Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 6 : Italy
CINQUE TERRE (La Spezia)
HARI KETIGA (2)
Part 16: La Spezia
Kami tiba di La Spezia pada pukul 10 pagi. Mentari memancar cerah dengan suhu sekitar 21'C.
|
Tiba di La Spezia |
|
La Spezia |
La Spezia terletak di pertengahan jalan di antara Pisa dan Genoa. Ia adalah juga bandar yang kedua terbesar di Wilayah Liguria di Itali, selepas Genoa. La Spezia terkenal sebagai salah sebuah pintu masuk utama ke Cinque Terre.
|
Pemandangan di La Spezia menarik kerana sebahagian bandar ini turut dibina di kaki gunung. |
|
Pusat bandar La Spezia |
|
Pemandangan di La Spezia |
|
McDonald's |
|
Institut Teknikal Nautikal |
Bandar La Spezia terletak di pinggir Laut Mediterranean. Selain menjadi persinggahan keretapi terhampir dengan Cinque Terre, ia juga terkenal sebagai pelabuhan bot untuk mereka yang ingin berkunjung ke sana melalui jalan laut.
|
Pinggiran laut di La Spezia |
|
Taman awam di pinggir laut |
|
Pokok palma |
|
Pelabuhan bot |
|
Bot-bot yang berlabuh untuk membawa penumpang ke Cinque Terre |
|
Gigih mengambil gambar persisiran pantai La Spezia |
Seluruh bandar La Spezia dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang mempunyai senibina yang menarik.
|
Bangunan-bangunan antik di La Spezia |
|
Pemandangan yang romantik |
|
Rumah-rumah kediaman |
Seperti kebanyakan bandar lama yang lain di Italy, La Spezia juga mempunyai tembok kota pertahanan lama. Sebahagian tembok kota ini kini masih digunakan sebagai pangkalan Tentera Laut Italy.
|
Tembok kota pertahanan lama di La Spezia |
|
Sebahagian tembok kota pertahanan ini kini digunakan oleh Tentera Laut Italy |
|
Tembok kota lama |
|
Kota pertahanan lama ini tidak boleh dimasuki oleh orang awam kerana dimiliki oleh Tentera Italy |
Part 17: Naik Tren Ke Cinque Terre
Bas tak dapat menghantar kami sehingga ke Stesen Keretapi La Spezia. Oleh yang demikian kami terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira 500 meter dari tempat parking bas sehingga ke stesen.
|
Bas kami parking di sini |
|
Pemandangan menghala ke bandar La Spezia dari tempat parking bas |
|
Memulakan perjalanan ke Stesen La Spezia |
|
Menuju ke Stesen La Spezia |
|
Pusat bandar La Spezia |
Perjalanan berjalan kaki dari tempat parking bas ke Stesen Keretapi La Spezia agak mencabar kerana stesen ini terletak di atas bukit yang tinggi. Bukitnya pun boleh tahan curam di beberapa laluan. Demi nak sampai ke Cinque Terre, perjalanan yang curam ini tetap kami tempuhi.
|
Sebahagian laluan menuju ke Stesen La Spezia adalah bukit yang agak curam |
|
Akhirnya tiba di Stesen La Spezia yang terletak di atas bukit |
|
Stazione La Spezia Centrale |
|
Tren ini adalah tren 2 tingkat |
|
Pemandangan di dalam tren |
|
Pemandangan sewaktu meninggalkan La Spezia |
Keretapi ini membuat persinggahan di semua perkampungan di Cinque Terre. Manarola adalah stesen persinggahan yang kedua selepas Riomaggiore.
|
Laut Mediterranean |
|
Stesen pertama selepas La Spezia ~ Riomaggiore |
|
Manarola terletak di sebalik tebing tinggi di sana |
Cinque Terre terletak di sebalik tebing-tebing gunung batu yang tinggi di pinggir Laut Mediterranean. Walaupun perjalanan ke sana singkat sahaja selama 10 minit, keretapi kami melalui beberapa buah terowong. Kami tiba di Stesen Manarola pada pukul 11.35 pagi. Sewaktu turun dari tren, kami disapa oleh 3 orang pelancong wanita muda berketurunan Cina dari Malaysia yang membawa beg besar dan sedang menunggu tren. Mereka dah melawat Manarola dan ingin pulang ke La Spezia.
|
Tiba di Manarola |
|
Manarola, Cinque Terre |
|
Laut Mediterranean yang membiru di Manarola |
|
Feri yang membawa pelancong ke Cinque Terre |
|
Terowong ke bandar Manarola |
|
Masuk ke dalam terowong |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.