Februari 2021
Travel Review 04: Asia Tenggara
SINGAPORE & BRUNEI
Selepas Indonesia, kita review pula Travel yang pernah kita buat ke dua buah negara kecil di Asia Tenggara: Singapore dan Brunei. Singapore terletak di selatan Semenanjung Malaysia manakala Brunei pula terletak di Pulau Borneo sana.
|
Peta Asean yang menunjukkan kedudukan Singapore dan Brunei |
Kedua-dua negara ini kecil tapi sangat kaya. Matawang keduanya juga setara menyebabkan Dollar Singapura boleh digunakan di Brunei. Myself ada terbaca yang Brunei Dollar juga diterima pakai di Singapura, tapi tak tahulah kepastiannya sebab tak pernah mengalaminya. Menggunakan Singapore Dollar sewaktu membeli-belah di Brunei pernahlah Myself alami.
Singapore
Waktu sekolah rendah dulu, Myself selalu mengikut keluarga besar ke Singapore. Kami buat rombongan berkonvoi kereta ramai-ramai ke sana untuk shopping. Pada masa itu Singapore terkenal sebagai tempat untuk membeli kain dan laici dalam tin yang murah. Dan tempat tumpuan untuk membeli-belah adalah Orchard Road dan Geylang. Tapi waktu itu, pemandangan di Orchard Road memang jauh berbeza dengan sekarang. Destinasi yang boleh dikatakan wajib dilawati ketika itu adalah Zoo Singapore, Haw Par Villa (ada lagi ke tempat ini sekarang?) dan naik cable car ke Pulau Sentosa.
Fast forward ke depan, selepas lebih 20 tahun barulah kita berpeluang melawat kembali ke Singapore. Disebabkan kita pun hampir dah tak ingat langsung macam mana rupa Singapore yang selalu kita lawati dulu, maka anggaplah lawatan pada tahun 2011 dulu sebagai lawatan Myself yang pertama ke Singapore.
|
Singapore |
Myself ke sana dengan menumpang kereta Abang selepas kami menghadiri satu majlis perkahwinan keluarga di Johor Bahru. Pada tahun berikutnya (2012), Myself sekali lagi berkunjung ke sana dengan Husband dan anak-anak saudara serta adik tiri yang kesemuanya budak-budak di bawah umur.
|
Menyeberang Tambak Johor menuju ke Singapura dalam lawatan pertama |
|
Naik flight Air Asia dari KL ke Singapore dalam lawatan kedua |
Dalam Lawatan Pertama, kami sempat berkunjung ke Singapore Zoo yang merupakan antara zoo yang terbaik di dunia. Myself akui memang enjoy melawat ke zoo ini berbanding Zoo Negara di Kuala Lumpur.
|
Pemandangan di Singapore Zoo |
|
Orang Utan di Zoo Singapura |
Dalam lawatan kedua pula, kami berkesempatan membuat City Tour dengan menggunakan Duck Tour dan juga Bas Hop-On Hop-Off.
|
Singapore Duck Tour |
|
Singapore Flyer |
|
Merlion |
|
Little India di Singapura |
Dalam kedua-dua lawatan, kami melawat ke taman tema Universal Studios. Paling istimewa, kami adalah antara orang yang paling awal mencuba ride Transformers di USS ini kerana ia baru dibuka 3 hari sewaktu lawatan pertama kami ke sana.
|
Universal Studios Singapore |
|
Aksi beratur menunggu giliran naik Transformers |
|
Barisan pengunjung yang menunggu giliran nak naik Transformers di belakang kami |
|
Kenangan dengan Charlie Chaplin di USS |
Demikianlah sedikit kenangan sewaktu melawat ke Singapore. Tak banyak sebenarnya tempat yang kami lawati di Singapore kerana kami tak stay lama di sana.
Kisah penuh perjalanan kami di Singapore boleh dibaca di sini:
Brunei
Kalau Singapore Myself rasa terlalu refined, Brunei pula terlalu sepi. Maklumlah, kita kan orang yang suka tempat-tempat happening. Walau tak happening sekali pun, dua kali juga kami sampai ke Brunei. Kali pertama cuma berdua dan kali kedua bersama rombongan besar Family Trip. Kedua-dua lawatan hanya berkisar di sekitar Bandar Seri Begawan.
|
Peta Brunei |
Brunei adalah sebuah negara yang diperintah oleh seorang Sultan dan mengamalkan Hukum Syariah. Memang mengkagumkan kerana amalan Hukum Syariah ini menyebabkan Brunei menjadi sebuah negara yang aman dan hampir tiada langsung kadar jenayah.
|
Royal Regalia Museum yang menyimpan pelbagai alat kebesaran Kesultanan Brunei |
|
Kampung Ayer |
|
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien |
|
Pintu masuk ke kediaman rasmi Sultan Brunei yang dinamakan Istana Nurul Iman |
|
Potret keluarga di depan Masjid Sultan Hassanal Bolkiah |
Kami juga dibawa melawat ke shopping mall dan pasar dalam lawatan kami ke Brunei. Disebabkan penduduknya tidak ramai, shopping mall nya juga tak besar. Pasar malam dan pasar tradisionalnya juga memang tak berbeza dengan apa yang ada di Malaysia.
|
Shopping Centre yang dinamakan sebagai Kompleks Yayasan. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien dapat dilihat dengan jelas dari kompleks ini. |
|
Gadong Mall |
|
Pasar Malam Gadong |
|
Tamu Kianggeh |
Dalam kedua-dua lawatan ke Brunei, kami berkesempatan berkunjung ke sebuah hotel mewah yang bernama Empire Hotel & Country Club. Malah dalam kunjungan pertama, kami dapat menginap di hotel ini. Disebabkan ingin berkongsi pengalaman kemewahan yang pernah kami alami, kami turut mengatur lawatan ke hotel ini sewaktu lawatan kedua bersama ahli keluarga.
Hotel ini sangat mewah dan penuh dengan hiasan yang bersalut emas. Tapi kami rasa kemewahannya kini dah berkurangan sikit berbanding sewaktu kami menginap di sana dulu. Pemandangan landskapnya juga indah dan terjaga rapi. Lokasi hotel ini berhampiran Laut China Selatan turut menambah kepada keindahannya.
|
The Empire Hotel & Country Club |
|
Lobi hotel yang serba mewah |
|
Pemandangan kolam renang di Empire Hotel & Country Club |
|
Kolam renang hotel ini terletak di tepi laut. Tiupan bayu dari laut di sini sangat menyegarkan. |
|
Beach Pool |
Pada mulanya, Myself dan Husband merancang nak membawa keluarga melawat ke kawasan minyak di Seria. Namun hasrat ini tidak kesampaian kerana kekangan masa dan kos. Bagi menggantikan lawatan ke Seria ini, kami cuma berkunjung ke beberapa tempat menarik di sekitar Jerudong.
|
Jerudong Park |
|
Royal Brunei Golf & Country Club |
|
Kuda-kuda Polo milik Sultan Brunei |
Selain itu, kami juga berkesempatan berkunjung ke beberapa buah pantai di Brunei. Pantai-pantainya kecil dan sempit dan seperti juga di kebanyakan tempat lain di Brunei, ia sangat sepi.
|
Pantai Jerudong |
|
Pantai Tungku |
Kisah penuh perjalanan kami di Brunei Darussalam boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
No comments:
New comments are not allowed.