Sunday, 4 June 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 11 (Grand Canal)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]

Bahagian 11: Italy
VENICE (Grand Canal)

HARI KEEMPAT (2)

Part 26: Grand Canal 

Perjalanan kami dengan Vaporetto dari Tronchetto adalah menyusuri Venice Grand Canal sehingga ke San Marco yang terletak di penghujung terusan. Kalau dilihat dalam peta, Grand Canal adalah terusan utama yang membelah bandar Venice seperti bentuk huruf 'S' yang terbalik.

Peta Grand Canal di Venice yang bermula dari Tronchetto sehingga San Marco
Memang excited bila Vaporetto membelok masuk ke Grand Canal yang sebenar. Pemandangan bangunan-bangunan yang selalu kita lihat dalam gambar Venice benar-benar muncul di depan mata kita.
 
Gereja San Simeon Piccolo yang berkubah hijau ini adalah pemandangan yang pertama kita lihat sebaik masuk ke Grand Canal dari Tronchetto.
Myself akui, Venice (disebut Venezia dalam Bahasa Itali) memang sebuah destinasi yang menarik di Italy. Kota ini dikatakan telah wujud semenjak di zaman Rom Purba lagi. Penduduk asalnya bekerja sebagai pelombong garam dan nelayan. Bila penduduk bertambah, penempatan juga berkembang sehingga ke arah laut menjadi Venice yang kita kenali kini.

Grand Canal
Venice dijajah Byzantine Empire sehingga tahun 727M bila penduduk Venice melantik pemerintah mereka (digelar Doge) yang pertama, Orso Ipato. Venice terus makmur sebagai sebuah pusat perdagangan di Zaman Pertengahan (Middle Ages). Pada tahun 1204, Venice menyertai ekspedisi Tentera Salib (Crusades) ke Timur Tengah dan berjaya menawan Constantinople (Istanbul). Dengan kejayaan ini, harta rampasan perang yang sangat bernilai dibawa pulang ke Venice sehingga menjadikannya sebuah kota yang kaya-raya dan seterusnya pusat perdagangan utama di Eropah.

Malangnya kemakmuran Venice hanya bertahan sehingga ke kurun 15 Masehi bila ia kehilangan status sebagai sebuah pusat perdagangan antarabangsa. Venetian Republic ditawan oleh Napoleon Bonaparte pada tahun 1797 dan dijadikan sebahagian dari Austria. Ia akhirnya menjadi sebahagian Kingdom of Italy pada tahun 1866 selepas Perang Kemerdekaan Italy Ketiga. Bangunan-bangunan bersejarah di Venice dapat dilihat sehingga sekarang kerana kota ini umumnya terselamat dari kemusnahan dalam Perang Dunia Kedua.

Bangunan di tebing Grand Canal
Antara bangunan pertama yang dapat kita lihat juga sewaktu masuk ke Grand Canal ini adalah Venezia Santa Lucia Railway Station yang merupakan salah sebuah stesen keretapi yang terbesar di Italy. Stesen yang dibina pada tahun 1954 ini adalah juga salah sebuah pintu masuk utama pengunjung ke Venice.

Venezia Santa Lucia Railway Station
Water Taxi yang lalu di depan Venezia Santa Lucia Railway Station
Ferrovia adalah Stesen Vaporetto yang terdekat dengan Stesen Keretapi Santa Lucia
Venice dibina dengan cara menanam cerucuk kayu jauh ke dalam tanah liat di kawasan lagun yang berpaya. Bekalan kayu cerucuk ini dibawa ke Venice dari Croatia, Slovenia dan Montenegro. Platform-platform kayu seterusnya dibina di atas cerucuk-cerucuk ini dan dibina pula bangunan di atasnya. Kaedah pembinaan ini menjadikan Venice sebagai sebuah bandar yang benar-benar terapung. Kayu ini tidak mereput kerana ia terendam di dalam air dan tidak terdedah kepada oksigen. Air laut yang merendamnya juga mengeraskan kayu sehingga menjadi seperti batu. Walaupun dibina sebagai sebuah kota yang terapung, Venice kini semakin tenggelam disebabkan kenaikan aras air laut penangan dari climate change.

Ponte degli Scalzi
Pemandangan menarik yang dilihat seterusnya adalah jambatan yang dinamakan Ponte degli Scalzi (Bridge of the Barefoot). Ia dinamakan sedemikian kerana di penghujung jambatan ini adalah sebuah gereja yang dinamakan Santa Maria di Nazareth (Chiesa di Santa Maria di Nazareth) yang dihuni oleh Christian Monks dari aliran Carmelite Friars. Mereka tidak memakai kasut dan berjalan berkaki ayam. Scalzi adalah perkataan Itali yang bermaksud barefoot (berkaki ayam).

Santa Maria di Nazareth Church
Gereja Santa Maria di Nazareth ini adalah antara bangunan yang tercantik di Venice. Facade bangunan ini dihiasi dengan tiang dan patung-patung. Ia juga menjadi tempat persemadian mayat Ludovico Manin yang merupakan Doge of Venice (pemerintah Venice) yang terakhir.

Lalu di bawah Ponte degli Scalzi
NH Hotel & Palazzo Calbo Crotta
Venice adalah sebuah bandar yang penuh dengan terusan yang digunakan sejak sekian lama bagi tujuan pengangkutan dan pertahanan. Malah kini tak ada langsung kenderaan darat yang dibenarkan di Venice.

Terusan-terusan di Venice berbeza kedalaman. Kebanyakannya mempunyai kedalaman 1.5 - 2 meter. Terusan terbesar yang dinamakan Grand Canal pula mempunyai kedalaman air 5 meter. Walau bagaimana anda tergoda sekali pun, jangan cuba-cuba nak berenang dalam mana-mana terusan di Venice kerana ada undang-undang yang melarang kita dari berbuat begitu.

Bangunan-bangunan di pinggir Grand Canal
Hotel Continental
Bangunan-bangunan yang membarisi Grand Canal pada asalnya dimiliki oleh keluarga-keluarga pedagang Venice yang kaya-raya. Malah adalah dikatakan penduduk Venice adalah penduduk yang paling kaya di Eropah pada ketika itu. Keluarga-keluarga kaya ini berusaha menandingi kediaman satu sama lain sehingga menjadikan bangunan-bangunan yang hebat ini sebagai tarikan unik di kota Venice.

Kota Venice terdiri dari lebih 120 buah pulau bersaiz kecil yang dihubungkan dengan jambatan di antara satu sama lain. Setiap pulau pula memiliki bangunan gereja masing-masing. Disebabkan kesemua pulau ini penuh dengan bangunan dan bersambung-sambung dengan jambatan, ia menjadikan pemandangan di Venice seolah-olah bagaikan penuh dengan gereja.

Salah sebuah gereja yang menarik perhatian di tepi Grand Canal adalah San Geremia Church. Di dalam gereja ini bersemadi mayat St Lucia yang merupakan seorang wanita yang cantik semasa hidupnya. Disebabkan St Lucia telah bersumpah untuk mengabdi diri kepada Jesus Christ dan enggan berkahwin dengan seorang lelaki kaya, dia telah mengorek keluar biji matanya sendiri supaya lelaki kaya tersebut tidak lagi berminat kepadanya. Tindakan ini menyebabkan St Lucia dihukum bunuh dengan cara dikelar lehernya.

St Lucia telah diangkat oleh Gereja Roman Katholik sebagai patron saint bagi orang buta. Pada asalnya, mayat St Lucia disimpan di Gereja San Geremia dalam keadaan bola matanya berlubang. Ia kini telah dipakaikan dengan topeng perak sewaktu Pope John XXIII datang melawat pada tahun 1960-an untuk mengelakkan wajahnya menakutkan orang yang datang berziarah.

San Geremia Church
Mayat St Lucia yang disemadikan dengan memakai topeng muka perak disimpan di dalam gereja ini.
Ponte delle Guglie (Bridge of Spires)
Kawasan ini dinamakan sebagai Cannaregio
 Gritti Palace yang kini dijadikan sebuah hotel mewah
Stesen Vaporetto San Marcuola
Chiesa di San Marcuola (Church of San Marcuola)
Bot berlabuh di depan Gereja San Marcuola
Stesen San Marcuola Casino
Casino di Venezia
Venice adalah juga lokasi kasino perjudian yang tertua di dunia. Venice Casino (Casinò di Venezia) yang terletak di dalam bangunan Palazzo Vendramin Calergi dibuka pada tahun 1638. Ia masih beroperasi sehingga sekarang.

Palazzo Vendramin Calergi
Venice Casino (Casinò di Venezia) terletak di dalam bangunan ini
Bangunan berhampiran Casinò di Venezia
Terusan kecil berhampiran Grand Canal
Venice terkenal sebagai kota perdagangan di masa lampau. Ada rekod yang mengatakan sewaktu Venice menjadi pusat perdagangan utama di Eropah, Melaka pula menjadi pusat perdagangan utama di Asia. Namun disebabkan teknologi perkapalan yang tidak maju pada zaman dulu, kota-kota di Asia Barat seperti Constantinople menjadi pelabuhan perantara bagi barang-barang dagangan dari timur dan barat. Dengan kapal-kapal yang dimiliki pada masa itu, pedagang-pedagang Venice hanya mampu berlayar sehingga ke Asia Barat. Bila mereka kembali, mereka mengambil ilham dari bangunan-bangunan cantik yang dilihat di Asia Barat dan membina bangunan-bangunan kediaman mereka sendiri di Venice.

Berbagai jenis senibina dapat dilihat pada bangunan-bangunan di Venice
Ada di antara bangunan ini yang berbentuk Gothic dan Byzantine
Terusan Rio di Noale
La Felice Canal Grande Appartamento
Terusan Rio di San Falice
Palazzo Fontana Rezzonico
Pandangan Palazzo Fontana Rezzonico dari hadapan
Palazzo Grimani di San Luca & Ca’ d’Oro
Patung di pintu masuk ke Palazzo Grimani di San Luca 
Ca’ d’Oro
Ca’ d’Oro (House of Gold) adalah antara bangunan yang paling terkenal di Venice. Bangunan yang dibina pada kurun ke-15 ini adalah antara bangunan Gothic yang tercantik di kota ini. Pada satu ketika dulu, rumah ini turut dihias dengan kepingan-kepingan daun emas. Kerana itulah ia dinamakan sebagai Ca’ d’Oro (House of Gold). Bangunan ini kini telah ditukar fungsi menjadi sebuah muzium.

Stesen Vaporetto Ca' d' Oro
Ca' Sagredo Hotel
Bermula dari sekarang, kelibat Gondola yang terkenal di Venice mula muncul dalam pandangan. Memang excited kita melihatnya kerana benar-benar terasa yang kita kini sedang berada di kota Venice.

Gondola dah mula muncul dalam pandangan
Vaporetto
Kebanyakan Gondola di Venice beroperasi dari terusan-terusan yang lebih kecil di bahagian dalam kota. Namun laluannya akan turut melalui sebahagian kecil Grand Canal untuk memberi thrill kepada penumpang.

Kehadiran Gondola ini juga menandakan yang kita dah sampai ke jambatan paling terkenal di Venice yang bernama Ponte di Rialto (Rialto Bridge). Rialto Bridge adalah juga jambatan yang tertua di Venice. Ia pada asalnya dibina sebagai sebuah pontoon terapung pada tahun 1181. Bila trafik bertambah, ia telah digantikan dengan sebuah jambatan kayu.

Selepas runtuh sebanyak dua kali, jambatan ini dibina semula menggunakan batu dan siap pada tahun 1591. Ramai arkitek terkemuka termasuk Michelangelo mengemukakan rekabentuk masing-masing untuk pembinaan jambatan baru ini. Namun rekaan Antonio da Ponte yang telah diterima. Jambatan ini kini masih menjadi antara landmark terkemuka di kota Venice.

Pemandangan Ponte di Rialto dari dalam Vaporetto
Lalu di bawah jambatan
Pemandangan di sebalik jambatan
Palazzo Bembo
Perhentian Water Taxi di Rialto
Meninggalkan Ponte di Rialto
Perjalanan dengan Vaporetto (Water Bus) diteruskan menuju ke San Marco. Kita masih dihidangkan dengan pemandangan bangunan-bangunan yang cantik di sepanjang Grand Canal. Pemandangan juga menjadi semakin menarik bila kita mengetahui kisah dan sejarah di sebalik semua bangunan yang kita lihat...

Palazzo Bembo yang kini digunakan sebagai Hotel Rialto
Pemandangan di kawasan berhampiran Rialto Bridge
Palazzo Corner della Ca' Granda yang digunakan sebagai pusat pentadbiran Province of Venice
Terusan Rio di San Maurizio
Satu lagi pemandangan di Terusan Rio di San Maurizio
Palazzo Corner Contarini dei Cavalli
Casa Marinoni & Casa De Spirit 
Ca' Michiel (bangunan putih) & Curti Valmarana (bangunan kuning)
Hotel Sina Palazzo Sant'Angelo
Terusan Rio Di Ca' Garzoni di sebelah Hotel Sina Palazzo Sant'Angelo
Gondola
Gondola yang baru memulakan perjalanan
Pendayung Gondola yang memakai baju belang-belang
Semakin menghampiri San Marco, pemandangan Venice semakin menakjubkan.

Masih menuju ke San Marco
Menara yang tinggi di seberang sana adalah menara loceng San Bartolomeo di Rialto Church
Membelok menuju ke San Marco
Sebuah lagi bangunan lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah hotel
Gondola
Palazzo Moro Lin
Chiesa di San Polo (St Paul's Church)
Menara St Paul's Church
Pintu masuk ke St Paul's Church
Tidak jauh dari St Paul's Church kita dapat melihat Palazzo Malipiero yang pernah dihuni oleh kasanova sebenar ~ Giacomo Casanova. Lelaki Casanova ini memang berasal dari Venice.

Palazzo Malipiero yang pernah dihuni oleh Giacomo Casanova
Dari sini, perjalanan kita masih diteruskan menuju ke San Marco.

Sebuah lagi rumah cantik di tepi Grand Canal ini ialah Palazzo Falier yang pernah menjadi kediaman Marino Falier, seorang Doge (pemerintah) Venice pada masa dahulu. Marino Falier walau bagaimanapun telah dihukum bunuh kerana melancarkan satu rampasan kuasa.

Disebabkan Falier telah dihukum bunuh, potret beliau sebagai Doge telah diturunkan dari Sala del Maggior Consiglio (Hall of the Great Council) di dalam Doge's Palace. Kami tak berkesempatan melawat Doge's Palace sewaktu di Venice. Kalau kita melawat ke sana, kita boleh melihat lokasi potret Falier yang diwarnakan dengan cat hitam. Pada lokasi ini juga tertera tulisan dalam Bahasa Latin: Hic est locus Marini Faletro decapitati pro criminibus ("This is the space reserved for Marino Faliero, beheaded for his crimes").

Palazzo Falier
Palazzo Giustinian Lolin
Palazzo Civran Badoer Barozzi adalah kediaman keluarga aristokrat Venice yang bernama Barozzi. Ahli keluarga Barozzi ramai yang menjadi pelayar, ahli agama dan orang-orang terpelajar. Mereka juga mempunyai harta di Santorini dan Thirassia dan memegang jawatan penting ketenteraan di pulau Crete. Keluarga Barozzi turut dikatakan terlibat dalam konspirasi Doge of Venice pada tahun 1310.

Palazzo Civran Badoer Barozzi
Chiesa di Santa Maria della Carità
Ada 4 buah jambatan yang dibina merentas Grand Canal. Jambatan keempat dan terletak paling hujung di Venice adalah Ponte dell'Accademia yang menyambungkan daerah Dorsoduro dan San Marco. Jambatan ini terkenal sebagai lokasi untuk melihat matahari terbenam di Venice. Malangnya kami tak stay cukup lama di Venice untuk melihat matahari terbenam itu.

Ponte dell'Accademia
Pemandangan Basilica di Santa Maria della Salute di sebalik Ponte dell'Accademia
Pemandangan berhampiran Ponte dell'Accademia
Vaporetto kami tiba di penghujung Grand Canal. Kawasan ini ditandakan dengan sebuah gereja besar yang bernama Basilica di Santa Maria della Salute. Gereja ini dibina bagi menghormati Virgin Mary of Good Health setelah Venice terselamat dari wabak penyakit yang melanda pada tahun 1630. 

Pada tahun 1600-an dulu memang ada wabak penyakit Black Plague yang melanda Eropah. Sewaktu melawat ke Eastern Europe dulu, kami juga pernah melihat beberapa tugu dan gereja yang diabadikan sebagai tanda kesyukuran setelah terselamat dari wabak penyakit. Mungkin kesan penyakit ini ketika itu sama seperti kesan wabak Covid-19 yang melanda kita sekarang.

Basilica di Santa Maria della Salute
Pandangan lebih dekat Basilica di Santa Maria della Salute
Bumbung Basilica di Santa Maria della Salute
Punta della Dogana adalah bangunan kastam yang terletak di penghujung Venice, berhampiran Basilica di Santa Maria della Salute

Dari sini, Vaporetto berpusing menghala ke San Marco.

Vaporetto berpusing ke San Marco di sini
Bangunan-bangunan di San Marco
Lagi pemandangan di San Marco
Sewaktu Vaporetto menghampiri Stesen San Marco, kita dapat melihat sebuah bangunan yang dinamakan Palazzo Corner della Ca' Granda yang kini digunakan sebagai pusat pentadbiran Province of Venice.

Palazzo Corner della Ca' Granda
Palazzo Corner della Ca' Granda kini digunakan sebagai pusat pentadbiran Province of Venice
Perhentian gondola Santa Maria del Giglio
Gondola
Kesibukan di Grand Canal
Gondola di pinggir Grand Canal
Venice terbahagi kepada 6 daerah: Cannaregio, San Polo, Santa Croce, Dorsoduro, San Marco and Castello. Sejak 1000 tahun dulu, daerah yang terpenting dan paling popular adalah San Marco di mana terletaknya tarikan utama Venice ~ Gereja San Marco.

Pemandangan luar biasa di Venice ~ kren moden di tengah-tengah bangunan antik
Tengah angkat jamban rupanya, hahaha!!
Hati semakin berbunga bila terpandang menara Campanile yang sering kita lihat dalam gambar-gambar kota Venice sebelum ini.

Pemandangan daerah San Marco di Venice dari Grand Canal
Campanile
Pandangan lebih dekat Menara Campanile di San Marco
Perjalanan dengan Vaporetto dari Tronchetto menuju ke San Marco mengambil masa kira-kira sejam. Namun dengan excitement dan keindahan yang disajikan di sepanjang Grand Canal, tak terasa pun yang perjalanan ini memakan masa sejam.

Tiba di San Marco
Ambil gambar bilik pemandu sambil berjalan keluar dari Vaporetto
Macam tak sabar nak mula exploring...
Turun di San Marco


Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


No comments: