Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 13 : Italy
VENICE (Gondola)
HARI KEEMPAT (3)
Part 31: Gondola ~ Bacino Orseolo
Disebabkan ramai yang dah tak sabar nak naik Gondola, Amar membawa kami ke perhentian Gondola yang berhampiran di Bacino Orseolo. Ini adalah salah sebuah perhentian Gondola yang terhampir dengan Piazza San Marco.
|
Perhentian Gondola Bacino Orseolo |
|
Hard Rock Cafe berhampiran Perhentian Gondola Bacino Orseolo. Venice juga mempunyai sebuah lagi Hard Rock Cafe berhampiran Rialto Bridge. |
Malangnya disebabkan jam ketika itu menunjukkan pukul 1.40 pm, tak ada Gondola yang bergerak kerana pendayung-pendayung Gondola sedang Lunch Hour. Kami diberitahu perkhidmatan Gondola akan bermula semula pada pukul 2 petang.
|
Gondola yang sedang berehat sebab Lunch Hour |
|
Gondola |
|
Notis mengenai perkhidmatan Gondola |
|
Penumpang yang menunggu nak naik Gondola |
Melihat ramai yang beratur menunggu nak naik Gondola ketika itu, Myself dan Husband melepaskan saja peluang untuk naik Gondola di sini. Kami membuat keputusan untuk terus saja pergi makan tengahari di restoran Halal yang dicadangkan oleh Tour Leader kami Amar.
|
Penumpang-penumpang yang juga menunggu nak naik Gondola |
|
Ponte Tron |
|
Menyeberang Ponte Tron |
San Marco adalah kawasan utama tumpuan pelancong ke Venice. Jadi hampir di mana-mana saja, memang ada perhentian Gondola.
|
Perhentian Gondola kecil |
|
Berjalan menyusuri terusan |
|
Suasana terusan kecil di Venice |
|
Terusan kecil di Venice banyak berkelok-kelok |
|
Gondola di terusan kecil |
|
Mencari restoran Halal |
Part 32: Lunch di SKK Mediterranea Halal
Kami menggunakan Google Map untuk mencari restoran Turki yang dicadangkan oleh Amar. Tapi bukan mudah sebenarnya nak berpandu kepada Google Map ini disebabkan ada banyak lorong-lorong kecil di Venice. Memanjang saja kami tersilap masuk lorong.
|
Dataran Chiesa di San Luca
|
|
Levi's |
|
Bendera di dataran Chiesa San Luca |
Sewaktu berjalan mencari restoran Turki itu, kami tiba di sebuah dataran yang dinamakan sebagai Campo Manin. Ada patung seorang lelaki yang bernama Ludovico Giovanni Manin di sini. Dia adalah pemerintah (Doge) terkahir Venice yang dipaksa meletak jawatan bila Napoleon dari Perancis datang menjajah.
|
Campo Manin |
|
Patung Manin dari belakang
|
|
Pemandangan patung Manin dari hadapan |
|
Ludovico Giovanni Manin yang merupakan Doge terakhir sebelum Venice dijajah oleh France |
|
Lion of Venice di kaki patung Manin |
|
Kedai di Campo Manin |
Terbau makanan yang sedap sewaktu kami lalu di sini. Oleh itu, kami mencari puncanya dan dengan tidak sengaja bertemu dengan sebuah restoran Halal berhampiran yang bernama SKK Mediterranea Halal. Susah juga sebenarnya mencari restoran ini sebab tak ada signboard di luar. Tapi ini adalah sesuatu yang kami perhatikan sewaktu di Venice ~ hampir semua kedai di sini tak ada signboard di luar, cuma pada kedai-kedai dan establishment yang tertentu sahaja. Mungkin ini adalah peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di Venice untuk menjaga authenticity bandar ini. Jadi kalau nak mencari restoran Halal atau kedai-kedai yang tertentu, rajin-rajinlah menjenguk ke dalam tingkap kaca mereka untuk melihat apa yang ada di dalam. Kena jadi macam orang busy body. Hahaha!!
|
Kedai makan SKK Mediterranea Halal yang tidak mempunyai signboard di luar |
|
Pemandangan di dalam kedai makan SKK Mediterranea Halal |
|
Restoran-restoran di Italy banyak begini ~ tak ada tempat duduk untuk makan disediakan. Cuma ada meja-meja untuk meletak makanan saja dan kita kena makan sambil berdiri. |
|
Husband memesan makanan |
Restoran SKK Mediterranea Halal ini cuma ada satu saja meja makan yang ada tempat duduk. Sebaik pelanggan sebelum kami bangun, terus kita cepat-cepat chop tempat duduk itu.
|
Menu |
|
Walaupun makanannya Halal, hampir semua ditulis dalam Bahasa Itali. Nasib baiklah ada Abang Pakistan pekerja di sini yang boleh bercakap English dan explain menu-menu yang disediakan. |
Kami memesan Menu Messicano (Kepak Ayam) dan Menu Shockchicken (Burger Ayam) di sini. Kos makanan tengahari berdua pada hari ini adalah Euro 18 (RM 89). Sesuatu yang common di Italy ialah set makanan mereka selalunya dah termasuk caj minuman ringan. Boleh pilih dan ambil sendiri minuman ringan yang diingini dari dalam fridge restoran. Minuman yang selalu Myself pilih ialah Fanta Oren. Tak tahu mengapa, tetapi rasa air Fanta di Italy memang lebih sedap berbanding air Fanta di Malaysia.
|
Pendayung Gondola |
|
Ponte de la Cortesia di Campo Manin |
|
Memulakan perlayaran |
|
Rio de l'Barcaroli |
Gondola telah wujud di Venice pada kurun ke-11 Masehi. Perkhidmatannya yang pertama di Venice telah direkodkan pada tahun 1094. Adalah dianggarkan terdapat 8,000 - 10,000 gondola yang memberi perkhidmatan di Venice pada kurun ke-17 dan ke-18 dulu. Walau bagaimanapun bilangan ini semakin berkurangan dengan terciptanya bot-bot berenjin.
Gondola di Venice kini hanya digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar di sekitar terusan. Adalah dianggarkan hanya terdapat sekitar 200 gondola sahaja di Venice pada masa kini. Pendayung-pendayung Gondola yang dinamakan Gondolier pula perlu memiliki lesen untuk memberi perkhidmatan. Mereka perlu melalui program latihan selama 400 jam sebelum diberi lesen di samping memiliki kemahiran-kemahiran sampingan yang lain. Dengan regime perlesenan yang ketat, cuma 3-4 lesen baru saja yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Venice pada setiap tahun.
|
Gondola kita yang berselisih dengan gondola lain dan Water Taxi di dalam terusan |
|
Posing happy dalam Gondola |
|
Selfie dengan Pakcik Gondolier |
Pendayung-pendayung Gondola juga memakai uniform T-Shirt yang berbelang merah atau hitam sewaktu bertugas. Jadi Myself nasihatkan kepada semua ~ janganlah memakai baju yang berbelang merah putih atau hitam putih sewaktu melancong ke Venice. Nanti tak pasal-pasal orang ingat yang kita adalah pendayung Gondola. Hahaha!!
|
Bergondola di terusan di Venice |
|
Pemandangan bangunan-bangunan tinggi dari dalam gondola |
|
Memang seronok bila berselisih dengan gondola-gondola lain |
Sebelum datang ke Venice, ada kami terbaca tentang terusan-terusan di Venice yang dikatakan berbau busuk. Namun sewaktu kami di sana, tak adalah pulak bau busuk yang diperkatakan.
Menurut Tour Leader kami yang dah berkali-kali datang ke Venice, ada kalanya air terusan di Venice akan surut teruk. Ketika inilah air-air di terusan ini akan berbau. Bukan sekadar terusan berbau busuk bila air surut, gondola pun tak boleh lalu pada waktu itu.
Musim kering di Venice selalunya berlaku di antara bulan November - Mac setiap tahun. Acqua Alta yang membawa banjir pun selalu berlaku pada masa ini. Oleh yang demikian, kesimpulannya adalah bulan November - Mac (winter) bukanlah waktu yang bagus kalau berhasrat nak melawat ke Venice.
|
Pemandangan sewaktu musim kering di Venice (Gambar dari internet) |
Memang bersyukur kerana pemandangan di Venice amat cantik sewaktu kami tiba di sana. Kata Tour Leader kami lagi, pemandangan di Venice juga ada kalanya amat suram. Air di Venice pun tak cantik pada masa itu.
|
Pemandangan dari dalam gondola |
|
Row, row, row your boat gently down the stream... |
|
Rio Fuseri |
|
Perhiasan pada gondola |
Gondola bukanlah merupakan satu-satunya bot tradisional di Venice, tetapi ia adalah yang paling popular. Seperti juga bot-bot tradisional yang lain di Venice, gondola dibina dari kayu. Dasar gondola rata dan ia mempunyai pendayung yang sangat panjang. Tapi jangan sangka pendayung yang panjang ini digunakan untuk menolak tanah di dasar terusan seperti punting di terusan Cambridge di England yang selalu kita lihat kat TV. Ia memang benar-benar digunakan untuk mendayung kerana terusan di Venice sangat dalam, dasarnya tak mampu dicecah oleh pendayung walaupun sepanjang itu.
|
Ponte de Colonne |
|
Royal Thai Consulate di atas bangunan restoran |
|
Macam bermimpi dapat naik Gondola macam ini... |
Myself perhatikan memang ada skill tertentu yang diperlukan untuk mendayung Gondola. Kalau diperhatikan betul-betul dari atas, binaan Gondola selalu melengkung sedikit ke arah sebelah kanan. Disebabkan bentuk Gondola yang tidak simetri ini, salah satu skill yang kritikal adalah ketika nak membelok gondola masuk ke dalam terusan. Memang satu pengalaman menarik melihat cara pendayung-pendayung menendang dinding bangunan dengan sebelah kaki sambil mendayung untuk membelok tajam masuk ke terusan...
Gondola dibina dengan tangan dari 280 kepingan kayu. Ada 8 jenis kayu yang biasa digunakan dalam pembinaan gondola : oak, fir, cherry, larch, walnut, linden, mahogany dan elm. Setiap jenis kayu mempunyai ciri istimewa tersendiri bila dijadikan gondola. Kepanjangan gondola adalah lazimnya sekitar 11 meter, 1.45 meter lebar dan kedalamannya kurang dari 1 meter. Berat setiap gondola dianggarkan sekitar 600 kg.
|
Rio di San Salvador |
|
Perhatikan kesan lumut pada bangunan ini... Ada ketikanya air di Venice boleh naik setinggi itu. Mahu tak tenggelam seluruh Venice pada ketika itu! |
|
Signboard laluan gondola di terusan |
Ada juga Gondolier yang menyanyi lagu opera sewaktu mendayung gondola. Tapi bayaran gondola ini adalah lebih mahal. Bagi Myself, tak perlulah nak naik gondola menyanyi itu sebab pendayung-pendayung gondola selalu bersembang sesama mereka sambil mendayung dalam Bahasa Itali. Kalau kita dengar Bahasa Itali, bunyinya pun dah macam menyanyi bila ditutur sesama mereka. Pernah sekali Myself dan Husband mendengar seorang ibu Itali memarahi anaknya. Walaupun marah, tak macam bunyi emak-emak bangsa lain marah kat anak. Lebih macam bunyi emak menyanyi lagu rap kat anak.
|
Pelayaran romantik dengan gondola |
|
Rupa bangunan di Venice ini sama saja bila dilihat dari dalam gondola walau di mana-mana. |
|
Deretan gondola |
|
Bila melintas bawah jambatan, selalunya ada saja orang-orang dari atas jambatan yang melambai kat kita yang di dalam gondola |
Sebahagian laluan gondola kami adalah juga melalui Grand Canal. Memang seronok bila pemandangan Grand Canal muncul di depan mata selepas lalu di bawah jambatan.
|
Jambatan demi jambatan dilalui... |
|
Excited bila Grand Canal muncul di depan mata... |
|
Grand Canal |
Gondola kami muncul di Grand Canal berhampiran Rialto Bridge.
|
Stesen Vaporetto Rialto |
|
Pemandangan sewaktu Gondola berlayar di Grand Canal |
|
Vaporetto |
|
Ponte di Rialto (Rialto Bridge) |
|
Bangunan-bangunan berhampiran Rialto Bridge |
Memang terasa sebagai tourists bila kita naik gondola. Ini adalah kerana penduduk sejati Venice amat jarang menggunakan gondola. Gondola hanya digunakan oleh penduduk tempatan sewaktu upacara perkahwinan.
Kalau naik Vaporetto (Water Bus) pun ada perbezaan di antara tourists dengan penduduk tempatan. Tourists akan memilih untuk duduk kalau naik Vaporetto. Penduduk tempatan pula lebih selesa berdiri dalam Vaporetto.
|
Gondola dan Water Taxi |
|
Gondola dan Water Bus (Vaporetto) |
|
Ship, Ahoy! |
Memang seronok sewaktu Gondola berlayar di Grand Canal. Menderu-deru angin yang menyegarkan bertiup bila bot, Water Bus dan Water Taxi lalu di sebelah Gondola. Memang bersyukur juga kerana cuaca amat baik pada hari ini.
Perjalanan di Grand Canal tidak lama. Selepas itu Gondola kembali masuk ke sebuah terusan kecil untuk kembali ke perhentian asal tadi.
|
Membelok masuk ke terusan kecil |
|
Terusan Rio di San Luca |
|
Fondamenta de la Chiesa |
|
Kembali ke terusan Rio de l'Barcaroli |
|
Ponte de San Paternià n (Jambatan San Paternià n) |
|
Tiba di perhentian asal di Campo Manin |
Bersambung ke Bahagian 14...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.