Wednesday, 4 May 2016

2016 GUILIN BHG. 01 (KL-HKG-Guilin)

April 2016

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo

Bahagian 1: Departure 
KUALA LUMPUR - HONG KONG - GUILIN

Rancangan pengembaraan ke Guilin bermula selepas kami mengatur perjalanan ke Filipina. Pada mulanya kami merancang untuk berkunjung ke Korea Selatan ataupun Taiwan. Namun kejatuhan matawang Ringgit Malaysia ketika itu membuatkan kami terpaksa menangguhkan hasrat tersebut kerana kos untuk melancong ke kedua-dua negara ini dirasakan amat tinggi.

Disebabkan semangat untuk mengembara sangat kental di hati, China menjadi destinasi pilihan seterusnya kerana kos untuk melancong ke sana hanya separuh dari kos untuk berkunjung ke Korea Selatan ataupun Taiwan. Oleh kerana kami pernah berkunjung ke Shanghai yang terletak di timur negara China satu ketika dulu, kami memilih pula untuk mengembara ke Guilin yang terletak di sebelah selatan negara China.

http://www.chinafacttours.com/images/tour-maps/cft-guilin-tourist-map.jpg
Peta kedudukan Guilin dalam negara China.
Myself akui, tak banyak yang Myself tahu mengenai Guilin sebelum tiba di sini. Dari apa yang Myself baca dari blog-blog mereka yang pernah ke sini, Guilin terkenal dengan keindahan alam semulajadi. Ramai yang memilih mengembara ke Guilin kerana Air Asia mempunyai penerbangan terus ke sana dari Kuala Lumpur. Jadi Myself tak tahu apa nak expect sewaktu memilih untuk datang ke Guilin.

Buat pertama kali, Myself dan Husband memilih untuk mengikut pakej pelancongan berkumpulan anjuran Poto Travel and Tours dalam pengembaraan kali ini. Rombongan ini disertai 24 orang ahli dari seluruh negara.

Mengembara bersama Poto Travel.
Sesetengah orang tak suka mengikut Group Tour sebab beranggapan terikat dengan itinerari dan masa yang ditetapkan. Tapi bagi kami, ia bukanlah satu masalah. Kami dah beberapa kali mengikut pelancongan secara Group Tour yang dianjurkan oleh agensi-agensi pelancongan yang berbeza dan tak pernah menghadapi masalah dengan itinerari yang diatur, termasuklah di dalam pengembaraan kali ini. Sepanjang pengalaman kami, ahli-ahli rombongan juga sentiasa bekerjasama mematuhi waktu yang ditetapkan dan kami memang enjoy berjalan berkumpulan begini.

Pakej perjalanan kami pada kali ini menggunakan penerbangan Cathay Pacific. Oleh kerana Cathay Pacific tidak mempunyai penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Guilin, kami terpaksa transit di Hong Kong.

HARI PERTAMA  (1)

Part 1: Kuala Lumpur - Hong Kong

Penerbangan kami Cathay Pacific CX 720 dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Hong Kong pada pukul 8.55 pagi dan semua peserta pakej diminta berkumpul untuk Group Check-in pada pukul 5.55 pagi. Sekali lagi dengan mengambilkira jarak perjalanan ke Airport dan kemudahan untuk Solat Subuh dengan selesa, perjalanan kami dari rumah terpaksa bermula seawal jam 4.30 pagi.

Seperti biasa, kami menggunakan khidmat Airport Limo untuk ke KLIA. Dulu-dulu, kami sering menggunakan khidmat teksi bandar untuk ke sana. Tapi dari pengalaman yang sudah-sudah, perjalanan ke KLIA dengan teksi bandar ini memang banyak masalah. Pemandunya selalu tiba tak tepat masa dan kenderaan yang digunakan selalu air-condnya tak berfungsi.

Airport Limo dah tiba.
Atas cadangan dari Abang, kami kemudiannya mencuba perkhidmatan Airport Limo. Nyata perkhidmatan mereka sangat bagus. Pemandunya sentiasa tiba tepat pada masa yang diminta dan kenderaan mereka juga sentiasa berkeadaan baik. Maka bermula dari saat itu, kami menjadi pelanggan setia Airport Limo setiap kali kami memerlukan khidmat teksi ke KLIA.

Menggunakan MEX ke KLIA.
Kami tiba di KLIA pada pukul 5.30 pagi. Kalau naik teksi sebelum pukul 6 pagi macam ini, memanglah ada Midnight Charge yang dikenakan. Tapi tak apalah, masukkan saja kosnya sebagai sebahagian dari budget perjalanan. Yang penting, selesa dan selamat sampai ke Airport dan boleh bersolat Subuh dengan selesa di sana.

Suasana awal pagi di KLIA.
Airport masih kurang sibuk ketika ini.
Jadual penerbangan kami, Cathay Pacific CX 720 ke Hong Kong.
Tepat pukul 5.55 pagi, kami bergerak ke Kaunter H di KLIA di mana kami diminta berkumpul. Wakil Poto Travel telah sedia berada di sana untuk menguruskan Group Check-in bagi kami. 

Walaupun ahli-ahli rombongan pertama kali bertemu di sini, bila di akhir perjalanan, memang mesra bila dah saling mengenali. Tak sesiapapun yang menimbulkan masalah dalam perjalanan sehingga menyebabkan percutian ke Guilin ini menjadi memori yang indah di hati kami.

Group Check-in di kaunter Cathay Pacific di KLIA.
Bergambar bersama Tour Leader kami dari Poto Travel, Cik Hidayah.
Sebahagian ahli rombongan kami.
Selepas selesai urusan Check-in, kami pergi bersarapan. Memandangkan hari masih awal pagi ketika itu dan banyak restoran di KLIA masih belum dibuka, kami membuat keputusan untuk bersarapan di restoran Mcdonald's sahaja.

Menuju ke Mcdonald's untuk bersarapan.
Big Breakfast di Mcdonald's.
Selepas bersarapan, kami kembali ke Kaunter H sepertimana yang diarahkan oleh staf Poto Travel untuk mendapatkan Boarding Pass kami. Maklum sajalah, waktu melapor diri yang ditetapkan adalah juga waktu masuk Solat Subuh. Jadi selepas Check-in bagasi, masing-masing bertempiaran mencari surau untuk Solat Subuh. Memandangkan kami telah tiba awal di KLIA tadi, kami sempat menunaikan Solat Subuh sebelum menemui wakil Poto untuk Check-in.

Namun begitu, disebabkan kami mendapat tempat duduk yang bertaburan sewaktu Group Check-in tadi, staf Poto Travel terpaksa menyusun kembali tempat duduk ahli rombongan mengikut keluarga dan kumpulan kecil masing-masing. Setelah semuanya selesai, barulah Boarding Pass masuk diserahkan kepada kami.

Boarding Pass ke Hong Kong.
Dalam Aerotrain menuju ke Gate Perlepasan di KLIA.
Pemandangan awal pagi di KLIA.
Pesawat kami dijadualkan berlepas dari KLIA ke Hong Kong pada pukul 8.55 pagi. Seawal jam 8.15 pagi, semua penumpang dibenarkan masuk ke dalam pesawat.

Beratur masuk ke Pintu Perlepasan.
Panggilan masuk ke dalam pesawat.
Inilah pesawat Cathay Pacific yang membawa kami terbang ke Hong Kong.
Pintu masuk ke pesawat.
Beratur masuk ke dalam pesawat.
Terbang ke Asia's World City bersama Cathay Pacific.
Peramugari Cathay Pacific sedang membantu penumpang meletakkan bagasi ke dalam tempat simpanan di atas.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong memakan masa 3 jam 20 minit. Penerbangan ini menggunakan pesawat wide-body Airbus A330. Walaupun pesawat Cathay Pacific ini milik Hong Kong, kedua-dua kapten pesawat dan pembantu juruterbangnya adalah Orang Putih.

Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong.
Pemandangan dari dalam pesawat.
Membuat persediaan untuk berlepas.
Display pada monitor dalam pesawat ini disediakan dalam dua bahasa: Inggeris dan Cina.
Peramugari Cathay Pacific.
Bergerak keluar menuju ke runway untuk perlepasan.
Ini adalah kali kedua kami menggunakan Cathay Pacific untuk terbang ke Hong Kong. Kali pertama adalah sewaktu percutian ke Hong Kong pada tahun 2008 dulu. Masih ingat lagi yang ketika itu, kami mendapat free upgrade ke Business Class kerana flight overbooked. Berharap-harap jugalah kalau-kalau boleh mendapat free upgrade lagi dalam penerbangan ini. Tapi berangan sajalah kali ini...

Berlepas dari Kuala Lumpur ke Hong Kong
Pemandangan sebaik Cathay Pacific meluncur naik ke udara.
Terbang meninggalkan negara yang tercinta...
Maklumat penerbangan.
Hong Kong dan Kuala Lumpur tidak mempunyai perbezaan waktu.
Cuaca cerah sepanjang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong. Namun begitu, penerbangan kami tetap berdepan dengan beberapa Clear Air Turbulence. Ada satu turbulence tu benar-benar membuatkan Myself rasa macam nak gugur jantung dibuatnya.

Cuaca cerah sepanjang penerbangan.
Walaupun cuaca di luar kelihatan cerah, kami tetap berdepan dengan beberapa Clear Air Turbulence.
Di sinilah berlakunya Air Pocket yang menyebabkan jantung rasa bagai nak gugur.
Sajian penerbangan.
Pilihan Sajian Penerbangan 1: Chicken Sausage and Omelette.
Pilihan Sajian Penerbangan 2: Noodle and Beef.
Melintasi Vietnam menuju ke Hong Kong.
Kumpulan Ah So - Ah So dari China yang kecoh berbual dalam penerbangan.
Pesawat kami tiba di Hong Kong pada pukul 12.40 tengahari, lewat 10 minit berbanding jadual. Oleh kerana cuaca cerah di luar sana, pemandangan Hong Kong dari atas pesawat kelihatan sangat menarik.

Tiba di Hong Kong.
Awan tebal ketika menghampiri Hong Kong.
Bangunan-bangunan pencakar langit muncul dalam pandangan.
Pemandangan Jambatan Tsing Ma dari udara.
Projek tambakan laut.
Membuat pendaratan turun di Hong Kong Airport.
Selamat mendarat di Hong Kong Airport.
Bersiap-sedia untuk keluar dari pesawat.

Part 2: Hong Kong - Guilin 

Persinggahan transit kami di Hong Kong dalam perjalanan ke Guilin adalah 1 jam 30 minit sahaja. Pintu perlepasan untuk pesawat sambungan juga terletak di terminal yang lain. Disebabkan masa transit yang singkat, terpaksalah kami bergegas-gegas ke pintu perlepasan untuk penerbangan sambungan kami.
  
Pesawat Cathay Pacific yang membawa kami dari Kuala Lumpur ke Hong Kong.
Inilah Pilot dan Co-Pilot pesawat kami tadi.
Anak-anak kapal pesawat kami tadi sedang berkumpul untuk taklimat selepas penerbangan. Ketua Peramugari pesawat kami tadi adalah seorang wanita Melayu dari Malaysia.
Tour Leader kami sedang mengagihkan Boarding Pass untuk penerbangan dari Hong Kong ke Guilin.
Boarding Pass dari Hong Kong ke Guilin.
Berjalan menuju ke Gate 503 untuk penerbangan ke Guilin.
Berjalan berkumpulan menuju ke Gate Perlepasan yang seterusnya.
Oleh kerana penerbangan dari Hong Kong ke Guilin dikira sebagai penerbangan domestik, pintu perlepasannya terletak di terminal domestik. Untuk ke sana, ada perkhidmatan bas yang disediakan dari Terminal Utama.

Menuju ke tempat Shuttle Bus untuk ke Terminal Domestik bagi penerbangan ke Guilin.
Perkhidmatan Shuttle Bus dari Terminal Utama ke Terminal Domestik ini disediakan setiap 4 minit.
Pemandangan di dalam Shuttle Bus menuju ke Gate 503.
Melintasi sebuah pesawat Malaysia Airlines dalam perjalanan menuju ke Gate 503.
Tiba di Terminal Domestik.
Pemandangan di Terminal Domestik Hong Kong International Airport.
Penerbangan sambungan kami dari Hong Kong ke Guilin adalah menggunakan Dragonair yang merupakan anak syarikat kepada Cathay Pacific. Nombor pesawat penerbangan kami adalah KA 704.

Beratur untuk masuk ke dalam pesawat.
Petugas-petugas Dragonair memeriksa Boarding Pass penumpang di Pintu Perlepasan.
Berjalan masuk ke dalam pesawat.
Pesawat Dragonair yang membawa kami dari Hong Kong ke Guilin.
Pemandangan di dalam pesawat Dragonair.
Oleh kerana penerbangan dari Hong Kong ke Guilin memakan masa hanya 1 jam 10 minit, pesawat Dragonair yang digunakan adalah pesawat narrow-body Airbus A320 sahaja. Namun, seperti juga pesawat Cathay Pacific dari Kuala Lumpur ke Hong Hong tadi, Pilot dan Co-Pilot pesawat ini adalah Orang Putih.

Sempat berselfie dalam pesawat sebelum berlepas ke Guilin.
Pemandangan sewaktu pesawat Dragonair meninggalkan bangunan terminal untuk berlepas ke Guilin.
Demonstrasi keselamatan oleh anak kapal.
Pemandangan Hong Kong International Airport sewaktu pesawat bergerak menuju ke runway.
Menunggu giliran untuk berlepas.
Sedang pesawat kami menunggu giliran untuk berlepas, terjadi kecemasan apabila seorang ahli rombongan kami diserang mild stroke. Tour Leader kami bertindak pantas memanggil peramugari untuk mendapatkan bantuan. Kapten pesawat kemudiannya membuat pengumuman yang kami akan berpatah balik ke terminal untuk membolehkan ahli rombongan tadi mendapatkan bantuan perubatan. 

Pesawat berpatah balik ke arah terminal bagi membolehkan penumpang yang diserang mild stroke mendapatkan bantuan perubatan.
Pesawat kami sebaliknya diarahkan oleh menara kawalan menuju ke sebuah landasan di tengah lapangan terbang. Di sana, sebuah ambulan dan kakitangan perubatan telah sedia menanti untuk memberikan bantuan. Namun demikian, sepanjang perjalanan sehingga pesawat sampai ke tempat pasukan perubatan menunggu, anak-anak kapal Dragonair bertindak pantas memberi bantuan kecemasan kepada ahli rombongan kami tadi. Memang kagum melihat cara mereka mengendalikan suasana kecemasan ini. Memang jelas yang anak-anak kapal Dragonair ini sangat terlatih mengendalikan suasana seperti ini.

Anak-anak kapal Dragonair sedang memberi bantuan kecemasan.
Ambulan menanti di tepi landasan kapalterbang.
Ahli rombongan kami yang sakit ini dibantu oleh kakitangan perubatan keluar dari pesawat untuk dibawa ke hospital. Isteri beliau turut menemani. Kakitangan airport membantu mengeluarkan bagasi mereka dari pesawat. Tour Leader kami seterusnya menghubungi ibu pejabat Poto Travel di Kuala Lumpur untuk memaklumkan kecemasan yang berlaku.

Disebabkan kecemasan yang terjadi, ahli rombongan tadi dan isterinya tidak dapat menyertai kami ke Guilin. Syukurlah penumpang tadi mempunyai insuran perjalanan. Tour Leader memberitahu kami yang urusan rawatan dan insuran ahli rombongan ini akan diuruskan oleh pejabat Poto Travel di Kuala Lumpur. Maka kami terpaksa meneruskan perjalanan kami ke Guilin dengan kurang 2 orang ahli.

Setelah urusan kecemasan selesai, pesawat kami kembali ke runway untuk menunggu giliran berlepas. Pesawat Dragonair kami akhirnya berlepas ke Guilin pada pukul 3.15 petang, lewat sejam berbanding jadual asal perlepasan pada pukul 2.15 petang.

Menunggu giliran kembali untuk berlepas ke Guilin.
Selamat berlepas ke Guilin pada pukul 3.15 petang.
Terbang ke utara menuju ke Guilin.
Pemandangan jambatan Hong Kong - Macau yang sedang dalam pembinaan.
Penerbangan dari Hong Kong ke Guilin memakan masa 70 minit. Cuaca sepanjang penerbangan sangat baik sehingga pesawat dapat terbang dengan amat lancar sehingga ke sana.

Walaupun cuaca di luar sana berawan, penerbangan dari Hong Kong ke Guilin tenang dan lancar.
Anak-anak kapal menghidangkan sajian penerbangan.
Sajian penerbangan disediakan dalam sebuah beg kertas yang berisi air mineral, sebungkus Biskut Oolong Tea dan sebungkus coklat.
Guilin terkenal dengan keindahan alam semulajadinya dan ini dapat kami perhatikan sejak dari dalam pesawat lagi. Ketika menghampiri Guilin, pemandangan gunung-ganang yang berceracak muncul di celah awan.

Pemandangan gunung-gunung yang berceracak di bawah sana menandakan kita dah hampir tiba di Guilin.
Kawasan pertanian berhampiran Guilin.
Keindahan pemandangan di Guilin semakin menyerlah sekarang.
Pemandangan sawah padi semakin jelas kelihatan sewaktu pesawat membuat pendaratan turun.
Guilin Liangjiang International Airport.
Selamat mendarat di Guilin.
Bangunan terminal Airport di Guilin.
Kami selamat tiba di Guilin pada pukul 4.30 petang. Guilin, Hong Kong dan Kuala Lumpur tidak mempunyai sebarang perbezaan waktu. Guilin berada di penghujung musim bunga ketika itu. Walaupun waktu terbenam mataharinya sama seperti di Semenanjung Malaysia, waktu matahari terbitnya awal sejam ~ sama seperti waktu terbit matahari di negeri Sabah.

Pesawat Dragonair yang membawa kami terbang dari Hong Kong ke Guilin.
Berjalan menuju ke pemeriksaan passport.
Laluan khas untuk pengunjung yang tiba dari Hong Kong dan Macau.
Oleh kerana kami masuk ke China secara berkumpulan, kami tidak memerlukan visa individu. Hanya Group Visa sahaja diperlukan dan semuanya diurus oleh Poto Travel.

Menuju ke tempat pengambilan bagasi.
Tempat bagasi di Guilin Airport.
Bergambar kenangan setelah tiba di Guilin.
Tour Guide menunggu di Guilin Airport.


Bersambung ke Bahagian 2...



CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):