November 2021
Travel Review 44 - Eropah Timur
CZECH REPUBLIC (Karlovy Vary & Prague)
Trip ke Eropah Timur kami pada tahun 2017 bermula dengan lawatan ke Czech Republic. Seperti Switzerland, Czech Republic juga adalah sebuah landlocked country di Eropah. Czech Republic pernah diperintah oleh komunis dari Russia (dikenali sebagai Union of Soviet Socialist Republic atau USSR pada masa itu). Kesan-kesan pemerintahan komunis ini masih dapat dilihat dengan jelas di kota-kota Czech Republic. Negara ini juga pernah bergabung dengan Slovakia untuk membentuk negara Czechoslovakia pada satu ketika dulu.
|
Peta Czech Republic |
Karlovy Vary
Lawatan kami ke Czech Republic bermula di sebuah bandar bernama Karlovy Vary yang terkenal dengan gelaran Spa City. Karlovy Vary yang juga dikenali sebagai Carlsbad dalam Bahasa Jerman mempunyai banyak mata air panas (hot spring) yang dikatakan bagus untuk kesihatan. Beberapa bangunan yang dinamakan Colonnade telah dibina di tempat-tempat di mana hot spring ini berkumpul untuk kemudahan pengunjung.
|
Hotel penginapan mewah kami yang bernama Grandhotel Pupp turut menjadi lokasi penggambaran filem James Bond Casino Royale pada satu ketika dulu. |
|
Pemandangan Sungai Tepla yang membelah bandar Karlovy Vary |
|
Hot Spring Geyser di Karlovy Vary |
|
Bekas porselin untuk minum air panas adalah cenderamata unik yang banyak dijual di Karlovy Vary |
|
Mill Colonnade yang mengandungi 5 buah hot spring di dalamnya |
|
Keindahan musim luruh di Dvorak Park |
Prague
Dari Karlovy Vary barulah kami dibawa ke ibu negara Czech Republic yang bernama Prague. Prague adalah sebuah bandar tua yang penuh dengan bangunan-bangunan lama yang cantik.
|
Prague |
Persinggahan pertama kami di Prague adalah Wenceslas Square yang penuh bersejarah. Ia dinamakan sempena St Wencelas, raja Czech pertama yang memeluk agama Kristian dan sangat disayangi oleh rakyatnya. Keperibadian St Wenceslas yang mulia pada pandangan agama Kristian juga diturut diabadikan dalam sebuah lagu Christmas Carol yang berjudul Good King Wenceslas.
|
Wenceslas Square |
|
Patung St Wenceslas |
Ada sebuah restoran Turki yang Halal berhampiran Wenceslas Square. Di sanalah kami lunch dan bersolat di Pusat Islam yang terletak di belakang restoran ini.
|
Pusat Islam di Wenceslas Square, Prague |
|
Pemandangan di dalam Pusat Islam di Wenceslas Square, Prague |
Keesokan harinya kami dibawa melawat ke Prague Castle yang bersejarah. Prague Castle pada asalnya dibina sebagai kota pertahanan sebelum menjadi kediaman Raja Bohemia yang juga memegang gelaran Holy Roman Emperor. Holy Roman Emperor adalah raja Eropah yang dilantik oleh Gereja Kristian Roman Katholik di Vatican untuk memerangi Tentera Islam dalam Perang Salib di Timur Tengah.
|
Pintu masuk utama ke Prague Castle yang dihiasi dengan patung Fighting Giants. |
Mercu tanda utama di dalam Prague Castle adalah St Vitus Cathedral yang masih berfungsi menjadi gereja utama Czech Republic. Tetapi berdasarkan pengamatan Myself, sama seperti kebanyakan gereja lain di Eropah, ia sebenarnya tidak lagi aktif digunakan sebagai sebuah pusat ibadat.
Teringat pulak... Myself pernah menghadiri satu ceramah agama dan cukup tertarik dengan pengisian yang disampaikan oleh Ustaz di dalam ceramah ini. Menurut Ustaz ini, negara-negara Eropah yang pada satu ketika dulu sangat kuat berpegang kepada ajaran agama mereka sangat mundur. Mereka mula maju apabila mereka meninggalkan ajaran agama mereka. Tamadun-tamadun Islam yang hebat dulu juga sangat berjaya sewaktu mereka kuat berpegang kepada ajaran Islam. Mereka sebaliknya mula mundur bila ajaran Islam semakin dilupakan. Itulah sebenarnya perbezaan antara Orang Islam dengan Orang Kafir. Orang Islam berjaya bila berpegang kepada agama sedangkan Orang Kafir berjaya bila meninggalkan agama mereka. Malangnya disebabkan kita kini hidup di zaman kegemilangan Orang Kafir, tak ramai Umat Islam yang sedar akan perkara ini... Sekadar satu perkongsian untuk renungan bersama.
|
St Vitus Cathedral |
Suasana di dalam St Vitus Cathedral seakan-akan sama dengan suasana di dalam Cologne Cathedral yang pernah kami lawati di Germany dulu. Cuma binaannya tidaklah sebesar Cologne Cathedral.
|
Suasana di dalam St Vitus Cathedral |
|
Main Altar |
|
Seperti banyak gereja utama lain di Eropah, tingkap di St Vitus Cathedral juga dihias dengan stained glass. |
Sebahagian bangunan di dalam Prague Castle kini digunakan sebagai Pejabat Presiden Czech Republic. Sebahagian besar bangunan lain dalam istana pula telah ditukar fungsi menjadi muzium.
|
Pejabat Presiden Czech Republic |
Sebuah lagi kawasan tumpuan pelancong di kota Prague adalah Old Town Square yang dikelilingi bangunan-bangunan lama dan lorong-lorong sempit. Mercu tanda utama di Old Town Square ini adalah Astronomical Clock yang berbunyi pada setiap jam diikuti dengan perarakan patung-patung saints pada menara jamnya yang dinamakan Walk of the Apostles.
|
Jan Hus Memorial di Old Town Square |
|
Tyn Church |
|
Astronomical Clock |
Selain Old Town Square, sebuah lagi mercu tanda yang terkenal di Prague adalah Charles Bridge yang merupakan sebuah jambatan batu lama yang dibina menyeberangi Sungai Vltava. Jambatan ini dibina untuk menghubungkan Prague Old Town dengan Prague Lesser Town yang terletak di seberang sungai. Ia dihiasi dengan patung-patung Kristian di kiri dan kanannya di sepanjang jambatan.
|
Charles Bridge yang dihiasi dengan patung-patung Kristian di sepanjang jambatan. |
|
Old Town Bridge Tower |
|
Suasana di atas Charles Bridge |
Prague turut menjadi saksi Perang Dingin (Cold War) di antara Amerika Syarikat dengan Russia pada tahun 1980-an dulu. Pada zaman tersebut, kedua-dua pihak sering menghantar perisik untuk mendapatkan maklumat sulit dari pihak musuh. Selepas melawat Prague Castle yang terletak di atas bukit, kami turut ditunjukkan bangunan-bangunan yang menjadi tempat perisik-perisik ini melaksanakan misi mereka. Bila melihat tempat-tempat ini dan diceritakan sejarah yang berlaku, memang terasa real kisah-kisah spy yang sering kita dengar masa kecil-kecil dulu seperti yang selalu dilihat dalam filem seperti James Bond.
|
Pemandangan Lesser Town dari Prague Castle |
|
Menara St Nicholas Church ini sering digunakan oleh spy dari Russia untuk mengintip pergerakan di Kedutaan Amerika Syarikat yang berhampiran pada zaman Cold War dulu. |
|
Suasana di Prague Lesser Town |
Kisah penuh perjalanan kami di Czech Republic boleh dibaca di sini:
TRAVEL REVIEW (1995 - 2020):
No comments:
New comments are not allowed.