September 2021
Travel Review 32: Asia Barat
TURKEY (Sanliurfa)
Sewaktu di Turki, Myself dan Husband telah berkesempatan melawat ke Sanliurfa, sebuah bandar di tenggara Turki yang bersempadan dengan Syria. Bandar ini terletak 1,282 km dari Istanbul.
|
Peta Turkey yang menunjukkan kedudukan Sanliurfa dari Istanbul |
Kota Sanliurfa sangat istimewa kerana di sinilah letaknya Tamadun Babylon dan Mesopotamia yang sangat terkenal itu. Ia juga istimewa kepada umat Islam kerana di sinilah dipercayai Nabi Ibrahim AS telah berdakwah kepada Raja Namrud pada zaman dahulu. Dakwah Nabi Ibrahim telah ditolak oleh Namrud sehingga menyebabkan beliau menjatuhkan hukuman supaya Nabi Ibrahim AS dibakar hidup-hidup seperti yang diceritakan di dalam kitab suci Al Quran.
Mengatur Lawatan Ke Sanliurfa
Bila difikirkan semula, memang banyak cabaran sebenarnya yang perlu kami hadapi untuk sampai ke Sanliurfa. Bila kami berpeluang pergi ke Turki, melawat ke Sanliurfa memang menjadi satu cita-cita kami kerana kami nak melawat Jejak Nabi Ibrahim di sana. Walau bagaimanapun, laluan untuk kami sampai ke sana bukanlah mudah kerana tidak seperti sekarang, tak ada travel agent di Malaysia ketika itu yang menawarkan itinerari lawatan ke Sanliurfa. Kami pula bukan pengembara backpackers yang bersedia nak mengambil risiko membuat perjalanan sendiri ke sana dari Istanbul.
Entah bagaimana pada suatu malam yang indah sewaktu Myself sedang surfing di internet, timbul pulak pop-up iklan dari sebuah agensi pelancongan di Turkey yang menawarkan perjalanan secara Day Trip dari Istanbul ke kawasan arkeologi Gobekli Tepe yang terletak berhampiran Sanliurfa. Myself pun saja-sajalah memberanikan diri menghantar e-mail kepada company ini untuk bertanya sama ada mereka mempunyai pakej lawatan ke Sanliurfa. Wakil company memberitahu mereka tidak mempunyai pakej lawatan ke Sanliurfa tetapi mereka boleh mengaturkan satu private trip untuk kami ke sana.
Caj yang dikenakan kepada kami untuk membuat Day Trip dari Istanbul ke Sanliurfa adalah USD 500 (RM 1,300) seorang ketika itu. Ia termasuk tiket kapal terbang pergi-balik dan lawatan semasa di Sanliurfa. Memang kami rasa caj yang dikenakan sangat mahal tetapi bila memikirkan inilah satu-satunya cara untuk kami melawat ke Sanliurfa, kami bersetuju dengan tawaran ini. Timbul pulak masalah bila Travel Agent ini meminta kami menentukan sendiri tempat yang hendak dilawat di Sanliurfa. Bila dicari di internet, memang tak banyak maklumat tentang tempat yang boleh dilawat di sana. Travel Agent ini pun macam tak boleh nak advice tentang tempat-tempat yang menarik di Sanliurfa. Kita pulak cuma tahu yang Sanliurfa adalah tempat sejarah Nabi Ibrahim. Apa tempat sejarah sebenar Nabi Ibrahim yang ada di Sanliurfa, memang kami tak tahu.
Tapi syukurlah kerana Nabi Ibrahim bukan sahaja Nabi yang dikasihi dan dihormati oleh Umat Islam. Baginda juga dikasihi dan dihormati oleh Orang Yahudi. Myself kemudiannya terbaca blog seorang wanita Yahudi dari Amerika yang membuat Spiritual Journey ke Sanliurfa. Dari blog beliaulah, Myself mendapat ilham dan panduan tentang tempat-tempat sebenar yang boleh kami lawati di Sanliurfa.
Bila niat kita murni, Allah SWT akan membantu kita. Bila tiba di Sanliurfa pula, kami bertemu dengan Tourist Guide kami yang bernama Abdul Baki. Bila Abdul Baki menyedari yang hasrat kami datang ke Sanliurfa adalah untuk melawat jejak Nabi, dia secara sukarela membawa kami melawat bukan saja jejak Nabi Ibrahim, bahkan jejak Nabi Ayub yang juga berada di kawasan itu. Begitulah sebenarnya bagaimana kami mengatur perjalanan kami melawat ke Sanliurfa.
Terbang Ke Sanliurfa
Perjalanan kami ke Sanliurfa adalah menggunakan penerbangan domestik Turkish Airline yang berlepas dari Ataturk Airport di Istanbul. Penerbangan ke sana mengambil masa 1 jam 30 minit. Banyak juga pemandangan menarik yang dapat dilihat dari dalam pesawat sewaktu di perjalanan. Antaranya termasuklah Laut Hitam, tasik garam yang dinamakan Lake Tuz, Sungai Euphrates dan Empangan Ataturk.
|
Laut Hitam |
|
Lake Tuz (Tasik Garam) |
|
Sungai Euphrates |
|
Empangan Ataturk |
Sanliurfa adalah sebuah bandar yang penuh dengan sejarah Nabi-Nabi tetapi tidak begitu terkenal sebagai destinasi pelancongan di Turki. Ia mungkin begitu kerana sejarah Nabi-Nabi di sini tidak diiktiraf dalam agama Kristian.
|
Sanliurfa |
|
Peninggalan kediaman purba di Sanliurfa |
|
Shopping Mall moden di Sanliurfa |
Walaupun dikelilingi pergunungan batu yang gersang, tanah di sekitar Sanliurfa sangat subur. Ia adalah hasil pengairan dari Empangan Ataturk.
|
Kawasan pertanian yang subur di sekitar Harran |
Harran
Tempat pertama yang kami lawati di Sanliurfa adalah perkampungan Harran. Di sini kami melawat tapak bekas universiti Islam yang pertama. Walaupun cuma tinggal runtuhan, di sinilah pelbagai ilmu berkaitan dengan agama Islam seperti Astronomi dicipta. Ilmu Astronomi sangat penting dalam agama Islam kerana ia berkait dengan penentuan waktu solat serta permulaan dan pengakhiran puasa di bulan Ramadan.
|
Runtuhan First Islamic University di Harran |
Kawasan Harran juga dipercayai pernah menjadi tempat tinggal Nabi Ibrahim AS bersama isterinya Siti Sarah dan anak mereka Nabi Ishak AS sebelum mereka berhijrah ke Syria. Di kawasan ini ada banyak rumah Beehive tradisional yang dibina dari campuran tanah liat dan jerami gandum. Binaan rumah ini sangat mengkagumkan kerana ia menyejukkan suasana di dalam musim panas dan menahan haba keluar pada musim sejuk.
|
Rumah-rumah Beehive di Harran |
|
Suasana di dalam Rumah Beehive |
Eyyup Peygamber
Sewaktu kembali ke Sanliurfa dari Harran, Tourist Guide kami yang bernama Abdul Baki membawa kami membuat persinggahan di kawasan kediaman Nabi Ayub AS di sebuah kawasan yang bernama Eyyup Peygamber. Kawasan ini kini telah dibina sebuah masjid untuk memperingati sejarah baginda.
|
Masjid Nabi Ayub di Eyyup Peygamber |
Sewaktu Nabi Ayub diuji dengan penyakit kulit, dia telah mengasingkan diri untuk tinggal di sebuah gua. Gua ini dilindungi oleh sebuah bangunan yang dibina di atasnya sekarang.
|
Bangunan yang dibina di atas gua kediaman Nabi Ayub di Eyyup Peygamber |
|
Pintu masuk sebenar ke Gua Nabi Ayub di dalam bangunan |
Berkat kesabaran Nabi Ayub, baginda akhirnya diberi kesembuhan oleh Allah SWT dengan minum dan mandi menggunakan air dari sebuah perigi berhampiran. Perigi ini kini telah ditutup oleh Kerajaan Turki atas sebab-sebab keselamatan. Air dari perigi ini yang dipercayai oleh penduduk tempatan sebagai penawar kepada pelbagai penyakit telah disalurkan ke dalam paip untuk kemudahan pengunjung.
|
Perigi Nabi Ayub yang telah ditutup atas sebab-sebab keselamatan |
|
Paip yang disediakan untuk meminum air dari Perigi Nabi Ayub |
Balikli Gol
Kemudian barulah kami dibawa menyusuri kesan sejarah peninggalan Nabi Ibrahim AS. Ia terletak di sebuah kawasan di bandar Sanliurfa yang bernama Balikli Gol. Di sinilah letaknya sebuah tasik yang dipercayai sebagai tapak unggun api yang disediakan dan dinyalakan oleh Raja Namrud untuk membakar Nabi Ibrahim AS. Api yang marak menyala itu dikatakan telah bertukar menjadi air yang sejuk dan selamat ke atas Nabi Ibrahim AS atas perintah Allah SWT sewaktu Nabi Ibrahim dibaling ke dalamnya. Air inilah yang kemudiannya menjadi Tasik Balikli Gol. Atas kehendak Allah SWT, bara-bara dari unggun api ini bertukar menjadi ikan yang masih menghuni tasik ini sehingga sekarang. Kerana itulah tasik ini kini dinamakan sebagai Balikli Gol yang bermaksud Fish Lake.
|
Pintu masuk ke Tasik Balikli Gol |
|
Tasik Balikli Gol |
|
Pemandangan lebih dekat Tasik Balikli Gol yang merupakan bekas unggun api yang dinyalakan untuk membakar Nabi Ibrahim AS pada masa dahulu
|
|
Ikan yang menghuni tasik Balikli Gol dikatakan berasal dari bara api pembakaran Nabi Ibrahim AS |
|
Dari kedua tiang di atas bukit sanalah Nabi Ibrahim AS dikatakan telah diikat dan dilastik (catapult) masuk ke dalam unggun api oleh tentera-tentera Raja Namrud. |
Tidak jauh dari tasik Balikli Gol, kami tunjukkan pula Tasik Aynzeliha (Air Mata Zeliha) yang dinamakan sempena seorang anak perempuan Raja Namrud yang bernama Zeliha. Zeliha beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS. Bila dia membantah perbuatan ayahnya menghukum untuk membakar Nabi Ibrahim, dia turut ditolak oleh ayahnya masuk ke dalam unggun api yang marak membakar. Namun disebabkan Zeliha tidak mempunyai hubungan muhrim dengan Nabi Ibrahim, bahagian tasik Balikli Gol di tempat Zeliha terjatuh terpecah menjadi tasik yang berasingan. Tasik yang terpecah inilah yang kemudiannya dinamakan sebagai Aynzeliha.
|
Tasik Aynzeliha |
Di Balikli Gol juga kita boleh melawat ke gua tempat kelahiran Nabi Ibrahim AS yang dinamakan Mevlid-i-Halil. Di gua inilah Nabi Ibrahim dilahirkan oleh ibunya yang bernama Nuna. Nuna terpaksa menyembunyikan kehamilan dan kelahiran Nabi Ibrahim kerana ketika itu Raja Namrud telah memerintahkan supaya semua bayi lelaki yang dilahirkan dibunuh kerana dia telah bermimpi akan ada seorang anak lelaki yang baru lahir yang akan mengalahkannya.
|
Bangunan yang menempatkan Gua Kelahiran Nabi Ibrahim AS |
|
Pintu masuk ke Gua Kelahiran Nabi Ibrahim yang diasingkan untuk pengunjung lelaki dan wanita. |
Nabi Ibrahim AS membesar seorang diri di dalam gua ini dengan begitu cepat. Dia dikatakan membesar pada kadar setahun setiap bulan yang berlalu. Bila kelaparan pula, dia akan menghisap susu dari ibu jarinya sendiri. Ada juga riwayat yang mengatakan seekor ibu rusa turut datang ke gua ini untuk menyusu baginda atas perintah Allah SWT. Selepas 15 bulan, Nabi Ibrahim AS telah pun menjadi seorang anak remaja yang berusia 15 tahun lalu dibawa keluar dari gua ini oleh ibu dan bapanya. Bila melihat ke dalam gua ini, kita dapat membayangkan mukjizat yang diberi kepada Nabi Ibrahim ini sewaktu dia masih kecil lagi.
|
Pemandangan ke dalam Gua Kelahiran Nabi Ibrahim |
|
Ruang solat untuk wanita di dalam gua |
Sebelum meninggalkan Sanliurfa, kami sempat berkunjung ke Urfa Bazaar. Tidak seperti Grand Bazaar di Istanbul, Urfa Bazaar di Sanliurfa sangat tradisional. Memang seronok berkunjung ke sini melihat pelbagai barangan yang dijual.
|
Pintu masuk ke Urfa Bazaar |
|
Suasana di dalam Urfa Bazaar |
|
Rempah-ratus yang dijual di dalam Urfa Bazaar |
|
Seni pertukangan tradisional |
Kisah penuh perjalanan kami ke Sanliurfa, Turkey boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
Masyallahhh.. banyaknya tpt dah dijelajahi.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki dari Allah.
DeleteSalam.Seronok baca Catatan puan. Saya bercdg nak melawat Sanliurfa. Setelah Google utk mencari maklumat jumpa blog puan. Setelah baca Catatan puan ziarah urfa saya dapati puan daytrip shj di Urfa dan hanya 5 jam tour shj bermula 11.30 pg hingga 4.30 ptg. Betul kn kalau saya silap.
ReplyDeleteBoleh bagi contact tour guide di Urfa. Saya dn rakan bercdg nak ziarah bulan March 2022 in sha Allah.
Tk sekali lg.
Terima kasih. Betul kami cuma buat Daytrip dari Istanbul ke Sanliurfa dulu naik flight Turksih Airlines. Pergi pagi dan balik petang. Dulu kami guna khidmat travel agent di Turkey yang dapat dari Google. Tak simpan contact details dan tak tahu sama ada company ini masih beroperasi atau tidak sekarang.
ReplyDeleteTk banyak2. Rasanya dah cukup maklumat dlm blog puan. Dlm masa 5 jam puan dapat ziarah bnyk tempat. Saya bercdg nak tidur di Urfa. Jadi saya ada bnyk masa utk jelajah urfa. Selepas tu saya akan ke Tarsus, kena balik Istanbul atau Ankara utk ke Adana, aitport terdekat dgn Tarsus.
Delete