Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 15 : Italy
VENICE - MILAN
HARI KELIMA (1)
Part 37: Suasana Pagi Di Hotel Crowne Plaza Venice
Disebabkan ada banyak group yang menginap di Hotel Crowne Plaza Venice, hotel menetapkan waktu breakfast bagi setiap kumpulan. Breakfast bagi kumpulan kami bermula pada pukul 7 pagi. Selagi tak sampai time yang ditetapkan, kita tak dibenarkan masuk ke restoran walaupun awal beberapa minit.
|
Pintu masuk ke restoran. Ada display jadual penerbangan secara live di Venice Marco Polo Airport di hotel ini. |
|
Suasana di dalam restoran di Hotel Crowne Plaza Venice |
Head Waiter di restoran ini adalah seorang Abang Bangla yang pernah bekerja 5 tahun di Petaling Jaya, katanya. Walaupun dah ingat-ingat lupa Bahasa Melayu, dia sangat ramah dan banyak membantu menunjukkan apa yang Halal dimakan dalam buffet breakfast yang disediakan. Memang ramai betul Bangla yang bekerja di Italy, macam di Malaysia juga.
|
Abang Bangla yang bertugas sebagai Head Waiter di sini pernah bekerja di Petaling Jaya, Malaysia selama 5 tahun. |
|
Hidangan breakfast yang tipikal untuk kami |
Memandangkan ada waktu yang terluang selepas breakfast, kami bersiar-siar di luar. Hotel ini terletak di sebuah kawasan perumahan yang bernama Quarto d'Altino. Memandangkan hari ini adalah hari bekerja, kami dapat melihat kesibukan suasana pagi penduduk keluar bekerja dan juga pelajar-pelajar berjalan ke sekolah.
|
Hotel Crowne Plaza Venice |
|
Satu lagi pemandangan Hotel Crowne Plaza Venice |
|
Kawasan perumahan di depan hotel |
|
Kawasan perumahan ini bernama Quarto d'Altino |
|
Berjalan-jalan di Quarto d'Altino |
|
Berjalan menuju ke sekolah |
Sesuatu yang menarik tentang Hotel Crowne Plaza Venice ini juga ialah ia terletak betul-betul di sebelah Stesen Keretapi Quarto d'Altino.
|
Pemandangan Stesen Keretapi Quarto d'Altino dari Hotel Crowne Plaza Venice |
|
Satu lagi pemandangan Stesen Keretapi Quarto d'Altino dari Hotel Crowne Plaza Venice |
|
Membawa bagasi ke tepi jalan besar |
Part 38: Menuju Ke Milan
Kami memulakan perjalanan dari Venice menuju ke Milan pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan dijangka memakan masa 3 jam. Suhu pada pagi ini sewaktu kami memulakan perjalanan adalah 19'C.
|
Memulakan perjalanan ke Milan |
|
Kawasan perindustrian |
|
Arah ke Milan (disebut Milano dalam Bahasa Itali) |
|
Menuju ke lebuhraya |
|
Masuk ke lebuhraya |
|
Perkampungan di puncak gunung |
|
Lagi perkampungan di puncak gunung |
Perjalanan dari Venice ke Milan adalah melalui sebuah wilayah yang dinamakan Venetto. Wilayah ini bersama Tuscany dan Piedmont terkenal sebagai kawasan penghasilan wain utama di Italy. Oleh yang demikian pemandangan yang banyak dilihat sepanjang perjalanan di sini adalah ladang-ladang anggur.
Sejenis arak terkenal dari Wilayah Venetto adalah Grappa yang merupakan fragrant, grape-based pomace brandy mengandungi 35 - 60 % kandungan alkohol. Grappa dibuat dari sisa-sisa lebihan anggur pembuatan wain sebenar.
Mengikut sejarahnya, wain telah dihasilkan di Italy sejak 4,000 tahun dahulu. Tetapi Italy bukanlah tempat asal penghasilan wain. Wain yang pertama dibuat dari anggur liar di Greece. Ia diperkenalkan ke Italy oleh orang-orang Greek yang datang ke negara ini pada kurun ke-8 Masehi. Italy seterusnya menjadi terkenal sebagai negara pengeluar wain selepas tentera Rome memperkenalkan minuman ini ke seluruh tanah jajahan mereka.
Minum wain kini telah sebati dalam budaya Itali. Jika meminum wain dianggap sebagai satu bentuk kemewahan di tempat lain di dunia, ia adalah minuman seharian di negara ini.
Musim bunga bermula dari bulan Mac sehingga ke Mei seperti ketika kami berada di Italy ini adalah musim untuk menanam anggur. Buah anggur yang ditanam akan dituai pada bulan September dan Oktober.
Milan yang menjadi destinasi kami hari ini adalah kota kedua terbesar di Italy. Ia adalah juga sebuah pusat perindustrian utama di negara tersebut. Maka tidak hairanlah apabila pemandangan kilang-kilang perindustrian semakin banyak muncul bila kami menghampiri Milan. Apa yang menarik ialah pemandangan kilang-kilang perindustrian ini sentiasa berselang-seli dengan ladang-ladang anggur.
Selepas 2 jam perjalanan, bas membuat perhentian di R&R San Giacomo Nord di Brescia. Di sini ada sebuah kedai yang bernama Chef Express.
|
Membuat perhentian di R&R |
|
Welcome to San Giacomo Nord |
|
Restoran di Chef Express |
|
Roti untuk jualan |
|
Snacks dan minuman |
|
Minuman dan pelbagai sandwich |
|
Snack sayur yang sangat sedap |
Antara barang untuk jualan yang sering kami lihat setiap kali singgah di R&R adalah Pasta. Macam-macam jenis pasta ada dijual. Pasta adalah makanan tradisi orang -orang Itali. Ia telah dibawa ke Italy oleh penakluk Arab ke Sicily pada kurun ke-8 Masehi. Pasta kini telah mengalami berbagai evolusi dan muncul dalam lebih 350 bentuk pada masa sekarang.
|
Pasta yang berwarna-warni untuk jualan.
|
Antara pasta yang menarik perhatian kami ialah Spaghetti al Nero di Seppia (Black Squid Pasta) yang berwarna hitam. Spaghetti ini berwarna hitam kerana ia dicampur dengan dakwat sotong dan ia adalah makanan istimewa di Italy. Disebabkan kami tak berkesempatan untuk mencubanya sewaktu di Italy, kita belilah sebungkus untuk dimasak sendiri di Malaysia nanti.
|
Spaghetti al Nero di Seppia (Black Squid Pasta) yang berharga Euro 4 (RM 20) sebungkus. |
|
Husband menunjukkan hasil belian di Chef Express |
Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Milan dengan melalui kawasan-kawasan pertanian dan perindustrian.
|
Bangunan moden di Milan |
|
Milano Convention Center |
|
Generali Tower yang juga membentuk sebahagian dari Milan Convention Center |
|
Garegnano Charterhouse yang juga dikenali sebagai Milan Charterhouse |
|
Milan Charterhouse ini adalah sebuah monastery |
|
Showroom BMW |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.