Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 7 : Italy
CINQUE TERRE (Manarola)
HARI KETIGA (3)
Part 16: Manarola
Setibanya di Stesen Keretapi, kami berjalan masuk ke sebuah terowong untuk menuju ke bandar Manarola.
|
Pemandangan di dalam terowong |
Pemandangan pertama bandar Manarola terhampar indah sebaik kita keluar dari terowong. Oleh kerana kami tiba di awal Peak Season, kelihatan agak ramai pengunjung di bandar kecil ini.
|
Pemandangan pertama bandar Manarola selepas keluar dari terowong |
|
Warna-warna pastel yang dicat pada bangunan menambahkan keindahan bandar Manarola |
Manarola juga terkenal dengan penghasilan wain yang dinamakan Sciacchetrà . Oleh yang demikian, kampung ini turut dikelilingi ladang-ladang anggur di lereng bukit sekitarnya. Apa yang sangat mengkagumkan ialah betapa curamnya teres-teres ladang anggur ini. Tak gayatkah orang yang bekerja menanam dan memetik anggur di situ?
|
Ladang anggur yang mengelilingi Manarola |
|
Perhatikan betapa curamnya ladang ini yang hampir tegak |
|
Ada laluan yang disediakan di teres-teres ladang anggur ini untuk mereka yang ingin menikmati keindahan Manarola dari puncak bukit di ladang |
|
Tangga turun menuju ke Marina |
|
Kedai di tepi tangga |
Kita terus menyusuri jalan menuruni bukit menuju ke Marina...
Sesuatu yang agak mencabar sewaktu berjalan di Manarola adalah ada ramai orang yang membawa anjing mereka bersiar-siar bersama di sini. Macam-macam saiz anjing ada... dari saiz yang comel sebesar kucing sampailah ke saiz yang sebesar anak kambing. Sesetengah laluan pulak agak sempit, memang mencabar untuk mengelak dari bersentuhan dengan anjing tanpa causing a scene, kata Orang Putih.
|
Membawa anjing bersiar-siar |
|
Lorong menuju ke Marina ini banyak dibarisi kedai-kedai makan |
|
Dah nampak laut kat depan sana |
|
Ligurian Sea yang merupakan sebahagian dari Laut Mediterranean |
Cuaca yang baik pada hari itu menambahkan lagi keindahan laut di Manarola. Kata Tour Leader kami Amar yang dah berkali-kali datang ke sini, laut di sini tak selalu cantik. Semuanya bergantung kepada cuaca. Ada kalanya laut di sini kelihatan suram terutama bila cuaca suram. Kami bernasib baik kerana cuaca sangat menyebelahi sewaktu berada di sini.
|
Marina di Manarola |
Marina ini bukan sahaja menjadi tempat pelabuhan bot, ramai juga orang yang berkelah dan bermandi-manda di sini. Dari pengalaman kami melawat ke negara-negara Eropah di sebelah sini, mereka tak banyak memiliki pantai-pantai berpasir panjang seperti di Malaysia. Oleh yang demikian, kawasan-kawasan berbatu landai begini memang menjadi tempat untuk bermandi-manda di laut dan digelar sebagai 'beach'. Sambil menikmati keindahan pemandangan Laut Ligurian ini, kita nikmati juga pemandangan indah bandar Manarola dari Marina ini...
|
Pandangan bandar Manarola dari tepi Marina |
Part 17: Sentierro AzurroBandar-bandar di Cinque Terre termasuk Manarola terkenal dengan laluan pejalan kaki persisir pantai mereka yang menyusuri tebing-tebing batu yang tinggi. Di Manarola, kami turut mengambil kesempatan berjalan di sebuah laluan yang dinamakan Sentierro Azurro (Blue Path).
|
Permulaan Sentierro Azurro di Manarola |
|
Pemandangan menghala ke Manarola dari permulaan Sentierro Azurro |
|
Bandar Manarola yang dibina bertingkat-tingkat |
|
Mengambil gambar laut |
|
Bot penumpang yang membuat persinggahan di Manarola |
|
Air laut yang cantik dan jernih |
|
Pemandangan Marina dari Sentierro Azurro |
|
Pemandangan bandar Manarola yang sering diabadikan dalam poster-poster pelancongan Cinque Terre
|
|
Mengabadi kenangan di Manarola |
Keindahan di laluan Sentierro Azurro ini memikat ramai pengunjung sehingga ramai yang berwasiat supaya abu mayat mereka ditabur di laut di sini setelah meninggal dunia. Kerana itulah juga kita dapat melihat banyak plak-plak peringatan yang dipasang pada tebing-tebing bukit oleh ahli keluarga orang yang berwasiat.
|
Sentierro Azurro |
|
Plak peringatan yang dipasang pada tebing batu di Sentierro Azurro |
|
Menurut kenyataan yang tertulis pada plak ini, Dario Rollandi amat sukakan pemandangan laut di sini sehingga meminta supaya abu mayatnya disemadikan di sana. |
|
Kaktus dan tanaman-tanaman lain di pinggir tebing |
Selepas bertemu dengan satu port yang bagus, kami duduk untuk menikmati bekalan makanan tengahari yang dibawa bersama. Bekalan ini kami beli dari sebuah restoran Halal di Pisa semalam. Walau disimpan semalaman dalam fridge di hotel, rasanya masih sedap dan segar.
|
Port untuk lunch kami |
|
Bekalan lunch yang dibeli khas dari Pisa. Nampak menyelerakan sehingga ramai yang mengucapkan Bon Apetit (Selamat Menjamu Selera) kepada kami di sini... Hehehe!! |
|
Pemandangan bandar Manarola sambil menikmati lunch |
|
Bot yang berlabuh di Marina |
|
Macam bot nelayan... |
Pemandangan indah bandar Manarola menyebabkan kita tak jemu-jemu memandang untuk mengabadikan keindahan. Lebih-lebih lagi kerana kita tahu mungkin sekali ini sajalah kita dapat berkunjung ke sini seumur hidup...
|
Ada banyak tanaman begini di sepanjang Sentierro Azurro |
|
Sebuah lagi plak peringatan yang diabadikan di Sentierro Azurro |
|
Kenangan di Sentierro Azurro |
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.