Monday, 24 July 2023

2023 ITALY & SWISS BHG. 36 (Zurich - KL)

Mei 2023

NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd Visit)
[SWITZERLAND: Lugano, Mount Titlis, Lucerne, Lauterbrunnen, Interlaken, Blausee & Rheinfall]

Bahagian 36: Going Home
ZÜRICH - DOHA - KUALA LUMPUR

HARI KESEMBILAN (2)

Part 88: Goodbye, Europe!

Rheinfall kami tinggalkan dengan hati yang berat untuk menuju ke Zürich Airport.

Meninggalkan Rheinfall
Ucapan terima kasih dari Amar kerana memilih percutian dengan Jomventures
Church of the Holy Cross di Neuhausen am Rheinfall
Pemandangan dari jambatan merentas Sungai Rhine
Neuhausen am Rheinfall
Perjalanan dari Rheinfall menuju ke Zürich Airport memakan masa kira-kira 40 minit dengan bas. Jujur Myself katakan, percutian ke Northern Italy dan Switzerland ini adalah antara perjalanan travel kami yang terbaik. Itinerari perjalanan keseluruhan diatur dengan seimbang dan baik sekali oleh pihak Jomventures meliputi lawatan ke tempat-tempat bersejarah, tempat-tempat dengan pemandangan indah dan ruang kesempatan untuk shopping. Paling menyeronokkan kerana kami dapat menikmati dengan puas hati semua tempat yang disinggahi. Myself dan Husband juga mengambil kesempatan ini untuk memberi kredit yang tinggi kepada Tour Leader kami yang awesome, Syed Amar.

Secara umumnya Italy adalah sebuah negara yang seronok untuk dilawati, walaupun kami cuma berkesempatan berkunjung ke bahagian utara negara ini. Myself dan Husband memang tidak keberatan kalau mendapat peluang untuk datang lagi ke Italy. Malah kami dah pun menyimpan cita-cita nak melawat ke Rome. Kalau diberi keizinan oleh Allah SWT, mungkin kami boleh mengatur satu trip yang bersekali di dalamnya Athens di Greece dan Rome di Italy. Syarat utamanya dah pasti kena cukuplah ongkosnya!!

Kekecewaan kerana hanya dapat membuat kunjungan singkat ke Switzerland dalam Musim Winter 2015 dulu memang terubat dengan lawatan kedua pada tahun 2023 ini. Malah kami juga tidak keberatan kalau diberi peluang untuk datang lagi ke Switzerland buat kali ketiga nanti. Cuma pada perjalanan yang akan datang, kami berharap dapat melawat ke French-speaking area di Switzerland seperti Geneva dan Lausanne pulak. Perjalanan akan datang juga ~ jika diizinkan ~ mungkin boleh diserikan dengan pengalaman menikmati Switzerland dengan menaiki Panorama Train, Insyaallah.

Walau apapun, kami memang bersyukur dengan semua kesempatan yang Allah SWT berikan kepada kami untuk melawat ke benua Eropah. Myself masih ingat lagi sewaktu berpeluang menjejakkan kaki ke Western Europe pada tahun 2015 dulu, Myself menyangka itu sajalah sekali pengalaman kami melawat ke benua ini. Maklum sajalah kerana Eropah dirasakan sangat jauh dan sangat mahal bagi kami pada masa itu. Tidak pernah terlintas langsung di benak fikiran yang kami akan diberi kesempatan datang lagi ke Eropah 3 kali selepas itu (Eastern Europe pada tahun 2017, Balkans pada tahun 2022 serta Italy & Switzerland pada tahun 2023). Semoga Engkau izinkan kami datang lagi ke Eropah dan ke tempat-tempat lain di bumi milik-Mu ini di masa akan datang, Ya Allah. Amin!


Part 89: Flughafen Zürich

Zürich Airport (Flughafen Zürich) adalah lapangan terbang yang terbesar di Switzerland. Malangnya tak ada direct flight yang terbang ke sini dari Malaysia. Malah, satu-satunya penerbangan dari Asia Tenggara yang membuat penerbangan langsung ke Zürich Airport adalah Singapore Airlines. Tapi jarang orang Malaysia nak menggunakan Singapore Airlines untuk terbang langsung ke Eropah sebab harga tiketnya mahal berbanding penerbangan-penerbangan dari Timur Tengah seperti Qatar Airways, Emirates, Etihad dan Turkish Airlines.

Tiba di Zürich Airport
Menuju ke Departure Area di Zürich Airport
Di Zürich Airport inilah kami berpisah dengan pemandu bas kami Vinco yang setia bersama sejak dari Pisa di Italy. Bermula dari ketibaan kami di Milan sehingga ke Pisa, sebenarnya ada pemandu bas lain bernama Pavel yang ditugaskan bersama kami. Khidmat beliau tamat sewaktu di Pisa dan diambil alih oleh Vinco yang berasal dari Slovenia. Tersenyum lebar Vinco bila kami semua memberikan tip secara peribadi kepada beliau. Walau cuma sedikit seorang, jumlah yang terkumpul dah pasti menggembirakan hati beliau.

Mengeluarkan bagasi dari perut bas
Penerbangan pulang kami ke Kuala Lumpur adalah menerusi Doha di Qatar menggunakan Qatar Airways. Disebabkan ketika itu masih awal lagi, check-in counter Qatar Airways masih belum dibuka.

Pintu masuk ke Check-in Area di Zürich Airport
Check-in Counter Qatar Airways masih belum dibuka
Suasana di Check-in Area
Oleh kerana masih ada masa lagi, Amar mencadangkan supaya kami lunch dulu di Zürich Airport ini. Dia terus membawa kami ke kawasan Food Court yang terletak di bangunan Airport Shopping yang bertentangan dengan bangunan Check-in Area ini.

Airport Shopping yang terletak di bangunan bertentangan dengan Check-in Area.
Food Court di Airport Shopping ini agak besar dan ada berbagai restoran di dalamnya. Tetapi tidak ada restoran yang betul-betul menjual makanan Halal. Pandai-pandailah memilih makanan yang boleh dimakan kalau nak makan di sini.

Food Court di Bangunan Airport Shopping di Zürich Airport
Kata Amar, berdasarkan pengalaman beliau Seafood Fried Rice di Restoran Thai Urban Kitchen di sana adalah antara makanan yang boleh dimakan oleh Orang Islam. Tetapi kenalah bersedia dengan harganya ~ CHF 21 (RM 110) sepinggan.
Fast Food seperti McDonald's dan KFC juga ada di sini. Fillet-o-Fish di McDonald's mungkin boleh menjadi satu pilihan makanan juga untuk pengembara Muslim.
McDonald's
Satu lagi pemandangan suasana di Food Court
Myself dan Husband memilih memakan Pizza Margherita yang berharga CHF 21 (RM 110) di sini. Ini adalah kerana Pizza Margherita ini adalah makanan vegetarian dan kami dapat melihat tempat dan proses pembuatannya yang memang berasingan dari pizza-pizza berdaging di gerai yang menjualnya. Jadi ia memang boleh dimakan tanpa was-was, Insyaallah. Tak mengapalah harganya yang mahal itu sebab rasanya memang sedap.

Pizza Margherita yang berharga RM 110. Kami kongsi makan berdua kerana saiznya yang sangat besar untuk dimakan seorang. Itu pun tetap tak terhabis.
Gerai Pizza di Food Court
Pizza vegetarian yang dibuat berasingan dari pizza-pizza yang lain
Cheese dan Tomato Puree
Pizza Topping
Oven untuk pembakaran pizza
Selepas makan, kami berjalan melihat kedai-kedai yang ada di Airport Shopping ini. Berbagai kedai ada di sini ~ dari yang menjual perkhidmatan seperti SIM Card sehinggalah ke supermarket yang menjual grocery serta butik-butik barangan mewah.

Suasana di Airport Shopping
Kedai-kedai di Airport Shopping
Butik cokelat Sprüngli
Swisscom
Supermarket Migros
Pejabat Pos
Dekat-dekat pukul 1.30 tengah hari, kami kembali ke Check-in Area tetapi kaunter masih belum dibuka. Berdekatan check-in area ini ada sebuah bilik sembahyang (dipanggil chapel) untuk kegunaan semua agama. Kami tidak bersolat di sini tetapi Husband pergi mengambil kesempatan menjenguk suasana di dalamnya.

Chapel di Zürich Airport
Pintu masuk ke ruang chapel yang disediakan untuk kegunaan semua agama
Suasana di dalam chapel
Contemplation Corner
Sejadah untuk kegunaan umat Islam bersolat
Pesawat kami ke Doha, Qatar Airways QR 96 dijadualkan berlepas dari Zürich pada pukul 4.45 petang. Sebaik kaunter check-in dibuka pada pukul 2 petang, kami terus masuk ke dalam barisan. Walau bagaimanapun, sedang kami berbaris di dalam barisan, petugas Qatar Airways memanggil kumpulan kami untuk check-in di kaunter lain yang dikhaskan untuk kami. Alhamdulillah, mudah sungguh urusan kami check-in walaupun ahli kumpulan kami cuma 25 orang.

Beratur untuk check-in di kaunter Qatar Airways
Kaunter check-in Qatar Airways yang dibuka khas untuk kumpulan kami
Berjalan menuju ke Boarding Area selepas check-in
Sewaktu melalui pemeriksaan sekuriti selepas pemeriksaan passport, Grup kami juga mendapat layanan istimewa dari pegawai keselamatan Swiss. Bila mereka melihat kami berjalan berkumpulan, kami terus diberi laluan khas untuk melalui pemeriksaan sekuriti. Huh, betul-betul macam VIP! Macam manalah kami tak sedih nak meninggalkan Switzerland.

Naik tren ke Pintu Perlepasan
Suasana di dalam tren
Pesanan di dalam tren
Pintu perlepasan kami adalah Gate E57. Sewaktu di Gate inilah kami mengambil kesempatan untuk bersolat Jamak Zohor dan Asar di tepi kerusi menunggu.

Suasana di Boarding Gate
Pemandangan di luar tingkap kaca
Swissair
Flughafen Zürich. Edelweiss adalah pesawat tambang murah Swiss
Boarding Pass: Zürich - Doha - Kuala Lumpur

Part 90: Qatar Airways (Zürich - Doha)

Penumpang Qatar Airways QR 96 dari Zürich ke Doha dipanggil memasuki pesawat pada pukul 3.40 petang mengikut jadual.

Pesawat Qatar Airways yang akan membawa kami ke Doha
Suasana di dalam Qatar Airways
Pesawat kami terbang meninggalkan Zürich menuju ke Doha pada pukul 4.45 petang. Penerbangan dari Zürich ke Doha memakan masa 5 jam 45 minit.

Peta penerbangan
Bergerak menuju ke runway
Berlepas meninggalkan Zürich
Minuman dan snack ringan yang diberi kepada penumpang sebaik pesawat berlepas ke udara
Terbang menuju ke Slovenia
Sajian penerbangan diberi kepada penumpang selepas sejam lebih pesawat terbang meninggalkan Zürich. Ketika itu kami sedang terbang melintas Bosnia-Herzegovina. Terbayang kenangan melawat ke Balkans sewaktu terbang di sini, lebih-lebih lagi bila melihat nama bandar-bandar yang pernah kami lawati dulu dalam peta penerbangan.

Sajian penerbangan yang diberi kepada penumpang
Sajian pilihan Myself. Dah lupa apa makanan ini sebenarnya
Sajian pilihan Husband
Peramugari Qatar Airways
Terbang di bumi Balkans
Menuju ke Doha
Seronok melihat nama bandar-bandar yang pernah kami lawati dulu muncul dalam peta.
Pemandangan di luar pesawat
Kita minum teh dulu...
Tiba di Istanbul
Malam mula melabuhkan diri sewaktu kami tiba di Turkiye...

Suasana malam yang semakin menjengah bila kami tiba di Turkiye
Terbang di Turkiye
Pesawat kami terbang di Iraq selepas meninggalkan Turkiye. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah bandar-bandar di Iraq memang diterangi cahaya terang-benderang di malam hari begini.

Terbang di Iraq
Mosul, Iraq
Baghdad, Iraq
Suasana di Baghdad
Terbang menghala ke Doha
Terbang di Teluk Arab
Pemandangan di Teluk Arab
Menghampiri Qatar
Pemandangan Qatar dari udara
Tiba di Doha
Selepas terbang 5 jam 45 minit, pesawat kami tiba di Doha. Kita tengok pemandangan indah bandaraya Doha dari udara. Kalau diikutkan, ini adalah sebenarnya kali ke-6 kami transit di Doha. Bilalah agaknya kami akan betul-betul dapat melawat Doha?

Pemandangan Doha dari udara
Bandaraya Doha yang terang bercahaya
Kemewahan suasana di Doha memang terserlah di malam hari begini
Terbang menuju ke Hamad International Airport
Membuat penerbangan turun
Selamat mendarat di Doha
Hamad International Airport di Doha
First leg journey dari Zürich ke Doha
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Pesawat kami parking di tengah airport. Oleh yang demikian bas disediakan untuk membawa penumpang ke bangunan terminal.
 
Turun dari pesawat
Bas bersedia untuk membawa penumpang ke bangunan terminal
Pemandangan dari dalam bas pesawat yang membawa kami dari Zürich ke Doha
Pesawat kami memang parking jauh di tengah airport. Oleh itu, kita lihat gambar-gambar yang sempat kami capture dalam perjalanan menuju ke bangunan terminal.
 
Tiba di bangunan terminal

Part 91: Hamad International Airport (Doha)

Kami tiba di Hamad International Airport, Doha pada pukul 11.20 malam waktu tempatan. Waktu di Qatar adalah 1 jam lebih awal berbanding Switzerland.

Pemandangan ke arah luar dari dalam bangunan terminal
Menuju ke arah Transfers
Hamad International Airport adalah sebuah lapangan terbang yang sibuk kerana Qatar Airways mempunyai penerbangan ke hampir serata tempat di seluruh dunia. Oleh yang demikian, memang ada ramai orang menggunakan airport ini tanpa mengira waktu, termasuklah di waktu hampir tengah malam seperti ketika itu.

Berjalan menghala ke Pintu Perlepasan
Suasana tengah malam di Hamad International Airport
Patung beruang besar di tengah airport
Tempoh transit kami di Doha adalah cuma 2 jam. Maka sebaik selepas selesai urusan Transfers, kami terus menuju ke pintu perlepasan untuk penerbangan sambungan ke Kuala Lumpur menerusi Gate A10.

Arah ke Pintu Perlepasan A
Mencari pintu perlepasan kami
Tiba di Gate A10

HARI KESEPULUH

Part 92: Malaysia Airlines (Doha - Kuala Lumpur)

Penerbangan sambungan kami dari Doha ke Kuala Lumpur adalah menggunakan pesawat Malaysia Airlines MH 161 yang berkongsi kod penerbangan dengan Qatar Airways QR 4991. Pesawat dijadual berlepas pada pukul 1.30 pagi.

Menunggu penerbangan sambungan di Gate A10
Penumpang pesawat ini memang ramai. Sewaktu menunggu pesawat Myself berbual dengan seorang Kakak dari Malaysia yang juga dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Amsterdam. Mengikut Kakak ini, dia dan rombongannya telah melancong selama 5 hari hanya ke Netherlands.

Berjalan masuk ke dalam pesawat
Penumpang dipanggil masuk ke dalam pesawat bermula pada pukul 12.20 pagi. Pesawat Malaysia Airlines yang digunakan bagi perjalanan dari Doha ke Kuala Lumpur ini adalah Airbus 330-300.

Suasana di dalam pesawat Malaysia Airlines MH 161 dari Doha ke Kuala Lumpur
Pemandangan dari tingkap pesawat
Bergerak menuju ke runway
Terbang meninggalkan Qatar
Kita lihat pemandangan yang disaksikan sewaktu pesawat meninggalkan Doha...

Meninggalkan Doha
Pemandangan Doha dari udara
Goodbye for now, Doha!
Penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur mengambil masa 7 jam 50 minit. Sajian penerbangan diberikan kepada penumpang kira-kira sejam selepas berlepas, sewaktu kami sedang terbang menghampiri UAE.

Peta penerbangan dari Doha ke Kuala Lumpur
Terbang menghampiri UAE
Pemandangan Abu Dhabi dari udara. Abaikan bayang-bayang pada tingkap pesawat.
Sajian penerbangan
Macam biasa bagi penerbangan red-eye begini, lampu pesawat akan dimalapkan selepas sajian penerbangan selesai untuk membolehkan penumpang berehat dan tidur dengan selesa. Bagi Myself yang sukar untuk tidur di dalam pesawat, kita cuma tidur-tidur ayam.

Menuju ke India
Lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang tidur dengan selesa.
Pesawat mengalami turbulence sewaktu kami terbang di India
Terbang di Teluk Bengal
Sajian penerbangan kedua diberi kepada penumpang sewaktu kami sedang terbang di Bay of Bengal. Walaupun cuma airline food, rasa seronok sangat dapat makan makanan Malaysia selepas 9 hari di Eropah. Memanglah kami makan makanan Melayu yang dibungkus dan dihantar ke bilik setiap malam sewaktu di Italy dan Switzerland, tetapi rasanya memang sedikit off sebab rempah dan bahan-bahan masakan di benua Eropah tidak semewah di Nusantara.

Sajian penerbangan kedua. Pilih makan Omelette sebab feeling-feeling Europe masih ada...
Masih menuju ke Kuala Lumpur
Tiba di Sumatera
Sejam lagi nak sampai ke KL
Pesawat mula membuat penerbangan turun menuju ke KLIA selepas meninggalkan Sumatera di Indonesia. Walau seronok dapat melancong ke Eropah, hati lebih seronok dapat pulang ke Malaysia. Bak kata pepatah: Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Walau Myself suka merantau melihat negara orang, Myself memang tidak selesa kalau duduk lama-lama di oversea. Rasa-rasanya memang limit bagi Myself untuk duduk di oversea cuma maksima 10 hari. Selepas itu, mulalah rasa macam nak balik ke rumah. Kita juga menjadi resah sebab tak ada duit sama pun nak duduk lama-lama kat oversea. Maklumlah, rakyat marhaen yang terpaksa menabung bersungguh-sungguh setiap kali planning nak pergi oversea!

Membuat penerbangan turun selepas meninggalkan Sumatera
Semburan aerosol di dalam pesawat sebagai persediaan untuk mendarat
Dekat nak sampai dahh...
Tiba kembali ke bumi Malaysia
Menghala ke KLIA
Negaraku Malaysia
Bila dipandang dari atas begini, jelas kelihatan yang Malaysia memang pesat membangun
View from a distance...
Pemandangan di pinggiran bandaraya Kuala Lumpur
Macam biasa juga, pesawat kami terpaksa berlegar dulu di sekitar bandar Port Dickson sementara menunggu giliran mendarat di KLIA. Walau terpaksa menunggu, agak bersyukur di dalam hati kerana ini petanda KLIA dah semakin sibuk sekarang. Masih terkesan di hati Myself penerbangan yang pernah kami buat sewaktu di zaman Covid-19. Cukup sedih rasanya pada masa itu bila pesawat boleh landing tanpa perlu menunggu giliran dan suasana di dalam airport sepi dan kosong. Semoga Engkau takdirkan kami tidak perlu melalui pengalaman itu lagi, Ya Allah.

Berlegar menunggu giliran mendarat
Selat Melaka dan bandar Port Dickson
Ok, bye! Kami dah dapat kebenaran mendarat...
Terbang menuju ke KLIA
Masih menuju ke KLIA
Dekat dah...
Nak tiba di KLIA sekarang...
Tiba di KLIA
Touchdown
To all Malaysians, welcome home...
Selamat pulang
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 2.00 petang. Myself akui sekali lagi, pengalaman membuat perjalanan ke Italy dan Switzerland ini adalah antara yang paling indah dalam kenangan walaupun ia adalah antara yang termahal. Semoga Allah mengizinkan lagi kami untuk membuat perjalanan begini di masa akan datang. Amin!!

Alhamdulillah, berakhir sebuah lagi perjalanan.

CATATAN PERJALANAN (NORTHERN ITALY & SWITZERLAND (2nd VISIT) [2023]:


CATATAN PERJALANAN LAIN (SWITZERLAND)
  • 2015 - Zurich, Mount Titlis & Lucerne