Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 4 : Italy
PISA (Pisa Cathedral & Baptistery)
HARI KEDUA (4)
Part 10: Pisa Cathedral
Dari pejabat tiket, kami berjalan menyusur tembok pertahanan kota Pisa menuju ke Pisa Cathedral.
|
Berjalan menyusur tembok kota Pisa di Piazza dei Miracoli |
Kami bertemu dengan sebuah bukaan di dalam tembok kota ini lalu masuk ke dalam. Rupa-rupanya ada sebuah muzium di dalam tembok pertahanan ini. Walau bagaimanapun, disebabkan kami tidak mempunyai tiket untuk masuk ke dalam, kita intai dan snappy dari jauh saja dengan kamera suasana di dalam tembok kota ini.
|
Pintu masuk ke dalam tembok kota |
|
Suasana di dalam tembok kota |
|
Disebabkan kita tak ada tiket untuk masuk ke dalam, kita snap saja gambar yang dapat dilihat di sekitar pintu masuk |
Satu ketika dulu, Pisa bersama-sama Venice adalah sebuah negara kuasa laut yang kuat. Kekuasaan Pisa terserlah bila tentera mereka berjaya menewaskan tentera Islam Saracen di Palermo, Sicily pada tahun 1063. Harta rampasan yang diperolehi dari Palermo inilah yang membolehkan Pisa membina sebuah gereja yang besar dan hebat bernama Santa Maria Assunta yang kini lebih dikenali sebagai Pisa Cathedral.
|
Pisa Cathedral |
Oleh kerana kami tak boleh masuk ke bangunan gereja ini kerana tidak mempunyai tiket, kita tengok sajalah senibinanya dari bahagian luar.
|
Pemandangan hadapan Pisa Cathedral |
|
Pintu masuk utama ke Pisa Cathedral yang dibina dari gangsa |
|
Pemandangan lebih dekat pintu masuk ke Pisa Cathedral |
Senibina bangunan ini banyak dipengaruhi oleh senibina Islam yang menggunakan banyak gerbang. Ini adalah kerana Pisa sangat berbangga dapat mengalahkan tentera Islam di Palermo ketika itu. Seperti juga banyak bangunan dengan ciri senibina Islam yang lain, Pisa Cathedral turut mempunyai kubah. Tetapi sesuatu yang agak lain dari kebiasaan ialah kubah ini berbentuk bujur dan tidak bulat.
|
Bumbung gereja yang dihiasi dengan patung emas Madonna and Child |
|
Pemandangan Pisa Cathedral dari sisi. Pemandangan kubah bujur pada bumbung gereja dapat dilihat dengan lebih jelas dari sini. |
Seperti yang kami pelajari sewaktu melawat ke Montenegro di Balkans dulu, menjadi satu kebanggaan bagi gereja-gereja di Italy sekiranya mereka dapat menjadi tempat persemadian saint yang dianggap suci dalam agama Kristian. Pisa Cathedral juga tidak ketinggalan dalam perkara ini. Di dalam bangunan gereja ini, tersimpan dan bersemadi jasad San Ranieri yang merupakan patron saint of Pisa.
San Ranieri adalah seorang pedagang dari Pisa yang sewaktu mudanya gemar berhibur dan mengembara. Dia kemudian menjadi insaf dan menghabiskan sebahagian besar hayatnya dengan beribadat di Holy Land. Beliau kembali ke Pisa dan meninggal dunia pada tahun 1161. Jasadnya disemadikan di gereja ini pada tahun 1688.
|
Pemandangan menara gereja yang lebih dikenali sebagai Leaning Tower of Pisa di sebalik bangunan gereja. |
|
Pengunjung yang melepak di tengah padang Piazza dei Miracoli |
Part 11: Baptistery
Baptism adalah upacara di mana seseorang yang ingin memeluk agama Kristian direnjis atau dibenam di dalam air sebagai tanda penyucian. Menurut amalan agama Kristian pada masa dahulu, sesiapa yang belum melalui upacara baptism tidak boleh beribadat di gereja. Disebabkan upacara baptism tidak boleh dilaksanakan di dalam gereja sendiri pada masa itu, sebuah bangunan berasingan yang dinamakan Baptistery perlu dibina di luar gereja. Seperti juga gereja-gereja lama yang lain di Italy, Pisa Cathedral turut mempunyai bangunan Baptistery yang tersendiri.
|
Baptistery |
Jika kita berkunjung ke Piazza dei Miracoli di Pisa ini, bangunan Baptistery yang berbentuk bulat di hadapan Pisa Cathedral adalah bangunan pertama yang akan kita temui. Nama rasmi bangunan ini adalah Battistero di San Giovanni (Baptistery of Saint John) kerana mengikut fahaman Kristian, Saint John adalah orang yang telah melaksanakan pembaptism kepada Jesus Christ.
|
Baptistery ini adalah bangunan pertama yang akan kita temui sekiranya berkunjung ke Piazza dei Miracoli di Pisa |
Disebabkan kami juga tidak mempunyai tiket untuk masuk ke dalam, kami cuma melawat Baptistery dari luar. Sesuatu yang menarik perhatian ialah bumbung bangunan Baptistery ini yang mempunyai 2 warna: merah dan kelabu. Ini adalah kerana ia dibina menggunakan 2 bahan yang berlainan: atap genting yang berwarna merah dan kepingan logam yang berwarna kelabu.
|
Pemandangan atap bangunan Baptistery yang dibina menggunakan 2 bahan berasingan : genting dan kepingan logam |
Seperti Menara Condong Pisa, bangunan Baptistery ini juga condong, tetapi pada kadar yang tidak begitu ketara : 0.6 darjah. Ini adalah kerana tanah di kawasan ini terdiri dari pasir dan tanah liat yang bersifat anjal.
|
Pintu masuk ke Baptistery. Seperti juga Menara Condong Pisa, bangunan Baptistery ini juga condong, pada sudut 0.6 darjah |
Part 12: Pekan Pisa
Semua Ahli Group kami diminta berkumpul kembali di tempat perhentian tren pada pukul 4.45 petang. Maka seawal jam 4 petang, Myself dan Husband meninggalkan Piazza dei Miracoli untuk meninjau pekan Pisa yang berhampiran.
|
Keluar dari Piazza dei Miracoli |
|
Suasana di Pekan Pisa |
Ada beberapa buah kedai makanan Halal di Pisa dan kami singgah di sebuah kedai Indian Food. Tujuan kami adalah nak mencari bekalan untuk makan tengahari esok kerana kami diberitahu destinasi yang akan kami lawati Cinque Terre tidak mempunyai kedai makanan Halal.
|
Pintu belakang kedai Halal Food and Doner Kebab |
Pemilik kedai ini yang melayan kami adalah seorang lelaki Muslim dari India yang telah 9 tahun bermastautin di sini. Kami memesan set makanan Kebab, Spaghetti dan Samosa untuk take-away. Kalau tak silap, kesemua sekali makanan ini berharga Euro 30 (RM 147). Sambil makanan disiapkan, beliau menjamu kami dengan Indian Masala Tea yang sangat sedap.
|
Senarai makanan yang dijual di Halal Food and Doner Kebab |
|
Pemandangan di dalam restoran |
|
Minum Indian Masala Tea yang sedap sambil menunggu makanan disiapkan. |
|
Teh Masala ini diberi percuma oleh pemilik kedai yang baik hati |
|
Pemandangan hadapan Halal Food and Doner Kebab |
Oleh kerana ini adalah hari pertama kami di Italy dan kami tidak dapat mengagak kemudahan atau kesukaran untuk mendapatkan makanan Halal pada hari-hari yang berikutnya ketika itu, kami turut membeli sebuku roti kosong dari kedai runcit Carrefour Express berhampiran sebagai persediaan.
|
Carrefour Express di Pisa |
|
Pemandangan di dalam Carrefour Express |
|
Roti yang dibeli di Carrefour Express |
Selepas itu, barulah kami melangkah menuju ke tempat perhentian tren. Abang-abang Bangla yang menjaga gerai-gerai cenderamata terus memanggil-manggil dan memujuk kami untuk membeli barangan mereka. Disebabkan mereka bercakap Melayu dengan kita, tak terasa yang kami sedang berada di Italy ketika itu. Hahaha!!
|
Gerai-gerai cenderamata yang dijaga oleh Abang-Abang Bangla yang pandai bercakap dalam Bahasa Melayu |
Selepas semua ahli kumpulan dah berkumpul kembali, kami bergerak menaiki tren kembali ke tempat parking bas.
|
Naik tren kembali ke tempat parking bas |
|
Ambulans Italian Red Cross (Croce Rossa Italiana) |
|
Turun dari tren |
|
Berjalan ke arah bas |
Part 13: Hotel Galilei
Perjalanan Hari Pertama kami di Italy berakhir selepas kami melawat Leaning Tower of Pisa. Bas seterusnya membawa kami ke hotel penginapan yang juga terletak di kawasan Pisa.
|
Meninggalkan Pisa |
|
Sungai Arno |
Di Pisa, kami menginap di sebuah hotel 4 bintang yang bernama Hotel Galilei. Bilik penginapannya luas dan selesa.
|
Dinner Nasi dengan Rendang Daging yang sangat sedap. Siap makan dengan tangan macam kat Malaysia! |
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.