Friday, 7 May 2021

2012 TRAVEL REVIEW 15 - ASIA TIMUR (CHINA: HONG KONG & MACAU)

Mei 2021

Travel Review 15: Asia Timur
CHINA (Hong Kong & Macau)

Hong Kong dan Macau adalah dua buah wilayah di selatan Negara China yang lama dijajah oleh kuasa asing. Hong Kong dulu dijajah British manakala Macau pula dijajah Portugis. 

Peta Hong Kong dan Macau
Kedua-dua Hong Kong dan Macau kini telah diserahkan kembali kepada Kerajaan China. Namun disebabkan kedua-dua mereka telah diperintah begitu lama menggunakan sistem kerajaan asing yang sangat berbeza dengan China, ada tempoh peralihan 50 tahun diberikan kepada kedua-dua wilayah ini sehingga ke tahun 2047. Sehingga ke saat itu, kedua-dua Hong Kong dan Macau diperintah oleh China menggunakan dasar One Country, Two Systems.

HONG KONG

Hong Kong pernah menjadi tanah jajahan British selama 99 tahun. Mengikut sejarahnya, Maharaja China telah dipaksa menyerahkan Hong Kong kepada British untuk dipajak setelah baginda tewas dalam Perang Candu. Tempoh pajakan ini tamat pada tahun 1997 dan Hong Kong telah diserahkan kembali kepada China pada tahun tersebut.

Sewaktu kali pertama melawat Hong Kong perkara yang sangat menakjubkan kami adalah ketinggian bangunan apartmentnya. Kalau kat Malaysia, bangunan apartment 20 tingkat dah cukup tinggi. Tapi di Hong Kong purata ketinggian apartmentnya adalah 40 tingkat.

 Bangunan apartment di Hong Kong yang tinggi-tinggi belaka
Setiap kali melawat ke Hong Kong, kami akan memilih untuk menginap di hotel di sebelah Kowloon. Maklumlah hotel di sebelah sini lebih murah jika dibandingkan dengan hotel yang terletak di atas Pulau Hong Kong yang sebenar. Kawasan di Kowloon yang popular dengan pelancong Muslim adalah Tsim Tsa Tsui kerana makanan Halal mudah didapati di sini.

Suasana di Kowloon
Signboard yang berceracak di atas jalan begini adalah trademark bagi Hong Kong
Nathan Road yang dinamakan sempena seorang Gabenor British dulu adalah jalan raya utama di kawasan komersil Kowloon
Myself dan Husband pernah juga menginap di kawasan Mong Kok sewaktu kami melawat Hong Kong. Mong Kok juga terletak di sebelah Kowloon tetapi suasananya tidak begitu kondusif untuk pelancong Muslim seperti di Tsim Tsa Tsui kerana makanan Halal agak sukar didapati di kawasan ini. 

Di sekitar Mong Kok ada banyak pasar-pasar tradisional yang menjual barangan yang sering dicari oleh orang-orang berbangsa Cina, terutama kerana barangan tersebut dipercayai membawa tuah dalam kehidupan. Teringat kata seorang Tour Guide kami di Hong Kong ~ katanya orang-orang Cina ada banyak benda yang dipercayai boleh membawa tuah. Kalau menyeberang dari Hong Kong masuk ke Tanah Besar China sana, ada lagi banyak benda yang dipercayai boleh membawa tuah di situ.

 Pasar menjual burung hidup di Yuen Po Street Bird Garden di Mong Kok
 Pasar bunga di Mong Kok
 Pasar Ikan Emas di Mong Kok
Di sebelah Kowloon juga ada sebuah taman yang damai bernama Kowloon Park. Walau terletak di tengah-tengah hutan batu, ia sangat cantik dan tenteram. Kalau berkunjung di sebelah pagi, kita dapat melihat ramai warga emas Hong Kong membuat senaman Tai Chi di taman ini.

Kowloon Park
Kedamaian di Kowloon Park
 Burung Bangau di Kowloon Park
Senaman Tai Chi di Kowloon Park
Masjid Kowloon berhampiran Kowloon Park
Selain tempat bershopping, sebuah tarikan pelancongan yang popular di Kowloon adalah Avenue of Stars yang terletak di tepi laut. Jika cuaca cerah, pemandangan kawasan Central di Pulau Hong Kong sangat indah dilihat dari sini.

Avenue of Stars
 Patung Bruce Lee di Avenue of Stars
Avenue of Stars juga menjadi tumpuan di malam hari untuk pengunjung yang ingin menyaksikan pertunjukan Symphony of Lights. Symphony of Lights adalah pertunjukan lampu-lampu laser yang dipancarkan dari atas bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong Central. Ia boleh dilihat dengan jelas dari Avenue of Stars, itu pun kalau cuaca baiklah ketika itu.

Pemandangan malam dari Avenue of Stars
Pertunjukan Symphony of Lights dari Avenue of Stars
Tempat-tempat menarik yang sebenar di Hong Kong banyak terletak di Pulau Hong Kong sendiri. Pusat bandaraya Hong Kong yang dinamakan Central juga terletak di situ. Sebelum kami tiba di Dubai, bangunan-bangunan pencakar langit di Hong Kong inilah yang kami rasa paling hebat di dunia. Macamlah banyak sangat tempat lain di dunia yang kami dah pergi. Haih!!

Central Hong Kong
Hong Kong mempunyai pemandangan laut yang cantik. Tapi biasalah kalau negara kecil begini... pantainya memang tak besar. Kami diberitahu Pantai Repulse Bay di Pulau Hong Kong sentiasa ditambak oleh Kerajaan untuk mengelakkan hakisan. Tetapi pasir yang digunakan adalah pasir pembinaan, memang kasar dan menyakitkan kalau berjalan di atasnya dengan tidak memakai kasut. Namun demikian, pemandangannya tetap cantik di situ.

 Repulse Bay
Bermain ombak di Repulse Bay
Tin Hau Temple di Repulse Bay
 Patung Sea Goddess di Repulse Bay
Kami juga akan bersampan di Aberdeen Harbour setiap kali datang ke Hong Kong. Tapi tak tahulah kalau boleh berbuat begitu lagi jika ditakdirkan dapat datang lagi ke Hong Kong. Ini adalah kerana dalam kunjungan yang terakhir dulu dalam tahun 2013 dulu, kami diberitahu yang Aberdeen Harbour akan ditambak bagi tujuan pembangunan.

 Jeti sampan di Aberdeen Harbour
Bersampan di Aberdeen Harbour
Pemandangan di pelabuhan Hong Kong yang dinamakan Victoria Harbour sangat cantik. Sebuah tempat yang Myself recommend untuk sesiapa nak melihat pemandangan pelabuhan yang indah ini ialah di Golden Bauhinia Square di sebelah Pulau Hong Kong. Di sinilah majlis penyerahan Hong Kong kembali kepada China oleh Kerajaan British berlangsung pada tahun 1998.
 
Golden Bauhinia Square
Pemandangan Central Hong Kong dari Golden Bauhinia Square
 Pemandangan Pelabuhan Victoria dari Golden Bauhinia Square
Kalau nak tengok pemandangan bandaraya Hong Kong yang indah di malam hari pula, Myself cadangkan supaya anda berkunjung ke Galleria yang terletak di puncak Victoria Peak. Cuba naik Peak Tram ke atas sana macam yang pernah kami buat. Peak Tram ini sama seperti keretapi Bukit Bendera di Pulau Pinang, tetapi lebih curam.

Stesen bawah Peak Tram di Central Hong Kong
Pemandangan di dalam Peak Tram
 Pemandangan Bandaraya Hong Kong di waktu malam dari Peak Galleria
Kalau nak tengok pemandangan indah bandaraya Hong Kong di waktu siang pula boleh berkunjung ke Stubbs Road Lookout yang terletak di pertengahan jalan naik ke Victoria Peak.

Pemandangan bandaraya Hong Kong dari Stubbs Road Lookout
Gambar-gambar pemandangan yang ditunjukkan di sini adalah dari lawatan kami pada tahun 2008. Pemandangannya sangat berjerebu sewaktu lawatan kami pada tahun 2013. Kami diberitahu Hong Kong memang dah semakin berjerebu sebab Kerajaan China telah membina sebuah pusat perindustrian berhampiran sempadan China-Hong Kong. Ini bertujuan untuk memudahkan pengeksportan keluar barangan melalui Pelabuhan Hong Kong.

Peta Pulau Lantau di Hong Kong
Selain dari Kowloon dan Pulau Hong Kong, kami juga melawat ke tempat-tempat menarik di Pulau Lantau yang juga merupakan lokasi Hong Kong International Airport. Dua tempat yang pernah Myself kunjungi di Pulau Lantau adalah Hong Kong Disneyland dan Ngong Ping.

Sewaktu lawatan ke HK Disneyland bersama keluarga pada tahun 2013, kami menginap di Disney Hollywood Hotel. Hotel ini adalah salah sebuah dari dua buah hotel yang terdapat di kawasan Disneyland. Hotel yang sebuah lagi adalah Disneyland Hotel yang harganya jauh lebih mahal dari Disney Hollywood Hotel.

Disney Hollywood Hotel di Hong Kong Disneyland
Semua hotel Disney di seluruh dunia mempunyai tema masing-masing. Tema di Disney Hollywood Hotel di Hong Kong adalah kegemilangan Hollywood di tahun 1950-an. Taman di hotel ini penuh dengan perhiasan bertemakan filem pada zaman tersebut.

Taman di Disney Hollywood Hotel
Tulisan Holywood Hotel seperti di Hollywood yang sebenar
Kos penginapan di Disney Hollywood Hotel sebenarnya mahal kerana ia turut termasuk Pass Masuk dan Shuttle Bus ke Disneyland. Disebabkan hotel ini berada dalam kawasan Disneyland sendiri, memang mudah kalau kita nak balik berehat dulu bila dah penat berseronok di sana. Restoran di Disney Hollywood Hotel juga ada menyediakan menu makanan Halal yang terhad, tapi harganya biasalah ~ harga Disneyland!
 
Shuttle Bus di Disneyland
Hong Kong Disneyland tidak sebesar Tokyo Disneyland, tetapi lebih friendly kepada pengunjung Muslim kerana ada beberapa buah restoran Halal di dalamnya. Sesuatu yang Myself nak recommend kalau melawat ke Disneyland ialah pertunjukan Fireworksnya. Masalah nak menonton Fireworks ini ialah ia diadakan sekitar pukul 9 malam, dekat-dekat waktu Disneyland nak ditutup. Memang penat nak menunggunya selepas seharian di Disneyland. Berdasarkan pengalaman yang dilalui juga, Myself recommend supaya sesiapa yang berhajat nak berkunjung ke Disneyland terutama dengan anak-anak kecil, supaya memilih untuk menginap di hotel Disney. Lebih berbaloi berbuat begitu sebab harga tiket Disneyland memang mahal, perlu enjoy habis-habisan kalau nak masuk ke sana!

Pintu masuk ke Hong Kong Disneyland
Main Street di Disneyland
Pertunjukan Fireworks di Hong Kong Disneyland
Kalau tak mahu berkunjung ke Disneyland, sebuah lagi tempat di Pulau Lantau yang boleh dilawati adalah Ngong Ping yang terletak di atas bukit. Sebenarnya ada cable car yang sangat panjang yang boleh dinaiki untuk sampai ke Ngong Ping. Cable Car ini merentas laut dan gunung. Walau bagaimanapun, cable car ini sedang ditutup untuk maintenance sewaktu kami berkunjung ke sana. Jadi kami dibawa naik ke Ngong Ping menggunakan bas.

 Stesen Cable Car untuk naik ke Ngong Ping
Tarikan utama di Ngong Ping adalah sebuah patung Buddha yang besar yang dinamakan The Big Buddha. Bagi orang-orang yang tidak beragama Buddha macam kita, boleh saja berkunjung ke Ngong Ping Village yang bersebelahan untuk melawat ke kedai cenderamata dan melihat pameran yang bertemakan Buddha di situ. Pameran Buddhanya juga ringan, lebih bersifat sejarah hidup Gautama Buddha dari berdakwah tentang agama Buddha.
 
 Pintu masuk ke Ngong Ping Village
Po Lin Monastery di sebelah Ngong Ping Village
The Big Buddha
 Suasana di dalam Ngong Ping Village

MACAU

Dalam satu lawatan ke Hong Kong, kami berkesempatan membuat Day Trip ke Macau dengan menaiki feri. Perjalanan feri dari Hong Kong ke Macau memakan masa 1 jam. Di Hong Kong, feri ke Macau berlepas dari China Ferry Terminal di Kowloon.

 China Ferry Terminal di Kowloon, Hong Kong
Feri Turbojet dari Hong Kong ke Macau
 Pemandangan dalam feri ke Macau
Macau adalah bekas jajahan Portugis di China. Jika Hong Kong dipajak kepada British secara paksa oleh Maharaja China selepas baginda tewas dalam Perang Candu, Macau pula dipajak secara sukarela oleh Maharaja China kepada Portugis untuk dijadikan tapak perdagangan Portugis di timur. Kerana itulah sehingga sekarang, bahasa Portugis masih digunakan pada papan-papan tanda di Macau walaupun kami diberitahu cuma 7% sahaja penduduknya yang boleh berbahasa Portugis sekarang.

Pemandangan di Macau
Masih ada banyak bangunan peninggalan Portugis yang dapat dilihat di Macau
Macau juga adalah Las Vegas Asia. Ada banyak casino di Macau yang hampir kesemuanya adalah cawangan-cawangan casino di Las Vegas, Amerika Syarikat. Ia juga adalah satu-satunya tempat di negara China di mana perjudian casino dibenarkan. Oleh itu, memang ramai rakyat China yang gemar berjudi akan datang ke Macau. Suspen bila memikirkannya sebab kita datang ke Macau naik satu feri bersama mereka dari Hong Kong. Kalau Allah nak turunkan bala ke atas feri disebabkan niat mereka yang datang nak berjudi di Macau, dengan kita-kita sekali pasti akan terkena.

Semenanjung Taipa di Macau
Disebabkan kami cuma membuat Day Trip ke Macau, tak banyak tempat yang sempat kami lawat. Sebaik tiba, kami dibawa ke tempat rekreasi Fisherman's Wharf. Di sini ada banyak kedai, restoran dan juga casino yang ditempatkan dalam bangunan-bangunan yang dibina bercirikan Portugis.

Fisherman's Wharf di Macau
Bangunan-bangunan berciri Portugis di Fisherman's Wharf
 Restoran Taste of India di Fisherman's Wharf
Kami juga sempat mengikut sebuah Cruise di Macau. Pemandangan menarik yang dapat dilihat dari Cruise ini adalah Macau Tower dan Sai Van Bridge yang menghubungkan Semenanjung Taipa dengan Pulau Coloane.

Bot Macau Harbour Cruise
 Macau Tower
Sai Van Bridge
Tidak seperti Hong Kong yang tidak menjaga kesan-kesan sejarahnya, Macau sangat memelihara kesan sejarahnya sehingga menjadikan wilayah ini sangat menarik untuk dikunjungi. Di sana-sini di wilayah Macau, senang sekali kita melihat tempat-tempat bersejarah dan peninggalan-peninggalan Portugis.

 Patung Goddess of Mercy
Tempat pendaratan Portugis yang pertama di Macau
A-Ma Temple
Lantai bercorak ombak ini ialah ciri binaan Portugis yang banyak dilihat di serata Macau
Sewaktu di Macau juga, kami turut dibawa melawat ke Venetian Macau Resort yang merupakan kompleks hotel dan casino yang terbesar di Macau. Seperti resort induknya di Las Vegas di USA sana, Venetian Macau juga dibina dengan berilhamkan kota Venice di Itali. Kami belum berkesempatan lagi nak berkunjung ke Venice sehingga sekarang, maka jadilah berkunjung ke sini untuk menggantikannya.

The Venetian Macau Resort
 Kompleks kasino di Venetian Macau
Suasana senja di Venice di Venetian Macau
 Kalau dah berimejkan Venice, mestilah ada Gondola di sini.
Kesan sejarah yang paling popular yang sering dijadikan ikon pelancongan Macau adalah runtuhan gereja lama yang dinamakan St. Paul's Ruins. Melawat ke sini ada iras-iras macam melawat ke kota A Famosa di Melaka. Maklum sajalah, sebab kedua-dua St Paul's Ruins dan A Famosa dibina oleh orang Portugis yang sama dalam era yang sama. Malah nama Melaka turut diabadikan oleh orang Portugis pada sebatang jalan di Macau.

St. Paul's Ruins
Pemandangan St Paul's Ruins dari belakang
 Pemandangan Macau Historic Centre dari St. Paul's Ruins
Rua de Malaca (Jalan Melaka)
Myself pernah terbaca komen dari para blogger yang susah nak mendapatkan makanan Halal di Macau. Mencari makanan Halal tidak menjadi masalah kepada kami di Macau dulu kerana kami membuat Private Tour yang mana makanan Halal turut menjadi sebahagian dari pakej tour. Sewaktu tiba di Macau, kami telah dibawa makan tengahari di sebuah restoran India yang bernama Taste of India. Sebelum pulang ke Hong Kong, kami dibawa pula makan malam di Restoran Minchi yang menghidangkan makanan Portugis dan Macanese. Kami diberitahu kedua-dua restoran ini dimiliki oleh pemilik yang sama.

Restoran Minchi di Macau


Kisah penuh perjalanan kami ke Hong Kong dan Macau boleh dibaca di sini:


TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):


No comments: