Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 32: Switzerland
LAUTERBRUNNEN
HARI KELAPAN (2)
Part 80: Lauterbrunnen
Lauterbrunnen adalah sebuah bandar kecil yang terletak di kawasan Jungfrau di pergunungan Bernese Oberland. Ia terkenal dengan keindahan pergunungan, sungai yang jernih, pemandangan air terjun dan bunga-bunga liar yang tumbuh di musim panas.
|
Lauterbrunnen |
|
Tempat bas kami parking di Lauterbrunnen |
|
Pemandangan menghala ke pekan Lauterbrunnen |
|
Gereja Lauterbrunnen |
Disebabkan ia dikelilingi pergunungan tinggi, suhu di Lauterbrunnen ketika itu agak dingin ~ 14'C.
|
Perkampungan di kaki gunung di Lauterbrunnen |
|
Close-up pemandangan perkampungan di kaki gunung di Lauterbrunnen |
Tarikan utama pengunjung ke Lauterbrunnen adalah sebuah air terjun tinggi yang dinamakan Staubbach Falls (disebut: Stabbak Falls). Dengan ketinggian 297 meter, ia adalah air terjun free-fall yang tertinggi di Eropah.
|
Staubbach Falls |
Sebelum kita berjalan menuju ke Staubbach Falls, kita nikmati dulu pemandangan indah sekitar bandar Lauterbrunnen.
|
Kita sedang berada di sini... |
Selepas itu barulah kita berjalan menuju ke Staubbach Falls.
|
Laluan menuju ke Staubbach Falls |
|
Pengunjung-pengunjung ke Staubbach Falls |
|
Tiba di Observation Area Staubbach Falls |
|
Pemandangan di Observation Area di Staubbach Falls |
|
Suasana di Observation Area |
|
Posing-posing di depan Staubbach Falls |
|
Kita juga nak mengabadi kenangan dengan Staubbach Falls |
|
Pancutan air di Observation Area |
|
Plak pada pancutan air yang berbunyi: "100 years of water supply, Lauterbrunnen 2007" |
|
'Lauterbrunnen' bermaksud Lauter Fountain |
Kalau di air terjun lain ~ seperti di Pliva Falls di Bosnia-Herzegovina yang kita lawati baru-baru ini ~ dari jauh lagi mesti kita dah kebasahan terkena percikan air terjun, tetapi tidak di Staubbach Falls. Ini adalah kerana disebabkan ketinggiannya, sebahagian besar percikan airnya terlebih dulu ditiup angin sebelum sampai ke tanah. Hanya percikan-percikan kecil saja yang sampai ke tanah. Kerana itulah ia tidak membasahkan pengunjung. Faktor ini jugalah yang memberikan nama kepada Staubbach Falls yang bermaksud Dust Creek Falls.
|
Staubbach Fall |
|
Percikan air halus yang sampai ke bawah menyebabkan kita tidak kebasahan dari kawasan sedekat ini dengan air terjun. |
|
Lembah Jungfrau |
Kami bertuah datang ke Lauterbrunnen dalam musim bunga kerana airnya paling banyak mengalir pada masa ini. Maklumlah glacier sedang mencair di atas gunung sana, kerana itulah ada banyak air yang mengalir.
|
Puncak Staubbach Falls |
|
Mengalir deras dari glacier yang mencair di atas gunung |
|
Aliran air di pertengahan air terjun |
|
Tiba di bawah |
Pengunjung boleh pergi dekat-dekat dengan kaki Staubbach Fall sebenarnya, tetapi kami tak pergi ke sana. Cukuplah dengan melihat pemandangan Staubbach Fall ini dari sini. Pemandangan di sini juga dah memang menakjubkan bagi kami.
|
Pemandangan Staubbach Fall yang menakjubkan |
Ada sebuah lagi legenda yang dikaitkan dengan pergunungan di sekitar Lauterbrunnen. Menurut kisahnya, pada suatu masa dahulu ada sebuah keluarga gergasi 3 beranak yang tinggal di perkampungan Wengen yang berhampiran. Pada suatu hari, seorang lelaki tua yang berpakaian buruk datang ke rumah gergasi ini dan meminta secawan susu. Keluarga gergasi enggan memberikan susu kepada orang tua tersebut. Malah, mereka turut mencemuh mengatakan yang orang tua itu hanya layak meminum air biasa dan tidak layak meminum susu.
Apa yang tidak mereka tahu ialah orang tua tersebut adalah sebenarnya penunggu gunung. Secara tiba-tiba, kesemua gergasi ini menjadi semakin besar sehingga menjadi batu dan ais padu. Menurut kisahnya begitulah cara bagaimana bapa gergasi menjadi Gunung Eiger (Ogre), anak lelakinya menjadi Gunung Mönch (monk) dan anak perempuannya menjadi Gunung Jungfrau (maiden atau virgin).
|
Suasana pergunungan diperhatikan dari Staubbach Fall |
Pergunungan di sekitar Lauterbrunnen ini dinamakan Lauterbrunnen Wall. Ketinggiannya melebihi 1,000 meter.
|
Pergunungan tinggi di belakang sana digelar sebagai Lauterbrunnen Wall |
|
Berjalan ke hujung kampung |
|
Lorong menuju ke hujung kampung
|
|
Jalan-jalan menikmati keindahan |
|
Dua air terjun yang dilihat di sebelah kanan adalah Buchenbach Falls dan Mürrenbach Falls. |
|
Buchenbach Falls (kiri) dan Mürrenbach Falls (kanan) |
Di kaki gunung berhampiran Mürrenbach Falls, kami dapat melihat lembu-lembu yang sedang meragut rumput. Namun demikian, lembu-lembu ini tidak boleh didekati kerana terdapat pagar penghalang.
|
Mürrenbach Falls |
|
Lembu meragut rumput di kaki Mürrenbach Falls |
|
Berehat di kaki air terjun |
Seronok melihat lembu di sini. Walau bagaimanapun, sedikit kecewa kerana lembu-lembu ini tidak memakai loceng lembu Swiss yang terkenal itu.
Mürrenbach Falls adalah salah sebuah dari 10 air terjun yang tertinggi di Switzerland. Seperti Staubbach Falls di sebelahnya, ia adalah juga sebuah air terjun free-fall namun ketinggiannya hanya 250 meter.
|
Kemuncak Mürrenbach Falls |
|
Pertengahan Mürrenbach Falls |
|
Kaki Mürrenbach Falls |
|
Lembu yang cantik berhampiran air terjun yang cantik |
|
Pemandangan yang damai dan tenang |
Bila dah masa untuk berkumpul kembali, Myself dan Husband berjalan berpatah balik ke arah pekan Lauterbrunnen. Terpandang pulak ada biri-biri tengah meragut rumput. Excited bila melihat biri-biri ini memakai loceng di leher mereka.
|
Pusing ke belakang sekejap sebab nak ambil gambar... |
|
One last look... |
Satu pengalaman lagi yang mengujakan bagi kami adalah melihat bunga Tulip yang sedang berkembang. Tak sangka boleh melihat bunga Tulip kat sini... Negara Eropah yang sebenarnya terkenal dengan bunga Tulip adalah Netherlands, namun kami tidak berpeluang melihatnya sewaktu berkunjung ke sana dulu kerana kami tiba sewaktu musim winter.
|
Gryffenbach Falls |
|
Bunga Tulip yang mekar berkembang |
|
Pandangan lebih dekat bunga Tulip |
|
Bunga, chalet dan air terjun |
|
Berkembang mekar di Switzerland |
|
Cantik |
|
Kenangan di Lauterbrunnen |
Di Lauterbrunnen juga ada banyak rumah tradisional Swiss yang dinamakan chalet. Sebahagiannya masih menjadi rumah kediaman dan sebahagian lagi telah ditukar menjadi hotel penginapan.
|
Rumah tradisional Swiss |
|
Perhiasan dekat tingkap rumah |
|
Easter Bunny |
|
Easter Egg |
Kita tengok pula rumah tradisional yang lain di sebelahnya...
Kemudian kita alihkan pandangan ke perkampungan di pergunungan seberang sana. Perkampungan ini bernama Witimatte.
|
Perkampungan Witimatte di seberang bandar Lauterbrunnen |
|
Pandangan lebih dekat perkampungan Witimatte |
|
Perhiasan loceng lembu pada bangunan |
|
Goodbye, Lauterbrunnen |
Bersambung ke Bahagian 33...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.