Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 33: Switzerland
INTERLAKEN
HARI KELAPAN (3)
Part 81: Perjalanan Ke Interlaken
Dari Lauterbrunnen, kami dibawa menaiki bas menuju ke Interlaken. Tujuan utama kedatangan kami ke Interlaken adalah untuk lunch di sana.
|
Meninggalkan Lauterbrunnen |
|
Tren menuju ke Jungfraujoch |
|
Pergunungan Bernese Oberland |
|
Sungai Weisse Lütschine (White Lütschine) yang membelah Lauterbrunnen |
|
Menuju ke Interlaken |
Perjalanan sejauh 12 km dari Lauterbrunnen menuju ke Interlaken memakan masa kira-kira 20 minit. Perjalanan adalah menyusuri Sungai Weisse Lütschine sehingga sampai ke Interlaken.
|
Sungai Weisse Lütschine |
Switzerland memang negara yang indah. Keindahan inilah yang menjadi sumber inspirasi kepada penulis J.R.R Tolkien untuk menghasilkan karya beliau yang terkenal Lord of the Rings yang kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah filem. Lauterbrunnen yang dilawati oleh Tolkien pada tahun 1911 seterusnya menjadi ilham kepada Rivendell di dalam cerita Lord of the Rings.
|
Keindahan Switzerland yang menjadi sumber inspirasi kepada cerita Lord of the Rings. |
|
Keretapi menuju ke Lauterbrunnen |
|
Sungai Weisse Lütschine |
|
Masih pemandangan Sungai Weisse Lütschine |
|
Muzium Keretapi Schynige Platte |
|
Iklan Jungfraujoch |
|
Taman rekreasi berhampiran Interlaken |
|
Arah ke depan menuju ke Interlaken |
|
Kambing Gunung (Ibex) yang menjadi simbol Interlaken |
|
Mengambil gambar pemandangan indah |
|
Menghampiri Interlaken |
|
Schloss Interlaken (Interlaken Castle) |
|
Suasana di Interlaken |
|
Suasana indah di Interlaken |
Part 82: Interlaken
Ini adalah kali pertama Myself dan Husband tiba di Interlaken. Excited juga sewaktu tiba di sini kerana kita selalu mendengar dan membaca tentang Interlaken sebagai sebuah bandar yang perlu dikunjungi kalau melawat ke Switzerland. Lawatan kami ke Switzerland yang pertama 8 tahun dulu tidak sampai Interlaken. Kita saksikan pemandangan yang sempat kami capture dari atas bas sewaktu tiba di Interlaken...
|
Tempat parking bas di tepi Sungai Aare |
Bas kami parking di tepi Sungai Aare (disebut: Ar-rer River). Pemandangan air biru yang mengalir di sungai ini cukup menggamit rasa.
|
Restaurant BBQ Korea bernama Aare di tepi tempat parking bas |
|
Sungai Aare yang mengalir menerusi Interlaken |
|
Husband bergambar dengan Amar di Chili Pizza Restaurant |
|
Bergambar kenangan dengan staff restoran. Beriya dia menyuruh Husband memberi rating 5 star kepada restoran ini dalam Tripadvisor. |
Selepas makan, kami berjalan kembali di Höheweg (disebut macam: Hu-er-weg). Kami bercadang untuk bersantai saja di sana sampai masa yang ditetapkan untuk berkumpul kembali.
Destinasi kami adalah Hohematte Park yang terletak di penghujung Jalan Höheweg. Kita nikmati pemandangan indah bandar Interlaken dalam perjalanan menuju ke sana.
|
Kereta Kuda yang boleh disewa untuk bersiar-siar di pekan Interlaken |
|
Awan dah semakin mendung sekarang... |
HOHEMATTE PARK
Hohematte Park (disebut macam: Hu-er-mat-ter Park) adalah sebuah taman awam yang terletak di penghujung Jalan Höheweg. Pada asalnya ia adalah sebuah tanah seluas 14 hektar milik sebuah convent di Interlaken. Tanah ini telah dibeli oleh sekumpulan 37 orang pemilik hotel dan rakyat persendirian pada tahun 1860 untuk dijadikan sebuah tanah lapang awam.
|
Hohematte Park |
|
Hohematte Park adalah tempat landing pemain paragliding di Interlaken |
|
Satu lagi pemandangan di Hohematte Park |
Disebabkan sekarang musim spring, ada banyak bunga sedang berkembang di sekitar Hohematte Park. Padang rumputnya juga ditumbuhi dengan bunga-bunga liar.
Seronok melihat pemain-pemain paragliding landing di Hohematte Park. Mereka berlepas dari pergunungan di belakang Interlaken dan landing di sini. Pemainnya pula terdiri dari lelaki dan wanita dari berbagai peringkat umur. Kagum melihat ada juga adik kecil yang umur sekolah rendah di kalangan paragliders. Berani sungguh mereka!
|
Bermain paragliding di Interlaken |
Di seberang Hohematte Park ada sebuah hotel mewah yang bernama Victoria Jungfrau Grand Hotel. Menurut sejarahnya ia telah pun berusia 150 tahun.
|
Victoria Jungfrau Grand Hotel |
|
Victoria Jungfrau Grand Hotel ini terletak setentang dengan Hohematte Park |
|
Pintu masuk ke Victoria Jungfrau Grand Hotel |
Orang marhaen macam kami memang tak mampu nak menginap di hotel mewah macam ini. Yang mampu kami buat sebaliknya cuma membeli gelato dari gerai yang terletak di depan hotel.
|
Gerai Gelato Italiano di depan Victoria Jungfrau Grand Hotel |
Disebabkan Gerai Gelato ini adalah milik Victoria Jungfrau Grand Hotel, harga gelato yang dijual pun sedikit grand ~ CHF 1½ (RM 8) satu cup kecil dan CHF 3 (RM 16) untuk cup besar. Pekerja di gerai gelato ini adalah seorang lelaki berbangsa Cina yang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Disebabkan kami tak kenal duit syiling Swiss, kami keluarkan semua syiling yang ada dan meminta staff gelato ini memilih duit yang betul.
Seronok dia melihat kami ada banyak duit syiling begitu sebab dia memang sedang kekurangan change. Jadi dia meminta nak menukar semua duit syiling kami dengan duit note Swiss Franc. Kami menerima cadangannya dengan gembira bak kata pepatah ~ kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Kita pun dah nak balik ke Malaysia malam esok dan duit syiling Swiss Franc memang tak boleh ditukar balik ke Ringgit Malaysia. Win-win situation, bak kata Orang Putih.
|
Staff di gerai gelato |
|
Pelbagai perasa buah-buahan ada... |
|
Cuma yang kacau sedikit adalah semua perasa ditulis dalam Bahasa Jerman |
|
Hasil belian kami ~ 1 cup besar gelato perasa Coconut dan 1 cup kecil gelato perasa Raspberry. Staff di Gerai Gelato kagum kerana kami kenal Coconut. Ramai orang ingat Coconut adalah Cocoa, katanya. Takkan Orang Malaysia tak kenal buah kelapa, kan? |
Selepas dah membeli gelato, kita kembali ke Hohematte Park untuk duduk-duduk makan ais kerim di sana.
|
Kembali ke Hohematte Park
|
|
Makan gelato di Hohematte Park |
|
Bersiar-siar keliling Interlaken dengan kereta kuda |
Sambil makan ais kerim, kita tengok orang main paragliding. Kita memang jenis yang penakut nak main paragliding begitu. Jadi tumpang gembira sajalah melihat keberanian pemain paragliding ini bersama instructor masing-masing.
Tiba masanya, kami kembali berjalan ke tempat yang ditetapkan untuk berkumpul semula. Dari Interlaken, perjalanan kami akan diteruskan menuju ke Blausee.
|
Berjalan meninggalkan Hohematte Park |
|
Menyusuri Jalan Höheweg untuk kembali ke tempat berkumpul |
|
Kenangan terakhir di Interlaken |
|
Bunga-bunga cantik di Höheweg |
|
Tempat berkumpul yang ditetapkan adalah di depan sana |
Bila kami berkumpul semula, ada Pakcik dalam Grup yang bercerita dia terpaksa membayar CHF 70 (RM 360) untuk makan berempat atau CHF 17.50 (RM 90) seorang sewaktu makan di restoran Pakistan di Jungfraustrasse tadi. Pakcik ini selalunya makan makanan pack Kembara yang dibawa dari Malaysia pada waktu lunch, tetapi kali ini disebabkan ada banyak makanan ala-ala citarasa Malaysia, dia memilih untuk makan di restoran. Kami cuma tersenyum mendengar cerita Pakcik. Dia tak tahu yang kami berdua membayar purata RM 125 seorang sewaktu makan di Mount Titlis semalam. Hahaha!!
|
Berjalan menuju ke tempat parking bas |
Bersambung ke Bahagian 34...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.