Sunday, 2 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 25 (Mount Titlis 1)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 24 : Switzerland
MOUNT TITLIS (1)

HARI KETUJUH (2)

Part 60: Titlis Valley Station @ Engelberg

Kami tiba di Titlis pada pukul 10 pagi. Dah ramai pengunjung berada di sini pada ketika itu. Berderet-deret bas dan kereta bersusun di tempat parking.

Tempat parking kenderaan di kaki Mount Titlis
Pemandangan ke arah gunung
Tak banyak kelihatan salji di pergunungan ini
Bas kami parking di sini
Posing kejap kat tempat parking...
Throwback #09: Pemandangan di tempat parking Mount Titlis (Winter 2015)
Cable Car naik ke Mount Titlis
Cable Car
Lain betul rupa Gunung Titlis bila tak banyak salji
Tiket masuk ke Titlis adalah CHF 96 (RM 487) seorang bagi dewasa yang termasuk semua cable car dan aktiviti yang boleh dibuat di sepanjang gunung. Sambil Tour Leader membelikan tiket untuk kami, kita enjoy melihat pemandangan dan suasana di kaki gunung ini.

Titlis Valley Station di Engelberg
Public bus membuat perhentian di depan Titlis Valley Station
Nak pergi main ski kat puncak Titlis 
Adik ini pun nak pergi main ski
Di tepi Stesen Cable Car ini ada sebatang sungai yang cantik. Sungai ini juga adalah pemandangan baru bagi kami sebab masa datang musim winter dulu, ada salji tebal di seluruh kawasan sampai tak perasan kehadiran sungai ini.

Kami akan naik ke Mount Titlis dengan menggunakan cable car pada hari ini. Sewaktu kami datang masa Winter 2015 dulu, cable car ini tidak beroperasi. Jadi kami naik ke atas dengan menggunakan funicular yang macam Keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang.

Throwback #10: Funicular yang kami naiki ke Titlis sewaktu Winter 2015
Pemandangan landasan funicular dari depan Titlis Valley Station. Funicular ini tidak beroperasi pada hari ini.
Lepas dah dapat tiket, jom kita masuk ke dalam Stesen Cable Car... Tiket ini kena disimpan erat kerana ia diperlukan dalam setiap stage perjalanan naik dan turun dari Gunung Titlis.

Pandangan hadapan tiket cable car
Pandangan belakang tiket cable car. Design tiket ini masih sama dengan sewaktu di tahun 2015 dulu
Jom kita masuk ke stesen cable car...
Berjalan ke tempat cable car...
Dalam Musim Spring begini, cable car beroperasi dari pukul 6.30 pagi - 5 petang. Tapi kena turun dari atas sana paling last pukul 4 petang.
Tiba di tempat cable car. Tiket kena scan di sini...
Cable car ini tak berhenti, cuma jalan slow-slow kat stesen. Kita kena masuk cepat-cepat ke dalam... Macam naik cable car kat Genting Highlands.
Beratur nak naik cable car...
Kalau nasib tak baik, kena kongsi cable car dengan anjing.
Cable car yang membawa pemain ski ke Titlis
Ahli-ahli Group yang dah naik cable car sebelum kami berdua...
Pemandangan dari dalam cable car. Ramai yang terkial-kial nak menggunakan scanner tiket di sini...
Pintu cable car sedang ditutup...
Memulakan perjalanan naik...
Ini adalah kali kedua kami naik ke Mount Titlis. Tetapi sekali lagi Myself nak cakap, pengalamannya memang macam pengalaman baru dan bukan mengulang pengalaman yang dulu. Masih ingat betapa excited dan awesome melihat pemandangan Engelberg yang diliputi salji waktu naik ke Titlis dulu. 

Throwback #11: Pemandangan Engelberg yang kami lihat dulu (Winter 2015)
Pemandangan Engelberg dari atas sini kali ini memang tak sama...

Pemandangan Engelberg yang kami lihat sekarang
Langsung tak sama dengan Engelberg yang dulu
Merentas hutan pokok pain
Kenangan di dalam cable car
Engelberg yang semakin jauh ditinggalkan di bawah
Husband pun nak posing dalam cable car...
Selepas meninggalkan Engelberg, perjalanan cable car adalah melalui hutan pokok pain yang cantik.

Throwback #12: Pemandangan hutan pain sewaktu naik ke Titlis dengan funicular (Winter 2015)
Throwback #13: Pemandangan hutan pain dengan cable car. Cable car ini tidak beroperasi ketika itu seperti hari ini sewaktu lawatan kami pada Winter 2015.
Semakin tinggi kita mendaki, cuaca menjadi semakin sejuk. Pada satu ketinggian tertentu, pokok pain tidak lagi dapat tumbuh disebabkan iklim yang terlalu sejuk ini. Oleh yang demikian, pemandangan hutan pain kini mula diganti dengan padang rumput.

Padang rumput yang mula menggantikan hutan pokok pain
Hijau
Throwback #14: Pemandangan kawasan padang rumput sewaktu di Musim Winter 2015
Pergunungan di sekitar
Salji semakin mencair di kawasan gunung di sekitar
Selang beberapa ketika, kami tiba di stesen pertama yang dinamakan Gerschnialp, tetapi kami tidak turun di sini. Sewaktu di Titlis Valley Station di bawah tadi, kami telah diberitahu oleh Tour Leader untuk turun hanya di stesen kedua yang dinamakan Trübsee. 

Hampir tiba di Stesen Gerschnialp. Ada sedikit salji di sini.
Stesen Gerschnialp
Throwback #15: Kenangan pemandangan salji biru yang memukau di Stesen Gerschnialp (Winter 2015).
Meneruskan perjalanan
Sewaktu lawatan pada Musim Winter 2015 dulu, kami turun dari funicular di Stesen Gerschnialp. Dari sini kami menaiki cable car besar yang dinamakan Angel-Eyes untuk naik ke Trübsee. Ada kami ternampak cable car Angel-Eyes ini sedang berehat sewaktu lalu di Stesen Gerschnialp tadi.

Throwback #16: Cable Car Angel-Eyes yang kami naiki dari Stesen Gerschnialp ke Stesen Trübsee sewaktu di Musim Winter 2015.
Myself ada terbaca yang perkhidmatan direct cable car dari Stesen Titlis Valley di Engelberg sehingga ke Stesen Trübsee telah diperkenalkan pada tahun 2016. Patutlah sekarang dah tak payah nak berhenti tukar cable car di Stesen Gerschnialp lagi macam lawatan kami yang dulu itu pada tahun 2015.

Meneruskan perjalanan ke Trübsee
Kelihatan semakin cair salji kat gunung sana
Rumah ladang
Perkampungan Trübsee
Sungai kecil yang mengalir dari atas gunung. Mungkin airnya baru mencair selepas membeku di musim dingin.
Patches of snow...

Part 61: Main Snow Tube Di Trübsee @ Titlis

Seperti yang diarahkan oleh Tour Leader Amar, kami semua turun di Trübsee. Ada aktiviti menarik yang menanti kami di sini, katanya.
 
Tiba di Trübsee
Pemandangan ke arah keluar dari Stesen Trübsee
Amar membawa kami keluar dari Stesen Trübsee. Ada bau kari yang sangat menggoda hidung sebaik kami keluar dari bangunan. Rupa-rupanya ada sebuah Restoran India di tingkat atas bangunan stesen ini. Kami walau bagaimanapun tidak melawat ke sana. Jadi tak tahu apakah sebenarnya makanan yang dihidangkan dan adakah makanan Halal juga dijual di situ?

Berjalan keluar dari Stesen Trübsee. Ada bau kari yang sangat menggoda hidung di sini.
Suasana di luar Stesen Trübsee. Salji yang bertukar menjadi ais sangat licin di sini.
Depot simpanan peralatan
Snowmobile
Pemandangan salji yang masih tebal di luar Stesen Trübsee sangat mengujakan. Kami tidak singgah di Stesen Trübsee sewaktu lawatan yang dulu. Tak tahu pun yang sebenarnya stesen ini juga ada tarikan istimewa kalau tak dibawa oleh Tour Leader kami ke sini hari ini. Memang Myself tak sangka yang kami akan dapat melihat pemandangan snow begini walaupun datang ke Switzerland sewaktu di Musim Bunga. 

Pemandangan salji di luar Stesen Trübsee
Kagum melihat keindahan ciptaan Tuhan yang tak dapat dilihat di negara kita sendiri.
Salji sebenarnya dah mula mencair tetapi masih tebal lagi
Seronok dapat melihat salji, tetapi sesuatu yang dapat kami rasa berbanding dengan kunjungan dulu ialah salji di musim spring sangat merbahaya berbanding salji di musim winter. Kalau di musim winter, saljinya tebal dan tenggelam kaki sewaktu nak berjalan di dalamnya. Di musim spring begini pula, saljinya banyak bertukar menjadi ais dan permukaan tanah akan menjadi sangat licin. Teringat bagaimana Myself pernah terjatuh di atas ais sewaktu di Korea sehingga terpaksa membuat operation lutut bila kembali ke Malaysia. Pengalaman itu membuatkan Myself cukup berhati-hati sewaktu berjalan di Trübsee. Tak rela nak kena membuat operation lagi kalau terjatuh sekali lagi!

Cuba lihat salji di permukaan tanah yang telah bertukar menjadi ais yang licin
Amar membawa kami ke Snow Park untuk bermain Snow Tubing di sana. Snow Park ini terletak di sebelah sana bangunan.

Snow Park terletak di sebelah sana bangunan
Laluan ke Snow Park
Snow Park
Pemandangan yang mengujakan
Kami beramai-ramai bermain Snow Tubing di sini. Bagi Myself, ini adalah kali kedua mencubanya. Kali pertama dulu adalah sewaktu di Ski Dubai. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk bermain Snow Tubing ini kerana dah termasuk dalam tiket cable car tadi.

Tempat bermain Snow Tubing
Tempat permulaan bermain Snow Tubing
Snow Tubes
Disebabkan excited terlebih, Myself adalah antara orang pertama dalam Group kami yang duduk dalam Tube. Hajat hati nak suruh Husband ambil gambar kita tengah duduk posing dalam Tube sebelum meluncur. Disebabkan kesilapan teknik, Myself tertolak Tube ini betul-betul ke lereng bukit. Maka terjadilah Myself orang yang pertama meluncur dengan Snow Tube ke bawah bukit. Tak sempat pun Husband nak snap gambar posing dalam Tube tu. Hahahaha!!

Terluncur secara tak sengaja turun bukit dengan Snow Tube.
Mujurlah kita dah ada pengalaman main Snow Tube kat Ski Dubai dulu. Taklah panik sangat bila terluncur tak sengaja turun bukit begitu. Hahaha!!
Jauh juga laluan Snow Tube ini meluncur ke bawah bukit
Mesti Ahli Group yang lain ingat Myself tak sabar-sabar nak meluncur ke bawah tadi. Dia orang yang tau yang Myself tak sengaja terluncur turun, kikikihhh!!
Terpusing-pusing juga kita kat dalam Snow Tube ni dalam perjalanan ke bawah
Accidental Fun! Hahaha!!
Selamat sampai kat bawah
Bila tengok kita dah selamat sampai kat bawah barulah ahli-ahli Group yang lain mula tubing sama. Seorang demi seorang meluncur ke bawah. Yang nak capture gambar dan video hebat pulak turun-naik berkali-kali dengan Snow Tube. Maklumlah sebab boleh main free, tak payah bayar!

Pemandangan ke bawah dari tengah laluan.
Seorang demi seorang turun buat tubing
Husband pun tubing juga kat sini. Masa kat Ski Dubai dulu Myself main sorang-sorang sebab dia tak nak mencuba.
Terpusing-pusing dalam Snow Tube
Enjoy betul nampaknya!
Posing dengan Ahli Grup yang sama-sama tiba ke bawah
Part yang mencabar sikit bagi sesetengah orang macam Husband adalah bila nak bangun keluar dari Snow Tube
Seperti juga di Ski Dubai dulu, selepas tubing ke bawah, kita kenalah mengheret Snow Tube naik balik ke atas untuk membolehkan ia digunakan oleh orang lain pulak. Ada conveyor disediakan di tepi untuk tujuan ini. Walaupun ada conveyor, mencabar juga nak mengheret Snow Tube yang berat ini naik ke atas!

Conveyor untuk mengheret Snow Tube naik ke atas
Pemandangan conveyor dari luar
Pemandangan dalam conveyor
Berat juga nak mengheret Snow Tube ini walaupun dengan bantuan conveyor
Husband berposing dalam conveyor
Tatacara yang betul untuk membawa Snow Tube kembali ke atas

Part 62: Cable Car Ke Stand @ Titlis

Dah puas main Snow Tube, kami berjalan kembali ke Stesen Cable Car di Trübsee untuk meneruskan perjalanan naik ke puncak Titlis.

Masuk kembali ke Stesen Cable Car
Dari Trübsee, kami menaiki cable car yang sama tadi kembali untuk naik ke Stesen Stand pulak.
  
Naik kembali cable car untuk menuju ke Stand
Husband posing dalam cable car
Meninggalkan Trübsee
Snow Park tempat bermain Snow Tubing tadi
Cable Car menuju ke Stand
Pemandangan sewaktu naik lebih tinggi ke puncak gunung
Gaya Husband bercerita dengan ahli Group dalam cable car
Salji kelihatan semakin tebal di sini. Titlis adalah salah sebuah di antara beberapa kemuncak gunung yang sentiasa dilitupi salji tanpa mengira musim di Switzerland.

Salji kelihatan semakin tebal di sini
Throwback #17: Salji biru yang gebu di Trübsee (Winter 2015)
Posing dengan salji dalam cable car
Chairlift untuk pemain ski
Close-up pemandangan chairlift
Bermain ski di cerun Titlis
Pemandangan menghala ke bawah
Hampir tiba di Stesen Stand
Throwback #18: Stesen Stand (Winter 2015)
Tiba di Stesen Stand yang terletak 2,428 meter dari aras laut


Bersambung ke Bahagian 26...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: