Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 2 : Italy
MILAN - PISA
HARI KEDUA (2)
Part 5: Milan Malpensa Airport
Walaupun Milan adalah bandaraya kedua terbesar di Italy selepas Rome, Milan Malpensa Airport (MXP) yang merupakan airport utamanya macam tak sibuk pagi ini. Cuaca di luar agak sejuk : 13'C. Pendaratan pesawat di Milan juga sangat smooth tetapi seperti juga di Doha tadi, perbezaan tekanan menyakitkan telinga Myself. Adoii, macamlah tak biasa naik kapalterbang!
Berjalan keluar dari pesawat |
Suasana di Milan Malpensa Airport |
Excited tengok Italian Alps yang masih diliputi salji walau di musim spring macam sekarang. |
Arah ke Baggage Claim |
Agak malang bagi satu couple dalam Group kami kerana beg mereka rosak bila keluar dari Baggage Claim. Terpaksalah kami yang lain menunggu sementara Tour Leader kami membantu mereka membuat claim dengan pegawai di airport.
Amar membantu menguruskan tuntutan beg yang rosak |
Hampir sejam juga kami terpaksa menunggu sambil mereka menyelesaikan urusan tuntutan. Dari sini lagi kami dah mula merasakan betapa profesional Tour Leader kami bernama Amar yang masih muda belia ini.
Menunggu Amar menyelesaikan tuntutan beg rosak |
Suasana di Milan Malpensa Airport |
Berehat selepas penerbangan yang panjang bermula dari Kuala Lumpur |
First time kami travel dengan beg yang besar bagak begini |
Sambil menunggu, kita lihat-lihat suasana di sekitar Milan Malpensa Airport.
Satu lagi suasana di Milan Malpensa Airport |
Sambil menunggu Amar, Grup kami berkenalan dengan sepasang suami isteri dari Indonesia yang menetap di sini dan menunggu kami di airport. Mereka adalah sebenarnya sebahagian caterer yang akan menyediakan pakej makan malam kami. Pakej yang kami ambil turut termasuk breakfast di hotel dan makan malam yang dibungkus dan dihantar ke bilik hotel setiap hari. Makan tengahari pula adalah urusan sendiri. Tour Leader walau bagaimanapun akan menunjukkan kedai-kedai makanan Halal di tempat yang kami yang lawati.
Caterer makan malam kami |
Selepas semua urusan selesai barulah kami keluar mendapatkan bas yang menanti di luar bangunan terminal.
Milan Malpensa Airport |
Part 6: Perjalanan Ke Pisa
Destinasi pertama kami sewaktu tiba di Italy adalah Pisa. Perjalanan dari Milan ke Pisa sepatutnya mengambil masa 3 jam. Namun disebabkan traffic jam sewaktu nak keluar dari kawasan Milan, perjalanan kami telah menjadi lebih panjang ~ kira-kira 4 jam.
Memulakan perjalanan ke Pisa |
Lebuhraya yang dilalui |
Perkampungan di tepi lebuhraya |
Myself suka betul melihat suasana highway di Italy. Signboard mereka ditulis dengan tulisan yang sebesar-besar alam. Memang kita tak sepatutnya miss mana-mana simpang pun kalau memandu di highway mereka dengan signboard yang bertulisan besar begitu.
Signboard yang ditulis dengan besar dan jelas di highway-highway di Italy |
Pencawang elektrik di tepi highway |
Plaza Tol |
Tulisan pada signboard highway yang ditulis sebesar alam |
Milan adalah juga sebuah bandar perindustrian utama di Italy. Jadi tak hairanlah jika kita dapat melihat banyak bangunan perindustrian bersama-sama kawasan pertanian sepanjang perjalanan sewaktu meninggalkan Milan.
Kawasan pertanian |
Banyak bangunan komersial dan industri seperti ini dilihat sewaktu meninggalkan Milan |
IKEA |
Kilang perindustrian |
Stesen minyak |
Musim bunga juga adalah musim hujan di Italy dan Switzerland. Sekali-sekala kami akan berdepan dengan hujan sepanjang perjalanan kami di kedua-dua negara. Namun syukurlah kerana hujan mereka sikit-sikit saja dan tidak mengganggu perjalanan langsung, tak macam hujan di Malaysia. Menjelang tengahari begini, suhu di luar juga telah naik dari 13'C kepada 17'C.
Hujan |
Ladang penternakan |
Ladang yang sedang disiapkan untuk tanaman |
Traktor |
Pesawat yang nak mendarat di Milan. Selain Milan Malpensa Airport, kota Milan juga mempunyai sebuah lapangan terbang lain yang bernama Milan Linate Airport berhampiran. |
Pemandangan gereja di perkampungan |
Menara loceng gereja |
Lebuhraya |
Rumput kering yang dikumpul sebagai makanan haiwan dalam musim dingin kelak |
Sebuah lagi gereja di perkampungan |
Ladang lembu |
DHL |
Peraturan di Eropah menetapkan supaya semua pemandu bas berhenti rehat setiap 2 jam perjalanan. Oleh yang demikian, pemandu bas kami membuat satu persinggahan pendek selama 15 minit selepas mengharungi traffic jam sewaktu nak keluar dari Milan. Ramai yang mengambil kesempatan untuk menggunakan tandas dan meninjau kedai serbaneka yang disediakan di R&R ini. Sesuatu yang bagus di Italy berbanding dengan negara-negara di Western Europe sana ialah kita tidak dikenakan bayaran kalau nak menggunakan tandas di R&R mereka. Boleh guna percuma saja!
Bas berhenti di R&R |
Kedai serbaneka di R&R yang bernama Autogrill |
Autogrill ini terdiri dari 2 bahagian : restoran dan kedai runcit |
Mula-mula kita tengok dulu bahagian restoran di Autogrill ini.
Roti dan sandwich |
Pelbagai jenis roti |
Kedai runcit |
Membeli sebotol air mineral 750 ml yang berharga Euro 2.50 (RM13). Gulpp!! Kalau kat Malaysia harganya mungkin sekitar RM1.50 begitu. |
Kita lihat lagi pemandangan sewaktu meneruskan perjalanan menuju ke Pisa. Disebabkan kami melalui kawasan pergunungan, banyak terowong yang dilalui dalam stretch perjalanan ini.
Pemandangan di sepanjang lebuhraya memang cantik. Kagum melihat perkampungan-perkampungan Itali yang dibina tinggi di puncak-puncak gunung.
Lebuhraya dan terowong di kawasan pergunungan |
Perkampungan di kaki bukit |
Jambatan merentas sungai |
Ada banyak perkampungan yang dibina di puncak-puncak gunung seperti ini |
Italy adalah negara yang kuat berpegang kepada agama Kristian Roman Katholik. Oleh yang demikian, perkampungan-perkampungan mereka sering didominasi oleh bangunan-bangunan gereja seperti ini. |
Singgah di sebuah lagi R&R dalam perjalanan menuju ke Pisa |
Di sini juga ada sebuah Autogrill macam di R&R yang tadi |
Coklat, minuman dan cenderamata yang dijual |
Pelbagai jenis minuman |
Banyak tempat makan begini disediakan di R&R. Cuma ada meja saja untuk kemudahan meletakkan makanan dan tak ada kerusi untuk duduk. |
Donut ini berharga Euro 2.20 (RM 11) satu. Gulp!! Nasib baik rasanya sedap. |
Kaunter menjual makanan di R&R |
Jualan Pasta dan Sos Pasta |
Selepas melalui perjalanan yang panjang selama 4 jam dari Milan, bas akhirnya membelok keluar dari lebuhraya dan masuk ke bandar Pisa.
Keluar lebuhraya menuju ke Pisa |
Part 7: Tiba di Pisa
Pisa adalah sebuah bandar di wilayah Toscana (Tuscany) yang sebenarnya terletak tidak jauh (kira-kira 80 km) dari sebuah bandaraya terkemuka Italy yang bernama Florence. Ia terkenal sebagai sebuah bandar universiti dan bangunan-bangunan yang bersejarah. Pisa adalah juga bandar kelahiran seorang saintis terkenal Itali Galileo Galilei yang berjasa mencipta termometer.
Selamat datang ke Pisa |
Pemandangan di bandar Pisa |
Cassa di Risparmio di Firenze (Savings Bank of Florence) |
Destinasi lawatan kami di Pisa adalah Leaning Tower of Pisa yang terkenal itu. Pada mulanya bas cuba melalui jalan pintas ke sana, tetapi disebabkan jalan tersebut sangat sempit, terpaksalah bas kami berundur dan melalui jalan yang lebih jauh ke sana.
Jalan pintas yang tidak dapat dilalui oleh bas kami |
Perjalanan lebih jauh ke Menara Condong Pisa membolehkan kami melihat Sungai Arno yang membelah kota Pisa. Sebelum abad ke-15, Pisa terletak di pinggir laut. Namun demikian, mendakan dari Sungai Arno yang terkumpul sejak sekian lama telah menyebabkan kedudukan Pisa kini terpisah dari laut.
Sungai Arno |
Sungai Arno yang membelah bandar Pisa |
Bangunan-bangunan lama di tebing sungai |
Disebabkan Pisa pernah terletak di pinggir laut, ia menjadi kota pertahanan yang penting. Kerana itulah kita dapat melihat tembok pertahanan lama yang masih berdiri kukuh di sekitar bandar Pisa.
Tembok kota pertahanan lama di Pisa |
Torre Guelfa (Guelfa Tower) yang pernah menjadi sebahagian dari tembok kota lama Pisa |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
- Bhg. 01 [Hari 01] - Arrival : Kuala Lumpur - Doha - Milan
- Bhg. 02 [Hari 02] - Italy : Milan - Pisa
- Bhg. 03 [Hari 02] - Italy : Pisa (Leaning Tower)
- Bhg. 04 [Hari 02] - Italy : Pisa (Pisa Cathedral & Baptistery)
- Bhg. 05 [Hari 03] - Italy : Pisa - La Spezia
- Bhg. 06 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (La Spezia)
- Bhg. 07 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (Manarola)
- Bhg. 08 [Hari 03] - Italy : Cinque Terre (Manarola & La Spezia)
- Bhg. 09 [Hari 03] - Italy : La Spezia - Bologna
- Bhg. 10 [Hari 04] - Italy : Bologna - Venice
- Bhg. 11 [Hari 04] - Italy : Venice (Grand Canal)
- Bhg. 12 [Hari 04] - Italy : Venice (Piazza San Marco)
- Bhg. 13 [Hari 04] - Italy : Venice (Gondola)
- Bhg. 14 [Hari 04] - Italy : Venice (Rialto Bridge & San Giacomo di Rialto)
- Bhg. 15 [Hari 05] - Italy : Venice - Milan
- Bhg. 16 [Hari 05] - Italy : Milan (Centro Storico di Milano)
- Bhg. 17 [Hari 05] - Italy : Milan (Milan Cathedral)
- Bhg. 18 [Hari 05] - Italy : Milan (Galeria Vittorio Emanuele)
- Bhg. 19 [Hari 05] - Italy : Milan (Sforza Castle)
- Bhg. 20 [Hari 06] - Italy : Como (Lake Como)
- Bhg. 21 [Hari 06] - Switzerland : Lugano (Fox Town Premium Outlet)
- Bhg. 22 [Hari 06] - Switzerland : Lugano - Rumlang (1)
- Bhg. 23 [Hari 06] - Switzerland : Lugano - Rumlang (2)
- Bhg. 24 [Hari 07] - Switzerland : Rumlang - Engelberg
- Bhg. 25 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (1)
- Bhg. 26 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (2)
- Bhg. 27 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (3)
- Bhg. 28 [Hari 07] - Switzerland : Mount Titlis (4)
- Bhg. 29 [Hari 07] - Switzerland : Lucerne (Chapel Bridge)
- Bhg. 30 [Hari 07] - Switzerland : Lucerne (Old Town)
- Bhg. 31 [Hari 08] - Switzerland : Lauterbrunnen (Bernese Oberland)
- Bhg. 32 [Hari 08] - Switzerland : Lauterbrunnen
- Bhg. 33 [Hari 08] - Switzerland : Interlaken
- Bhg. 34 [Hari 08] - Switzerland : Blausee
- Bhg. 35 [Hari 09] - Switzerland : Rheinfall
- Bhg. 36 [Hari 09] - Going Home : Zurich - Doha - Kuala Lumpur
No comments:
New comments are not allowed.