Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[NORTHERN ITALY: Milan, Pisa, Cinque Terre, Venice & Lake Como]
Bahagian 18 : Italy
MILAN (Galleria Vittorio Emanuele)
HARI KELIMA (4)
Part 43: Keluar Dari Milan Cathedral
Kami keluar dari Milan Cathedral dari sebuah pintu di bahagian tepi bangunan. Ia adalah juga satu-satunya pintu yang boleh dikatakan terletak di bahagian belakang gereja. Satu masa dahulu, ada beberapa buah pintu dibina di bahagian belakang Milan Cathedral. Namun bila Archbishop of Milan yang bernama San Carlo Borromeo mendapati ramai penduduk Milan masuk ke gereja sekadar ingin menumpang lalu ke sebelah sana kota dan bukan untuk tujuan beribadat, dia mengarahkan semua pintu di bahagian belakang gereja ini ditutup.
|
Milan Cathedral |
|
Pemandangan dari luar pintu keluar Milan Cathedral |
|
Berjalan mengelilingi Milan Cathedral |
Destinasi kami selepas melawat Milan Cathedral adalah Galleria Vittorio Emanuele yang terletak berdekatan. Untuk menuju ke pintu masuk Galleria Vittorio Emanuele ini, kita terpaksa berjalan mengelilingi sebahagian bangunan gereja yang besar ini.
|
Berjalan mengelilingi sebahagian Milan Cathedral |
|
Sambil berjalan kita cuci-cuci mata melihat pelbagai patung yang dipasang pada dinding bangunan |
Sambil berjalan, kita lihat-lihat sebahagian ukiran patung yang dipasang pada luar bangunan gereja ini. Sebahagian patung ini diukir untuk hiasan manakala sebahagiannya pula yang dinamakan gargoyle dibina sebagai saluran air hujan. Gargoyle pada gereja-gereja besar di Eropah seperti Milan Cathedral memang sering dibina seperti haiwan-haiwan dan raksasa yang menakutkan. Menurut ceritanya, bila hujan lebat melanda kota Milan, air yang keluar dari mulut gargoyle ini menyebabkan pemandangan seolah-olah Milan Cathedral telah bertukar menjadi sebuah fountain gergasi.
Kita lihat sebahagian gargoyle yang sempat kami capture di luar Milan Cathedral...
Walau tak pernah sampai ke New York City di USA, tentu anda pernah melihat gambar patung Statue of Liberty di kota itu, bukan? Patung ini diukir oleh seorang pengukir berbangsa French yang bernama Bartholdi. Bartholdi dikatakan mendapat ilham untuk mengukir patung ini dari sebuah patung yang dilihatnya di Milan Cathedral.
|
Statue of Liberty di New York City, USA (Gambar dari internet) |
Kami tak nampak patung yang menjadi sumber inspirasi Bartholdi ini sewaktu berjalan di luar Milan Cathedral. Maklumlah, gereja ini mempunyai beribu-ribu patung sampai kita tak boleh kenal patung yang dimaksudkan. Tapi inilah patung itu...
|
Patung di Milan Cathedral yang menjadi ilham kepada Bartholdi untuk mengukir Statue of Liberty di New York City (Gambar dari internet) |
Bumbung Milan Cathedral juga boleh dilawat. Tiket yang dikenakan untuk melawat ke bumbung ini ialah Euro 20 (RM 100). Menurut ceritanya pemandangan di atas sana sangat hebat. Kami tak naik melawat ke bumbung sewaktu di sana. Mungkin boleh dipertimbangkan kalau berpeluang datang lagi ke Milan pada masa akan datang.
|
Bumbung Milan Cathedral yang boleh dilawati |
|
Inilah tingkap stained glass yang kita lihat dari dalam tadi |
|
Pintu masuk ke lif untuk naik ke aras bumbung |
|
Beratur menunggu giliran nak naik lif ke bumbung |
|
Paip air minuman di luar Milan Cathedral |
|
Berjalan menuju ke Galleria Vittorio Emanuele |
Part 44: Galleria Vittorio Emanuele
Galleria Vittorio Emanuele adalah shopping mall tertua yang masih beroperasi di Italy. Ia adalah juga salah sebuah landmark terkemuka di Milan. Bangunan setinggi 4 tingkat ini dinamakan sempena Victor Emmanuel II, raja pertama Kingdom of Italy dan direka oleh Giuseppe Mengoni.
|
Pemandangan dari luar Galleria Vittorio Emanuele |
|
Satu lagi pemandangan Galleria Vittorio Emanuele dari luar |
|
Pintu masuk ke Stesen Milan Metro di depan Galleria Vittorio Emanuele |
Dah puas melihat bangunan Galleria Vittorio Emanuele dari luar, kita masuk ke dalam bangunan. Sebelum tu, kita admire dulu pintu masuk utamanya berhampiran Milan Cathedral yang sangat tinggi itu...
|
Pintu masuk ke Galleria Vittorio Emanuele dari depan Milan Cathedral |
|
Pemandangan pintu masuk dari depan |
|
Pemandangan bumbung pintu masuk ke Galleria Vittorio Emanuele |
Galleria Vittorio Emanuel terletak di tengah-tengah bandar Milan. Dua ratus tahun dulu, kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai yang tidak teratur sehingga menyukarkan perjalanan merentas kota. Oleh yang demikian Dewan Bandaraya Milan telah membuka satu pertandingan antarabangsa pada tahun 1860 yang mempelawa peserta-peserta untuk mengemukakan cadangan mereka bagi mengatasi masalah ini. Sebanyak 176 cadangan diterima dan dimenangi oleh seorang jurutera keretapi bernama Giuseppe Mengoni dari bandar Emilia yang berhampiran.
|
Pemandangan di dalam Galleria Vittorio Emanuele |
|
Keseluruhan bangunan Galleria dibina dari marmar dan kaca |
Bangunan ini disiapkan dalam tempoh masa hanya 2 tahun. Namun tiada upacara gilang-gemilang diadakan kerana arkitek yang membinanya Giuseppe Mengoni maut terjatuh sewaktu memeriksa bumbung bangunan ini sehari sebelum upacara perasmian sepatutnya berlangsung.
Galleria Vittorio Emanuele dipenuhi dengan butik-butik mewah seperti Prada, Louis Vuitton, Gucci, Chanel dan sebagainya. Namun demikian kesemua butik ini kelihatan macam sama saja kerana terdapat peraturan yang menetapkan semua kedai perlu menggunakan signboard yang seragam di depan kedai masing-masing. Semua signboard perlu berlatar belakang hitam dengan tulisan yang berwarna emas.
|
Pintu masuk ke Butik Swarovski |
Disebabkan kedai-kedainya sangat high-end, tak ramai pengunjung yang mampu membeli-belah di sini. Ramai juga yang macam kami sekadar berjalan-jalan window shopping sambil menikmati suasana di sekitar. Satu ketika dulu ada sebuah restoran Mcdonald's yang masih mampu dimasuki oleh rakyat marhaen macam kami yang berkunjung ke sini. Namun begitu kontrak sewaan Mcdonald's ini telah ditamatkan pada tahun 2020 selepas mereka beroperasi selama 20 tahun dan digantikan dengan butik Prada yang kedua.
Mcdonald's dilaporkan tidak berpuas hati dengan pengurusan Galleria Vittorio Emanuele dan sedang mengambil tindakan undang-undang untuk membolehkan mereka terus beroperasi di sini. Sesuatu yang pasti ialah selagi Mcdonald's tidak dibenarkan menyewa untuk beroperasi di sini, tak adalah peluang untuk rakyat marhaen macam kita duduk-duduk sambil minum dan menikmati suasana sekitar di Galleria ini seperti orang-orang berada yang lain.
|
Kafe mewah di dalam Galleria Vittorio Emanuele |
Galleria ini dibom teruk sewaktu Perang Dunia Kedua pada bulan Ogos 1943. Kerosakan yang dialami sangat hebat sehingga memusnahkan keseluruhan siling dan sebahagian struktur bangunan. Selepas tamat perang, kerosakan ini telah diperbaiki sepenuhnya dan seluruh Galleria telah dibuka semula kepada orang awam pada tahun 1955.
|
Bumbung kaca bangunan ini pernah rosak teruk kerana dibom sewaktu Perang Dunia Kedua |
Selain butik-butik mewah, kawasan yang menjadi tumpuan pelancong di Galleria Vittorio Emanuele adalah bumbung kaca oktagonnya. Siling di bawah bumbung ini dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menggambarkan 4 benua yang diketahui ketika itu: Asia, Eropah, Afrika dan Amerika.
|
Bumbung kaca oktagon di Galleria Vittorio Emanuele |
|
Antara lukisan yang menghiasi siling di bawah bumbung kaca oktagon |
|
Lukisan yang melambangkan benua Asia |
|
Lukisan yang melambangkan benua Afrika |
Tak terambil pula gambar lukisan yang melambangkan benua Amerika dan Eropah. Jadi kita gunakan saja gambar dari internet untuk melengkapkan gambar-gambar benua ini...
|
Amerika |
|
Eropah |
Kita tengok lagi gambar-gambar yang sempat kami capture di Galleria Vittorio Emanuele...
|
Lukisan di bumbung sebelah kiri melambangkan benua Eropah dan di sebelah kanan benua Asia |
|
Lukisan-lukisan lain yang turut menghiasi bumbung Galleria Vittorio Emanuele |
Bumbung kaca ini juga mempunyai satu tarikan lain. Pada lantai di bawah bumbung ini terdapat beberapa lukisan mozek yang menarik.
|
Lukisan-lukisan mozek yang menarik pada lantai di bawah bumbung kaca oktagon |
|
Lambang kota Rome |
Satu lukisan yang menjadi tumpuan di lantai ini ialah lambang kota Turin yang mempunyai gambar seekor lembu jantan. Ada satu kepercayaan karut yang dikaitkan dengan gambar lembu ini di mana dikatakan sesiapa yang memijak sambil berpusing 3 kali di atas telur lembu jantan ini, dia pasti akan mendapat tuah. Orang Putih memang sukakan kepercayaan tahyul begini. Jadi memang ramailah yang menunggu dan mencuri peluang untuk berbuat begitu kerana kononnya ingin nak mendapat tuah. Disebabkan ramai yang berbuat begitu, sampai berlubang lantai di tempat telur lembu jantan ini.
|
Lembu jantan yang menjadi simbol kota Turin |
|
Berpusing 3 kali atas telur lembu jantan kerana ingin mendapat tuah |
|
Ramai yang menanti dan menunggu peluang ingin mendapatkan tuah |
|
Salah sebuah pintu keluar dari Galleria Vittorio Emanuele |
Part 45: Merchant's Square
Selepas melawat Galleria Vittorio Emanuele, Myself dan Husband berjalan menuju ke sebuah kedai makan Halal yang telah ditunjukkan oleh Tour Leader kami Amar pada awal-awal tadi. Dalam perjalanan ke sana kami melalui sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Merchant's Square (Piazza Mercanti).
|
Merchant's Square |
Merchant's Square adalah pusat bandar Milan yang asal pada masa dahulu. Inilah pusat pentadbiran dan perdagangan Milan sewaktu di kurun ke-13 dahulu.
|
Satu lagi pemandangan di Merchant's Square |
Sebuah bangunan terbuka yang dapat dilihat di Merchant's Square adalah Loggia degli Osii yang dibina oleh Matteo I Visconti. Ia digunakan bagi aktiviti kehakiman dan perundangan pada masa itu.
|
Loggia degli Osii |
Bangunan-bangunan lama di sekitar Merchant's Square kini banyak yang telah dijadikan muzium dan pejabat-pejabat persendirian.
|
Telaga lama di tengah Merchant's Square |
|
Fashion Show di Merchant's Square |
|
Bangunan-bangunan lama di sekitar Merchant's Square yang pernah digunakan sebagai mahkamah dan bangunan-bangunan pentadbiran |
|
Menara jam lama |
|
Berjalan menuju ke kedai makan Halal... |
Part 46: Istanbul Kebap Pizzeria
Kedai makan Halal yang dicadangkan oleh Amar kepada kami adalah Istanbul Kebap Pizzeria. Ia terletak berhampiran Merchant's Square.
|
Istanbul Kebap Pizzeria |
|
Pemandangan di depan kedai Istanbul Kebap Pizeeria |
Seperti namanya, Istanbul Kebap Pizzeria adalah kedai makanan Turki. Tetapi adalah juga beberapa makanan Italian yang turut dihidangkan.
|
Menu makanan yang disediakan |
Kami mencuba Pizza Bufalina dan Doner Kebap di sini. Harga makanan keduanya adalah Euro 23 (RM 114) termasuk minuman. Dari pengalaman kami, ini adalah harga standard makanan di Italy dan juga di Switzerland. Walaupun sangat mahal kalau ditukar ke Ringgit Malaysia, makanannya sangat sedap dan yang lebih penting dari itu, ia adalah Halal.
|
Set Doner Kebap |
|
Set Pizza Bufalina |
|
Minuman favourite kami sewaktu di Italy. |
Bersambung ke Bahagian 19...
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
No comments:
New comments are not allowed.