Julai 2021
Travel Review 23: Asia Selatan
SRI LANKA (Colombo, Kandy & Nuwara Eliya)
Sri Lanka adalah sebuah lagi negara di Asia Selatan yang kami kunjungi selain India. Ia bukanlah sebuah negara yang popular untuk dilawati di kalangan rakyat Malaysia. Naturally, expectation kami memang tak tinggi sewaktu memilih untuk melawat ke negara ini. Ketika itu kami menyangka suasana di Sri Lanka pasti sama macam di India.
|
Peta Sri Lanka |
Kata orang, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Myself akui pengetahuan Myself tentang Sri Lanka memang zero sebelum datang ke sini. Satu-satunya perkara yang Myself tahu ialah Sri Lanka adalah tempat di mana Nabi Adam diturunkan ke bumi selepas diusir dari syurga. Ada sebuah gunung di selatan Sri Lanka yang dinamakan Adam's Peak. Di gunung inilah dikatakan Nabi Adam diturunkan. Malah ada beting pasir di antara India dan Sri Lanka yang dinamakan Adam's Bridge yang menjadi tempat Nabi Adam berpijak sewaktu dia mencari isterinya Siti Hawa.
|
Adam's Peak |
|
Adam's Bridge di antara India dan Sri Lanka |
Selepas kenal Sri Lanka, terus kami jatuh cinta. Walaupun negara ini berjiran dengan India dan rupa fizikal rakyatnya sama seperti rakyat di India Selatan, Sri Lanka memang sangat berbeza. Kalau majoriti rakyat India menganut agama Hindu, majoriti rakyat Sri Lanka pula menganut agama Buddha. Dan sesuatu yang sangat-sangat berbeza dengan India ialah seluruh negara Sri Lanka SANGAT BERSIH!
|
Sri Lanka adalah sebuah negara yang sangat bersih |
Penduduk Sri Lanka sangat kuat berpegang kepada ajaran Buddha. Walau ke mana kita pergi, kita akan melihat patung-patung Buddha. Disebabkan kebanyakan penduduk berketurunan India di Malaysia beragama Hindu, sukar juga kita nak digest pada mulanya melihat penduduk Sri Lanka yang rupa fizikal mereka macam penduduk berketurunan India ini menyembah patung Buddha.
|
Patung-patung Buddha seperti ini banyak didirikan di serata tempat di Sri Lanka kerana agama rasmi negara ini adalah Buddha |
|
Bendera Agama Buddha seperti ini juga banyak dilihat di seluruh Sri Lanka |
Selain penganut Buddha, ada juga sebahagian penduduk di Sri Lanka yang menganut agama Kristian dan Islam. Masjid cukup mudah ditemui di serata tempat di Sri Lanka yang kami kunjungi.
|
Patung Kristian seperti ini juga banyak dilihat di sekitar Sri Lanka terutama di bandar-bandar dan kawasan nelayan |
|
Kawasan Islam di Colombo |
|
Masjid-masjid juga sangat senang dilihat di seluruh Sri Lanka |
Colombo
Colombo adalah ibu negara dan bandar yang terbesar di Sri Lanka. Disebabkan kedudukan Sri Lanka yang terletak di penghujung selatan benua India, Colombo juga adalah sebuah bandar pelabuhan yang sibuk. Kesan-kesan penjajahan kuasa Barat di masa lampau banyak dapat dilihat pada bangunan-bangunan lama peninggalan mereka di Colombo.
|
Bangunan-bangunan kolonial tinggalan penjajah di Colombo |
|
Pemandangan kawasan perdagangan Pettah seperti yang dilihat dari Old Town Hall di Colombo |
|
Colombo adalah pelabuhan yang ke-35 tersibuk di dunia |
Tuk Tuk adalah pengangkutan awam utama di Colombo dan seluruh Sri Lanka. Pemandu Tuk Tuk mempunyai reputasi sebagai pemandu yang ganas di negara ini. Demi nak merasa pengalaman menggunakan Tuk Tuk di Sri Lanka, kami telah memilih untuk mengikut Subagaman Tuk Tuk Tour.
|
Tuk Tuk adalah Raja Jalan Raya di Sri Lanka |
|
Mengikut Subagaman Tuk Tuk Tour di Colombo |
Banyak juga tempat menarik di Colombo yang kami lawati dengan Subagaman Tuk Tuk Tour. Tapi sesuatu yang diperhatikan ialah tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di Colombo ini tidak menyerlah seperti tarikan pelancongan di bandaraya besar yang lain di dunia. Disebabkan kami menggunakan khidmat Pemandu Pelancong, memang terserlah keistimewaan Colombo. Tapi kalau datang melawat sendiri-sendiri saja tanpa ditemani Tour Guide, Myself rasa pasti kita beranggapan Colombo hanyalah sebuah bandaraya biasa yang tidak mempunyai sebarang keistimewaan.
|
Shaikh Usman Waliyullah Shrine and Masjid di Colombo |
|
Makam Shaikh Usman di dalam masjid yang dipuja sebagai sebuah keramat |
|
Sangat tidak selesa kita melihat amalan syirik yang dibuat oleh pengunjung ke masjid ini. |
|
Colok yang ditinggalkan oleh penganut Buddha yang juga berkunjung ke masjid ini untuk memohon hajat. |
Kemudian kami dibawa pula melawat ke sebuah gereja peninggalan penjajah Belanda yang bernama Wolvendaal Church. Di gereja ini kami diajar membaca sejarah kehidupan orang yang telah meninggal dunia dengan melihat simbol pada penutup keranda mereka. Setelah kembali ke Malaysia, kami menggunakan ilmu yang dipelajari untuk membaca sejarah hidup orang yang dikebumikan di Gereja St Paul di Melaka. Sejarah hidup Si Mati memang boleh dibaca kerana Belanda menggunakan sistem pengebumian yang sama baik di Sri Lanka mahupun di Malaysia.
|
Gereja Wolvendaal yang merupakan peninggalan penjajah Belanda di Sri Lanka |
|
Pemandangan di dalam Gereja Wolvendaal |
|
Gambar Hourglass pada penutup keranda menandakan penghuninya mati muda (seperti kanak-kanak) manakala gambar Tengkorak pula menandakan penghuni keranda ini mati kerana penyakit seperti malaria. |
Seterusnya, kami telah dibawa melawat ke sebuah kuil Buddha yang bernama Gangaramaya Temple. Bangunan kuil ini direka oleh seorang arkitek terkemuka dunia dari Sri Lanka yang bernama Geoffrey Bawa. Tidak seperti kuil-kuil Buddha yang lain di Sri Lanka, orang yang memakai tudung kepala dibenarkan masuk melawat ke dalam kuil ini. Di kebanyakan kuil Buddha lain di Sri Lanka, pemakaian tudung kepala tidak dibenarkan sebagai tanda hormat.
|
Gangaramaya Temple |
|
Stupa dan patung Buddha emas di Gangaramaya Temple |
Kandy
Kandy adalah ibu negara lama Sri Lanka, sewaktu negara ini masih diperintah oleh Kerajaan Beraja. Ia terletak di sebuah wilayah yang bernama Central Province. Tarikan utama di sini adalah Tasik Kandy dan Sacred Temple of Tooth Relic yang dikatakan menyimpan gigi Gautama Buddha. Setiap 5 tahun, perayaan Esala Perahara diadakan di bandar Kandy di mana Gigi Buddha ini akan dipertontonkan kepada orang awam.
|
Tasik Kandy |
|
Sacred Temple of Tooth Relic |
Kandy adalah juga pusat kebudayaan yang penting di Sri Lanka kerana sejarahnya sebagai bandar kediaman Diraja dulu. Walau Kerajaan Beraja Sri Lanka ini telah lama tiada, kesenian-kesenian diraja masih tinggal. Antara yang paling menarik bagi kami ialah melihat kesenian kayu di Rajanima Crafts. Sungguh menarik melihat cara cat-cat yang berlainan warna dihasilkan menggunakan serbuk kayu Rainbow Wood untuk kegunaan di dalam kesenian kayu ini.
|
Rajanima Crafts |
|
Kayu-kayu yang digunakan dalam kesenian kayu di Sri Lanka. Salah sebuah di antaranya yang bernama Kayu Ebony sangat-sangat berat. |
|
Penghasilan warna cat secara semulajadi menggunakan Rainbow Wood |
|
Bengkel kayu di Rajanima Crafts |
Satu perkara lagi yang juga mengejutkan bagi kami ialah melihat perusahaan Batik di Kandy. Seni perusahaan Batik ini sangat dekat dengan kita kerana pada asalnya ia diperkenalkan oleh orang-orang Melayu dari Malaysia yang dibawa oleh British ke Sri Lanka.
|
Mencanting batik di Gunathilake Batiks di Kandy |
|
Lukisan batik Perayaan Esala Perahara |
Di Kandy juga, kami juga tidak melepaskan peluang menyaksikan persembahan Kandyan Cultural Show. Persembahan yang dipertontonkan adalah kebudayaan di Istana Kandy pada masa dulu-dulu. Agak mengejutkan kerana selain tarian yang menarik, Kandyan Cultural Show turut dipenuhi dengan aksi-aksi akrobatik.
|
Kandyan Cultural Show |
Pinnawala
Gajah adalah haiwan yang sangat dihormati di Sri Lanka kerana ia melambangkan kebahagiaan. Burung Merak pula melambangkan persahabatan.
Nuwara Eliya pula adalah sebuah pusat peranginan tanah tinggi di Sri Lanka yang diberi gelaran Little England. Cuaca di sini memang sangat sejuk dan sentiasa berkabus.
|
Nuwara Eliya |
Seperti Cameron Highlands di Malaysia, Nuwara Eliya adalah sebuah pusat tanaman teh di Sri Lanka. Ada banyak ladang teh di sini dan sebahagian besarnya masih menggunakan nama-nama British.
|
Kebun Teh berhampiran Nuwara Eliya |
|
Melawat kilang memproses teh di Glenloch Tea Plantation |
Disebabkan iklimnya yang sejuk di tanah tinggi, Nuwara Eliya menjadi tumpuan pegawai-pegawai British yang bertugas di Sri Lanka pada masa dulu. Sewaktu di Nuwara Eliya, kami menginap di sebuah hotel yang bernama Jetwing St Andrew's. Rasa British sangat menginap di sini sebab bangunan ini dibina oleh orang British zaman dulu-dulu.
|
Suasana British di Jetwing St Andrews Hotel di Nuwara Eliya |
Kalau dah kawasan tanah tinggi, memang banyaklah air terjun berhampiran Nuwara Eliya. Antara yang menarik yang kami lihat adalah Ramboda Falls, St Clair's Falls dan Devon Falls.
|
Ramboda Falls |
|
St Clair's Falls |
|
Devon Falls |
Kitulgala
Dalam perjalanan pulang ke Colombo dari Nuwara Eliya juga kami melihat aktiviti White Water Rafting di Kitulgala. Kami tidaklah menyertai aktiviti ini, sekadar melihat orang lain membuatnya sahaja.
|
Sungai Kelani di Kitulgala |
|
White Water Rafting |
Kisah penuh perjalanan kami di Sri Lanka boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
No comments:
New comments are not allowed.