Tuesday 25 November 2003

2003 TOKYO & YOKOHAMA, JAPAN

Ogos 2003

JAPAN - 2nd VISIT
Tokyo & Yokohama

Pada tahun 2003, Myself berkunjung lagi ke Tokyo atas urusan kerja selama 5 hari. Namapun bekerja, maka tidak berkesempatan berkunjung ke tempat-tempat menarik di Tokyo. Mujurlah juga, myself mendapat penginapan di sebuah hotel yang menarik, Grand Prince Hotel New Takanawa di Tokyo.

Grand Prince Hotel New Takanawa, Tokyo
Di belakang hotel ni ada sebuah taman yang cantik. Pastinya gambar taman diambil sebagai kenangan.


LANDMARK TOWER, YOKOHAMA

Dalam kesibukan kerja, sempat juga Mr. Shinya membawa myself dan rakan-rakan berkunjung ke Landmark Tower di Yokohama.


Peta kedudukan bandar-bandar utama Jepun
Landmark Tower adalah bangunan tertinggi di Jepun dan terletak di sebuah kawasan bernama Minato Mirai di Yokohama.

Landmark Tower, Yokohama
Di dalam bangunan ini ada sebuah shopping centre yang sangat moden.

Shopping centre di dalam Landmark Tower
Di Tingkat 69 bangunan ini, ada sebuah Observation Platform. Ke situlah kami dibawa oleh Mr. Shinya, menaiki lif terlaju di dunia yang bergerak dari tingkat 1 ke tingkat 69 dalam tempoh hanya 40 saat.

Pemandangan bandar Yokohama dari Observation Platform di Tingkat 69, Landmark Tower
Hanya itulah sahaja coretan yang dapat dibuat sebagai mengenang kunjungan kedua ke negara matahari terbit ini. Jika ada kesempatan, siapa tahu mungkin akan berkunjung lagi ke sini pada masa hadapan. 



CATATAN PERJALANAN LAIN (JAPAN):