Mac 2010
SOUTH KOREA
Seoul & Gangwon-do
Bahagian 1: Gangwon-do
WOLMIDO ISLAND, NAMI ISLAND, CHUNCHEON CITY & PHOENIX SKI RESORT
Pada penghujung musim dingin yang sama sekembali dari Shanghai, Myself berpeluang mengembara lagi. Destinasi kali ini adalah Korea Selatan bersama keluarga Abang. Husband malangnya, tak dapat turut bersama dalam percutian ini.
Rombongan kali ini agak besar dengan jumlah ahli 35 orang. Namun demikian, setiap ahli memberikan kerjasama yang baik sehingga menjadikan percutian ini amat menggembirakan.
HARI PERTAMA
Part 1: Perjalanan ke Seoul
Penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Seoul membuat persinggahan di Kota Kinabalu selepas terbang selama 2.5 jam. MAS turut membuat pertukaran krew di sini.
Penumpang yang ingin berbuat demikian, dibenarkan turun berehat seketika di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Tapi disebabkan ketika itu lewat malam dan ada di antara anak-anak Abang sedang tidur, kami membuat keputusan untuk menunggu sahaja di dalam pesawat.
|
Nyenyak tidur dalam pesawat sewaktu persinggahan di Kota Kinabalu. |
Selepas bertukar krew dan menambah penumpang, pesawat kami meneruskan penerbangan selama 5 jam lagi ke Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Korea Selatan.
|
Peta Korea Selatan. Perjalanan kami bermula di Seoul dan seterusnya ke Wilayah Gangwon yang terletak bersebelahan dengan Seoul di bahagian timur. |
|
Tiba di Incheon. Abang sibuk memberi arahan kepada anak-anak supaya memakai jaket memandangkan cuaca di luar sangat sejuk. |
|
Tiba di Incheon International Airport, Seoul |
Tour Guide kami di Korea bernama Hae-Min. Agen pelancongan di Korea telah mengaturkan supaya selain Tour Guide, rombongan kami juga turut diiringi oleh seorang jurugambar profesional yang sentiasa merakamkan detik-detik percutian ini.
|
Menunggu kedatangan Tour Guide di Lapangan Terbang Incheon. Jurugambar telah sedia menanti. |
|
Menunggu ketibaan Hae-Min yang terlewat tiba di Airport. |
|
Empat beradik di Incheon Airport |
|
Menunggu bas di Incheon Airport |
HARI KEDUA
Part 2: Wolmido Island
Setelah Hae-Min tiba, kami terus menaiki bas menuju ke Wolmido Island.
|
Peta menunjukkan kedudukan bandaraya Seoul, Incheon dan Pulau Wolmido. |
|
Incheon Bridge yang dibina merentasi Laut Kuning. |
|
Bas menaiki feri ke Wolmido Island |
|
Pemandangan dari dalam feri menuju ke Wolmido Island |
|
Pemandangan sewaktu feri berlepas ke Wolmido Island |
|
Dalam feri ke Wolmido Island |
|
Feri yang berulang-alik ke Wolmido Island |
Sewaktu di atas feri, burung-burung seagulls terbang mengelilingi feri kami.
|
Seagulls mengelilingi feri |
Untuk menambahkan keseronokan, Hae-Min membekalkan beberapa paket prawn crackers untuk diberi ahli rombongan kepada burung. Cepat sekali mereka menyambar prawn crackers ini dari tangan kita!
|
Bagi Seagulls makan prawn crackers |
|
Tiba di Pulau Wolmido |
Pulau Wolmido sebenarnya bukan lagi sebuah pulau. Ini adalah kerana projek tambakan laut telah menyambungkan pulau ini dengan tanah besar Korea. Oleh itu, sebaik tiba di Wolmido bas kami kembali ke Incheon melalui laluan darat.
|
Kembali ke Incheon |
Part 3: Nami Island
Selepas di Wolmido, kami menaiki satu feri lagi ke Nami Island. Kalau dilihat dalam peta, lokasi pulau kecil ini adalah terletak di kawasan Chuncheon di Wilayah Gangwondo. Berbeza dengan Wolmido, kali ini bas terpaksa parking di tanah besar dan tak dapat mengikut sekali ke Nami Island.
|
Tempat letak kenderaan ke Nami Island. |
|
Menara untuk membuat Bungy Jump di tempat letak kereta Nami Island. |
|
Bergambar kenangan di Jeti menuju ke Nami Island |
|
Rombongan kami berjalan ke jeti untuk menaiki feri ke Nami Island. |
|
Jeti ke Nami Island |
|
Atas feri ke Nami Island |
Pemandangan di Pulau Nami cantik sekali. Kerana itulah pulau ini dipilih menjadi lokasi penggambaran drama Korea yang terkenal "Winter Sonata". Myself pernah menonton drama ni, ceritanya amat sedih dan menyentuh perasaan.
|
Tiba di Nami Island |
|
Keindahan Nami Island |
|
Lagi pemandangan indah di Nami Island |
|
Di sinilah penggambaran drama "Winter Sonata" dilakukan. |
|
Bergambar kenangan bersama Yu-Jin dan Jun-Sang. |
Bulan Mac adalah penghujung musim dingin. Jadi salji telah mula cair. Namun di sana-sini di Pulau Nami, masih terdapat timbunan-timbunan salji. Ia cukup membuatkan orang yang tak pernah tengok salji macam Myself menjadi sangat excited.
|
Timbunan salji di Pulau Nami. |
Percaya tak ada sebuah restoran halal di Pulau Nami? Di sinilah kami makan tengahari.
|
Restoran halal di Pulau Nami. Nampak tak signboard halal dekat payung hijau tu? |
|
Ramai sungguh pengunjung di restoran ni. |
Di sinilah kami mencuba sejenis makanan tradisional Korea yang dinamakan Nasi Goncang (namanya dalam Bahasa Korea ialah Dosirak).
|
Nasi Goncang dihidang dalam bekas besi seperti ini. |
|
Kemudian bekas ditutup dan digoncang kuat-kuat untuk mencampurkan nasi dengan kuah dan telur separuh masak. Inilah hasilnya. |
|
Berbasikal di Nami Island |
|
Kedai cenderamata di Nami Island |
|
Rumah jerami tradisional di Nami Island |
|
Satu lagi lokasi penggambaran drama Winter Sonata di Nami Island |
|
Ukiran kayu tradisional di Nami Island |
|
Ketika ini penghujung Winter di Korea. Bunga-bunga sedang mula mekar di sini. |
|
Feri untuk kembali ke tanah besar. |
|
Dalam feri kembali ke tanah besar dari Nami Island. |
Part 4: Chuncheon City
Dari Nami Island, kami bergerak ke Chuncheon City.
|
Pemandangan dari dalam bas dari Nami Island menuju ke Chuncheon City. |
|
Pemandangan dalam perjalanan ke Chuncheon. |
|
Perkampungan Korea yang dilalui dalam perjalanan menuju ke Chuncheon City. |
|
Pemandangan sewaktu tiba di Chuncheon City. |
|
Chuncheon City |
MYEONGDONG FASHION STREET
Tempat tujuan kami di Chuncheon City ialah Myeongdong Fashion Street. Selain tempat membeli-belah, Myeongdong Fashion Street adalah juga lokasi penggambaran drama "Winter Sonata".
|
Pemandangan di Chuncheon City berhampiran Myeongdong Fashion Street. |
Dalam drama Winter Sonata, Jun-Sang dan Yu-Jin berjanji untuk bertemu di Myeongdong Fashion Street pada satu malam di musim winter. Malangnya, Jun-Sang tak muncul-muncul menyebabkan Yu-Jin menjadi marah.
Rupa-rupanya, Jun-Sang terlibat dalam kemalangan jalan raya dan hilang ingatan. Ingatan Jun-Sang hanya pulih sewaktu melihat salji turun di Myeongdong Fashion Street ini 10 tahun kemudian. Tengoklah drama ni, pasti menitik air mata.
|
Myeongdong Fashion Street, Chuncheon City |
|
Di sinilah ingatan Jun-Sang kembali pulih selepas hilang ingatan selama 10 tahun dalam drama Winter Sonata. |
|
Bergambar lagi dengan Jun-Sang dan Yu-Jin di Myeongdong Fashion Street, Chuncheon City. |
Part 5: Mushroom Steamboat Dinner
Malam itu, kami bermalam di sebuah Ski Resort di Myeonon. Sebelum sampai ke sana, kami singgah di sebuah restoran untuk makan malam.
|
Pemandangan Ski Slope yang masih diliputi salji di Myeonon. |
|
Restoran Makan Malam Mushroom Steamboat |
|
Menikmati keenakan Mushroom Steamboat |
|
Pemilik restoran ini amat baik hati menyediakan tempat untuk kami bersolat. |
Jika
berkunjung ke Korea pada musim sejuk, sudah pasti salji yang dicari.
Oleh itu, kami dibawa bermalam di Phoenix Ski Resort yang terletak di
Myeonon.
|
Lokasi Phoenix Ski Resort. |
Sebelum ke sana, Hae-Min membawa kami singgah di sebuah kedai untuk menyewa baju sejuk. Peralatan ski juga turut disediakan di sini. Namun demikian, atas dasar kebersihan, sarung tangan tidak disewa dan terpaksa dibeli.
HARI KETIGA (1)
Part 6: Phoenix Ski Resort
Kami tiba di Phoenix Ski Resort pada sebelah malam.
|
Pemandangan di Phoenix Ski Resort pada waktu malam. |
Terdapat pelbagai jenis bilik penginapan di Phoenix Ski Resort. Kami diberikan bilik penginapan bercirikan tradisional Korea.
|
Bilik penginapan bercirikan tradisional Korea di Phoenix Ski Resort. Tiada katil disediakan, cuma tilam yang dibentang di atas lantai, seperti waktu melawat Jepun dulu. |
|
Walaupun tiada katil disediakan untuk tidur, perabot-perabot moden yang lain disediakan di dalam bilik penginapan. |
Walau cuaca di luar sejuk dan bersalji, bilik penginapan ini amat selesa kerana lantainya dilengkapi pemanas elektrik. Kalau di rumah tradisional Korea, lantai dipanaskan dengan stim dari pembakaran kayu api. Lantai panas ini dinamakan Ondol dalam Bahasa Korea.
Bila bangun pagi pada keesokan harinya, sudah pasti kami terus menjenguk di luar tingkap. Terbentanglah pemandangan indah ski slope di luar sana.
|
Pemandangan ski slope dari tingkap bilik penginapan |
|
Chairlift ke puncak gunung tidak berfungsi kerana musim bermain ski telah tamat |
|
Kereta kabel (yang dinamakan Gondola) juga tidak berfungsi |
|
Pemandangan pagi Phoenix Ski Resort dari bilik penginapan. |
Sarapan pagi halal disediakan khas oleh pihak Resort untuk kami.
|
Lobi Phoenix Ski Resort |
|
Bergambar
di luar bangunan penginapan kami, Blue Condo di Phoenix Ski Resort
sementara menunggu semua ahli-ahli rombongan berkumpul untuk sarapan
pagi. |
|
Pemandangan sebahagian Phoenix Ski Resort dari luar bangunan kediaman kami. |
|
Berjalan ke Dewan Makan di Phoenix Ski Resort |
|
Ahli-ahli rombongan sedang bersarapan. |
Selepas sarapan, bermulalah acara yang dinantikan semua - bermain salji. Phoenix Ski Resort ni amat besar, jadi pengangkutan bas terpaksa digunakan untuk membawa kami ke tempat tujuan.
|
Menunggu bas untuk ke tempat bermain salji |
|
Tempat menyewa peralatan ski bagi yang ingin berbuat demikian. |
|
Tempat kami bermain salji di kaki gunung Phoenix Ski Resort |
|
Excited gila melihat salji di depan mata. |
|
Sebelum salji mencair, ia bertukar menjadi ais. Oleh itu, permukaan tanah menjadi sangat licin. |
|
Berjalan dengan penuh berhati-hati untuk mendapatkan salji di sebelah sana. Ramai ahli rombongan yang terjatuh sewaktu melintasi permukaan ais ini, termasuk Myself. |
|
Eskimo Style |
Tengah
seronok menikmati salji, tiba-tiba ternampak Gondola bergerak. Hae-Min
juga kehairanan kerana dia telah dimaklumkan oleh pihak Resort yang
Gondola tidak berfungsi kerana musim main ski telah tamat.
|
Hairan melihat gondola yang tiba-tiba bergerak di Phoenix Ski Resort. |
Rupa-rupanya
Gondola digerakkan atas ihsan Phoenix Ski Resort kerana ketika itu
terdapat 2 kumpulan besar pelancong dari Asia Tenggara yang tak pernah
melihat salji di tempat masing-masing. Satu kumpulan datang dari
Thailand dan satu lagi dari Malaysia (kamilah tu!!)
Apa lagi, dengan tidak membuang masa, kami berkejar ke stesen Gondola untuk menyertai kumpulan dari Thailand yang dah bergerak lebih awal.
|
Kumpulan pelancong dari Thailand sedang beratur menaiki Gondola |
|
Gondola ke puncak gunung di Phoenix Ski Resort |
|
Bergambar dalam Gondola |
|
Pemandangan dari dalam Gondola |
Di puncak gunung, salji lebih lebat. Apa lagi, makin hebatlah orang-orang Malaysia bermain salji.
|
Bermain salji di puncak Gunung |
|
Anak-anak saudara sedang bermain baling-baling salji |
|
Bergambar dengan Snowman. Snowman tu orang lain yang buat, kita tumpang bergambar je. |
|
Kenangan bersama Kakak Ipar dan Anak Saudara di puncak gunung di Phoenix Ski Resort. |
Memang sah Gondola tu dibuka hanya untuk kami. Selepas semua orang selamat turun ke bawah, operasi Gondola diberhentikan oleh pihak Resort.
|
Menaiki gondola untuk turun kembali ke kaki gunung |
|
Mesin salji di Phoenix Ski Resort |
|
Kembali ke bilik untuk bersiap-siap meninggalkan Phoenix Ski Resort. |
|
Masih sempat bergambar dengan Won Bin, hero drama Autumn In My Heart yang penggambarannya dibuat di Phoenix Ski Resort. |
Disebabkan
Myself tak memakai kasut yang sesuai, kaki menjadi basah diresap air.
Maklumlah, salji tu kan sejenis air juga. Nasib baiklah ada Ondol kat lantai bilik. Sekejap saja, kasut dah kembali kering.
|
Ahli-ahli rombongan sedang menunggu bas untuk meninggalkan Phoenix Ski Resort. |
Part 7: Traditional Korean Lunch
Selepas meninggalkan Phoenix Ski Resort, kami juga meninggalkan bandar Myeonon. Persinggahan terahir di Myeonon adalah makan tengahari secara Traditional Korean Lunch.
|
Restoran Makan Tengahari di Myeonon |
|
Makanan tengahari vegetarian dihidangkan secara tradisional Korea. Dalam setiap hidangan, pasti terdapat hidangan Kimchi. |
|
Menunggu bas di luar restoran selepas makan tengahari. |
Bersambung ke Bahagian 2...
CATATAN PERJALANAN SOUTH KOREA (2011):