Mei 2023
NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]
Bahagian 36: Going Home
ZÜRICH - DOHA - KUALA LUMPUR
HARI KESEMBILAN (2)
Part 88: Goodbye, Europe!
Rheinfall kami tinggalkan dengan hati yang berat untuk menuju ke Zürich Airport.
|
Meninggalkan Rheinfall |
|
Ucapan terima kasih dari Amar kerana memilih percutian dengan Jomventures |
|
Church of the Holy Cross di Neuhausen am Rheinfall |
|
Pemandangan dari jambatan merentas Sungai Rhine |
|
Neuhausen am Rheinfall |
Perjalanan dari Rheinfall menuju ke Zürich Airport memakan masa kira-kira 40 minit dengan bas. Jujur Myself katakan, percutian ke Northern Italy dan Switzerland ini adalah antara perjalanan travel kami yang terbaik. Itinerari perjalanan keseluruhan diatur dengan seimbang dan baik sekali oleh pihak Jomventures meliputi lawatan ke tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat dengan pemandangan indah dan ruang kesempatan untuk shopping. Paling menyeronokkan kerana kami dapat menikmati dengan puas hati semua tempat yang disinggahi. Myself dan Husband juga mengambil kesempatan ini untuk memberi kredit yang tinggi kepada Tour Leader kami yang awesome, Syed Amar.
Secara umumnya Italy adalah sebuah negara yang seronok untuk dilawati, walaupun kami cuma berkesempatan berkunjung ke bahagian utara negara ini. Myself dan Husband memang tidak keberatan kalau mendapat peluang untuk datang lagi ke Italy. Malah kami dah pun menyimpan cita-cita nak melawat ke Rome. Kalau diberi keizinan oleh Allah SWT, mungkin kami boleh mengatur satu trip yang bersekali di dalamnya Athens di Greece dan Rome di Italy. Syarat utamanya dah pasti kena cukuplah ongkosnya!!
Kekecewaan kerana hanya dapat membuat kunjungan singkat ke Switzerland dalam Musim Winter 2015 dulu memang terubat dengan lawatan kedua pada tahun 2023 ini. Malah kami juga tidak keberatan kalau diberi peluang untuk datang lagi ke Switzerland buat kali ketiga nanti. Cuma pada perjalanan yang akan datang, kami berharap dapat melawat ke French-speaking area di Switzerland seperti Geneva dan Lausanne pulak. Perjalanan akan datang juga ~ jika diizinkan ~ mungkin boleh diserikan dengan pengalaman menikmati Switzerland dengan menaiki Panorama Train, Insyaallah.
Walau apapun, kami memang bersyukur dengan semua kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kami untuk melawat ke benua Eropah. Myself masih ingat lagi sewaktu berpeluang menjejakkan kaki ke Western Europe pada tahun 2015 dulu, Myself menyangka itu sajalah sekali pengalaman kami melawat ke benua ini. Maklum sajalah kerana Eropah dirasakan sangat jauh dan sangat mahal bagi kami pada masa itu. Tidak pernah terlintas langsung di benak fikiran yang kami akan diberi kesempatan datang lagi ke Eropah 3 kali selepas itu (Eastern Europe pada tahun 2017, Balkans pada tahun 2022 serta Italy & Switzerland pada tahun 2023). Semoga Engkau izinkan kami datang lagi ke Eropah dan ke tempat-tempat lain di bumi milik-Mu ini di masa akan datang, Ya Allah. Amin!
Part 89: Flughafen Zürich
Zürich Airport (Flughafen Zürich) adalah lapangan terbang yang terbesar di Switzerland. Malangnya tak ada direct flight yang terbang ke sini dari Malaysia. Malah, satu-satunya penerbangan dari Asia Tenggara yang membuat penerbangan langsung ke Zürich Airport adalah Singapore Airlines. Tapi jarang orang Malaysia nak menggunakan Singapore Airlines untuk terbang langsung ke Eropah sebab harga tiketnya mahal berbanding penerbangan-penerbangan dari Timur Tengah seperti Qatar Airways, Emirates, Etihad dan Turkish Airlines.
|
Tiba di Zürich Airport |
|
Menuju ke Departure Area di Zürich Airport |
|
Gerai Pizza di Food Court |
|
Pizza vegetarian yang dibuat berasingan dari pizza-pizza yang lain |
|
Cheese dan Tomato Puree
|
|
Pizza Topping |
|
Oven untuk pembakaran pizza |
Selepas makan, kami berjalan melihat kedai-kedai yang ada di Airport Shopping ini. Berbagai kedai ada di sini ~ dari yang menjual perkhidmatan seperti SIM Card sehinggalah ke supermarket yang menjual grocery serta butik-butik barangan mewah.
|
Suasana di Airport Shopping |
|
Kedai-kedai di Airport Shopping |
|
Butik cokelat Sprüngli |
|
Swisscom |
|
Berjalan menuju ke Boarding Area selepas check-in |
Sewaktu melalui pemeriksaan sekuriti selepas pemeriksaan passport, Grup kami juga mendapat layanan istimewa dari pegawai keselamatan Swiss. Bila mereka melihat kami berjalan berkumpulan, kami terus diberi laluan khas untuk melalui pemeriksaan sekuriti. Huh, betul-betul macam VIP! Macam manalah kami tak sedih nak meninggalkan Switzerland.
|
Naik tren ke Pintu Perlepasan |
|
Suasana di dalam tren |
|
Pesanan di dalam tren |
Pintu perlepasan kami adalah Gate E57. Sewaktu di Gate inilah kami mengambil kesempatan untuk bersolat Jamak Zohor dan Asar di tepi kerusi menunggu.
|
Suasana di Boarding Gate |
|
Pemandangan di luar tingkap kaca |
|
Swissair |
|
Flughafen Zürich. Edelweiss adalah pesawat tambang murah Swiss |
|
Boarding Pass: Zürich - Doha - Kuala Lumpur |
Part 90: Qatar Airways (Zürich - Doha)
Penumpang Qatar Airways QR 96 dari Zürich ke Doha dipanggil memasuki pesawat pada pukul 3.40 petang mengikut jadual.
|
Pesawat Qatar Airways yang akan membawa kami ke Doha |
|
Suasana di dalam Qatar Airways |
Pesawat kami terbang meninggalkan Zürich menuju ke Doha pada pukul 4.45 petang. Penerbangan dari Zürich ke Doha memakan masa 5 jam 45 minit.
|
Peta penerbangan |
|
Bergerak menuju ke runway |
|
Berlepas meninggalkan Zürich |
|
Minuman dan snack ringan yang diberi kepada penumpang sebaik pesawat berlepas ke udara |
|
Terbang menuju ke Slovenia |
Sajian penerbangan diberi kepada penumpang selepas sejam lebih pesawat terbang meninggalkan Zürich. Ketika itu kami sedang terbang melintas Bosnia-Herzegovina. Terbayang kenangan melawat ke Balkans sewaktu terbang di sini, lebih-lebih lagi bila melihat nama bandar-bandar yang pernah kami lawati dulu dalam peta penerbangan.
|
Sajian penerbangan yang diberi kepada penumpang |
|
Sajian pilihan Myself. Dah lupa apa makanan ini sebenarnya |
|
Sajian pilihan Husband |
|
Peramugari Qatar Airways |
|
Sajian penerbangan |
Macam biasa bagi penerbangan red-eye begini, lampu pesawat akan dimalapkan selepas sajian penerbangan selesai untuk membolehkan penumpang berehat dan tidur dengan selesa. Bagi Myself yang sukar untuk tidur di dalam pesawat, kita cuma tidur-tidur ayam.
|
Menuju ke India |
|
Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa. |
|
Pesawat mengalami turbulence sewaktu kami terbang di India |
|
Terbang di Teluk Bengal |
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang di Bay of Bengal. Walaupun cuma airline food, rasa seronok sangat dapat makan makanan Malaysia selepas 9 hari di Eropah. Memanglah kami makan makanan Melayu yang dibungkus dan dihantar ke bilik setiap malam sewaktu di Italy dan Switzerland, tetapi rasanya memang sedikit off sebab rempah dan bahan-bahan masakan di benua Eropah tidak semewah di Nusantara.
|
Sajian penerbangan kedua. Pilih makan Omelette sebab feeling-feeling Europe masih ada... |
|
Masih menuju ke Kuala Lumpur |
|
Tiba di Sumatera |
|
Sejam lagi nak sampai ke KL |
Pesawat mula membuat penerbangan turun menuju ke KLIA selepas meninggalkan Sumatera di Indonesia. Walau seronok dapat melancong ke Eropah, hati lebih seronok dapat pulang ke Malaysia. Bak kata pepatah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Walau Myself suka merantau melihat negara orang, Myself memang tidak selesa kalau duduk lama-lama di oversea. Rasa-rasanya memang limit bagi Myself untuk duduk di oversea cuma maksima 10 hari. Selepas itu, mulalah rasa macam nak balik ke rumah. Kita juga menjadi resah sebab tak ada duit sama pun nak duduk lama-lama kat oversea. Maklumlah, rakyat marhaen yang terpaksa menabung bersungguh-sungguh setiap kali planning nak pergi oversea!
|
Membuat penerbangan turun selepas meninggalkan Sumatera |
|
Semburan aerosol di dalam pesawat sebagai persediaan untuk mendarat |
|
Dekat nak sampai dahh... |
|
Tiba kembali ke bumi Malaysia |
|
Menghala ke KLIA |
|
Negaraku Malaysia |
|
Bila dipandang dari atas begini, jelas kelihatan yang Malaysia memang pesat membangun |
|
View from a distance... |
|
Pemandangan di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur |
Macam biasa juga, pesawat kami terpaksa berlegar dulu di sekitar bandar Port Dickson sementara menunggu giliran mendarat di KLIA. Walau terpaksa menunggu, agak bersyukur di dalam hati kerana ini petanda KLIA dah semakin sibuk sekarang. Masih terkesan di hati Myself penerbangan yang pernah kami buat sewaktu di zaman Covid-19. Cukup sedih rasanya pada masa itu bila pesawat boleh landing tanpa perlu menunggu giliran dan suasana di dalam airport sepi dan kosong. Semoga Engkau takdirkan kami tidak perlu melalui pengalaman itu lagi, Ya Allah.
|
Berlegar menunggu giliran mendarat |
|
Selat Melaka dan bandar Port Dickson |
|
Ok, bye! Kami dah dapat kebenaran mendarat... |
|
Terbang menuju ke KLIA |
|
Masih menuju ke KLIA |
|
Dekat dah... |
|
Nak tiba di KLIA sekarang... |
|
Tiba di KLIA
|
|
Touchdown |
|
To all Malaysians, welcome home... |
|
Selamat pulang |
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.00 petang. Myself akui sekali lagi, pengalaman membuat perjalanan ke Italy dan Switzerland ini adalah antara yang paling indah dalam kenangan walaupun ia adalah antara yang termahal. Semoga Allah mengizinkan lagi kami untuk membuat perjalanan begini di masa akan datang. Amin!!
|
Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan. |
CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:
CATATAN PERJALANAN LAIN (SWITZERLAND)
- 2015 - Zurich, Mount Titlis & Lucerne
No comments:
New comments are not allowed.