Mei 2021
Travel Review 17: In Brief
ASIA TIMUR
Asia Timur yang juga dikenali sebagai Timur Jauh (Far East) terdiri dari 6 buah negara: China, Jepun, Mongolia, North Korea, South Korea dan Taiwan. Myself dah berkesempatan melawat ke 3 dari 6 negara ini.
Negara pertama yang Myself lawati di Asia Timur adalah Jepun sewaktu dihantar berkursus ke Nagoya pada tahun 1999 dulu. Selepas dari itu, ada 2 kali lagi Myself berkunjung ke Jepun tapi kedua-duanya atas urusan kerja. Kalau dipandang dari segi melancong pula, negara yang pertama dilawati adalah China (Hong Kong) diikuti Korea Selatan dan Jepun.
China
Myself dan Husband telah berkesempatan melawat ke beberapa buah destinasi di China: Shanghai, Guilin, Hong Kong dan Macau. Secara umumnya, Myself berpandangan walaupun China adalah sebuah negara yang besar, ia sangat monotonous. Pergilah ke mana-mana tempat pun di China, pengalaman dan suasana yang dialami macam lebih kurang sama. Tapi ini mungkinlah disebabkan sebahagian besar China didiami oleh penduduk yang berketurunan Han yang mengamalkan budaya dan cara hidup yang sama dan kami berkunjung setakat ini hanya ke tempat-tempat begini.
Tempat pertama yang kami kunjungi di China adalah ke Hong Kong pada tahun 2008. Pada ketika itu, Hong Kong yang merupakan bekas jajahan British baru 10 tahun dipulangkan kembali kepada China. Jadi suasana dan cara hidupnya yang mengikut cara Barat masih sangat ketara. Tidak seperti penduduk-penduduk di Tanah Besar China yang agak kurang berdisiplin, penduduk di Hong Kong sangat tertib. Ramai juga yang boleh berbahasa Inggeris ketika itu. Walau bagaimanapun, dalam 2 kunjungan yang berikutnya dalam tahun 2010 dan 2013, Myself dapat merasakan ciri-ciri Barat di Hong Kong dah semakin berkurangan.
Kowloon |
Hong Kong sangat sesak dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan tinggi. Disebabkan pengaruh pemerintahan British selama 99 tahun sehingga ke tahun 1997 dulu, ada ramai penduduk Hong Kong yang datang dari luar China, terutama dari benua India. Oleh yang demikian, tak susah nak mencari makanan Halal di kawasan seperti Pulau Hong Kong dan Kowloon. Kalau ada yang nak berkunjung ke Hong Kong, Myself cadangkan supaya mencari penginapan di sekitar Tsim Tsa Tsui di Kowloon kerana makanan Halal paling senang didapati di sini. Kedudukannya pun tak jauh dengan shopping area paling terkenal di Hong Kong ~ Nathan Road.
New Sangeet Indian Restaurant di Tsim Tsa Tsui di Kowloon |
Tarikan utama kepada pengunjung di Hong Kong terutama yang datang bersama anak-anak kecil adalah Hong Kong Disneyland. HK Disneyland ini juga adalah taman tema kategori begini yang pertama kami kunjungi, jadi perasaannya memanglah sangat hebat pada ketika itu. Tapi selepas berkunjung ke Tokyo Disneyland dan Tokyo Disneysea kemudian, terasa HK Disneyland ini sebenarnya agak 'terkebelakang'.
Suasana Krismas di Hong Kong Disneyland |
Kalau tak berkunjung ke HK Disneyland sekali pun, ada juga beberapa tempat lagi di Hong Kong yang boleh dilawati seperti Victoria Peak, Repulse Bay, Avenue of Stars serta pelabuhan nelayan Aberdeen Harbour. Tetapi kami pernah diberitahu yang Aberdeen Harbour akan ditambak bagi tujuan pembangunan. Jadi mungkin dah tak boleh lagi nak bersampan di Aberdeen Harbour sekarang.
Avenue of Stars |
Repulse Bay |
Sewaktu melawat Hong Kong dengan seorang rakan, Myself juga berkesempatan melawat ke sebuah tempat yang sangat jarang dikunjungi oleh orang Malaysia di Hong Kong ~ Big Buddha di Pulau Lantau. Kalau sesiapa yang berani dan tak gayat, mungkin patut jadikan ini sebagai destinasi lawatan anda kerana ada cable car sepanjang 5.7 km untuk naik ke sini dari Tung Chung. Cable car ini merentas laut dan gunung untuk naik sehingga ke Ngong Ping.
Ngong Ping Cable Car (Gambar dari internet) |
Big Buddha di Ngong Ping |
Shanghai pula adalah kota terbesar di China dan juga yang ketiga terbesar di dunia selepas Tokyo dan New York City. Ia adalah sebuah bandar yang moden tetapi masih mengekalkan beberapa elemen tradisional di sebalik kemewahannya. Seperti juga di kota-kota lain di Tanah Besar China, sukar sikit nak bergerak bersendirian di Shanghai kalau kita tak memahami Bahasa Mandarin.
Shanghai |
Kalau berkunjung ke Shanghai, pastikan juga anda tidak melepaskan peluang untuk melawat ke West Lake di kota Hangzhou yang berhampiran. Kalau boleh, lawat juga ke Song Dynasty Village yang terletak di tepi tasik ini.
Cruise di West Lake |
Song Dynasty Village |
Kalau nak merasakan suasana China yang lebih tradisional pula, mungkin anda boleh menimbangkan percutian ke Guilin yang terletak di selatan China. Pemandangan di sini bergunung-ganang dan penduduknya pula ramai terdiri dari kaum-kaum minoriti seperti Zhuang. Disebabkan kedudukannya yang agak hampir dengan Asia Tenggara, Myself perhatikan budaya penduduk etnik minoriti ini ada sedikit-sedikit macam orang-orang di Asia Tenggara juga.
Pergunungan indah berhampiran Guilin |
Etnik Zhuang di Guilin |
Sun and Moon Pagoda di Guilin |
Last but not least, kami juga berkesempatan melawat ke sebuah wilayah di China yang pernah menjadi jajahan Portugis dulu ~ Macau. Walaupun terletak bersebelahan Hong Kong, suasana di sini sangat berbeza disebabkan pengaruh penjajahan Portugis. Malah Macau sangat menjaga semua warisan tinggalan penjajahan mereka yang menjadikan tempat ini menarik untuk dilawati.
Macau Historic Centre |
St. Paul's Ruins |
A-Ma Temple dengan lantai bercorak ombak di depannya yang merupakan sebahagian warisan Portugis |
Sesuatu yang perlu kita tahu sewaktu melawat ke Macau juga ialah wilayah ini adalah sebuah kawasan perjudian yang penuh dengan kasino. Macam-macam kasino boleh kita lihat di sini ~ dari yang bersaiz kecil sehinggalah cawangan kasino-kasino mewah yang beribu pejabat di Las Vegas sana.
Cawangan Kasino MGM di Macau |
Kisah penuh perjalanan kami ke China boleh dibaca di sini:
Japan
Jepun sangat dekat di hati Myself kerana kita dah 5 kali sampai ke sana, walaupun setiap kali hanya ke Tokyo. Negara ini bukan saja bersih dan advanced, malah cantik dan penuh dengan budaya. Rakyatnya juga sangat berdisiplin dan bersopan santun sehingga menyebabkan kita sentiasa merasa seronok dan selamat setiap kali datang ke sini.
Kyoto |
Sakura yang berkembang indah di Kyoto |
Taman Jepun yang indah di Kiyomizu Temple di Kyoto |
Pengalaman yang sangat Myself hargai sewaktu melawat ke Jepun adalah sewaktu mengikut Hato Bus Tour di Tokyo. Walau cuma sehari banyak yang dilihat dan dipelajari sewaktu mengikut lawatan ini. Kalau ada peluang lain, memang Myself bercita-cita nak mengikut lawatan bas ini sekali lagi nanti.
Meiji Shrine |
Imperial East Garden |
Jepun juga adalah sebuah negara yang berteknologi tinggi. Setiap kali pergi ke sana, ada saja benda baru yang dapat dilihat ~ paling tidak vending machine yang menjual jualan baru. Sesuatu yang Myself perhatikan ialah saintis dan technologist di Jepun macam sentiasa mencari jalan nak menyenangkan kehidupan kita walau dalam aspek sekecil mana sekali pun. Disebabkan rakyatnya yang sangat berdisiplin, tak ada langsung vandalism di negara ini. Letaklah vending machine walau di mana, tak ada pun sesiapa yang gatal tangan nak mengusiknya.
Vending Machine boleh dilihat di mana-mana di Jepun |
Papan elektronik yang menunjukkan kesesakan jalan raya secara real-time |
Tokyo Disneysea |
Dua bandar lain di Jepun yang juga kami kunjungi adalah Kyoto dan Osaka. Kyoto adalah sebuah bandar yang tradisional manakala Osaka pula adalah bandaraya moden yang kedua terbesar di Jepun.
Kiyomizu Temple di Kyoto |
Daerah Shinsaibashi di Osaka |
Kesimpulannya, Jepun sangat menarik untuk dikunjungi pada bila-bila masa. Myself tak kisah untuk datang melawat ke Jepun berkali-kali. Memang banyak tempat menarik dan pengalaman baru yang boleh diperolehi bila berkunjung ke sini. Tapi yang sukar sikit bila melawat ke Jepun ini bagi Myself adalah halangan bahasa dan kos segala benda yang sangat mahal di sana.
Kisah penuh perjalanan kami ke Jepun boleh dibaca di sini:
South Korea
Myself akui tak banyak pengalaman mengenai South Korea kerana Myself cuma pernah melawat ke Seoul, itu pun lebih 10 tahun yang lalu sewaktu Korea Selatan baru diperkenalkan sebagai destinasi percutian kepada rakyat Malaysia.
Seoul |
Dari apa yang Myself lihat, kemajuan teknologi di Korea juga agak hampir kepada Jepun. Budaya Korea juga dikenali oleh rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kepada mereka yang meminati Drama Korea.
Korean Folk Museum |
Kalau berpeluang, South Korea adalah juga negara yang ingin Myself lawati semula. Kalau boleh nak turut melawat ke destinasi lain seperti Jeju, Busan dan DMZ di sempadan Korea Utara - Korea Selatan sana.
Kisah penuh perjalanan Myself ke South Korea boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
- Travel Review 01 - Indonesia (Sumatera Utara & Sumatera Barat)
- Travel Review 02 - Indonesia (Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur)
- Travel Review 03 - Indonesia (Bali & Sulawesi Utara)
- Travel Review 04 - Asia Tenggara (Singapore & Brunei)
- Travel Review 05 - Asia Tenggara (Thailand 1: Southern Thailand & Bangkok)
- Travel Review 06 - Asia Tenggara (Thailand 2: Central Thailand)
- Travel Review 07 - Asia Tenggara (Cambodia & Vietnam Utara)
- Travel Review 08 - Asia Tenggara (Philippines 1: Luzon)
- Travel Review 09 - Asia Tenggara (Philippines 2: Cebu & Bohol)
- Travel Review 10 - In Brief (Asia Tenggara)
- Travel Review 11 - Asia Timur (Japan 1: Nagoya, Tokyo & Yokohama)
- Travel Review 12 - Asia Timur (Japan 2: Mt Fuji, Kyoto & Osaka)
- Travel Review 13 - Asia Timur (China 1: Shanghai, Suzhou & Hangzhou)
- Travel Review 14 - Asia Timur (China 2: Guilin & Yangshuo)
- Travel Review 15 - Asia Timur (China 3: Hong Kong & Macau)
- Travel Review 16 - Asia Timur (South Korea)
- Travel Review 17 - In Brief (Asia Timur)
- Travel Review 18 - Oceania (Australia)
- Travel Review 19 - Oceania (New Zealand)
- Travel Review 20 - In Brief (Oceania)
- Travel Review 21 - Asia Selatan (India 1: Kashmir & Agra)
- Travel Review 22 - Asia Selatan (India 2: Kerala)
- Travel Review 23 - Asia Selatan (Sri Lanka)
- Travel Review 24 - In Brief (Asia Selatan)
- Travel Review 25 - Asia Barat (Arab Saudi 1: Umrah & Haji)
- Travel Review 26 - Asia Barat (Arab Saudi 2: Jeddah, Makkah & Taif)
- Travel Review 27 - Asia Barat (Arab Saudi 3: Madinah & Madain Saleh)
- Travel Review 28 - Asia Barat (Jordan)
- Travel Review 29 - Asia Barat (Kuwait)
- Travel Review 30 - Asia Barat (United Arab Emirates)
- Travel Review 31 - Asia Barat (Turkey 1: Istanbul)
- Travel Review 32 - Asia Barat (Turkey 2: Sanliurfa)
- Travel Review 33 - Afrika Utara (Egypt 1: Cairo)
- Travel Review 34 - Afrika Utara (Egypt 2: Alexandria)
- Travel Review 35 - Afrika Utara (Egypt 3: Sinai & Fayoum)
- Travel Review 36 - In Brief (Timur Tengah)
- Travel Review 37 - Eropah Barat (England)
- Travel Review 38 - Eropah Barat (France & Belgium)
- Travel Review 39 - Eropah Barat (Netherlands)
- Travel Review 40 - Eropah Barat (Germany 1: Cologne, Frankfurt & Black Forest)
- Travel Review 41 - Eropah Barat (Germany 2: Munich, Schwangau & Dachau)
- Travel Review 42 - Eropah Barat (Switzerland)
- Travel Review 43 - In Brief (Eropah Barat)
- Travel Review 44 - Eropah Timur (Czech Republic)
- Travel Review 45 - Eropah Timur (Slovakia)
- Travel Review 46 - Eropah Timur (Hungary)
- Travel Review 47 - Eropah Timur (Austria)
- Travel Review 48 - In Brief (Eropah Timur)
- Travel Review 49 - Travel Wishlist Post Covid-19