Oktober 2021
Travel Review 37 - Eropah Barat
ENGLAND (Manchester, Liverpool & London)
England adalah negara Eropah pertama yang pernah Myself kunjungi. Perjalanan pertama ke England pada tahun 1996 adalah sebenarnya untuk menemani parents menghadiri majlis konvokesyen Adik di University of Salford berhampiran bandaraya Manchester. Memang excited sewaktu Emak mencadangkan kita ikut bersama ke England sebagai chaperon walaupun habis duit simpanan kita ketika itu kerana membuat trip ini. Ketika itu kami terbang ke England menggunakan penerbangan Singapore Airlines. Memandangkan kita masih muda belia, penerbangan selama 14 jam dari Singapore - Paris - Manchester macam tak menjadi hal langsung kepada kita. Tak adalah nak merasa claustrophobic atau sakit-sakit badan macam sekarang kalau naik flight lama-lama.
|
Peta United Kingdom |
Manchester & Sekitar
Sewaktu kami tiba di Manchester pada tahun 1996, ada kejadian pengeboman oleh Irish Republican Army (IRA) yang baru sangat berlaku ketika itu. Oleh yang demikian, pusat bandar Manchester ditutup kepada pengunjung. Makanya tak dapatlah kami nak bersiar-siar sangat di Manchester. Sebaliknya kami lebih banyak menghabiskan masa di sekitar kawasan rumah kediaman Adik di Salford.
|
Salford. Walaupun bandarnya kecil, ada banyak pub di sini. |
|
Victoria & Albert Memorial di University of Salford |
|
Kenangan di Majlis Konvokesyen Adik |
Disebabkan pusat bandar Manchester ditutup ketika itu, kami berkunjung ke Liverpool yang berhampiran.
|
Liverpool |
|
Albert Dock di Liverpool |
|
Peta UK terapung di Albert Dock, Liverpool |
Disebabkan arwah Ayah adalah peminat kelab bolasepak Manchester United, Adik juga membawa kami melawat ke Stadium Old Trafford. Rasa menyesal pulak tak ambil gambar banyak-banyak masa itu. Maklum sajalah pada tahun 1996 seperti ketika itu, kamera digital belum ada lagi. Terasa mahal juga kos untuk membeli filem dan mencuci gambar banyak-banyak kat kedai masa itu.
Lake District
Sebuah tempat menarik berdekatan Manchester yang sempat kami lawati adalah Lake District. Ia adalah sebuah Taman Negara di Northwest England. Tapi bila disebut Taman Negara, janganlah bayangkan kawasan ini penuh dengan hutan macam taman negara di Malaysia. Lake District National Park sebaliknya penuh dengan tasik dan ladang-ladang ternakan.
|
Lancaster Service Area dalam perjalanan ke Lake District |
|
Ladang-ladang ternakan di Lake District National Park |
Bandar persinggahan kami ketika itu adalah Bowness-on-Windermere yang terletak di pinggir Tasik Windermere. Disebabkan ketika itu musim panas, banyaklah pemandangan Mat Salleh yang baring-baring dan duduk berjemur di tengah padang.
|
Bowness-on-Windermere |
Aktiviti yang sangat menarik di Bowness-on-Windermere adalah menaiki cruise dan memberi makan swan di tepi Tasik Windermere.
|
Jeti di Bowness-on-Windermere |
|
Bot cruise di Tasik Windermere |
|
Bergambar dengan swan di tepi Tasik Windermere |
Rasa rindu pulak kepada Lake District sewaktu menulis review ini. Insyaallah, kalau Allah izinkan, rasa ingin terbang lagi ke England melawat semula ke Lake District lagi.
|
Windermere juga adalah sebuah bandar yang cantik di pinggir Tasik Windermere
|
London
Myself telah berkesempatan berkunjung ke ibu kota England dan United Kingdom, London sebanyak 2 kali. Kali pertama adalah side trip sewaktu menghadiri konvokesyen Adik di Salford dan kali kedua adalah 19 tahun kemudian pada tahun 2015 sewaktu mengikut satu Group Tour ke Western Europe. Sewaktu kali pertama berkunjung ke London, kami menaiki keretapi Intercity British Rail dari Manchester Piccadilly Station ke London Euston Station. Atas saranan Adik, kami membeli tiket First Class kerana haiwan peliharaan seperti anjing tidak dibenarkan masuk ke gerabak First Class. Jadi bolehlah kita duduk dengan selesa dalam tren.
|
Gerabak keretapi First Class Intercity British Rail dari Manchester ke London |
|
Pemandangan dalam perjalanan dengan keretapi dari Manchester ke London |
Pada lawatan pertama ke London, kami cuma sempat mengelilingi kota London dengan bas Hop-On Hop-Off sahaja. Lawatan kedua ke London pula lebih menggembirakan kerana lebih banyak tempat dapat dikunjungi.
|
Regent Street |
|
Menara Big Ben dan Bangunan British Parliament |
|
Whitehall |
|
Tower Bridge |
|
Pemandangan Sungai Thames dari atas London Bridge |
|
London Eye |
|
Westminster Abbey |
|
Marble Arch |
Myself juga seronok kerana kami berpeluang melihat perarakan Changing of the Guards di hadapan Buckingham Palace. Kagum melihat kuda-kuda yang terlibat dengan Changing of the Guards ini menari.
|
Patung Singa di kaki Nelson Column |
|
Primark adalah gedung membeli-belah yang sangat popular di kalangan shoppers dari Malaysia di Oxford Street |
|
Suasana malam di Oxford Street |
|
Perhiasan Krismas yang dipasang pada gedung-gedung di Oxford Street sangat mengkagumkan di malam hari |
|
Harrods |
Kisah penuh perjalanan kami ke England boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
No comments:
New comments are not allowed.