Friday, 27 August 2021

2021 TRAVEL REVIEW 31 - ASIA BARAT (TURKEY 1: ISTANBUL)

Ogos 2021

Travel Review 31 - Asia Barat
TURKEY (Istanbul)

Perjalanan kami ke Turkey bukanlah sebuah percutian yang dirancang. Ia sebenarnya terjadi bila Myself terpilih untuk berkursus selama 2 minggu di Istanbul. Bila dah terpilih begitu, kita ajaklah Husband ikut sekali. Bila dah sampai ke Istanbul, kita pun cari-carilah kesempatan untuk explore habis-habisan kota ini sambil berkursus. Bak kata pepatah ~ sambil menyelam minum air. Begitulah sebenarnya kisah perjalanan kami di Turkey.

Peta Turkey
Istanbul sangat istimewa di hati kami. Disebabkan kami berpeluang tinggal di Istanbul selama 12 hari, memang banyak tempat menarik yang sempat kami lawati di sana termasuk yang jarang dikunjungi oleh pelancong biasa.

Istanbul New City

Sewaktu di Istanbul kami menginap di Hotel Hilton Bosphorus yang merupakan Hotel Hilton yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat. Ia terletak di sebatang jalan yang sibuk di Istanbul yang bernama Cumhuriyet Caddesi (Republic Street).

Hotel Hilton Istanbul Bosphorus
 Pemandangan Selat Bosphorus dari Hotel Hilton Istanbul Bosphorus
 Cumhuriyet Caddesi
 Pemandangan kafe-kafe yang membarisi Cumhuriyet Caddesi
Di penghujung jalan ini, tidak begitu jauh dari hotel penginapan kami adalah Taksim Square yang terkenal dengan sebatang jalan tempat membeli-belah yang popular di Istanbul yang bernama Istiklal Street.

Taksim Square
 Republic Monument yang dibina di Taksim Square untuk memperingati Bapa Kemerdekaan Turki, Mustafa Kemal Ataturk
 Restoran-restoran di sekitar Taksim Square
 Permulaan Istiklal Street berhampiran Taksim Square
Selain terkenal sebagai tempat membeli-belah, Istiklal Street juga bersejarah. Ada banyak bangunan lama di sini dan di sini jugalah letaknya sebuah menara pemerhati kebakaran lama yang dinamakan Galata Tower.

 Gereja Roman Katholik Saint Antoine Church di Istiklal Street
 Derwish Museum
Galata Tower
 Tram merah yang bersejarah di Istiklal Street
 Gezi Park berhampiran Taksim Square
Jika anda pernah melawat ke Istanbul, Myself pasti yang anda juga mesti perasan yang Istanbul merupakan syurga bagi kucing-kucing liar. Ada banyak kucing liar di tepi-tepi jalan di Istanbul dan kesemuanya cantik dan gemuk-gemuk belaka kerana mereka tidak pernah kelaparan. Walau ke mana anda pergi di Istanbul pasti anda pernah melihat bekas-bekas makanan kucing yang diletakkan di sana-sini.

Kucing liar yang manja di Istanbul
 Kucing-kucing liar di Istanbul gemuk dan cantik
Ramai penduduk Istanbul yang bermurah hati memberi makan kepada kucing-kucing liar
Pelbagai generasi kucing liar yang tinggal di sebuah taman di Istanbul
 Anjing juga banyak dilihat di Istanbul tetapi tidak seperti kucing, mereka selalunya mempunyai tuan.

Military Museum

Istanbul yang merupakan kota terbesar di negara Turkey adalah sebuah kota yang bersejarah. Sebelum dinamakan Istanbul (evolusi dari nama Islambol yang diberi oleh Tentera Islam yang menawan kota ini dari Tentera Kristian Byzantine), ia dikenali sebagai Constantinople (sempena nama Raja Kristian Byzantine ketika itu yang bernama Constantine). Pameran menarik mengenai sejarah penaklukan Istanbul oleh Tentera Islam Ottoman dari Tentera Kristian Byzantine ini dapat dilihat di Military Museum di Istanbul.

Military Museum di Istanbul
 Gambaran peperangan untuk menakluk Istanbul yang sangat hidup di dalam Military Museum
 Penakluk Istanbul, Sultan Mehmet II yang kehebatannya telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam sebuah Hadis, lama sebelum kemunculan sebenarnya.
Di muzium ini juga, kita boleh menyaksikan persembahan band tentera Ottoman yang dinamakan Mehter Concert. Pasukan band tentera yang dinamakan Mehter ini ditubuhkan oleh Kerajaan Ottoman untuk memainkan muzik dan gendang perang bagi menaikkan semangat tentera Islam yang berperang menentang tentera Roman Byzantine dulu. Walaupun kini hanya sekadar persembahan, memang meremang bulu roma bila kita menyaksikan tentera Islam yang gagah berani ini melangkah sambil melaungkan Allahu Akbar serta bermain muzik dan gendang perang. Band tentera yang sangat berjaya ini kemudiannya telah ditiru oleh Raja Perancis Napoleon Bonaparte dan raja-raja lain di Eropah.

Tentera Mehter di Military Museum
Persembahan Mehter Concert

Sultanahmet

Istanbul adalah sebuah kota unik kerana bandarnya dibina merentasi 2 buah benua: Eropah dan Asia. Kedua-dua benua ini kini telah disambungkan oleh beberapa buah jambatan dan jambatan yang paling terkenal ialah Bosphorus Bridge.

Bosphorus Bridge
Digelar Rom Timur sewaktu di zaman kegemilangannya, Istanbul juga dibina di atas 7 buah bukit seperti kota Rom lama di Itali. Kota Lama Istanbul terletak di sebelah Eropah, di seberang Selat Golden Horn kalau kita datang dari kawasan Taksim di New City. Kawasan ini kini dinamakan sebagai Sultanahmet. 

Arah ke kawasan bersejarah Sultanahmet
 Hentian Tram di Sultanahmet
Di sinilah letaknya berbagai tarikan yang popular di Istanbul seperti Hagia Sophia, Blue Mosque dan Topkapi Palace. Setiap tarikan ini mempunyai sejarah dan kisah yang menarik di sebaliknya yang selalunya akan diceritakan oleh Tourist Guide tempatan. Kalau tak mengetahui sejarah ini, memanglah kita sekadar akan dapat melihat dan admire keindahan senibina bangunan-bangunan lama ini sahaja.

Valens Aqueduct yang digunakan untuk membekalkan air minuman ke Constantinople di zaman silam
 Sebahagian tembok pertahanan Kota Lama Istanbul
Hippodrome yang merupakan bekas sebuah gelanggang perlumbaan chariot di zaman pemerintahan Roman Byzantine
Blue Mosque
Hagia Sophia
Sebuah tempat yang hampir pasti akan dikunjungi oleh semua pelawat ke Istanbul adalah Istana Topkapi. Istana yang dibina berlapis-lapis ini adalah bekas kediaman Sultan-sultan Ottoman sebelum mereka berpindah ke Istana Dolmabahce. Sebahagian besar bangunan di dalam istana ini telah ditukar fungsi menjadi muzium. Salah sebuah muzium ini yang sangat popular dan sempat kami lawati adalah Museum of Holy Relics yang menyimpan barang-barang peninggalan para Nabi di zaman dahulu yang asalnya dikumpulkan oleh pemerintah-pemerintah Ottoman. Di sinilah kami dapat melihat tongkat mukjizat Nabi Musa AS yang bertukar menjadi ular sewaktu baginda melawan Firaun. Sebelum ini Myself bayangkan tongkat ini adalah tongkat berjalan, rupa-rupanya ia adalah tongkat kecil yang digunakan oleh Nabi Musa AS untuk memukul-mukul haiwan sewaktu menggembala kambing.

 Pintu masuk ke Istana Topkapi
 Istana Topkapi dibina berlapis-lapis ke dalam. Ini adalah salah sebuah pintu masuk ke Courtyard dalaman istana.
Bangunan di dalam Istana Topkapi yang menempatkan Museum of Holy Relics
Antara barangan peninggalan para Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW yang disimpan di Museum of Holy Relics di Istana Topkapi. Item paling kiri adalah mangkuk makanan milik Nabi Ibrahim AS dan yang paling kanan adalah sarung tangan besi milik Nabi Yahaya AS.
Suasana kegemilangan Istanbul sebagai pusat perdagangan zaman silam dapat kita rasakan bila berkunjung ke Grand Bazaar. Pelbagai barangan tradisional dijual di dalamnya termasuklah barangan perhiasan dan rempah-ratus yang digunakan dalam masakan. Sebuah lagi bazaar yang serupa dengan Grand Bazaar adalah Spice Market yang dibina oleh pemerintah Ottoman menggunakan hasil cukai dari wilayah Mesir. Kami walau bagaimanapun hanya dapat melihat Spice Market dari luar kerana sewaktu kunjungan kami, Spice Market sedang ditutup sempena Pilihanraya Presiden Turki.

Grand Bazaar
Suasana di dalam Grand Bazaar
Spice Market
 Pelbagai rempah yang digunakan dalam masakan tradisional Turki

Istanbul Asia

Myself dan Husband berkesempatan melawat ke Istanbul Asia yang terletak di seberang Selat Bosphorus sewaktu kami tinggal di Istanbul. Jika dibanding dengan Istanbul Eropah, Istanbul di sebelah Asia agak sunyi dan kurang happening.

Istanbul Asia
 Pemandangan Istanbul Asia dari Camlica Hill
Tempat pertama di Istanbul Asia yang sempat kami kunjungi adalah Camlica Hill. Disebabkan ia adalah kawasan bukit yang tertinggi di Istanbul, ada banyak menara telekomunikasi yang dibina di taman ini. Taman ini juga popular kerana kita boleh melihat pemandangan Istanbul Eropah yang terletak di seberang Selat Bosphorus.

 Camlica Hill
Bunga-bunga cantik di Camlica Hill
Hutan Pokok Pain di Camlica Hill
Menara-menara Telekomunikasi
 Pemandangan Bosphorus Bridge dan Istanbul Eropah dari Camlica Hill
Di Istanbul Asia ini juga kami telah melawat ke Beylerbeyi Palace yang merupakan istana persinggahan sewaktu Sultan Ottoman di zaman dahulu kala keluar memburu. Walaupun cuma Istana Hinggap, hiasan dalaman istana ini sangat mengkagumkan.

 Istana Beylerbeyi di Istanbul Asia
 Pemandangan Jambatan Bosphorus dari taman Istana Beylerbeyi
 Pemandangan di dalam Istana Beylerbeyi (Gambar dari poskad)
Sewaktu mengikut sebuah program Circle Istanbul Tour yang mengelilingi Istanbul secara Walking Tour pula, kami dibawa melawat ke sebuah kawasan pasar ikan di Uskudar. Pasar ini asalnya adalah penempatan nelayan yang berasal dari Genoa, Italy. Jadi walaupun terletak di sebelah Asia, feeling-feeling Eropah tetap ada di sini.

 Pasar Ikan di Uskudar
 Mengangkut ikan untuk jualan
 Turkish Coffee

Dolmabahce Palace

Dolmabahce Palace yang terletak di sebelah Selat Bosphorus adalah kediaman rasmi Sultan Ottoman dan keluarga mereka selepas berpindah dari Istana Topkapi. Berbanding dengan Istana Topkapi, senibina dan hiasan dalaman istana ini lebih moden dan setanding dengan istana-istana di Eropah. Kalau anda berkunjung ke Istanbul dalam Musim Bunga, taman di Istana Dolmabahce ini juga adalah antara tempat yang paling menarik untuk melihat Bunga Tulip. Jangan tak tahu, walaupun Bunga Tulip terkenal di Belanda kini, ia sebenarnya berasal dari Turki.

 Dolmabahce Palace
Bunga yang cantik di Taman Istana Dolmabahce
Istana Dolmabahce secara umumnya mempunyai dua buah bangunan utama: Selamlik dan Harem. Selamlik adalah bangunan yang menempatkan pejabat Sultan. Upacara dan urusan-urusan rasmi yang melibatkan Sultan Ottoman dulu diadakan di bangunan ini. Walaupun hiasan dalamannya mewah dan mengkagumkan, tak ada air-cond di dalam bangunan ini. Memang berpeluh-peluh dan berkuap-kuap kami semua sewaktu melawat di dalamnya, terutama kerana ketika itu adalah Summer di Turki.

Sesuatu yang Myself nak ceritakan juga di sini ialah semua istana di Istanbul tidak boleh dilawat sesuka hati. Lawatan hanya boleh dibuat menerusi Guided Tours yang disediakan oleh pihak istana. Fotografi juga tidak dibenarkan di dalam istana.

 Selamlik Wing di Istana Dolmabahce
 Pemandangan di dalam Selamlik Wing di Istana Dolmabahce (Gambar dari internet)
Presiden Pertama dan Bapa Kemerdekaan Turki, Mustafa Kemal Ataturk juga menjadikan sebahagian Istana Dolmabahce sebagai kediaman rasminya. Malah dia juga meninggal dunia di Istana ini pada 10 November 1938.

 Katil di mana Presiden Turki yang pertama, Mustafa Kemal Ataturk meninggal dunia di Selamlik Wing di Istana Dolmabahce
Bangunan kediaman Sultan dan Keluarga di Istana Dolmabahce pula dinamakan Harem. Harem juga dihias mewah tetapi disebabkan kami dah terlebih dulu melawat ke Selamlik Wing sebelum ke Harem, nampak macam perhiasan di dalam Harem kurang mewah pulak.

 Harem
 Beratur nak masuk melawat ke Harem
 Pemandangan di dalam Harem (Gambar dari internet)
 Bilik Pengasuh anak Sultan (Gambar dari internet)

Bosphorus Cruise

Sesuatu yang juga ingin Myself recommend kepada sesiapa sahaja yang melawat ke Istanbul ialah membuat Bosphorus Cruise di Selat Bosphorus. Walaupun tanah di kiri kanan Selat Bosphorus ini adalah milik negara Turki, Selat Bosphorus adalah perairan antarabangsa kerana ia adalah satu-satunya laluan menuju ke Laut Hitam yang dikongsi bersama oleh pelbagai negara seperti Rusia, Iran, Ukraine, Romania, Georgia dan Turki sendiri.

Bosphorus Cruise
Selat Bosphorus adalah perairan antarabangsa kerana ia adalah laluan menuju ke Laut Hitam
Masjid Ortakoy
 Kota Rumeli yang dibina oleh penakluk Constantinople, Sultan Mehmet II
Maiden's Tower yang dibina di tengah-tengah Selat Bosphorus
 New Mosque yang dibina pada tahun 1660. Ia dinamakan New Mosque kerana ia adalah masjid terbaru yang dibina ketika itu dan namanya melekat sehingga sekarang.
 Jeti Eminonu adalah salah sebuah jeti yang popular untuk memulakan Bosphorus Cruise di Istanbul.

Kisah penuh perjalanan kami di Turki boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):

No comments: