Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 1 : Arrival
KUALA LUMPUR - DOHA - MILAN
Part 1: Northern Italy & Switzerland (2nd Visit) 2023 Tour
Selepas kembali dari percutian ke Balkans, Myself dan Husband merancang untuk membuat satu trip lagi ke Europe. Pilihan asal kami adalah Spain dan Portugal ataupun Scandinavia, tetapi bila diriki-riki bajet kami tak cukup untuk fly ke sana buat masa ini. Mungkin disebabkan jarak yang jauh dari Malaysia juga, pakej yang ditawarkan juga panjang-panjang. Memandangkan Myself masih bekerja makan gaji, belum bolehlah lagi nak bercuti panjang-panjang begitu buat masa ini. Kalau dah pencen nanti lainlah kan...
Survey punya survey, bertemu pula dengan pakej ke Italy dan Switzerland yang ditawarkan oleh agensi pelancongan Jomventures. Menarik juga pakej yang ditawarkan. Yang lebih menarik lagi adalah pakej ini cuma max 24 peserta, macam pakej percutian kami ke Balkans dulu. Jadi kita pilih sajalah pakej ini buat masa sekarang. Okeylah juga sebab kami belum pernah sampai ke Italy. Sebahagian tempat lawatan di Switzerland yang ditawarkan dalam pakej pula kami dah pergi. Tapi perjalanan ketika itu adalah di musim winter. Memandangkan perjalanan kali ini adalah dalam musim bunga (spring), mungkin pemandangan dan suasananya tak sama seperti dulu.
|
Italy & Switzerland Tour 2023 |
Perjalanan kami dalam pakej ini bermula di Milan, Italy dan pulang menerusi Zurich, Switzerland.
HARI PERTAMA
Part 2: Dari KL Ke Doha
Seperti perjalanan yang sebelum ini ke Balkans, perjalanan kami dalam percutian ini juga menggunakan penerbangan code-share Malaysia Airlines & Qatar Airways. Cuma bezanya penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Doha bertolak lebih awal ~ pada pukul 9 malam, berbanding pukul 2 pagi sewaktu ke Balkans dulu. Oleh yang demikian, kami bertolak dari rumah ke KLIA pada pukul 2 petang dengan menggunakan khidmat Grab.
|
Tiba di KLIA |
|
Suasana petang di KLIA |
Trip kami bermula seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri, jadi perhiasan suasana Hari Raya memang dapat dilihat di seluruh KLIA.
|
Perhiasan Hari Raya di KLIA |
|
KLIA |
Sebaik tiba di KLIA, perkara pertama yang perlu dibuat ialah mengambil pocket wifi Roamingman yang telah kami pesan lebih awal di kaunter perkhidmatannya. Kali pertama menggunakan perkhidmatan Roamingman adalah sewaktu kami membuat trip ke Balkan yang lepas. Memang puas hati dengan perkhidmatannya ketika itu, jadi kami membuat keputusan untuk terus menggunakan Roamingman dalam trip ke Italy & Switzerland ini.
|
Kaunter perkhidmatan Roamingman di KLIA |
|
Roamingman |
|
Pocket Wifi Roamingman |
Selepas itu kita pergi pula menjamu selera di Food Garden KLIA.
|
Food Garden KLIA |
|
Food Garden KLIA |
Penerbangan kami ke Doha, Qatar adalah menggunakan Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas dari KLIA pada pukul 9.10 malam. Oleh yang demikian, semua ahli rombongan diminta berkumpul di KLIA pada pukul 5.15 petang. Di sinilah kami berkenalan dengan semua ahli Group yang berjumlah 25 orang (termasuk seorang Tour Leader) dan datang dari seluruh Semenanjung Malaysia. Tour Leader kami adalah seorang anak muda yang bernama Amar. Walaupun dia sangat muda, Amar sangat berpengalaman dan profesional dalam melaksanakan tugas sebagai Tour Leader.
|
Mendaftar diri dengan staff Jomventures. |
|
Taklimat dari Tour Leader |
|
Tour Leader kami yang bernama Amar |
Selepas selesai taklimat dari Tour Leader barulah kami check-in di kaunter Malaysia Airlines.
|
Kaunter Malaysia Airlines |
|
Check-in di kaunter Malaysia Airlines |
Selepas itu terus saja ke tempat pemeriksaan passport. Bimbang juga kalau terperangkap dalam kesesakan kalau masuk ke dalam sana last-last minute.
|
Menuju ke arah Perlepasan Antarabangsa |
|
Balai Imigresen |
|
Ada ramai orang tengah beratur di kaunter passport asing |
|
Autogate untuk Passport Malaysia |
Pintu perlepasan kami adalah G10 yang terletak di bangunan terminal utama, jadi tak perlulah nak naik tren ke Bangunan Satelit. Tren juga tidak berfungsi sekarang. Ada notis yang terpampang memaklumkan perkhidmatan ini sedang diberhentikan selama 3 tahun untuk kerja naiktaraf. Ada bas yang disediakan untuk berulang-alik ke Bangunan Satelit sementara perkhidmatan tren ini sedang dinaiktaraf. Kami juga menggunakan khidmat bas ini sewaktu balik dari trip Italy & Switzerland ini kerana pesawat kami docking di Bangunan Satelit. Walaupun terpaksa berjalan jauh nak mendapatkan bas selepas keluar dari pesawat, perkhidmatannya mudah dan efisien.
|
Pemeriksaan Kastam |
|
Suasana di dalam tren menuju ke pintu perlepasan |
|
Pemandangan dari dalam tren |
|
Tiba di North Node Station
|
Disebabkan pesawat kami lewat tiba di Doha, persinggahan transit kami cuma menjadi 1 jam 30 minit. Terkejar-kejar juga kami menuju ke gate perlepasan yang seterusnya ~ Gate C38 kerana Hamad Airport ini sangat besar. Kami tiba betul-betul sewaktu penumpang sedang dipanggil untuk masuk ke dalam pesawat. Tak sempat pun nak duduk bernafas kat kerusi di sini!
Pesawat Qatar Airways QR123 kami dijadualkan berlepas dari Doha menuju ke Milan Malpensa Airport pada pukul 1.30 pagi. Teringat yang Myself juga pernah terbang dengan pesawat Malaysia Airlines MH123. Tapi penerbangan itu adalah dari Kuala Lumpur ke Sydney di Australia. Tak seperti penerbangan dari Kuala Lumpur ke Doha yang menggunakan Airbus, pesawat yang digunakan dalam penerbangan dari Doha ke Milan adalah Boeing 787-800.
|
Pesawat Qatar Airways yang membawa kami dari Doha ke Milan |
|
Pemandangan dari dalam pesawat |
Penerbangan dari Doha ke Milan memakan masa 5 jam 45 minit. Seperti Malaysia Airlines tadi, pesawat ini juga penuh dengan penumpang.
|
Sajian penerbangan di dalam Qatar Airways menuju ke Milan |
|
Suasana di dalam pesawat |
|
Menuju ke Italy |
|
Sedang terbang di atas Venice ketika ini tetapi tak nampak apa-apa di bawah sana kerana kita berada di atas awan. |
Selepas terbang lebih 5 jam, bumi Italy muncul dalam pandangan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan kami sampai ke sini. Terasa juga bagai bermimpi kerana negara Italy ini dirasakan bagai tak mungkin dapat dijejaki sebelum ini.
|
Pemandangan pertama bumi Italy |
|
Kawasan pertanian |
|
Membuat penerbangan turun |
|
Selamat mendarat di Milan Malpensa Airport pada pukul 6.45 pagi waktu tempatan |
|
Benvenuto a Milano (Welcome to Milan) |
|
Frost pada tingkap kapalterbang |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.