Monday, 23 November 2009

2009 SHANGHAI BHG. 01

November 2009

EASTERN CHINA 
Shanghai, Suzhou & Hangzhou 

Bahagian 1: Suzhou
SUZHOU, LION GROVE GARDEN & SILK FACTORY NO. 1

Lawatan sebenar yang pertama ke Negara China adalah ke Shanghai bersama Husband dan Kakak sekeluarga. Lawatan juga turut disertai oleh seorang lagi anak saudara (anak perempuan Abang). Inilah percutian yang pertama mengikut rombongan yang diatur oleh Apple Holidays.

HARI PERTAMA

Part 1:  Suzhou

Penerbangan Malaysia dari KLIA ke Pudong Airport di Shanghai berlepas sangat lewat malam sehingga menyebabkan anak bongsu Kakak tertidur dan terpaksa diangkat masuk ke dalam kapalterbang.

Kami tiba di Shanghai pada awal pagi keesokan harinya. Tiada perbezaan waktu di antara Shanghai dan Kuala Lumpur, jadi taklah sukar menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.

Tiba di Pudong Airport, Shanghai.
Sewaktu kami tiba, Shanghai sedang berada di penghujung musim luruh dan menghampiri musim sejuk. Suhu di luar airport juga sangat sejuk.

Seronok tiba di China.
Menunggu bas di luar Pudong International Airport, Shanghai
Kami kemudiannya dibawa terus ke bandar Suzhou yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Shanghai.

Pemandangan lebuhraya di antara Shanghai dan Suzhou. Cuaca muram sepanjang perjalanan kerana ketika itu penghujung musim luruh dan musim dingin semakin hampir.
Pemandangan musim luruh berhampiran bandar Suzhou
Plaza Tol di Suzhou
Impression pertama dilihat di Suzhou ialah betapa ramainya penunggang motorsikal dan basikal di sini.

Pasar di bandar Suzhou
Penunggang motorsikal di Suzhou
Persimpangan jalan di Suzhou.

Part 2: Hotel Xiangxuehai

Tiba di Suzhou, kami terus berehat di Hotel Xiangxuehai. Translation dalam Bahasa Inggerisnya bermaksud Snowy Sea Hotel.

Hotel Xiangxuehai di Suzhou
Bergambar di depan Hotel Xiangxuehai
Menunggu pendaftaran masuk di lobi Hotel Xiangxuehai
Hotel Xiangxuehai terletak di tengah-tengah bandar Suzhou. Memang diakui, Myself tak tahu tentang kewujudan bandar ini sebelum sampai ke sini.

Pemandangan Bandar Suzhou dari pintu masuk ke Hotel Xiangxuehai
Lorong khas untuk penunggang basikal di depan hotel.
Balai Polis di Suzhou

Part 3: Beijiang Restaurant

Tiba tengahari, kami dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran di bandar Suzhou yang bernama Beijiang Restaurant.

Beijiang Restaurant di Suzhou
Hotel Sheraton Tower yang terletak bertentangan dengan Beijiang Restaurant
Pemandangan keseluruhan Hotel Sheraton Tower yang dibina mengikut senibina tradisional China.
Cuba menjadi naga di China .. Tak nampak pun asap keluar dari mulut tu..
Pemandangan di hadapan Beijiang Restaurant
Di dalam Beijiang Restaurant.
Disebabkan di Suzhou tak banyak restoran Muslim, makan malam pada hari itu juga disediakan di restoran ini.

Beijiang Restaurant di waktu malam.

Part 4: Masjid Suzhou

Selepas makan tengahari, kami dibawa ke Masjid Suzhou. Memandangkan kami telah bersolat sewaktu di hotel, kami melawat sajalah ke masjid ini.


Pemandangan di dalam Masjid Suzhou
Imam Masjid Suzhou (seorang rakyat China) sedang bersolat.
Pemandangan di luar Masjid Suzhou
Masjid ini terletak di kawasan komersil Suzhou.

Part 5: Suzhou Grand Canal

Suzhou adalah bandar penginapan Marco Polo sewaktu dalam pengembaraan beliau ke Negara China. Menurut Tourist Guide kami yang bernama Alan, Marco Polo cukup seronok tinggal di sini kerana Bandar Suzhou mempunyai banyak terusan, sama seperti kampung halaman beliau di Venice, Itali.

Terusan di Bandar Suzhou yang mengingatkan Marco Polo kepada kampung halamannya di Venice.
Satu lagi pemandangan terusan di Bandar Suzhou
Terusan di Suzhou ini bersambung dengan laluan air ke Beijing dan pada masa dahulu, ia digunakan oleh Maharaja China sekiranya ingin berkunjung ke Suzhou.

Part 6: Lion Grove Garden

Kami kemudiannya melawat Lion Grove Garden, rumah keluarga arkitek I.M. Pei yang terkenal dengan rekaan piramid di Muzium Louvre, Paris.


Berkunjung ke rumah keluarga I.M.Pei, Lion Grove di Suzhou
Pokok yang tinggi inilah Pokok Gingko
Ukiran dewa di bumbung rumah.
Ruang tamu di Lion Grove
Mencari posisi terbaik untuk bergambar di taman Lion Grove.
Pose menarik di taman depan bangunan utama Lion Grove
Taman di Lion Grove dipenuhi batu-batuan berukir yang cantik
Taman Lion Grove juga dihiasi dengan sebuah tasik
Tempat parking bas di Lion Grove Garden, Suzhou.

Part 7: Shopping Street

Kami kemudiannya singgah di sebuah Shopping Street di Suzhou. Di sinilah Myself menyedari betapa slim sekali perempuan di China.

Segalanya bermula bila Myself berhajat nak membeli sehelai winter coat yang cukup smart. Namun malang sekali, saiz paling besar yang ada pun tak muat, padahal kita pakai baju saiz M je kat Malaysia!

Shopping Street di Suzhou di mana hasrat nak membeli winter coat tak kesampaian sebab tak ada saiz.

HARI KEDUA

Program lawatan Hari Kedua adalah menuju ke Hangzhou. Namun sebelum meninggalkan Suzhou, rombongan kami dibawa dulu melawat ke Kilang Sutera.

Bersiap-sedia menuju ke Hangzhou selepas bersarapan di Hotel Xiangxuehai.
Bergambar kenangan dengan bas kami di depan Hotel Xiangxuehai.

Part 8: Silk Factory No.1

Menjadi satu kemestian bagi pengunjung ke Negara China untuk melawat kilang sutera. Sewaktu di Suzhou, kami juga berkunjung ke sebuah kilang sutera milik Kerajaan yang bernama Silk Factory No.1 pada hari kedua kami di Suzhou.

Silk Factory No.1 di Suzhou
Pokok Mulberry yang ditanam berhampiran Silk Factory No.1 untuk makanan ulat sutera.
Ini Jessica, local tour guide kami di Suzhou. Husband suka mengajuk Jessica sebab setiap kali dia mengajak kami ke mana-mana, dia suka berkata, "Follow Jessica!"
Alat tenunan sutera tradisional yang dipamerkan di Silk Factory No.1
Kepompong ulat sutera yang dikutip untuk menghasilkan benang sutera
Ulat sutera sedang diberi makan daun Mulberry.
Kepompong ulat sutera
Kepompong sutera dimasak bagi mematikan ulat untuk memudahkan benang sutera dikutip.
Proses memasak untuk mematikan ulat sutera
Proses tenunan kain sutera secara moden.
Ulat sutera yang telah mati. Kulit tangan makcik pekerja ni cukup lembut sebab dia sentiasa berendam dalam air protein yang dihasilkan oleh ulat sutera.
Demonstrasi kekuatan kain sutera. Tarik beramai-ramai tetap tak terkoyak.
Jessica dan pekerja kilang sutera menunjukkan bagaimana kain sutera digunakan sebagai salah satu lapisan jaket kalis peluru. Disebabkan kekuatannya, peluru tak dapat menembusi kain sutera.
Sutera dari China dijual di seluruh dunia di bawah jenama Choyers. Sebelum meninggalkan kilang sutera, kami sempat menyaksikan pertunjukan fesyen dan juga membeli-belah barangan sutera.

Fashion Show di Kilang Sutera
Antara produk sutera yang dihasilkan di Silk Factory No.1.

Part 9: Hangzhou

Selepas melawat Kilang Sutera, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hangzhou yang terletak kira-kira 2.5 jam perjalanan dengan bas dari Suzhou.


Dalam perjalanan menuju ke Hangzhou
Tiba di Hangzhou
Pemandangan di bandaraya Hangzhou
Peta kedudukan Shanghai, Suzhou dan Hangzhou di China

Part 10: Muslim Restaurant, Hangzhou 

Setibanya di Hangzhou, destinasi yang pertama dilawati adalah Muslim Restaurant untuk makan tengahari. Kami diberitahu, bilangan penganut Islam di Hangzhou lebih ramai dari di Suzhou. Oleh yang demikian, ada beberapa restoran Halal yang terdapat di bandar ini.

Makan tengahari kami disediakan di sebuah Muslim Restaurant di Hangzhou. Tak tahu nama sebenar restoran ni sebab namanya ditulis dalam Bahasa Cina.


Restoran Muslim tempat kami makan tengahari di Hangzhou
Pemandangan di dalam restoran
Lorong basikal di depan restoran


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN (EASTERN CHINA) 2009: