalam bas.

Lobi di Hotel Galilei
Kenangan di Hotel Galilei
One for the album...
Membawa beg ke dalam bas
Posing kejap kat depan bas...
Ciao! (Goodbye)
Hotel Galilei, Pisa

Part 15: Dari Pisa Ke La Spezia

Cinque Terre (yang bermaksud Five Lands) adalah pusat peranginan tepi Laut Mediterranean yang popular di wilayah Liguria di Italy. Ia terdiri dari 5 buah perkampungan: Monterosso al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarola, dan Riomaggiore. Kelima-lima kampung ini kini membentuk Cinque Terre National Park dan menerima pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1999.

Destinasi kami di Cinque Terre adalah perkampungan Manarola, yang dikatakan sebagai perkampungan yang tercantik di antara kelima-lima perkampungan Cinque Terre. Oleh kerana Cinque Terre tidak boleh dimasuki oleh sebarang kenderaan darat persendirian, kami akan menaiki keretapi dari bandar La Spezia menuju ke Manarola pada hari ini.

Memulakan perjalanan ke La Spezia
Perjalanan dari Pisa menuju ke La Spezia memakan masa kira-kira sejam. Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah kawasan-kawasan pertanian yang sangat indah.


Keindahan pemandangan di bumi Italy memang tidak dapat dinafikan...


Northern Italy yang sedang kami lalui juga adalah sebuah kawasan pergunungan. Pergunungannya dikenali sebagai Dolomite Alps yang sebahagian besarnya terbentuk dari batu kapur. 

Pergunungan Dolomite Alps
Sebahagian besar Dolomite Alps adalah terdiri dari gunung-gunung batu kapur
Italy terkenal sebagai negara pengeluar batu marmar yang dikuari di Pergunungan Dolomites ini. Italian Marble sememangnya terkenal di seluruh dunia dengan kecantikan dan kualitinya yang tinggi. Maka, satu pemandangan menarik yang dapat kita perhatikan dalam perjalanan dari Pisa menuju ke La Spezia adalah kilang-kilang batu marmar yang terletak di tepi lebuhraya. Kagum kita melihat batu-batu marmar yang tersusun cantik dan kemas di sana!

Masih menuju ke La Spezia
Lebuhraya
Kilang batu marmar
Italian Marble yang terkenal di seluruh dunia
Perkampungan-perkampungan kecil yang telah berusia beratus-ratus tahun dan terletak di puncak gunung adalah juga pemandangan yang biasa dilihat. Kagum kita melihat bagaimana mereka membina perkampungan tinggi begitu. Pemilihan lokasi penempatan di puncak gunung memang membantu dari aspek pertahanan. Dari kedudukan yang tinggi begitu, memang mudah nak melihat pergerakan musuh yang datang menyerang!

Perkampungan di puncak gunung seperti yang dapat dilihat di depan sana adalah pemandangan yang biasa di Italy
Pemandangan sebuah perkampungan di puncak gunung
Sebuah lagi perkampungan di puncak gunung
Meneruskan perjalanan...
Oleh kerana ajaran Kristian dari aliran Roman Katholik telah menjadi agama rasmi di Italy sejak dahulu, perkampungan-perkampungan di Italy memang didominasi oleh bangunan-bangunan gereja yang jauh lebih besar dari bangunan-bangunan lain. Sebelum bersatu menjadi sebuah negara pada tahun 1861, Italy terdiri dari banyak negara kecil yang merdeka. Boleh dikatakan setiap bandar yang kita lihat di Italy kini pernah wujud sebagai sebuah negara yang merdeka. Disebabkan perkara ini, sesetengah perkampungan turut mempunyai istana-istana dan kota-kota lama yang menambahkan keistimewaan pemandangan.

Perjalanan dari Pisa ke La Spezia adalah perjalanan menuju ke pantai di sebelah barat Italy
Sebuah lagi perkampungan di pergunungan
Kebanyakan perkampungan didominasi oleh bangunan gereja yang mempunyai menara loceng yang tinggi. 
Loceng gereja bukan saja berfungsi untuk memanggil penganut Kristian bersembahyang di gereja, malah turut dibunyikan sebagai amaran jika berlaku sebarang situasi yang merbahaya.
Jambatan antik menyeberang sungai
Membelok masuk ke arah La Spezia
Tanah perkuburan


Bersambung ke Bahagian 6...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: