Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 12 : Italy
VENICE (Piazza San Marco)
HARI KEEMPAT (3)
Part 27: San Marco
Sebaik keluar dari Vaporetto (Water Bus), Amar membawa kami berjalan kaki menuju ke Piazza San Marco. Kami berjalan menyusuri Grand Canal sehingga ke sana.
|
Suasana di Stesen San Marco sewaktu keluar dari Vaporetto |
|
Pemandangan di Stesen San Marco |
San Marco adalah destinasi paling popular di kalangan pelawat ke Venice. Maka, memang ramai orang berada di sana.
|
Keterangan mengenai Piazza San Marco. Kat tempat begini pun ada juga orang yang membuat vandalisma. |
|
Pemandangan Menara Campanile dari luar Stesen Vaporetto San Marco |
|
Pelukis jalanan |
|
Duduk menjual hasil lukisan |
Dari pinggiran terusan di San Marco ini, kita dapat melihat pemandangan daerah Dorsoduro yang terletak di seberang Grand Canal. Bangunan yang paling terkenal di Dorsoduro adalah Gereja Santa Maria della Salute (Saint Mary of Health).
|
Menyusuri Grand Canal di San Marco |
|
Menikmati pemandangan daerah Dorsoduro yang terletak di seberang Grand Canal |
|
Gereja Santa Maria della Salute |
|
Gerai-gerai cenderamata di pinggir Grand Canal |
|
Berjalan menuju ke Piazza San Marco |
|
Masih berjalan menuju ke Piazza San Marco |
|
Sidewalk Cafe |
|
Stesen Gondola |
|
Pengunjung-pengunjung ke Venice yang datang dari seluruh dunia |
Part 28: Piazza San Marco
Piazza San Marco adalah public square yang terbesar di Venice. Ia juga penting kerana di sinilah letaknya bangunan-bangunan Venice yang terkenal seperti St. Mark's Basilica dan Doge's Palace. Piazza ini pernah dirujuk oleh Napoleon sebagai "the world's most beautiful drawing room”.
|
Piazza San Marco |
Piazza San Marco bermula sebagai sebuah dataran kecil di hadapan St. Mark's Basilica. Piazza ini telah diturap dengan bata pada lewat kurun ke-13. Garisan-garisan putih mengikut corak herringbone turut dipasang sebagai penanda untuk gerai-gerai jualan dan perbarisan-perbarisan dalam upacara ketika itu. Ia telah diperbesar menjadi seperti yang dilihat sekarang pada tahun 1177.
|
Satu lagi pemandangan di Piazza San Marco di Venice |
|
Bangunan-bangunan di sekitar Piazza San Marco ini menempatkan pejabat-pejabat kerajaan pada masa dahulu. Kebanyakannya kini berfungsi sebagai muzium, kafe dan restoran. |
|
Burung merpati di Piazza San Marco |
|
Bermain dengan burung merpati. Ada larangan memberi merpati makan di sini. |
Disebabkan kepentingannya, bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat-pejabat pentadbiran turut dibina di sekeliling Piazza San Marco. Tingkat bawah bangunan-bangunan ini kini menempatkan pelbagai kafe dan restoran. Memang kita kena berkunjung ke kafe-kafe ini kalau nak merasa pengalaman minum kopi di Piazza San Marco kerana ada peraturan yang tidak membenarkan pengunjung berkelah sambil makan dan minum di Piazza ini.
|
Kafe dan restoran di Piazza San Marco |
|
Kalau makan dan minum di sini, kenalah bersedia dengan caj yang akan dikenakan kerana ini adalah lokasi yang termahal di seluruh Venice. |
Satu binaan yang juga menarik perhatian di Piazza San Marco adalah sebuah menara jam yang dinamakan Torre dell' Orologio (Clock Tower). Jam ini akan berbunyi setiap jam dengan dentingan loceng yang diketuk oleh patung dua orang Moor di puncaknya.
|
Torre dell' Orologio (Clock Tower) |
|
Patung Moor yang mengetuk loceng di puncak Torre dell' Orologio (Clock Tower) |
Di sebalik keindahan dan keunikan Piazza San Marco, ia adalah juga titik terendah di kota Venice. Bila berlaku fenomena air pasang yang dinamakan sebagai Acqua Alta di mana air laut naik melebihi 90 cm, Piazza San Marco akan tenggelam.
Fenomena Acqua Alta kerap berlaku di antara bulan Oktober ke Januari setiap tahun, cuma pada kadar yang berlainan. Kadang-kala air yang bertakung cuma macam lopak selepas hujan. Ada kalanya pula, seluruh Plaza San Marco akan tenggelam.
|
Piazza San Marco yang tenggelam sewaktu fenomena Acqua Alta (Gambar dari internet) |
|
Business must go on sewaktu Acqua Alta (Gambar dari internet) |
Kata Tour Leader kami yang bernama Amar, dia pernah mengalami fenomena ini sewaktu berkunjung ke Venice pada tahun lepas. Disebabkan air naik agak tinggi, ada papan-papan walkway yang disediakan oleh pihak berkuasa di Venice untuk membolehkan pengunjung berjalan merentas Piazza San Marco.
|
Piazza San Marco |
|
Satu lagi suasana di Piazza San Marco |
Disebabkan ramai nak menggunakan tandas, Amar turut membawa kami ke sebuah public toilet di kawasan San Marco. Ia terletak dalam sebuah bangunan antik di belakang Piazza San Marco. Ini adalah satu-satunya tandas awam berbayar yang kami temui dalam perjalanan kami di Italy. Bayaran yang dikenakan untuk menggunakannya adalah Euro 1.50 (RM7).
|
Berjalan menuju ke public toilet di belakang Museo Correr di depan sana. |
|
Ukiran di atas bangunan |
|
Papan keterangan mengenai Piazza San Marco |
|
Berjalan menuju ke public toilet |
|
Pemandangan di dalam bangunan di sekeliling Piazza San Marco |
|
Kami di sini |
|
Bumbung di walkway bangunan sekeliling Piazza San Marco |
Part 29: St. Mark's Basilica
St. Mark's Basilica yang terletak di Piazza San Marco (St. Mark's Square) adalah simbol ikonik Venice. Ia bermula sebagai private chapel bagi pemerintah Venice yang digelar sebagai Doge. Bangunan yang dilihat kini dibina khusus untuk menempatkan jasad St. Mark The Evangelist yang dicuri dari Alexandria, Egypt. Ia juga dipenuhi dengan perhiasan emas di dalamnya sehingga mendapat gelaran sebagai 'The Golden Church'.
|
St. Mark's Basilica |
|
Pemandangan St. Mark's Basilica dari sisi |
Disebabkan tanahnya yang lembut, pembinaan bangunan yang besar dan berat adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Tetapi sebagai sebuah kota yang hebat di dunia, Venice perlu memiliki bangunan sedemikian. Oleh itu, kota Venice menggunakan helah untuk menunjukkan kepada dunia yang mereka juga memiliki bangunan yang besar dan hebat sebegitu.
St. Mark's Basilica adalah sebuah bangunan yang dibina dengan menggunakan helah tersebut. Bangunan ini mempunyai 5 buah kubah yang dibuat dari kayu dan dilitupi kepingan nipis logam. Kubah ini sebenarnya kosong dan dibina hanya sekadar untuk hiasan, bukan untuk membesarkan ruang di dalam bangunan seperti kelaziman di gereja besar yang lain. Kubah ini turut memberikan impression akan betapa besarnya gereja ini kepada kapal-kapal yang belayar masuk ke Venice.
|
Pemandangan St. Mark's Basilica dari Doge's Palace |
|
Kubah yang dibina di atas bangunan memberikan impression seolah-olah gereja ini lebih besar dari saiz sebenarnya. |
Gereja ini pada asalnya dibina untuk menghormati St. Theodore, patron saint of Venice ketika itu yang berasal dari Greece. Bangunan asalnya juga dibina dari kayu.
Bila jasad St. Mark dibawa ke Venice dari Egypt, Doge of Venice percaya kehadirannya boleh membawa lebih ramai pengunjung yang mana ini boleh memberikan pendapatan yang lebih besar kepada kota tersebut. Ini adalah kerana St. Mark adalah seorang saint terkemuka yang sangat dihormati oleh penganut Kristian kerana dia adalah salah seorang dari 4 penulis Gospel di dalam Bible. Sehubungan itu, Doge of Venice membuat keputusan untuk menukarkan patron saint of Venice dari St. Theodore kepada St. Mark. Malah gereja yang dulunya dibina dari kayu ditukar kepada gereja batu seperti yang dilihat sekarang. Pembinaan gereja ini telah dimulakan pada kurun ke-11 dahulu.
|
St. Mark's Basilica yang dibina sebagai penghormatan kepada patron saint of Venice ~ St. Mark The Evangelist |
|
Gereja ini pada asalnya dibina sebagai penghormatan kepada St. Theodore |
Pada mulanya kami memang bercadang nak masuk melawat ke dalam gereja kerana dari pembacaan yang dibuat, ada banyak lukisan menarik yang terdapat di dalam gereja.
|
Suasana di dalam St. Mark's Basilica (Gambar dari internet) |
Walaupun kami diberi masa yang panjang di Venice, banyak juga tempat dan aktiviti yang ingin dibuat. Jadi kami membuat keputusan untuk melawat gereja dari bahagian luar sahaja. Bahagian luar gereja ini juga ada banyak benda menarik yang boleh dilihat.
|
Portal utama St. Mark's Basilica dihiasi dengan lukisan-lukisan keagamaan Kristian. |
|
Pemandangan lukisan dan patung-patung ukiran yang menghiasi bangunan gereja dengan lebih dekat |
|
Lukisan The Descent from the Cross yang menggambarkan jasad Jesus Christ diturunkan dari kayu salib selepas dibunuh. |
|
Lukisan Harrowing of Hell menggambarkan kepercayaan Kristian di mana selepas Jesus Christ disalib, dia telah pergi ke neraka untuk membebaskan beberapa orang baik yang dipenjarakan di sana. |
|
Lukisan Resurrection of Jesus menggambarkan Jesus Christ dihidupkan semula 3 hari selepas beliau disalib. |
|
Berbeza dengan akidah penganut agama Islam yang percaya Allah Maha Esa, penganut Kristian percaya bahawa Jesus adalah anak Tuhan. Lukisan Ascension of Jesus ini menggambarkan kepercayaan penganut Kristian sewaktu Jesus Christ naik ke langit untuk bertemu dengan bapanya. |
|
Gambaran pengadilan di hari akhirat mengikut kepercayaan Kristian dalam lukisan yang dinamakan sebagai The Last Judgement. |
Kisah pencurian mayat St. Mark turut diabadikan pada lukisan-lukisan di luar pintu masuk gereja. Pada tahun 828 Masehi, sekumpulan pedagang Venice telah melawat Tomb of St. Mark di Alexandria, Egypt. Bila mereka mendapati bangunan yang menempatkan jasad St. Mark hendak dirobohkan, mereka merancang untuk mencuri jasad saint ini untuk dibawa ke Venice atas arahan Doge of Venice.
Untuk kemudahan melepasi pengawal-pengawal di Egypt, mayat St. Mark diseludup di dalam bekas yang berisi penuh dengan daging babi. Oleh kerana pengawal Arab di Egypt yang beragama Islam enggan menyentuh daging babi, mayat St. Mark dapat diseludup dengan mudah dan dibawa ke Venice.
|
Gambaran penyeludupan mayat St. Mark yang disembunyi bersama daging babi sewaktu dibawa keluar dari Alexandria, Egypt. |
|
Bakul yang menyimpan mayat St. Mark bersama daging babi |
Ribut yang kuat melanda sewaktu kapal berlayar membawa mayat St. Mark ke Venice. Mengikut ceritanya sewaktu kapal hampir tenggelam, St. Mark sendiri muncul di depan kapten kapal dan mengarahkan beliau untuk menurunkan layar. Hasilnya, kapal terselamat dari tenggelam dan seterusnya selamat sampai di Venice.
|
Mayat St. Mark tiba di Venice |
|
Mayat disemadi di dalam gereja |
|
Gambaran St. Mark's Basilica |
Selain lukisan-lukisan yang menarik, ada juga patung-patung yang dibina sebagai perhiasan di bumbung gereja.
|
Perhiasan di bumbung gereja |
|
Lion of Venice yang dibuat dari emas |
|
St. Mark The Evangelist |
|
Statue of St. George & The Dragon |
|
Patung-patung lain di bumbung St. Mark's Basilica |
St. Mark's Basilica bukan hanya menyimpan mayat St. Mark yang dicuri dari Egypt. Ia juga menyimpan banyak harta karun yang dicuri dari Constantinople sewaktu Perang Salib. Antaranya termasuklah patung 4 kuda gangsa yang dinamakan sebagai Quadriga of St Mark's dan berbagai ikon keagamaan yang lain.
Quadriga of St Mark's ini pernah dicuri pula oleh Napoleon dan dibawa ke Paris sewaktu tenteranya menjajah Venice. Namun demikian ia telah dipulangkan ke Venice. Patung yang dilihat di bumbung gereja ini sekarang hanyalah replika kerana patung yang asal disimpan di dalam muzium.
|
Quadriga of St Mark's |
|
Patung kuda yang dicuri dari Istanbul (Constantinople) ini pernah juga dicuri dari Venice oleh Napoleon. |
Agak menghairankan mengapa barang-barang ini dicuri oleh Tentera Venice dari Constantinople kerana pada ketika itu, kota Constantinople adalah sebuah kota Kristian Byzantine seperti Venice. Kalau dah kedua-duanya mempunyai kepercayaan agama yang sama, kenapa pula pencurian ini berlaku? Mengikut ceritanya, pemerintah Venice berbalah dengan pemerintah Constantinople sewaktu Perang Salib. Kerana itulah pemerintah Venice mengarahkan tenteranya untuk mencuri apa saja harta karun yang mereka temui di Constantinople dan dibawa balik ke Venice.
|
Husband bergambar bersama Amar di depan St. Mark's Basilica |
Seperti Pisa Cathedral yang kita lawati dulu, St. Mark's Basilica di Venice juga mempunyai sebuah menara loceng yang dinamakan Campanile. Menara setinggi 98.6 meter ini mula dibina pada kurun ke-9 sebagai sebuah watchtower sebelum ditukar menjadi menara loceng. Namun demikian ia telah runtuh dan terpaksa dibina semula pada kurun ke-16. Pada 14 Julai 1902, menara ini runtuh sekali lagi dan menimpa balkoni gereja. Ia dibina semula pada tahun 1903 - 1912 dengan cara yang lebih baik dan selamat.
|
Campanile di St. Mark's Basilica |
|
Mengikut sejarahnya, Menara Campanile ini pernah runtuh 2 kali sebelum dibina semula pada tahun 1903. |
Part 30: Doge's Palace
Doge's Palace yang terletak di sebelah St. Mark's Basilica adalah juga sebuah tarikan pelancongan lain di Venice. Ia dibina sebagai sebuah kubu pertahanan pada kurun ke-11 dan 12 Masehi dan digunakan sebagai istana kediaman Doge of Venice pada masa dahulu. Bangunan ini berfungsi sebagai sebuah muzium pada masa sekarang.
|
Doge's Palace |
Oleh kerana bangunan ini adalah pusat pemerintahan kota Venice, ada sebuah tugu singa bersayap dibina di hadapannya. Lion of Venice ini turut diangkat menjadi simbol kota Venice bersama-sama mayat St. Mark yang disimpan di gereja di sebelahnya.
|
Patung Lion of Venice di depan Doge's Palace |
|
Pemandangan St. Mark's Basilicsa dari depan Doge's Palace |
|
Pandangan lebih dekat Doge's Palace di Venice |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.