Ogos 2021
Travel Review 29: Asia Barat
KUWAIT (Kuwait City)
Kuwait adalah sebuah negara istimewa di Asia Barat yang pernah kami lawati. Myself pasti memang tak ramai orang Malaysia yang pernah ataupun teringin nak melawat ke Kuwait. Kalau ada pun mungkin untuk tujuan bekerja atau menyambung pelajaran di sana saja.
|
Kuwait |
Kedatangan kami ke Kuwait juga bukanlah sesuatu yang dirancang. Ia adalah sebenarnya atas jemputan dari seorang kawan Husband yang bertugas sebagai diplomat Malaysia di sana.
Walaupun negaranya kecil, Kuwait sangat kaya dengan hasil minyak. Jadi tidak hairanlah kalau matawangnya yang dinamakan Kuwait Dinar (KD) mempunyai nilai pertukaran yang paling tinggi di dunia. Sewaktu kami di sana nilai pertukaran matawangnya adalah KD 1 = USD 3.50 = RM 14. Memang sedih sewaktu menukar matawang Ringgit kita kepada Kuwait Dinar. Walau berkepuk duit Ringgit yang diberi, yang didapat cuma beberapa keping duit Dinar. Jangankan orang Malaysia, orang US pun mesti rasa nak menangis bila menukar USD mereka kepada Kuwait Dinar.
|
Matawang Kuwait Dinar yang merupakan matawang yang tertinggi di dunia |
Tapi dari pengamatan kami, walaupun nilai matawangnya tinggi, harga barang-barang di Kuwait agak setanding dengan harga di Malaysia. Kalau Barang X berharga RM 100 di Malaysia, harga barang yang serupa di Kuwait juga adalah KD 7 (lebih kurang RM 100) sahaja. Disebabkan nilai matawangnya yang tinggi, ada wang kertas yang bernilai 1/4 dan 1/2 Dinar di Kuwait.
Kuwait City
Jauh perjalanan, banyak pemandangan. Itulah yang Myself dan Husband rasakan sewaktu kami melawat ke Kuwait. Walau terletak di tengah padang pasir, ibu negara Kuwait yang bernama Kuwait City sangat hijau.
|
Pemandangan di Kuwait City yang penuh dengan pokok dan suasana kehijauan walau terletak di tengah padang pasir. |
|
Persisiran pantai Arabian Gulf di Kuwait City |
Orang Kuwait juga cukup sukakan barbecue. Berkumpul sambil membakar barbecue adalah favourite pastime mereka sehingga Kerajaan Kuwait terpaksa membuat peraturan tentang tempat-tempat di mana barbecue dibenarkan untuk mengelakkan gangguan awam. Sewaktu kami melawat ke sebuah taman awam yang bernama Green Island di Kuwait City yang merupakan salah sebuah tempat di mana barbecue ini dibenarkan, memang melekat bau asap barbecue pada pakaian kerana ramai sungguh Orang Kuwait yang membakar barbecue di situ.
|
Orang Kuwait berbarbecue di taman |
Mereka juga cukup suka pada bot dan laut. Walaupun rumah mereka terletak di tengah bandar, ada banyak pemandangan bot yang sedang parking di depan rumah.
|
Bot-bot mewah di Kuwait City |
|
Pemandangan kereta menarik bot di tengah bandar juga biasa dilihat di Kuwait City. |
Tidak seperti kebanyakan negara lain, Kuwait seolah-olah tidak mempromosikan negaranya sebagai destinasi pelancongan. Ini mungkin disebabkan negara ini sangat kaya dengan hasil minyak dan tidak memerlukan pelancongan sebagai satu sumber pendapatan. Namun ini tidaklah bermakna tak ada tempat menarik untuk dikunjungi pelancong di Kuwait. Umpamanya Kuwait City mempunyai beberapa muzium menarik yang pada pandangan kami memang bertaraf world class.
|
Tareq Rajab Museum |
|
Tareq Rajab Museum memaparkan koleksi kebudayaan Islam dari seluruh dunia. |
|
Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy |
|
Koleksi kain penutup Kaabah di Tareq Rajab Museum of Islamic Calligraphy |
|
Bait Al Othman Museum |
|
Bait Al Othman Museum memaparkan pameran kehidupan rakyat dan negara Kuwait dengan cara yang sangat menarik. |
Kuwait adalah sebenarnya sebuah negara padang pasir yang tandus. Oleh yang demikian, air sangat berharga di sini. Menara-menara tangki air turut menjadi pemandangan yang menarik di Kuwait City.
|
Tangki Air Mushroom Towers |
|
Bergaya Tourist di depan Kuwait Towers. Salah sebuah menara ini juga digunakan sebagai tangki untuk simpanan air. |
Pada Hari Kedua kami di Kuwait, kami mengikut kawan Husband ke Radisson Blu Hotel di Kuwait City kerana dia nak menyertai Fun Run di sana. Selain merupakan sebuah hotel mewah, Hotel Radisson Blu Kuwait City juga menarik untuk dilawati kerana di perkarangan hotel ini ada dibina model kapal Baghlah dan replika sebuah kota lama Kuwait yang lengkap dengan meriam. Di samping itu, ada juga sebuah Marine Museum yang mempamerkan model-model kapal tradisional Kuwait. Sambil rakan Husband menyertai Fun Run, kami mengambil kesempatan exploring ke semua tarikan ini.
|
Hotel Radisson Blu di Kuwait City |
|
Senibina Hotel Radisson Blu yang berbentuk seperti kapal |
|
Kapal Baghlah Al Hashemi Dhow yang dijadikan Convention Centre di Radisson Blu Hotel |
|
Replika kubu pertahanan lama yang dibina di Hotel Radisson Blu |
|
Pemandangan replika kota pertahanan yang menghadap ke Kuwait Marine Museum |
|
Pemandangan di dalam Kuwait Marine Museum |
|
Kapal Al Mohammedi Dhow di Radisson Blu Hotel ini pula berfungsi sebagai sebuah restoran steak dan makanan laut |
|
Fun Run di Hotel Radisson Blu |
Mirror House juga adalah sebuah tarikan unik di Kuwait City. Ia adalah sebenarnya sebuah rumah persendirian yang dihiasi dengan kepingan-kepingan kaca di luar dan di dalamnya. Walaupun menjadi tarikan yang popular di Kuwait City, kita perlu membuat appointment dengan pemiliknya untuk membuat lawatan ke Mirror House.
|
Mirror House |
|
Lawatan ke Mirror House cuma boleh dibuat melalui appointment |
|
Pemilik Mirror House, Lidia Al Qattan yang sebenarnya berasal dari Italy. |
|
Suasana di dalam Mirror House |
Seperti juga kotaraya lain di dunia, Kuwait turut mempunyai beberapa buah shopping mall moden yang menarik. Antara yang sempat kami lawati adalah Marina Mall dan Souq Sharq. Di tepi Souq Sharq ada sebuah pasar ikan yang juga menarik untuk dilawati.
|
Marina Mall |
|
Souq Al Sharq |
|
Pasar Ikan berhampiran Souq Al Sharq |
Kalau inginkan suasana pasar Arab yang lebih tradisional, kita boleh berkunjung ke Souq Al Mubarakiya.
|
Souq Al Mubarakiya yang masih mengekalkan ciri-ciri Pasar Arab Tradisional |
Al Shaheed Park
Al Shaheed Park di tengah bandaraya Kuwait City juga tidak boleh dilepaskan jika anda berpeluang berkunjung ke Kuwait. Seperti juga di ceruk pelusuk bandaraya Kuwait City yang lain, anda pasti kagum dengan kehijauan di taman ini.
|
Al Shaheed Park dengan pemandangan berlatar belakangkan Kuwait City |
|
Kehijauan di Al Shaheed Park |
Taman ini dinamakan Al Shaheed bagi memperingati rakyat Kuwait yang mati syahid sewaktu pendudukan Tentera Iraq di Kuwait dalam Perang Teluk pada tahun 1990 dulu. Memang sayu melihat tembok peringatan yang didirikan di taman ini untuk mengenang kesemua mereka yang terbunuh ketika itu.
|
Tembok Peringatan untuk rakyat-rakyat Kuwait yang terkorban sewaktu pendudukan Tentera Iraq dalam Perang Teluk di Kuwait |
|
Pada tembok ini tertera doa untuk kesemua rakyat Kuwait yang terkorban di dalam Perang Teluk: Rahmat Allah Ke Atas Para Syahid Kuwait Dan Berbahagialah Di Syurga-Nya |
Pemandangan malam di Al Shaheed Park juga sangat mengkagumkan. Sangat terserlah kekayaan Kuwait bila kita melihat bangunan-bangunan di sekitar Al Shaheed Park disirami lampu-lampu yang mewah dan indah.
|
Pemandangan malam Kuwait City dari Al Shaheed Park |
|
Pemandangan malam Al Tijaria Tower yang merupakan salah sebuah bangunan yang tertinggi di Kuwait.
|
|
Musical Fountain di Al Shaheed Park |
Al Qurain Martyr Museum
Al Qurain Martyr Museum yang terletak kira-kira 40 minit perjalanan berkereta dari Kuwait City adalah tempatnya jika anda ingin melihat kesan Perang Teluk ke atas rakyat biasa Kuwait secara first hand. Muzium ini pada asalnya adalah sebuah rumah kediaman seorang ahli Kumpulan Al Messilah yang dibentuk oleh sekumpulan rakyat biasa Kuwait untuk menentang penaklukan Iraq ke atas negara mereka. Myself juga sangat recommend untuk anda melawat ke sini sekiranya berkesempatan melawat ke Kuwait.
|
Al Qurain Martyr Museum |
|
Kenderaan yang dipamerkan di depan Al Qurain Martyr Museum ini adalah kenderaan perisik Tentera Iraq yang menemui kumpulan ini dalam Perang Teluk. |
Rumah ini telah diserang tanpa henti oleh Tentera Iraq pimpinan Saddam Hussein bermula dari jam 8 pagi sehingga 6 petang pada 24 Februari 1991 sehingga menyebabkan 12 orang anggota Kumpulan Al Messilah terbunuh. Hanya 2 orang sahaja anggota Al Messilah yang Allah takdirkan terselamat dalam serangan ini untuk membolehkan mereka menceritakan tentang serangan yang berlaku.
Fakta yang juga sangat menyedihkan dalam serangan ini ialah Perang Teluk kemudiannya telah diisytiharkan tamat bila Tentera Iraq menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu yang dipimpin oleh Amerika Syarikat betul-betul pada keesokan harinya, 25 Februari 1991. Malah Jeneral Tentera Bersekutu dari Amerika Syarikat yang telah datang melawat ke rumah ini tidak dapat menahan diri dari menitiskan air mata. Menurut Jeneral ini, jika mereka menang sedikit lebih awal, mungkin kesemua anggota Al Messilah ini masih hidup.
|
Pemandangan ke dalam Al Qurain Martyr Museum |
|
Tak ada satu pun dinding di dalam bangunan ini yang tidak mempunyai kesan tembakan dan percikan darah dalam pertempuran yang berlaku. |
Pejuang-pejuang Al Messilah dianggap mati Syahid oleh Kerajaan dan rakyat Kuwait kerana mereka berjuang mempertahankan negara mereka. Kami juga merasakan mereka memang benar-benar mati Syahid kerana perasaan kita menjadi sangat sayu sewaktu melawat ke sini walaupun kita tidak mengenali dan tidak tahu langsung mengenai kumpulan ini sebelum itu.
|
Kerosakan teruk rumah ini yang dialami selepas dibedil oleh kereta kebal Iraq. |
|
Kereta kebal Iraq yang membedil rumah Kumpulan Al Messilah ini |
Kisah penuh perjalanan kami di Kuwait boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
No comments:
New comments are not allowed.